Showing posts with label Abang Dollah. Show all posts
Showing posts with label Abang Dollah. Show all posts

Friday, 15 November 2013

Giveaway Novel Dalam Hati Ada Dia

Assalamualaikum! Hai.

Sempena hari Jumaat yang penuh barakah ini, dengan rasa besar hati dan rendah dirinya, Illa nak kasi hadiah novel DHAD untuk sesiapa yang BERJAYA jawab soalan super senang ni.




# Ada dua soalan, korang kena jawab dua-dua soalan dengan betul.
# Syaratnya mudah saja, tak perlu tunjuk IC kata warganegara Malaysia, korang boleh PM sahaja dekat Page IllaShanahila dan sertakan komen dekat sini, cakap dah PM. Dekat ruangan komen, tuliskan juga nama FB korang. Senang je, kan?

Illa nak bagi dua buah je. Bagi sesiapa yang berminat dan bertuah. Thanks!

(Nanti pemenang Illa akan bagitahu dekat page. Untuk yang buat blurb itu hari, illa dah simpan nama. Nanti illa PM untuk minta alamat, ya.)


Soalan

1- Namakan restoran yang pertama kali Nick bawa Wanda makan.
2- Jenama handphone Nick yang jadi tempat dia gantung phone charm hati.

=)

Bermula Sekarang!
Hohohoho

Wednesday, 13 November 2013

Dalam Hati Ada Dollah Versi Kedua

Okay.

Tak kisahlah nak kata apa, tapi rasa nak sambung hikayat Dollah dengan Senah ni makin membuak-buak. Nak sambung versi dah kahwin. Tapi sampai sekarang tak tahu nak letak tajuk apa.

Sungguh buntu. Hoh ho. 

Tapi apa-apa pun, jom teaser secoet untuk semua.

***

Argh, bosannya!
            Sungguhlah aku tak tahu nak buat apa dah dekat rumah ni. Mama pun dah keluar dari pagi. Safiyya pulak, sejak aku nikah dengan Nick, dia dah jarang datang rumah sini. Bilik dia dekat atas tu pun dah kosong. Semua barang dia dah pindah masuk rumah dia, sebelah rumah ni.
            Aku tak tahulah sebab dia segan dengan aku ke apa. Tapi, itulah yang jadi. Tapi elok  jugak dia pindah. Lagipula, dia dengan Nick pangkat sepupu. Aurat dia sama dengan bukan mahram. Kalau duduk satu rumah, susahlah kan nak jaga. Kan?
            Okay, habis pasal Safiyya. Sekarang ni aku. padan muka aku.
            Dulu nak sangat duduk rumah, goyang kaki kan? Sekarang ni, tak sampai sebulan pun jadi pengganggur+surirumah sepenuh mana, otak aku dah tak duduk ditempatnya. Bukan nak kata rumah mertua kesayangan aku ni bersepah gila. Bukan jugak nak kata mertua aku buli aku buat semua kerja.
            Tapi memang tak ada kerja untuk aku.
            Kak Erna, pembantu rumah mama. Orang Sabah. Umur dia mungkin dah nak cecah 40an rasanya. Kak Erna ni kerajinan dia sungguh diluar kawasan. Dia langsung tak bagi aku sentuh pinggan kotor dekat dapur. Baju kotor pun dia bagi aku sentuh sampai letak dalam mesin basuh aje. Bab jemur, lipat, semua dia.
            Kerja aku dekat rumah?
            Tengok TV, baca majalah (yang dah berzaman dalam rak) dan tidur.
            Kalau setahun dulu, aku nak sangat kerja melangut depan TV tak buat apa, tapi sekarang aku rasa segala jenis kutu dekat kepala aku ni dah mati.
            Bosan!
            Kenapalah aku gedik sangat nak buat impian yang langsung tak ada impak untuk kehidupan aku sehari-hari?
            Oh, ada impak. Impaknya, aku hari-hari duk ternganga depan TV. Kalau mengantuk, tidur (geleng kepala sendiri). Berat badan pun dah naik 2kg.
            Homai! 2kg! Sebulan pulak tu!
            Bukan aku tak pernah cakap dekat Nick yang aku nak kerja balik, tapi dia boleh selamba bomba cakap, ‘Tak payah. Tak lama lagi bila dah jadi ibu, awak memang kena duduk rumah sepanjang masa. Jaga baby kita. InsyaALLAH saya mampu tanggung semua.’
            Baby. Anak kita.
            Aku mengandung pun belum. Mengandungi lemak adalah. Haih.

           

*** 

Inspirasi~ Incik Nick Dollah Di nTV7




Siapa pernah tengok cerita Sunkyunkwan Scandal? Tak tahu kenapa, tengok aje muka Geol Oh dalam cerita ni, terus teringat Nick Dollah (padahal memang ambik watak dia jadi rujukan, kan. Heh). 

Yang sebenarnya illa bukan peminat tegar cerita atau drama korea. Kalau nak dikira illa lagi suka cerita Jepun. Tapi, nak dijadikan cerita satu hari tu kakak yang perkenalkan cerita SSKS ni. Tengok sampai 6,7 episod straight. 

Dan terus jatuh hati dekat watak Geol Oh tu. 
...dan terciptalah Nick Dollah.

Boleh shake hand dengan kakak sambil ucap terima kasih dekat dia pasal dah bukakan idea watak serabai ni. Hoh ho.


Ya. Tahu dia serabut. Tapi yang serabut itulah di dalam hati. Cececeh.


Nah, ambik sikit. sementara tunggu dicetak. =)


            “Erk. Awak!” Tanpa sempat aku menahan, suara aku terlepas dari kerongkong. Seriously, dia ikut aku sampai sini? “Awak ikut saya sampai ofis?!”
            Dia bepusing ke belakang. Sekarang, aku nampak jelas wajahnya yang serabut. Mungkin tak, minyak rambut membuatkan rambutnya sedikit terurus. “Hai,” dia hanya senyum memandang.
            Aku tepuk dahi. Matilah kau Wanda, mati. Boleh kau bawak sekali mamat tak berapa waras ni masuk pejabat. Tapi apahal pakcik guard dekat depan tu tak tahan dia?
            Hadui.
            “Kenapa ikut saya sampai sini hah? Saya dah cakap saya tak nak benda tu.” aku menahan suara. Huda di sebelah hanya diam memerhati.
            Dia tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Perlahan-lahan dia menyeluk saku seluar dan mengeluarkan handphone. “Awak ingat saya nak pulangkan ni?” 




Huargh, rasa lama gila nak jejak Disember!

Friday, 18 October 2013

Incoming!

Assalamualaikum!

Okay. Nak dipendekkan cerita, ada dua benda dalam status 'Incoming' neh.

Satu

Semestinya Nick Doll dan Wan Senah! (Homai!)
-InsyaALLAH hujung tahun ni. Tunggu....tunggu...tungguuu


Dua

Benda comel ni




Ghase nak menjerit bila dapat satu set for free! Nak tahu kenapa dan macam mana? 

Sabo, ceritanya....incoming...Kehkehkeh

Kbai

Friday, 20 September 2013

Bukan Bab Baru





Hai. Ya, ini bukan entry bab baru. Kepada yang menunggu Nick Doll dengan Wan Senah, harap sabarrrr. Kita sama-sama sabar (pasal illa pun memang dah tak sesabo). Heh. Tapi InsyaALLAH tak lama dah. Dah dapat tarikh nanti, dengan besar hati dan jiwa, illa buat announcement (gaya retis pulak dah).

Jadi, sabar ya. =)

Okeh. Tanpa melengahkan masa dan saat dan ketika, jom illa kasik hadiah.



“Esok nak pergi, hari ni baru cakap?”
            Aku sengih senget (dah terjangkit dari dia) sebelum mendekati dia setapak. “Bolehlah…malam ni awak jogging lah sikit. Buat persediaan. Takut nanti cramp pulak.”
            “Siapa yang akan cramp ni? Saya ke awak?”
            “Awaklah. Saya pemenang marathon kejar train. Awak ada?” aku senyum bangga.
            “Cik Senah, you know what?” dia tiba-tiba tegak memandang anak mata aku.
            Hish, dah kenapa buat muka macam ni tiba-tiba? “Apa?” keluar juga suara yang tiba-tiba terasa tersekat di kerongkong. Ha...sekali Nick pandang macam tu, gelabah kau Wanda...
            “Lepas saya dah letak tanda you’re mine, awak dah tukar perangai baru.”
            Huh? Mata aku terus mengerling cincin di jari. Tanda. ya. Cincin tu cincin tanda dan silau masih terasa. 
            “Err… betul ke?” aku menelan air liur berkali-kali. betul ke aku dah berubah? Dan, kenapa Nick cakap macam tu? Adakah dia menyesal? Adakah? “Sorry…
            “It’s nothing, actually. Awak buat saya rasa lebih diperlukan.” Dia berhenti sesaat sebelum menyambung. “Awak buat saya jadi lebih bertanggungjawab untuk jaga awak sampai bila-bila… well, in a good way.”
Aku masih terdiam. Susah sebenarnya nak hadam kata-kata Nick tadi. apa yang aku dah buat sebenarnya? Apa yang aku dah 'ubah'?
“Kenapa sebelum ni awak suka sangat cakap berlapik?” soal Nick tiba-tiba.
“Berlapik?” kening aku terangkat tinggi. Apa makna dia?
Nick senyum nipis sebelum menjawab, “Saya tahu awak suka saya. Saya tahu awak nak sangat saya cepat-cepat masuk meminang. Tapi kenapa lain yang keluar dari mulut?”
Darah merah terus menyerbu ke muka. panas! Aiseh Nick. “Planet mana yang awak tinggal sebelum ni? Mana ada manusia dalam dunia ni cakap straight to the point macam tu?”
“Itulah masalah manusia sekarang. Kalau nak cakap putih, suka pergi pusing dekat tempat lain dulu. cakap kelabu asaplah. Hitam pekatlah, warna pelangilah. kalau putih cakap putih, kan senang.”

Aku terus geleng kepala. Tak percaya. Seriously Nick Rayyan, takkanlah aku tiba-tiba nak cakap depan dia yang aku suka dia sangat-sangat dan cepatlah masuk meminang aku? Ada ke....


Diorang nak pegi mana ni? Kehkehkeh. Jom tunggu....

Friday, 24 May 2013

Hai! (Ini bukan entry baru Dollah)

Kepada semua yang dah marathon Bab 1 sampailah Bab 23 untuk DHAD dan Bab 1 hingga Bab 27 untuk SPKS, sila tepuk bahu sendiri kuat-kuat ucap TAHNIAH! sebab berjaya tahan mata =)

Nah,hadiah! (Boleh claim dekat kedai aiskrim berdekatan) <3


#

Wednesday, 17 April 2013

Malam

Malam tadi Dollah tunggu Wanda.

Malam ni ada periksa.

Kaitan dia?

Malam.

=)



Tuesday, 16 April 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 11] - Teaser-



Aku mencipta senyum segaris bila melihat Nick Rayyan berpeluk tubuh dan bersandar malas di tempat menunggu tren. Entah apa yang dia buat selepas lunch dekat Pizza Hut tadi. (Yang peliknya, walaupun tak masuk ofis, waktu balik dia sama jugak dengan aku yang ikut office hour ni.)
“Awak memang nak tak nak buka ke keychain dekat handphone tu?” Aku menegur sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah.
Dia membuka mata yang tertutup dan berpaling ke arah aku. “Keychain?”
Aku mengangguk perlahan. “Hati tu la. Dekat phone tu.”
“Ni?”dia mengangkat handphone di tangan.
Sekali lagi aku mengangguk. ‘Lampi’ jugak orang bernama Nick Rayyan ni rupanya.
“Cik Senah sayang, ni bukan keychain,” Dia memandang aku lama. “Nama dia phone charm.”
Erk.
 “Tak percaya pergi Google.” Sambung dia lagi.
Mulut aku ternganga luas. Phone charm ke nama dia? Serta merta darah menyerbu ke muka. Sumpah aku baru tahu!




***Ada periksa ni, tak boleh nak banyak-banyak =)***