Saturday 14 February 2015

2014 Dalam Kenangan

Assalamualaikum!

Walaupun dah masuk bulan dua, tapi tangan terasa gatal jugak nak tulis pasal pengalaman tahun 2014 yang sikitpun illa tak terfikir akan lalui.

Tahun lepas merupakan tahun jalan-jalan sambil bekerja dengan jayanya bagi illa. Apa taknya, dari dalam Malaysia sehinggalah ke negara Luar, semua illa dapat peluang untuk teroka.

Antara tempat yang illa dah jejak sepanjang 2014 adalah....

1. Pulau Perhentian

Pulau perhentian tersangatlah cantik dan sangat sesuai untuk short gateway. Boleh naik flight ke K.Terengganu atau pun ke Kota Bharu dan terus je jeti untuk ke Pulau Perhentian yang berada di Kuala Besut.

Tapi illa datang sini sebab program Penulisan, Pelaporan Media dan Fotografi anjuran Jabatan Alam Sekitar.





2. Bumble Bee!

Waktu ni dekat Expo Transformers Genting. Segala benda pasal Transformers pun ada waktu ni termasuklah Bumble Bee dan Optimus Prime saiz asal.



3. Pulau Tioman

Lagi satu pulau yang korang kena jejak. Tersangatlah sesuai bagi sesiapa yang suka snorkeling. Air dia jernih gila!




4. Pulau Boracay

Rasa bersyukur sangat sebab dapat peluang datang sini bawah FAM Trip Air Asia. Tersangatlah best dan pengalaman yang paling tak boleh lupa.

Cantik? Tersangatlah cantik dan awesome!





5. Skytrek Shah Alam

Berani-berani takut je nak buat benda ni sebenarnya. Heh heh heh.



6. Palembang, Indonesia

Walaupun ada pengalaman pahit dekat sini, tapi bila masa berlalu rasa manis pulak. =) Palembang. Negeri yang banyak sejarahnya.

Haah. Termasuklah Parameswara



7. Pagar Alam, Sumatera

Sebenarnya illa tak pernah jumpa ladang teh sihinggalah datang sini. (Haah, illa tak pernah pergi Cameron Highlands T_T )

Jadi jadi jakun sikit. Sangatlah nyaman dan segar dan pastinya cantik!



8. Mancing Udang Galah 




9. Krabi, Thailand

Teruja jugak. Sebab dah lama teringin nak datang sini. Kali pertama pergi Krabi sebab kerja. Kali kedua dengan bestfriends. Yang penting, kedua-dua trip best =)




10. Bohol, Filipina

Sekali lagi dengan Trip Air Asia, illa boleh jelajah pulau yang tersangatlah unik. Pulau Bohol.






11. Pulau Langkawi

Banyak kali pergi Langkawi, tak pernah pun pergi Island Hopping. Tapi tahun 2014 ada peluang buat Island Hopping jugak akhirnya. 

Apa yang boleh illa cakap, Pulau Langkawi pun setaraf dengan pulau-pulau luar negara. Air jernih dan cantik!



*Kesemua trip diatas adalah trip tajaan beberapa pihak.

Wednesday 11 February 2015

Krabi Trip Bajet: Friends For Ever

Haa, tajuk kemain.

Assalamualaikum! Kalau nak tahu, trip Krabi kali ni bukan trip kerja, jadi dari hal booking tiket kapal terbang sehinggalah aktiviti dekat sana, kami semua kena buat sendiri.

Macam mana nak survive dekat Krabi? Senang saja....




Umum dah tahu yang Krabi dah makin dikenali selepas Phuket capai zaman kegemilangan dulu. Oleh sebab dah popular, Krabi memang jadi tempat tumpuan ramai pelancong termasuklah pelancong dari Malaysia. Kalau pergi sana, memang macam pergi Langkawi aje sebab memang penuh muka orang Malaysia. heh heh heh

1. Tiket Kapal Terbang

Plan asal nak pergi dengan keretapi turun Hat Yai lepas tu pergi ke Krabi dari sana. Tapi sebab kekangan masa (tak banyak cuti), akhirnya, pergi dan balik naik flight aje.

Selesai booked tiket Air Asia (Now everyone can fly), kami terus booking bilik dekat sana. Memang kena booking dulu takut dekat sana semua bilik penuh. Maklumlah, boleh dikatakan tahun ni semua orang nak pergi Krabi.


2. Tempah bilik Booking.com

Kami tempah bilik melalui laman web Booking.com sebabnya, bila booking, tak perlu pun bayar dulu. Hanya booking saja tarikh yang korang nak. Kalau tak jadi, boleh cancel. Tapi adalah masa-masa yang ditetapkan.

Sampai dekat sana, nama kita dah termasuk dalam senarai orang booking bilik. Jadi tak perlu risau. Hanya screennshot saja emel yang Booking.Com hantar tu. Senang, kan?

3. Tiba di Krabi



Benda paling penting kalau korang berdua atau solo, berkenal-kenallah dengan orang Malaysia yang korang jumpa dekat airport. Sebabnya, kalau ramai, pakej untuk island hopping atau apa-apa yang korang nak buat dekat sana akan jadi lebih murah.

Dan jugak, kalau nak pergi hotel dari airport pun, korang boleh share satu mini van yang sangat selesa dengan harga naik bas mini!

Best, kan?


4. Hotel di Ao Nang


Saya tulis hotel, tapi tempat penginapan kami dekat sana Adam Bungalow je. Kalau dekat Malaysia, macam chalet gitu. Tak jauh mana pun dengan pantai dan pasar Ao-Nang. boleh jalan kaki.

Dekat Krabi, ramai yang pilih hotel atau homestay dekat-dekat dengan pantai Ao-Nang sebabnya, dekat sini lah segala benda happening. Ada pasar yang dibuka dari pagi sampai malam, ada jeti untuk ke island hopping, ada pantai dan macam-macam lagi.

5. Usha Pakej



Sebenarnya, plan asal kami nak usha segala pakej yang ada bila sampai dekat Aonang nanti.Tapi, waktu dekat airport, kami berkenalan dengan couple Malaysia yang nak berhoneymoon dekat sana yang sibuk mendengar kakak Amena (Warga Thailand yang fasih cakap Malaysia (loghat kelate kalau nak dispesifikkan =) ) buat promosi pakej yang ada.

Sembang punya sembang, kami dapat 1100 bhat untuk pakej island hopping ke Phi Phi Island dan 1100 Bhat untuk Pakej Emerald Pool, Hot Spring Waterfall dan naik gajah.

Sebab dah malas nak usha, kami OK saja. 

(Kalau korang nak murah lagi, jangan malas macam kami. Usha je beberapa tempat dan pilih harga yang paling murah =)





6. Night Market



Kalau korang nak pergi pasar malam dekat Bandar Krabi ni, korang kena datang hari minggu sebab pasar ni hanya dibuat pada hari minggu. Barang-barang dekat night market jauh lebih murah dari dekat pasar Ao-Nang. Jadi, kalau nak shopping cenderamata, baiklah korang beli dekat sini


7. Transport

Setiap pakej yang korang tempah, biasanya akan termasuk sekali dengan pengangkutan pergi dan balik dari hotel. Makan tengah hari pun disediakan dan yang penting, halal (kena bagitahu orang yang kita beli pakej tu)

Untuk pergi ke airport untuk balik Malaysia pun korang boleh tempah siap siap dari airport masa korang sampai tu. Senang. Nanti tak adalah kalut nak cari pengangkutan masa nak balik, kan? =)

8. Makanan



Dekat sini, makanan halal dan tak halal bercampur aduk sampai kita sendiri pun tak tau nak beza macam mana. Jadi yang paling selamat, nak beli makanan dekat gerai, tengok dulu makcik tu pakai tudung tak. Lagi satu, pakcik pakai kopiah. Ha, barulah rasa selamat sikit nak makan.

Kalau dekat night market, jangan lepas peluang try makanan thai. Yang paling penting, korang kena cuba tomyam dia. Sedap!


Overall, Krabi memang best. >_<




Friday 6 February 2015

Cover Misi Mencari Pengantin Lelaki

Assalamualaikum!


Hai, walaupun illa tahu dah ramai yang tengok cover MMPL ni, illa nak post jugak. Gahahha.

Ini dia!



Alhamdulillah. Dah keluar yang kedua pun akhirnya. Ini illa kasi blurb sikit.



Novel Feb 2015 Idea Kreatif

Tajuk : MISI MENCARI PENGANTIN LELAKI
Penulis : IllaShanahila
Harga : RM 24 (Semenanjung)
RM27 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis :

‘Bila nak kahwin?’

Soalan sebegitu, sering diperdengarkan ke telinga Naurah. Soalan yang dia sendiri tiada jawapan. Dan masih, dia perlu maniskan senyuman.

Tahun ini dia nekad, segalanya bakal berakhir tak lama lagi. Dia mula mencipta misi untuk menjawab soalan-soalan tadi. Misi mencari pengantin lelaki!

Dan, pilihan jawapan Naurah ada 4:

A) Abang Bidin – Satu-satunya lelaki di pejabat yang masih bujang. Bukan kerana tak kacak, tapi Abang Bidin punya tanggungjawab sendiri.
B) Benjamin – Mualaf yang baru memeluk Islam. Dengan rupa persis Alex Yoong, mampukah dia menjadi satu-satunya wanita dalam hati Benjamin?
C) Che Faisal – Client yang sangat suka menyakat. Kehadiran satu nama membuatkan hatinya berbelah bahagi. Siapakah orang ketiga dalam hubungan mereka?
D) Danny - Bos di tempat kerja yang sudah mempunyai isteri. Sanggupkan Naurah jadi isteri kedua?

A, B , C dan D, siapakah yang bakal dipilih oleh Naurah? Dalam menentukan pilihan yang terbaik, dia terlupa rancangan Allah lebih hebat berbanding segalanya.

Kemunculan calon terakhir yang bernama Z membuatkan misi Naurah menjadi tunggang terbalik.

“Mina rakastan sinua.”
“Awak maki saya eh? Baik awak cakap dalam bahasa yang saya faham supaya saya boleh maki awak balik!”
“I love you.” Lelaki itu sengih lebar. “I love you… faham kan? Sekarang ‘maki’lah balik.”

Sedikitpun dia tak menyangka jawapannya tersasar dari pilihan. Dan akhirnya, siapakah pengantin lelaki pilihan Naurah?




* Diskaun RM2 untuk pesanan online
** Kos Pos adalah Percuma

# Boleh order awal melalui ejen terpilih untuk tersenarai dalam 500 pertama yang mendapat tandatangan Penulis.

# Novel hanya akan ada di pejabat Idea Kreatif penghujung Feb dan proses pengeposan akan dibuat selepas majlis tandatangan penulis penghujung Feb 2015.


(Boleh pm mana-mana admin IKP dan boleh pm illa jugak. Thank you!!!)