Showing posts with label FAM TRIP. Show all posts
Showing posts with label FAM TRIP. Show all posts

Thursday, 9 November 2017

UK Farm, Kluang Johor

Assalamualaikum dan hai!

Dah hampir sebulan trip Kembara Blogger ke Johor berlalu tapi pengalaman bermalam di UK Farm Kluang Johor ni memang aku tak boleh lupa.




UK Farm sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan United Kingdom. UK Farm diberi nama sempena nama owner iaitu Goh Un Keng, maka jadila UK Farm. Ini di Mr Goh. Dengar dia punya talk memang boleh kasi semangat naik betul.




Salah satu yang aku paling ingat, apa yang dia cakap adalah

"Kalau bodoh boleh belajar, kalau malas, tak ada ubat"

Ha... makan dalam tak? Jadi jangan malas-malas.


Info dari UK Farm - UK Farming Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2003 bermula dengan hanya 2 hektar tanah yang terletak di Parit Yaani, Johor Malaysia. Kambing Jamnapari di sini adalah diimport dari Indonesia dan perniagaan awal kami melibatkan pengeluaran susu kambing segar, daging kambing dan produk peralatan mandi komersialisasi. UK Farm juga mempunyai reputasi sebagai ladang penternakan kambing yang terbesar di Malaysia, dengan 130 hektar tanah penggembalaan untuk 4000 kambing. Ia merupakan sebuah ladang yang menggunakan kaedah paling moden dalam penyelenggaraan kambing.

Apa yang menarik dekat sini sebenarnya?

Banyak! Salah satunya, kepada yang ingin belajar macam mana untuk memelihara kambing, UK Farm ada sediakan khidmat untuk belajar. Dekat sini juga pengunjung akan dibawa ke seluruh kawasan ladang. 

Banyak benda yang boleh dilakukan di sini. Jom tengok gambar aktiviti kitorang dekat sana.




Melawat kandang kambing.

Pengalaman baru buat aku sebab tak pernah pun masuk kandang kambing sebelum ni. Apa yang best, dekat luar je ada bau kambing sikit tapi bila dah naik dalam 'rumah' kambing tu, bau tahi kambing hilang! Magic tak?





Bas yang bawa kami pusing satu ladang

Rumput khas untuk makanan kambing yang dibeli benih dia dari Thailand. 
 Kata Mr. Goh, nak dapat susu kambing dan daging kambing yang elok, kena jaga makanan dan tidur dia. Jadi dia akan pastikan makanan yang diberi pada kambing adalah yang terbaik dan kambing dia akan dapat tidur lena tanpa lalat atau nyamuk.

Tapi betul, memang tak ada lalat pun dekat kandang kambing tu. Hebat betul!


Dalam 'rumah' kambing




Ini la peluang nak selfie dengan kambing, kehkehkeh


Turun dari 'rumah' kambing, kitaorang gerak ke tempat perah susu yang tak jauh dari situ. Sebelum ni aku ada pengalaman perah susu lembu dekat Taiwan, jadi nak tengok la juga macam mana dia orang ambil susu kambing dari kambing ni.



Sesi perah susu kambing
 Macam ini rupanya cara moden untuk dapatkan susu kambing. Dah tak ada cara dulu-dulu perah pakai tangan. Lambat. Pakai mesin khas ni sekejap je dapat kuantiti yang dikehendaki.




Blogger Shiqin Sunshine dan Alja sempat posing waktu minum susu kambing fresh dari ladang =)

Sesi merasa susu kambing
Pengakuan jujur aku. Susu kambing dekay UK Farm ni langsung tak ada rasa hamis. Serius, minum banyak kali pun takpe. Susu kambing UK Farm ada dalam bentuk asli, chocolate dan juga yougurt. Semua aku suka!

Oke. Habis berkenaan kambing, kita orang dibawa pula ke tempat seterusnya.

Haaa rumput dekat belakang itulah rumput khas untuk makanan kambing dekat sini. Benih dia dari Thailand.

Singgah ke taman rusa


Kolam itik pun ada


Letak makanan dalam tu dan zuppp. itik dapat makan! Jangan baling, karang kena dorang.




Ayam pun ada






Burung unta pun ada jugak



Habis pusing dekat kandang haiwan yang ada, kami gerak pula ke satu perkampungan orang asli dekat sini iaitu perkampungan puak Jakun






















Banyak sebenarnya tempat menarik yang ada di UK Farm ni, cuma sebabkan kekangan masa, tak sempatlah kami nak tengok semua benda yang ada. Sebelum aku undurkan diri, jomlah tengok gambar-gambar lain di sekitar UK Farm. Kami bermalam dekat sini juga satu malam tapi untuk tu, aku buat post lain lah. Dah panjang sangat ni. =)

Bai!!






















Antara produk keluaran UK Farm

Untuk info lanjut, korang boleh rujuk di bawah ni
-
-
-



UK AGRO RESORT
Plot 8, Project Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, 
86000 Kluang, Johor, Malaysia. 

Tel : +607-759 7555
Fax : +607-759 7991
H/P : 013-778 7235 / 013 - 722 2299





Monday, 30 October 2017

The Els Club- A Championship Golf Courses

Assalamualaikum dan hai!

Antara tempat yang menjadi persinggahan Kembara Blogger dan Media tempoh hari adalah di The Els Club Desaru Coast - Ocean Course. Seumur hidup, daku memang tak pernah masuk padang golf atau ke golf club house. Jadi bila dapat peluang untuk ke sini, memang excited gila!





Mr Harris 




Tiba je di The Els Club, kami diberi taklimat dan pendedahan pasal golf clubhouse ini dari Mr. Haris. Sebenarnya, saat menjejakkan kaki ke dalam clubhouse ni, terus je rasa aura mewah yang menjadi aura special dekat sini. 

Mengikut apa yang diterangkan oleh Mr Haris, The Els Club Desaru mempunyai dua bahagian berbeza  iaitu Ocean Course yang mempunyai 27 lubang dan Valley Course yang mempunyai 18 lubang. Kami para blogger diberi peluang untuk masuk ke Ocean Course dan melihat sendiri kecantikan dan kehebatan padang golf bertaraf dunia ni. 

Ocean Course yang mempunyai 27 lubang ni direka khas oleh Ernie Els iaitu permain golf profesional. 

Ocean Course ni sangat sesuai untuk pemain golf yang sukakan suasana bermain di tepi pantai. Mempunyai keluasan 45,000 kaki persegi, kelab golf ni complete dengan golf shop, bilik lokar yang mewah, kemudahan bilik untuk berehat dan menukar pakaian, kemudahan bilik untuk pelbagai function, bilik VIP, gofl carts dengan sistem GPS dan juga restoran mewah.



Golf Shop








Habis taklimat dari Mr Haris, kami dibawa ke seluruh pelusuk clubhouse untuk melihat sendiri kawasan yang disediakan untuk pengunjung dan pemain golf di sini.

Dari bilik lokar sehinggalah ke bilik VIP, rekaan The Els Club ini sangat menarik. 























Habis meneroka kawasan dalam, kami dibawa pula ke padang golf dengan menaiki buggy car yang lengkap dengan sistem GPS. Menyusuri kawasan padang golf Ocean Course ni, hati dan kepala yang serabut pun boleh jadi tenang. Memang cantik!

Keadaan padang yang kemas dan bersih membuatkan permandangan di sekitar padang golf bertambah menarik. Lebih-lebih lagi bila tour sampai di mana lubang terakhir berada. Betul-betul di tepi laut! 















Tak ketinggalan untuk bergambar bersama Mr Harris dan para blogger yang mengikuti kembara Bloggers ini.










Serius, bagi yang ingin bermain golf yang mempunyai suasana tepi pantai, The Els Club Desaru Coat ini lah tempatnya. 




The Els Performance Golf Academy

Yang bestnya, dekat sini juga ada akademi khas yang dibina untuk semua orang yang berminat dengan sukan golf.

Akademi ini terbuka kepada umum dimana semua orang termasuklah juniors dan orang dewasa berpeluang untuk belajar bermain golf dengan menggunakan kemudahan teknologi yang terkini. Dekat sini, pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang diiktiraf.

Walaupun tak pandai main golf, daku sempat juga rasa pukul bola dan hampir masuk wei!

Tapi gambar takdelah. tak boleh nak tunjuk bukti. Heh heh heh






Bagaimana untuk ke The Els Club Desaru Ocean Course ni? Boleh cari saja di alamat sini
-
-
-
-

The Els Club Desaru Coast - Ocean Course

No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Darul Ta’zim, Johor
+607-878 0000

elsclubmalaysia.com




******