Wednesday 29 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 26]

26


AKU DAH BELAJAR satu benda.
            Bukan satu, banyak.
            Salah satunya, sesuatu yang tak pasti jangan nak kecoh-kecoh syok sendiri. Macam apa yang dah selalu dengar sebelum ni, kita manusia biasa ni hanya mampu merancang. ALLAH yang tentukan segala-galanya.
            Dah takdirnya aku malu sendiri waktu nak berlagak depan Miss Fina dan Julia (walaupun dari kecil dah diingatkan, kerja berlagak, riak tu tak elok, buat jugak).
            Dah jadi takdirnya aku terdengar perbualan Nick dengan Ayah Amin dia.
            …dan dah jadi takdirnya aku tahu semuanya. Ya, aku tak layak pun untuk semua benda yang aku angankan selama ni.
            Keduanya, kalau isi minyak motosikal seringgit, jangan berangan nak pergi angkasa lepas. Aku siapa, Nick siapa. Kesimpulannya, macamtulah.
Jangan berangan.
            Ketiganya, riak, berlagak tu memang tak patut. Aku dah sah-sah tahu Julia, Miss Fina tu spesis macam tu, yang aku nak masuk kelab diorang kenapa?
            Sekali kena setempek dekat muka macam tadi, dah padan dengan muka sendiri. Ya, padan…
            Sekali lagi aku mengeluh (masuk ni rasanya dah sepuluh juta kali dah aku mengeluh).
            Tapi still, Nick tak patut buat aku macam ni…bukan Nick aje. Sesiapa pun tak patut buat orang lain macam ni. Buat baik dekat depan. Cakap macam-macam dekat belakang. Itu dah kira menjatuhkan air muka aku. Aku tak kisahlah serapat mana pun dia dengan Ayah Amin dia tu. Tapi tak payahlah nak cerita segala sisi gelap aku.
            Itu rahsia aku. Itu perkara yang aku sendiri perlu usahakan.
…dan, it was supposed to be a secret!
            Akhirnya aku mengeluh lagi. Entah berapa lama aku berada di dalam tren, sikitpun aku tak ambil tahu. Perlahan-lahan aku membuang pandang ke luar, menembusi tingkap kaca. Rintik-rintik hujan mula menempuh tingkap, menimbulkan titisan-titisan halus dari luar.
            Gerimis.
            Sejujurnya aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Geram, kecewa, sakit jiwa bercampur gaul dengan rasa sayang. Ingat senang ke nak benci orang yang dah aku copkan rasa sayang dalam hati? Ingat senang ke aku nak cantas bunga-bunga yang dah mekar dalam jiwa?
            Ingat senang ke nak slowkan irama kompang yang berlagu setiap kali aku jumpa dia?
            Susah.
            Walaupun hati terasa dipijak lumat sewaktu mendengar kata-kata Nick tadi, tapi hati ni susah sangat nak letak perisa benci. Kenapa dalam hati aku ada dia?
           
‘Stesen berikutnya, Tiroi…’

            Aku tersedar sesaat bila mendengar pengunguman dari speaker. TIROI? Negeri Sembilan? Dah berapa lama aku duduk dalam ni? Homai! Aku dah lambat nak masuk ofis! Aku dah terlebih waktu lunch!
           
‘No one la Ayah Amin, perempuan biasa je…’

            Mata terasa panas tiba-tiba. Kata-kata Nick tadi menerawang masuk ke kotak ingata. Suaranya berlari-lari di telinga seperti lagu tanpa irama yang diulang-ulang lirik yang sama.
Kalau aku tak nak balik ofis, boleh?


 “LAMBATNYA KAU BALIK! Dating eh?”
Muka Lili tejengul di muka pintu sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku memandang wajahnya yang dihiasi dengan mekap nipis itu lama.
“Nak keluar?” soal aku setelah menjeling jam dinding yang menunjukkan angka 10 malam. Lili mengangguk laju dengan senyuman.
“Kau dating dekat mana ni? Pandai lewat balik sekarang…” Lili senyum lebar. Sebelah tangannya membetulkan letak tudung yang sedikit senget.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menggeleng perlahan, menjawab soalan Lili. Tak boleh nak salahkan Lili jugak. Dia tak tahu.
 “Wanda, aku nak mintak tangguh bayar duit kau, boleh?”
“Huh?”
“Duit yang aku pinjam dulu.”
Oh. Ya. Lili ada pinjam duit aku dulu…lupa. “Okay.” Walaupun aku sendiri sempit, tapi takkanlah aku nak paksa Lili bayar jugak.
            “Hey, kenapa ni?”
            Sekali lagi aku menggeleng. “Kau keluarlah dulu.”
            “Oh no…jangan cakap yang…” Baru aje Lili hendak menyambung, sebuah kereta MyVi berhenti tepat dihadapan pintu pagar. Lili menarik nafas perlahan sebelum memandang aku lama. “Wanda, sorry. Aku keluar dulu, ya? Balik nanti kita cerita.”
            Aku hanya mampu mengangguk. Lili sempat menggenggam tangan aku erat beberapa saat sebelum melangkah keluar mendapatkan temannya yang menunggu, budak yang pakai jam oren tu.
            Aku menutup pintu rapat dan terus ke bilik. Hani dah pergi kerja rasanya, kereta dia pun dah tak ada dekat luar tu. Kosong. Isi rumah yang terasa kosong sekosong hati aku sekarang. Sampai sahaja di bilik, aku terus melempar handbag ke atas katil dan mencapai tuala terus ke bilik air.
            Lili tak ada, Hani pun tak ada. Aku nak menangis kuat-kuat, boleh?


BERKALI-KALI AKU pandang cermin di meja solek. Padan muka, mata dah sembab. Kalau diikutkan sejarah, esok pun tak akan hilang sembab mata aku ni (tak tahu kenapa susah sangat nak hilang. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak suka menangis. Tak suka).
Dengan tuala yang basah di atas kepala, aku membawa kaki ke dapur, membuka pintu peti ais. Again. Aku tak tahu dah berapa kali aku melenguhkan tangan sendiri malam ni buka dan tutup peti ais satu pintu tu. Bosan, lapar. Tak pernah aku rasa waktu malam berlalu sangat panjang macam malam ni. Tak pernah.
            Setiap pelusuk peti ais aku sapu dengan pandangan mata. Tetap benda yang sama. Tetap barang yang sama yang aku lihat dua minit yang lalu. Lima mimit lalu, mahupun setengah jam yang lalu.
            Aku tahu tu.
            Aku tahu peti tu tak akan keluarkan satu set kek aiskrim Baskin Robin yang bertulis Chill Up, Wanda!
            Tak akan.
            Aku mengeluh lagi. kaki dibawa pula ke dalam bilik. Perlahan-lahan aku menekan butang on handphone. Walaupun hati masih lagi tak bersedia. Walaupun jiwa terasa tak nak baca segala benda yang akan terpapar dekat skrin nanti.
            Satu dari Raey.

‘Kau dekat mana? Taknak masuk ofis?’
           
            Aku lupa nak mesej Raey, ataupun Munie, ataupun Encik Razni yang aku tak masuk balik lepas lunch tadi. aku dah buat syarikat tu macam aku punya keturunan punya. Haih.
            Sekali lagi bunyi beep kedengaran. Nick.

‘Wanda, where are you? Kenapa tak turun tadi?’

            Oh perfect. Dia tak tahu pun yang aku turun. Dia tak tahu pun yang aku dengar segala benda yang dia cakap siang tadi. Eloklah tu, boleh dia berlakon lagi depan aku nanti, kan?
            Jari terus berlari-lari di dada skrin. Beberapa dari Kak Qila juga.

‘Mana kau? Aku call tak dapat?’

‘Wan, apahal tiba-tiba tak boleh dihubungi ni?’

            …dan beberapa mesej dari Celcom. Missed callsvoice mails… ecetra… ecetra…
            Dah, aku taknak dengar apa-apa dah. Nick sendiri pun tak tahu apa salah dia. elok sangatlah tu.
            Tidur Wanda, tidur. Dengan harapan semua benda yang jadi hari ini sebenarnya mimpi je. Mimpi. Dan aku boleh senyum macam biasa waktu melangkah masuk ke dalam pejabat esok sambil menjerit dekat Raey, ‘Aku dapat mimpi ngeri semalam.’
            Harapnyalah.


AKU BANGUN KEESOKAN harinya dengan perasaan berbaur. Bau nescafe yang menusuk hidung membuatkan hati aku berdebar lama. Lili. Lili memang suka buat nescafe, tapi…kenapa pagi ni? Sekali lagi aku terasa bagai anak kecil yang malas nak ke sekolah. Walaupun setelah dipaksa oleh mak. Walaupun dah disogok dengan coklat.
            Malas.
            Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang (aku yakin Julia dan buat keja dia, internet bergerak) dekat sana.
            Aku bangun dari katil dan terus melangkah ke dapur. Tangan kanan automatik menarik pintu peti ais keluar dari tempatnya.
            “Eh, tak bersiap lagi?”
            Aku menoleh ke belakang sambil menutup kembali pintu peti ais (ya, masih tak ada kek Baskin Robin)
            Lili memandang aku lama. “Tak kerja ke?”
            Aku memandang jam di dinding sesaat. Pukul 6.30 pagi. kalau nak diikutkan, memang awal lagi, tapi memang aku selalunya dah mula bersiap waktu ni. Aku mengangkat bahu, menjawb soalan Lili. Sungguh, aku sendiri pun tak tahu. nak pergi ke, tidak.
            Lili mengeluh perlahan. “Tak nak cerita?”
            Dia membawa kaki kembali ke dalam bilik. Duduk. Lili menurut dari belakang. Bunyi pintu dibuka dari luar membantutkan permulaan cerita aku. Hani masuk dengan membimbit beberapa beg kertas bersamanya. Awal pulak dia balik dari kerja.
            “Eh? Tak kerja ke?” Hani pun dah tanya soalan sama. Cliché.
            Lili memandang Hani sesaat sebelum kembali menatap wajah aku yang dah tak ada rupa asal aku dah (sembab+baru bangun+hilang nikmat senyum).
“Wanda, ceritalah dekat kitaorang. Kau buat muka macam ni dari semalam sebab bos kau tu, kan?” Lili membuat serkap jarang. Hani yang baru sahaja meletakkan segala jadah benda yang dia bawa balik tadi kembali ke bilik aku. mengambil tempat disebelah Lili.
“Kau menangis?”
Janganlah tanya soalan tu…aku dah rasa nak menangis lagi ni…
“Wanda…?”
            “Aku nak berhenti kerja boleh tak?”
            Mata Lili dan Hani bulat memandang wajah aku, tak percaya. Bukannya diorang tak tahu yang aku sayang sangat dengan kerja aku tu (walaupun kerja macam kuli). Ingat senang ke nak cari kerja lain sekarang ni?
            Aku tahu diorang terkejut. Sebab waktu aku dah kena teruk dengan Miss Fina dulu pun, aku masih bertahan lagi. Waktu aku komplen pasal kerja awal-awal dulu pun, aku gagahkan hati jugak untuk bertahan. Bukannya aku tak tahu nasib Kak Qila dulu selepas dia berhenti kerja. Payah sungguh nak dapat kerja baru. Siksa sungguh nak hadap apa kata orang kampung. Tapi sekarang ni…aku tak mampu dah…
            “Kenapa ni?”
            Aku menarik nafas panjang sebelum memandang wajah Lili dan Hani di hadapan. Segala cerita yang berlaku sepanjang minggu ni, aku luahkan. Semua. Sehinggalah kejadian semalam.
            “Look, Wanda,” Hani bersuara setelah suasana di bilik aku sunyi lama (lepas habis cerita aku tadi). “Aku rasa kau tak boleh berterus-terusan sembunyi macam ni,”
            Aku mengangkat muka, memandang wajah Hani yang tenang. Jarang aku nampak Hani serius macam ni.
            “Kau kena lawan. Mana boleh kau biar je diorang buat kau macam tu.” sambung Hani lagi.
            “Aku dah malu, Hani.” Siapa yang tak malu bila segala cerita gelap dah didengari oleh orang yang tak sepatutnya tahu. nak-nak lagi dua orang yang bernama Miss Fina dengan Julia tu.
            “Aku tahu. Tapi sorry to say, itu salah kau jugak…” Hani menjawab perlahan. ya, memang pun salah aku. memang pun salah aku bila nak menunjuk-nunjuk dekat diorang. Tapi Nick pun…dia tak patut cakap macam tu…
            “…dan, Nick kau tu memang tak patut cakap macam tu. Dia pun salah.” Sambung Hani lagi. dia menarik nafas dalam-dalam seolah-olah masalah yang aku hadapi sekarang ni juga masalah dia. Lili masih lagi diam membisu. Hanya mengangguk, dan menggeleng.
Kalau nak dikira, memang Hani lah yang patut bagi nasihat. Dia yang paling matang. Dia yang paling banyak pengalaman. Dialah yang paling banyak makan garam di antara kami semua.
“Sekarang, kau pergi kerja, tunjuk dekat diorang yang kau tak apa-apa. Kau kuat.”
Aku membawa kedua-dua tangan meraup muka. Memang aku nak tunjuk yang aku ni kuat, tapi…
“Go. Bersiap. Aku hantar.” Lili pula mencelah. “Dah lambat ni. Aku pun ada kerja area pejabat kau hari ni. Boleh aku hantar kau sekali.”
            …aku tak tahu macam mana nak jumpa Nick nanti… aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang.
            “Wanda…” suara Lili lembut memujuk. Akhirnya aku menarik nafas panjang. Bangun daN mencapai tuala.
            Jom. Kerja Wanda. Tak nak kerja kau nak makan apa?
            Hadui.


SENYUMAN YANG AKU sendiri terasa kekurangan gula aku lemparkan kepada pakcik jaga yang setia menjaga pintu sejak dari hari pertama aku bekerja disini. Pakcik tadi mengangguk sambil membalas dengan senyuman. Manis.
            Hati aku tiba-tiba rawan bila terlihat set sofa yang masih kekal disudut lobi. Sama letaknya. Sama tempatnya. Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam, mengumpul tenaga.
            Kaki terasa nak pusing keluar dari bangunan. Tapi aku tahankan juga hati. Jangan jadi budak-budak, Wanda. Takkan pasal semua ni kau taknak kerja?
            “Wanda,”
            Aku berpusing ke belakang, mencari tuan punya suara yang memanggil.
            “Lambat hari ni?” Huda. Dia yang kemas dengan sut hitam memandang wajah aku dengan senyuman. “Eh, aku tak tahu pun kau pakai cermin mata sebelum ni?”
            Tangan automatik menyentuh cermin mata yang diberikan poleh Lili pagi tadi. Buat tutup mata aku yang sembab.
            “Oh. Ya…” aku memaksa bibir untuk senyum. Janganlah dia perasan yang benda alah ni tak ada power. Janganlah dia perasan.
            Kami sama-sama berhenti di pintu lif dan Huda terus menekan butang untuk ke tingkat atas. Aku menarik nafas lagi. Terasa seluruh bangunan ni kekurangan oksigen untuk aku. Sungguh!
            Tak lama pun menunggu, pintu lif terbuka beberapa saat kemudian. Aku terus meloloskan diri kedalamnya, diikuti dengan Huda dan dua orang yang lain. Budak HR Department rasanya.
            “Wanda, aku dengar kau dengan Nick Rayyan. Betul ke?”
            Kening aku terangkat tinggi bila mendengar soalan yang sama sekali tak terjangka dalam kepala. Huda? Budak yang paling tak ada kawan dalam bangunan ni…tahu?
            “Aku tanya je. Sebab aku ada dengar.” Dia menyambung perlahan setelah melihat wajah aku dah lain macam. “Tapi dah tak ada apa-apa kan? Sayangnya…”
            Aku mengeluh berat. Kalau dah itu cerita dari Huda, dalam masa SEHARI, aku tak tahulah apa lagi yang Julia dan Miss Fina cerita dekat semua. Nasib aku baik bila lif terbuka sebelum aku sempat menjawab soalan Huda. Aku terus melangkah keluar sambil menghadiahkan senyuman (tawar) kepada Huda.
            Okay, Wanda. There you go. Persetankan semua benda yang tak penting (tak penting ke?) tu. Buat kerja.
            “Eh, puan besar dah sampai!”
            Aku memekakkan telinga, terus ke meja kerja. Tak payah nak pusing kepala, tak payah nak pandang dengan mata. Aku dah tahu siapa punya suara. Julia.
            “Eh, boleh ke jadi Puan Besar? Bukan ke you paling berjaya pun waktu UPSR?” aku dapat mendengar beberapa suara yang mengekek ketawa.
            …dan aku masih, memekakkan telinga.
            “Kesian, you.”
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang wajah Julia yang memandang sinis ke arah aku. tenang Wanda. Tenang. Walaupun dalam kepala nak je aku jerit shut your mouth la Julia!
            Aku teringat kembali kata-kata yang pernah aku baca dulu. Kadang-kadang kita hanya perlu diam, swallow your pride and accept that you’re wrong. It’s not giving up. It’s called growing up. Kan?
              “Wanda, betul ke kau selalu failed waktu uni dulu?” Fayad berbisik perlahan sewaktu dia melepasi meja aku. Aku nampak Raey membulatkan mata, memberi amaran.
              “Buat kerja kaulah!”
              “Aku tanya je.” Fayad mencebik sesaat sebelum kembali ke mejanya.
              Perlahan-lahan aku berpaling memandang wajah Raey di meja sebelah. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan simpati. Aku pun malu dengan Raey sebenarnya.
              Aku menggagahkan tangan untuk membuka komputer dan menunggunya loading.    Miss Fina tiba-tiba keluar dari biliknya, memandang aku lama sebelum bersuara, “Wanda, you dah siapkan apa yang I bagi semalam? The latest one?”
              Itu memang hobi dia, menjerit dari jauh. Hobi.
              Bukannya dia tak boleh call aku, suruh aku masuk bilik dia ke apa. Nak jugak buat suara soprano.
              “Oh, I lupa. You kan dah nak TUNANG dengan orang kaya. Apa kelas buat kerja macam ni, kan? Duduk rumah goyang kaki lagi best.” Aku boleh nampak Miss Fina ketawa sinis dihadapan. Julia juga turut sama mengekek dari mejanya.
              Oh perfect! Pagi-pagi lagi dah macam ni. macam mana aku nak hadap tengah hari nanti? Petang nanti? Esok? Lusa?
              “Pleaselah Wanda…” Miss Fina berjalan perlahan-lahan menuju ke meja aku. “Dah tahu diri tu tak menarik, loser… ada hati nak cakap Nick nak pinang dia.”
              Hati aku terasa menggelegak tiba-tiba. Sungguh. Kalau aku fikir pendek, ringan aje tangan kanan ni nak mendarat dekat pipi dia yang dah disapu blusher 3 inci. Sungguh, rasa ringan je.
              Tapi tak berbaloi. Langsung, tak berbaloi.
              “Mana you punya bakal TUNANG? Harini ada lunch sama eh? Ke, tak jadi? Ouch! Kesian…” Walaupun suaranya perlahan, tapi cukup membuatkan hati aku hancur lumat. Hani suruh aku kuat. Lili suruh aku lawan. Tapi tak boleh.
              Aku pandang Raey di sebelah, wajah dia merah menahan marah. Mata aku beralih pula pada Munie, Jimi, Fayad, Din dan beberapa orang lagi yang memandang. Sikitpun aku tak dapat baca apa reaksi diorang.
              Pandangan beralih pula pada Julia yang menjeling dari meja di hadapan. Wajahnya tergambar kemenangan.

              Mak, Wanda nak berhenti kerja. Sekarang jugak!


*****

Monday 27 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 25]

25


LUNCH!
            Tak tahu kenapa waktu lunch harini terasa sangat lambat. Walaupun hanya 2 jam jaraknya dari habis mesyuarat tadi. Miss Fina dan Julia berkali-kali menjeling-jeling sotong ke arah aku setiap kali mereka melepasi meja aku. Raey pun turut sama kena tempias dia.
            Dan aku dapat rasakan panas dari laser renungan meraka tu. Panas!
            aku tak tahu apa kata Nick bila dia tahu pasal ni nanti. Aku sepatutnya tak bagitahu dekat siapa-siapa pun pasal kami. (Sebabnya, bukannya aku dengan Nick dah betunang pun. Kahwin apatah lagi).
            Tapi sungguhlah, jiwa aku rasa kena penyek lumat dengan kejian dari Julia tadi.
            Tak boleh ke kalau aku nak bela diri sendiri?

‘Saya dah ada dekat bawah.’
           
Nick. Aku senyum lebar melihat pesanan ringkas yang baru aje tiba. Okay Wanda, jom buat drama!
Raey di sebelah aku pandang sekilas. Dia menghadiahkan sengihan yang penuh makna. Dia pun nak turun sama, nak tengok macam mana reaksi dua orang makhluk tu.
“Kenapa tak nak turun lagi? Takut orang yang ditunggu tak datang?”
Aku mengangkat muka mencari tuan punya suara yang melalui telinga. Julia. Dia sudahpun siap dengan handbag di bahu kiri. Miss Fina yang baru keluar dari biliknya tersenyum sinis.
“Dia ada dekat bawah…” aku menjawab perlahan. Sebenarnya aku sendiri keliru. Entah betul atau tidak tindakan aku. Sungguh.
Tak pernah aku jadi macam ni. Tak pernah-pernah aku cakap benda yang tak pasti. Tak pernah.
Dengan bertemankan Raey di sebelah, aku gagahkan juga kedua-dua belah kaki untuk turun ke lobi bangunan. Nak jumpa Nick tempat biasa.
Tempat biasa dia tunggu aku. dekat sofa di sudut lobi dengan kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.
Macam biasa.
Akhirnya lif berhenti juga di tingkat yang ditekan. G. Ground Floor. Dada sudahpun kecoh dengan bunyi gendang, kompang dan piano dalam datu lagi. berkecamuk bunyi dia. Miss Fina dan Julia menuruti aku dari belakang.
Bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk depan diorang sebenarnya.
Bukan niat aku nak bangga diri sebenarnya.
Bukan.
Cuma…aku cuma nak bela diri aku. Ya.
Hanya beberapa langkah keluar dari lif, kelibat Nick sudah kelihatan di atas sofa. Membelakangi kami. Tan Sri pun ada sama. Bibir aku tersenyum dari jauh. Aku memandang wajah Miss Fina dan Julia sekilas. Reaksi wajah kedua-duanya sukar untuk aku tafsirkan.
Itu dia. Lelaki yang ada dalam hati aku. Itu dia…lelaki yang aku cinta. Dia je…tak ada orang lain dah.
Nick yang santai dengan jeans berwarna cerah dan kemeja putih kelihatan sangat bergaya. Patutlah Miss Fina dan Julia pandang dia tak lepas.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum mencipta senyum sambil mendekati dia.
“Apa nama dia?” aku mendengar Tan Sri Aminudin bertanya lembut, dengan senyuman. Entah apa topik diorang waktu ni.
“Wanda, Ayah Amin.” Nick menjawab laju. Kaki aku berhenti tiba-tiba bila mendengar nama aku disebut. Miss Fina dan Julia sudahpun kaku beberapa tapak di belakang tadi turut sama memasang telinga. Memerhati buki yang diorang tunggu dari jauh.
“Patutlah Ayah Amin nampak kamu selalu aje datang sini sekarang.”
Ketawa kuat daripada Nick membuatkan kening aku terangkat tinggi. Zaman bila pulak Nick boleh ketawa macam tu?
“Mana ada Ayah Amin. Nick tak ada kerja banyak pun. Itu yang datang sini.”aku dengan Nick menjawab dengan ketawa yang berbaki. Kaki aku masih kaku disitu.
            “Siapa budak Wanda ni? Suka sangat nampak dengan dia? tak cerita pun dekat Ayah Amin?” kening Tan Sri Aminudin terangkat tinggi sambil tersenyum memandang anak emas dia tu. menunggu jawapan. Mata aku beralih pula pada Nick yang masih tidak menyedari kehadiran aku.
            “No one la Ayah Amin. Perempuan biasa je.” Nick sengih sambil menguak rambutnya yang sudah mula panjang ke belakang. “Tak ada benda menarik pun dalam diri dia. Tak pernah pun dia capai apa-apa dalam hidup dia. Paling menarik pun dia dapat 5A dalam UPSR.”
            Tan Sri Aminudin ketawa kuat. Aku boleh dengar Julia dan Miss Fina mengekek ketawa dari belakang.
            Muka aku tiba-tiba terasa panas. Sejuk. Ketar. Apa ni? Nick tak patut cerita benda tu dekat orang. Itu rahsia aku dan aku hanya konsi benda tu dengan dia je. Dekat Kak Qila pun tak pernah…
            “UPSR?” Suara Tan Sri Aminudin tenggelam dalam ketawanya. Dan aku hampir menangis!
            “…dia kalut. Kalut sangat. Lurus pulak tu,”
Sekarang ni aku terasa nak pengsan! Dia kata aku lurus…lurus macam…lurus bendul? Mak…
“Segala benda dia buat tak pernah menjadi…” Nick bercerita lagi dengan senyuman. Sungguh, tak pernah pun aku nampak dia macam ni. Ketawa riang. Sepanjang masa ceria…wajah yang sentiasa tenang berubah rupa dan sama sekali tak beku!
            Siapa dia sebenarnya? Kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni?
            “…nak masak untuk kami tiga orang pun tak boleh…” aku nampak Nick menggeleng kepala laju. Tan Sri turut sama ketawa seolah-olah Nick sedang bercerita dalam pertandingan Maharaja Lawak!
Ya Allah! Tak perlulah dia nak kutuk aku macam-macam depan Tan Sri gaya aku ni teruk sangat.
            Aku tak percaya…sikit lagi aku nak cubit pipi sendiri. Mereka gelakkan aku, kan?
            Kan?
            “…apa nama benda ni pun dia tak tahu…”
            Aku nampak Nick mengawang-awangkan Sony ditangan kanannya.
            “Phone Charm?” kening Tan Sri Aminuddin terangkat tinggi.
            Nick mengangguk laju dengan ketawa yang masih belum hilang.
            “Anak Ayah Amin ni dah bosan tengok model agaknya, sebab tu nak cari yang biasa, kan?”
            Ketawa Nick pecah lagi.
            Kaki aku yang kukuh berdiri dibelakangnya tadi sedikit demi sedikit tergugat. Sikit lagi aku nak terjelopok jatuh mencium lantai lobi. Sikit lagi.
            Dia…Nick Rayyan, kan? Bukan jelmaan orang lain yang menyerupai dia, kan? Jadi kenapa dia cakap macam tu? Kenapa dia cerita semua keburukan aku?
            Tanpa menunggu lama, aku terus memusingkan badan, meninggalkan Nick yang masih rancak bercerita. Sedaya upaya aku menggagahkan kaki untuk melangkah keluar dari lobi. Keluar dari bangunan tu. keluar dari riuh rendah ketawa Tan Sri dan Nick…yang bercerita pasal aku. (Pasal keburukan aku!).
            “Wan?”
            Kaki yang ingin melintas ke seberang jalan menjadi pegun tiba-tiba. Aku mengangkat muka dari jalan raya yang mula dipenuhi kereta. Fahim! Jangan cakap dia pun ada waktu Nick kutuk aku tadi…
            “Are you okay?”
            Dia ada…
            “Wan?”
            “Jangan ikut I…” aku dapat mendengar perubahan suara sendiri. Tolonglah jangan menangis depan Fahim. Tolonglah Wanda. Kau kena kuat. Jangan depan dia.
             Aku mendengar Fahim mengeluh berat sambil menundukkan kepala, mencari anak mata aku. “I teman you lunch?”
               “Go to hell with the lunch!” aku menjerit kuat tanpa sempat ditahan. Raut wajah Fahim ternyata terkejut mendengar jawapan aku. Serta merta aku mengucap dalam hati. Sabar Wanda…sabar. Jangan nak mencarut. Nick cuma….cuma…kutuk kau…
               Air panas terasa bertakung dikelopak mata. Kalau Fahim keluarkan kata-kata jenis pujukan lagi, aku yakin air yang bertakung ni akan pecah…yakin.
Dia ingat selera makan aku bertambah bila Nick tiba-tiba jadi macam tu? dia ingat aku da jiwa lagi nak makan bila semua cerita gelap aku didengari oleh Tan Sri Aminudin, Miss Fina dan Julia?
Hati aku tak sekuat tu…
            Aku patut dah agak benda ni akan jadi. Aku patut tahu yang aku ni tak berhak pun nak capai apa-apa. Aku tak layak pun.
            Penat aku mengarang rasa sayang.
            Penat aku mengarang angan-angan.
            Rupanya ini cerita disebaliknya.
            …dan aku tak kuat. Ya ALLAH.
            “Wanda…I teman you, okay?” sekali lagi Fahim bersuara.
Aku menarik hujung selendang, mengelap air yang terasa bertakung. Perlahan-lahan aku berjalan ke laluan pejalan kaki menuju ke stesen komuter. Aku tak terasa nak makan.
Aku tak terasa nak balik pejabat.
Aku hanya nak tenang…ruang…
Fahim hanya menurut dari belakang tanpa suara. Aku dah tak mampu nak halang dia.
Bunyi mesej yang baru masuk membuatkan aku pegun di hadapan kaunter tiket. Nick.

‘Where are you?’

Ringan aje tangan aku nak baling handphone tu laju-laju, biar jatuh dekat landasan keretapi, kena penyek, hancur…macam apa yang Nick dah buat dekat hati aku.
Tapi bila fikirkan aku nak guna benda tu lama, niat aku tadi terpaksa aku batalkan. Butang off aku tekan lama.
“I tak tahu nak bagi tahu you ataupun tak.” Fahim tiba-tiba bersuara setelah kami sama-sama duduk di tempat menunggu tren. “Tapi I rasa, I patut bagitahu you benda ni.”
“Apa dia?”soal aku tanpa memandang. Tak ada apa dah yang boleh kucar-kacirkan jiwa aku selain dari kejadian tadi. Tak ada dah…
“Perempuan yang serang you tempoh hari…”
Hah? Aku mengangkat muka, mencari wajah tenang Fahim di sebelah. Fahim tahu siapa dia? Fahim kenal? Siapa perempuan tu?
“…sepupu Nick.”
Mata terasa kelam. Sikit lagi aku nak pengsan di atas kerusi besi yang menampung berat aku sejak dua minit lalu. Lutut terasa longgar dan kepala tiba-tiba terasa pusing, hitam, kelabu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Perempuan gila tu, ada kaitan dengan dia?
            Ulang sekali lagi, Im? Aku salah dengar, kan? Takkan perempuan tu ada kaitan dengan Nick?
“Perempuan tu Safiyya, sepupu Nick.”
…dan kepala aku seperti dilanggar keretapi. Sepupu. Nick? kenapa dia nak serang aku? mereka sepupu, kan?
“… I think diorang dah bertunang, I mean, ditunangkan. Lama dulu.”
Itu dia. Aku patut dah agak. Benda tu kan benda biasa orang-orang kaya buat? Tunangkan anak dari kecil sebab nak satukan keluarga. Nak kekalkan harta. Nak itu…nak ini…
Wanda, kenapa kau tak pernah fikir pun sebelum ni!?
“Itu yang I dengar dari mulut Safiyya dulu.”
Aku dah kehilangan suara. Aku dah kehilangan kata. Nick? apa yang jadi sebenarnya ni?
“I pernah jumpa Safiyya lepas dia serang you dulu, depan ofis. I rasa dia memang tunggu you masa tu.” Fahim membuka cerita tanpa dipinta.
Aku hanya diam kelu tanpa bicara. Lidah seakan-aka diikat oleh kepala sendiri.
“Waktu itulah semua cerita keluar… I tak percaya Nick buat macam tu dekat you…”
Setitik air mata gugur juga. Kalau Safiyya tu tunang dia, kenapa dia nak pergi kampung aku, jumpa mak?
Kalau Safiyya tu tunang dia? apa yang dia buat dengan aku? Kenapa Nick?
Dulu aku dah rasa ditolak oleh Fahim. dan sekarang aku boleh duduk bercerita dengan Fahim tentang orang yang dah tipu aku.
What a life, Wanda.
            Aku bingkas bangun tanpa memandang wajah Fahim. “Biarkan I sendiri, please.” Tren perlahan-lahan menghampiri stesen. orang ramai mula bangun, bersedia untuk mendapatkan tempat duduk. “Thanks.”
            Aku terus meloloskan diri kedalam perut tren tanpa menunggu jawapan daripada Fahim. Aku harap sangat dia faham. Dengan apa yang dah jadi tadi, aku tak mampu lagi nak pandang muka semua orang dekat pejabat tu.
            Apatah lagi dia.
            Aku menggenggam erat beg bimbit yang berada di atas paha. Jangan menangis, Wanda… kau patut dah agak benda ni.
            Tak pernah pun segala benda dalam hidup kau menjadi, kan?
            Nak jadi Cinderella apatah lagi.
            Padan muka aku. Padan muka sendiri.
           
“Next station, Mid Valley. Mid Valley.”

Mid Valley? Oh, well! Aku dah salah naik tren pergi Seremban. Hadui…Tak pernah-pernah pulak sepanjang bertahun aku kerja, aku salah naik tren. Tak pernah…
Kejap, kalau nak difikirkan balik, baru sekarang aku faham kenapa selalu aje Nick muncul tiba-tiba. Tak kiralah aku ada dekat pelusuk mana pun.
Patutlah dia risau sangat waktu dia nak fly pergi UK dulu, dia takut TUNANG dia simbah asid dekat aku, kan?
Dan, patutnya aku dah tahu perempuan tu ada kaitan dengan Nick waktu dia tiba-tiba muncul masa aku kena simbah air cili dulu.
Patutnya aku fikir benda tu.
…dan aku tak fikir.

Nick…why? Kenapa buat saya macam ni!?



***