Macam biasa, cerpen lama =)
***
DAH LAMA RASANYA dia tak senyum lebar macam ni. Dia
tak sangka pula Hanip sanggup beli ubat untuk dia. Nampak macam tak kisah pun
kalau dia demam. Bungkusan putih yang baru diserahkan oleh Mia tadi dipandang
lagi. Demam terus rasa nak kebah walaupun sebiji ubat pun dia tak telan.
Kalau
dia framekan ubat-ubat tu gantung dalam bilik boleh tak? Hehehe.
‘Nina,
baik kau makan ubat ni sampai habis. Aku dah bosan duduk dalam kelas ni tak ada
kau.’
Nota yang terselit di
celah-celah ubat tadi dibaca lagi. Huh, cakap je la rindu. Dia sengih lagi.
selimut ditarik menutupi badan. Sejuk! Hai demam, sila lah kebah. Dia pun dah
naik bosan duduk dekat rumah.
“Best
la kan. Demam pun ada yang tolong belikan ubat. Air 100plus, roti, makanan.”
Kak Sarah tiba-tiba masuk. Dia senyum meleret. Terus dia duduk di atas katil.
Dahi Nina disentuh dengan belakang tapak tangan. Masih panas ni. “Nina tak
makan lagi ubat yang Anip bagi?”
Nina
geleng. Dia sengih. “Sayang lah nak makan.”
Tangan
Kak Sarah laju je menampar bahu Nina. “Jangan nak sayang-sayang sangat. Ubat
yang dia bagi tu, untuk makan. Bukan untuk diframe.”
Nina
ketawa. Kak Sarah ni. Macam tahu-tahu je orang nak framekan tadi. Huhu. Kak
Sarah ni senior 2 tahun dari dia. Dalam rumah sewa ni kira Kak Sarah lah yang
paling tua. Ini pun sem terakhir dia. Habis je final nanti dia akan nikah.
Bestnya Kak Sarah, Abang Nazeem sanggup tunggu sampai Kak Sarah habis belajar.
Rasanya dah lama mereka kenal, adalah dalam lapan tahun kut. Abang Nazeem pun
selalu lepak dengan dia. Dah jadi macam abang sendiri dah.
“Nanti
Nina makan kak. Nak tidur kejap ni.” Dia mengiring ke kanan. Tangan Kak Sarah
masih lagi berlari-lari di dahinya. Best pulak Kak Sarah urut macam ni.
“Tak
ada. Akak dah masak bubur nasi ni. Kejap lagi masaklah tu. Nina kena makan.
Lepas tu makan ubat yang Anip kasi tu. Then, kalau nak tidur mimpi Anip pun,
tidurlah.” Kak Sarah bingkas bangun. Periuk bubur nasi yang dia masak tadi masih
lagi dibiarkan panas dengan api kecil di atas dapur.
Nina
sengih dalam hati. Ada ke suruh mimpi Anip. Tak pernah-pernah dibuatnya mimpi
Anip. “Okay kak.”
Kak
Sarah keluar dari bilik. Senyuman Nina makin lebar. Tapi kalau mimpi Anip pun
okay jugak, kan? Dah berapa hari tak jumpa dia. Huhu.
***
“KAU BUAT APA sampai demam seminggu weh?”
“Mana
lah aku tahu. Sudah tersurat aku demam seminggu nak buat macam mana.” Nina
sengih. Beg sandangnya diletakkan di atas meja. Kejap lagi masuk la Encik Wafi
tu. Lecturer Environment Engineering.
Anip
duduk di sebelahnya. Macam biasa. “Bosan kau tahu tak. Aku dah rasa macam
tunggul dalam kelas ni. Duduk diam je.”
Nina
ketawa kecil. “Yang kau jadi tunggul tu kenapa? Kenapa tak bersembang je dengan
budak-budak tu?” mulutnya dimuncungkan kepada dua,tiga orang pelajar lelaki
yang duduk selang 2 meja dihadapan. Tshirt yang dirasakan terangkat ditarik ke
bawah.
“Alah,
kau bukan tak tahu, dia orang mana nak bersembang waktu kuliah.” Anip merungut.
“Kau aje lah yang teman aku bersembang tatkala mataku sudah layu menghadap nota
lecturer conteng dekat papan putih berkilat tu.”
Buku
nota dilayangkan ke bahu Anip. Boleh bercekerama pulak. “Itula. Orang waktu
kuliah, belajar. Nak sembang waktu sembang la.”
Anip
mencebik. “Elleh, macamlah kau tu belajar sangat. Kau ingat mata aku buta, tak
nampak kau main game dekat hanphone?” Anip sengih keji.
“Heh,
rahsia kerajaan aku tu.” Nina ketawa. Lengan baju disingsing. Panas pula dalam
dewan ni.
Pintu
dewan kuliah tiba-tiba dikuak dari luar. Encik Wafi yang kemas berkemeja masuk dan
memberi salam. Ketawa Nina automatik terhenti.
“Habis
ni teman aku pergi library kejap eh?” Perlahan Anip berbisik.
Kening
Nina terangkat. “Nak buat apa?” Memang dia tak percaya Anip ajak dia pergi
library. Selama ni bukan main liat dia nak jejak bangunan sekangkang kera tu.
“Kau
teman je la.”
***
“KALISHA.”
Nina
menyambut salam dengan senyuman. Wah, siapa pulak Kalisha ni. Muka Anip yang
senyum meleret dari tadi dipandang. “Siapa ni weh?”
“Kalisha
ni junior aku dulu dekat sekolah. Dah lama tak jumpa ni.”
Kalisha
senyum. “Baru daftar bulan lepas. Tak sangka pulak jumpa Abang Anip dekat uni
ni.”
Nina
mengangguk faham. Kiranya jejak kasih la ni. Huhu. “Kalisha ambil course apa?”
“Kau
panggil Sha je weh. Berbelit lidah nak sebut nama penuh dia.” Anip menyampuk.
“Haah
kak. Panggil Sha je.”
Nina
sengih. Suka-suka je dia panggil kak. Kekok pulak bunyi dia. Mana pernah orang
panggil dia kak. Dekat rumah pun dia yang paling muda. “Okay. Sha. So, course
apa?” bukan nak tahu sangat pun. Tapi sekadar berbasa basi orang cakap. Huhu,
orang berbudi, Nina kena berbahasa. Budi bahasa budaya Nina, tak gitu? Eheh.
“Kimia.
Engin. Sama, kan?”
“Oh..
okay la tu.” Dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Dia pun bukannya spesis
peramah sangat. Kalisha senyum je. Murah senyuman betul budak ni. Yang si Anip
ni dari tadi sengih sendiri, entah apalah yang dia duk fikir.
“Jom
lah kita pergi makan. Nina, kau tak sihat sepenuhnya lagi. Jangan nak makan
pedas ataupun order air sejuk.” Anip mula melangkah.
Nina
jadi kembang sekejap. Bangga pulak bila si Anip ni bagi pesanan macam. Rasa
macam terjaga. Hehehe.
***
“NINA DAH SIHAT?”
“Dah
bang. Kalau bukan Kak Sarah yang jaga Nina, rasanya Nina terlantar lagi
sekarang.” Nina sengih sendiri. Langkah Kak Sarah yang baru keluar dari
biliknya dipandang dengan senyuman.
“Kak
Sarah kamu tu memang terbaik, kan?” Abang Nazeem ketawa dari hujung talian.
Nina
mengangguk walau ternyata Abang Nazeem takkan nampak pun anggukan burung
belatuk dia tu. “Itu la bang. Nasib baik abang cepat bertindak pinang Kak Sara.
Kalau tak, melepas.” Nina ketawa
sendiri. Kak Sarah mengerutkan dahi bila mendengar namanya disebut-sebut.
“Mengumpat
apa ni?”
Nina
sengih. “Okay bang. Kak Sarah dah sudah solat. Nina kasi dekat dia ni.” Gagang
telefon bertukar tangan. Dia sempat mencubit pipi Kak Sarah.
“Assalamualaikum.”
Nina
sengih mendengar Kak Sarah memberi salam. Dia mengatur langkah ke sofa. Butang
on TV ditekan. Untung Kak Sarah. Segala benda dia mahir. Dari masak, mengemas, hinggalah
bab-bab ambil hati. Dah tu dapat pulak Abang Nazeem yang sangat baik. Memang
sesuai sangat.
Remote
ditekan berkali kali untuk mencari siaran yang dia suka. Tapi hampa. Semua
cerita bosan. Hari minggu pun tak ada cerita best. Huh.
“Muka
tu kenapa?”
Nina
tersentak. Ek? Cepatnya sembang? “Dah sudah?”
Kak
Sarah senyum. Dia turut mengambil tempat di atas sofa. “Abang Nazeem nak
bagitahu dia ada kerja dekat Vietnam dua hari. Itu je. Nak sembang apa lagi.”
Nina
sengih. “La, tak cakap I miss you ke. I love you ke?” Tangan Kak Sarah cepat
aje mencubit paha dia. Fuh, pedih!
“Yang
tu tunggu lepas dah nikah la. Sekarang kalau dah cakap lepas kahwin nanti tak
best. Tak ada specialnya bila dah nikah.”
Nina
mengangguk-angguk. Ooo macam tu eh? Huhu.
“Anip
apa cerita? Tak keluar pulak hari ni?”
“Anip
biasa je ceritanya. Tak ada yang lain-lain pun.” Matanya masih melekat di TV
walaupun tiada rancangan yang menarik. “Tapi kan kak, haritu dia bawa Nina
jumpa dengan junior sekolah dia dulu.”
Kak
Sarah senyum. “Perempuan eh?”
Nina
mengangguk.
“Nina
cemburu?” senyum lagi.
“Mana
ada. Orang tak rasa apa pun.” Ye ke Nina tak rasa apa? Rasa jugak haritu. Rasa
pelik sebab sebelum ni mana ada Anip kenalkan dia dengan mana-mana perempuan.
Kak
Sarah memegang erat tangan Nina yang dari tadi mengenggam remote TV. “Nina,”
“Hmm?”
dia merenung anak mata Kak Sarah, menunggu apa yang bakal di katakan.
“Akak
yakin yang Anip suka Nina. Tengok apa yang dia buat selama ni. Akak boleh rasa
Anip tu ikhlas kawan dengan Nina. Nina tak rasa?”
“Rasa
jugak. Tapi Nina tak rasa sebab lain. Kan Nina kawan dia?”
“Tapi
akak rasa lain.” Kak Sarah senyum.
“Tapi
Nina rasa..” Dia menelan air liur. Nak cakap ke tak adeh. Muka Kak Sarah yang
menunggu jawapan dipandang. “Nina rasa, Nina dah suka dia.”
Kak
Sarah senyum meleret. “Dah agak dah. Tengok dari cara pandang plastik ubat tu
pun akak dah tahu.”
Nina
sengih. Dah tiga tahun rassanya dia kawan dengan Anip. Dia selalu sangat dengar
orang cakap. Lelaki dengan perempuan ni tak boleh kawan baik-baik sangat.
Sebabnya mesti ada nada satu perasaan lain selain sahabat. Betul. Walaupun
ramai yang menafikan, tapi salah seorang akan rasa macam tu.
Dan
sekarang dia sendiri yang rasa. Tapi sungguh dia sendiri tak tahu apa yang Anip
rasa. Takkan nak tanya. Ya tak?
***
“KENAPA TUKAR NOMBOR telefon?” Anip menghirup
teh o ais di atas meja.
“Handphone
yang dulu hilang.”
“Nasib
baik kita jumpa balik dekat sini. Kalau tak memang saya takkan jumpa awak lagi la,
kan?” Anip senyum.
Kalisha
tersipu-sipu. Dia sendiri tak sangka sebenarnya akan jumpa Hanip, senior yang
selalu kacau dia dulu. Waktu handphone yang ada nombor telefon Hanip dulu
hilang, puas juga dia perah otak. Nak ingat balik nombor telefon Hanip. Tapi
memang dia tak ingat langsung. Dan macam tu je terputus.
Dulu
dia tak layan sangat bila Hanip selalu call dia. Tapi lama-kelamaan rasa sunyi
pulak bila Hanip tak ada.
“Boleh
lah saya kacau awak balik, kan?” Anip dah sengih.
Kalisha
senyum aje. Dia tidak menjawab. Dan sengihan Anip makin lebar.
****
NINA MEMANDANG LANGKAH Kalisha ke mejanya.
Cantik sungguh budak Kalisha ni. Ayu. Sopan. Haish. Kalau Vanida Imran tu tak
berlakon dalam cerita tu, budak ni dah boleh jadi perempuan melayu terakhir
dah. Kalisha melemparkan senyuman kepadanya. Spontan bibir dia juga turut
tersenyum.
“Lama
tunggu kak?” Kalisha mengambil tempat di sebelahnya. “Abang Hanip tak sampai
lagi?”
Abang
Hanip? Oh, senior dia. Memang patutlah nak ber’abang’ pun. Patut ke? “Er, dia
pergi toilet.” Nina senyum.
Kalisha
mengangguk. Matanya jatuh pada sesuatu di atas meja. “Wah kak!” dia terjerit
kecil.
Kening
Nina terangkat. “Kenapa?”
“Purse
Levi’s akak ni. Cantik!” Matanya masih tak lepas dari purse Nina di atas meja.
“Itu
Anip yang bagi hadiah. Lama dah. Akak tak tukar pun. Sayang nak tukar. Nak
tengok ambil lah.” Dia menghulurkan purse yang tidak berapa besar itu kepada
Kalisha. Laju je Kalisha menyambut. Dia memang gilakan purse. Tak kira jenama
apa, tapi kalau design dan warnanya cantik, cepat aja matanya tertarik.
Jarinya
membelek segala ruang. Cantik. Susun atur dalam tu pun cantik. Gambar di dalam
purse Nina mencuri perhatiannya. Terus pergerakannya terhenti. Nina yang
perasan akan perubahan itu senyum kecil. Teringat waktu gambar tu diambil.
“Dah
dua tahun gambar tu ada dalam purse akak. Comel kan Abang Anip Sha tu?” Nina senyum. Kalisha mengangguk kecil
sambil menghulurkan kembali ke tangan Nina.
“Dua
tahun kak?”
Nina
mengangguk. “Haah. Dua tahun. Waktu ni kami baru aje rapat. Dia tu lah. Dalam
kelas bukannya reti duduk diam. Nak bersembang aja kerja walaupun lecturer ada
dekat depan.”
Kalisha
senyum tawar. “Tak pernah buang pun?”
Nina
menggelengkan kepala. “Tak pernah. Akak sayang nak buang. Tak boleh tak ada
dalam ni. Tak lengkap pula rasanya. Mungkin sebab akak sayang dia.” Nina seaakan
bertutur sendiri. Dia memandang gambarnya dan Anip yang tersenyum gembira
berlatarkan dewan kuliah. Entah siapa yang tolong ambilkan waktu ni. Dia
sendiri dah lupa.
Kalisha
terus terdiam. Dia tak tahu hubungan Kak Nina dengan Abang Anip dah rapat macam
ni. Rapat. Sehingga melibatkan hati. “Kak.”
“Hmm?”
Nina mengalih pandangannya dari gambar tadi ke wajah Kalisha. Keningnya
terangkat.
“Sha
ada kelas sebenarnya kejap lagi. Tak sempat kut nak makan sekali.”
“La,
makan kejap pun tak sempat?”
Kalisha
menggelengkan kepala. Dia senyum sesaat. “Tak sempat. Tadi pun Sha ingat nak
singgah kejap je.”
Nina
mengangguk. “Kalau macam tu tak apalah.” Kalisha yang sudah berdiri dipandang
kosong. Boleh perasan muka dia yang keruh tiba-tiba tu. Tension sebab nak pergi
kelas ke? Kelas tengah hari memang menenatkan. “Sha tak nak tunggu Anip kejap
ke?”
Kalisha
menggelengkan kepala. “Tak apa lah kak. Tak sempat kut. Nanti akak bagitahu
Abang Hanip, Sha ada kelas eh.”
“Okay.”
Nina mengangguk. “Take care.”
Kalisha
senyum dua saat sebelum melangkah keluar dari café.
Anip
keluar dari toilet tak lama selepas Kalisha keluar. Dahinya berkerut seribu. “Kalisha
tak sampai lagi?”
“Dah.
Dia ada kelas. Dia dah pergi kelas balik dah.”
“La.
Cakap tak ada kelas tadi.” Anip duduk bertentangan dengan Nina. Nina hanya
angkat bahu. “Dia ada pesan apa-apa tak untuk aku?” Anip sengih.
“Nak
pesan apanya?”
“Alah,
pesan suruh cakap I love you ke. I miss you ke.”
Nina
mencebik. “Romeo!”
Anip
ketawa kuat. Dia mencapai buku menu. Kalisha..kalisha. Bibirnya tersenyum
mengenangkan nama yang satu itu. Lama dia mencari. Lama dia menunggu. Kalisha.
***
“TAHNIAH KAK!”
Kak
Sarah senyum bahagia. Dia membalas pelukan Nina. Erat. Sedih nak tinggalkan
Nina dan semua budak-budak rumah sewa dia dulu. Semua dah macam adik beradik
dah. Sekarang ni dia dah kena mula hidup baru bersama suaminya, Nazeem.
“Terima
kasih Nina.”
Nina
senyum meleret. Meriah sungguh kenduri Kak Sarah dan Abang Nazeem. Ramai gila
yang datang. Dia sendiri pun belum sempat lagi nak makan sebab meja makan semua
dah penuh.
Jam
di tangan dikerling sekilas. Sesekali dia membuang pandang ke setiap sudut. Kelibat
Anip belum lagi kelihatan. Rasanya tadi dia cakap on the way. Tapi entah ke
‘way’ mana dia pergi. Dah sejam tak sampai lagi ni.
“Tunggu
Anip?” Kak Sarah menegur.
Nina
mengangguk air sirap yang diberikan oleh Didi, sepupu Kak Sarah dibawa ke
mulut. “Pelik jugak kenapa lambat sangat. Akak pergi je la layan tetamu lain.
Nina nak duduk sini je.”
Kak
Sarah senyum. “Okay. Kejap lagi sampai la tu. Jangan risau.” Kak Sarah menepuk
perlahan bahu Nina. Dia kemudiannya berlalu dari situ. Kalau nak diikutkan hati,
nak je dia teman Nina tunggu Hanip. Tapi ini majlis dia. Apa pula kata tetamu
kalau dia asyik terperap dalam rumah?
Hampir
lima belas minit menunggu, akhirnya wajah Anip muncul juga. Nina menarik nafas
lega. Buat risau je. Kut la kemalangan waktu nak datang tadi,kan? Mana nak
tahu.
“Na,”
Anip terus duduk di sebelahnya.
Dahi Nina berkerut mendengar
nada suara Anip yang memang lain dari biasa. Dia mengangkat kening tanda ‘apa’.
“Kau cakap apa dengan Kalisha?”
soal Anip perlahan. Dia merenung anak mata Nina sedalam-dalamnya. Nina makin
pelik.
“Aku cakap apa?” suaranya di
kawal. Cakap apa pulak ni? Langkah Kak Sarah dan Abang Nazeem yang menuju ke
arah mereka dipandang dengan senyuman yang di buat-buat.
Anip mengeluh. “Kau cakap dekat
Kalisha yang kau sayang aku?”
Nina terdiam. Dia mengangguk
perlahan. “Ya, kenapa?”
“Kau janganlah gurau macam tu
dengan dia weh. Dia dah percaya tu.” Suaranya naik satu volume. Anip
menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Kak Sarah dan Abang Nazeem
hanya diam memerhati. Lidah Nina automatik kelu. Muka Kak Sarah dipandang. Anip
ingat dia bergurau?
“Sha dah percaya. Patutlah dia
tak nak datang sini masa aku ajak dia tadi. Nina, kau kena betulkan balik. Kau
tak boleh bergurau macam tu dengan dia. Dia tu lurus. Jenis mudah percaya.”
Nina menahan air mata. Dia tak
bergurau pun. Apa yang dia cakap tu betul.
“Aku dah lama cari dia. Sejak
sekolah sampai dah tahun ketiga dekat uni. Aku baru je dapat peluang nak kenal
dia lagi. Kau dah kacau.” Anip sedikit mengeluh.
Kak Sarah ingin membuka mulut,
pantas ditahan oleh Nina dengan isyarat mata. “Sorry weh. Aku tak tahu pulak
Kalisha percaya.”
Anip menarik nafas. “Itula. Aku
pun dah tak tahu nak buat macam mana ni. Sekarang dia tak nak jumpa aku
langsung.”
“Nanti aku terangkan pada dia.
Kau jangan risau.”
“Betul?” Mata Anip bersinar.
Terus hilang suram muka dia tadi. Nina pantas mengangguk. Makin lebar senyuman
Anip. “Thanks weh!”
Nina senyum. “No hal. Salah
aku, aku la yang kena betulkan. Jom la makan.” Dia bingkas bangun. Tangan Kak Sarah
dicapai. Kak Sarah memandangnya sayu. “Kak, Nina nak makan lauk pengantin.”
Bibirnya dipaksa senyum.
“Nina…”
“Weh, Anip. Duduk apa lagi
dekat situ. Jom la makan.” Panggilan Kak Sarah tadi tidak diendahkan.
Anip sengih lebar. Dia terus
bangun mengekori Nina dan Kak Sarah. Abang Nazeem masih diam memerhati. Dia
sendiri tahu cerita Nina dan Anip daripada isterinya.
“Nina,” Kak Sarah sekali lagi
menggengam erat tangannya.
Nina senyum tawar. “Kita makan
dulu?” matanya bergenang. Terus Kak Sarah mengangguk. Dia tak sanggup melihat
Nina kecewa macam ni.
***
“SARAH RASA BERSALAH sangat bang.” Kak Sarah
melentokkan kepala ke atas bahu suaminya. Dia boleh rasa perasaan Nina walaupun
Nina sedikit pun tidak bercerita. Nina dah macam adik dia sendiri. Malah mungkin
lebih rapat. Mana mungkin dia tak perasan perubahan Nina sekarang.
“Bukan
salah Sarah.” Abang Nazeem meramas lembut jari jemari isterinya. Kalau nak
diikut kan dia sendiri risau bila tengok keadaan Nina sekarang. Lain. Kalau dia
senyum pun dah tak ada manisnya.
Walaupun
Nina nampak berusaha sedaya upaya untuk tutup rasa hati dia, mereka tetap boleh
tahu.
“Nina
pun dah lama tak call Sarah. Sarah tak tahu nak buat apa. Semua ni salah Sarah
bang. Sarah yang bagi harapan pada Nina. Sarah yang menaikkan rasa cinta dia
pada Hanip.”
“Kenapa
Sarah buat macam tu?” Abang Nazeem terbangun dari bersandar. Tegak dia
memandang wajah isterinya.
“Sarah
ingatkan Hanip tu suka la dekat Nina. Mereka pun dah lama kenal, kawan. Tak
tahu pulak Hanip suka orang lain. Kesian Nina, bang.” Kak Sarah mengeluh.
Memang dia rasa bersalah sangat. Itulah, pandai-pandai je teka perasaan orang.
Haish.
Abang
Nazeem mengeluh. Nak salahkan Sarah seratus peratus pun tak boleh jugak. Dalam
hal ni, Nina patut boleh agak segala kemungkinan yang akan berlaku. Itulah
jadinya bila teman rapat berlainan jantina. Kalau ada salah seorang yang
bercinta, ataupun sukakan orang lain, pihak yang lagi satu akan kecewa. Dan itu
lah yang terjadi pada Nina.
“Itula
awak, kaum perempuan. Kalau kaum lelaki buat baik sikit, ingat kami ni dah
jatuh hati la. Apa la. Habistu, takkan nak buat jahat sepanjang masa?” Abang
Nazeem sengih.
Kak
Sarah mecebik.
“Kita
carikan seseorang untuk Nina, bang?”
Dahi
Abang Nazeem berkerut. Pulak dah? “Eh, tak payah lah kut. Dia tak okay lagi tu.
Mana boleh kita plan apa-apa untuk dia.”
Kak
Sarah mengeluh kecil. Dia memandang anak mata suaminya. “Sarah tak senang
tengok dia sedih bang. Mana tahu kalau ada kawan lain dia boleh happy balik?”
“Sarah
nak cari siapa untuk Nina?”
Kak
Sarah senyum meleret. Dia melemparkan pandangan ke kaca TV. Rasa-rasanya dia
memang ada calon untuk Nina. Memang dah lama rasanya dia nak satukan Nina
dengan budak ni. Budak tu pun, bukannya orang lain.
***
NINA MENGERUTKAN DAHI apabila bacaannya
terganggu. Handphone yang terletak di hujung meja dipandang. Nasib baiklah
awal-awal lagi dia setkan pada mode silent. Tak adalah menganggu pelajar lain
dalam library ni.
Nama
pemanggil di renung sekilas sebelum tangannya cepat menekan butang accept. “Assalamualaikum.” Pen yang
dipegangnya tadi diletakkan di atas meja. Dia bersandar malas.
“Waalaikumussalam.
Nina dekat mana ni?”
Nina
senyum. Dia mengeliat membetulkan urat. “Dekat library kak.” Jam di tangan di
pandang sekilas. Rasanya dah sejam lebih dia tak bergerak. Khusyuk dengan buku
yang baru dia pinjam tadi. “Kenapa kak?”
“Nina
dengan siapa? Anip ke? Rajinnya pergi library. Baru seminggu masuk sem baru,
kan?”
Nina
senyum tawar. “Nina seorang je kak. Anip pergi mana entah harini.” Hujung
tudungnya dipintal-pintal. “Bosan dekat rumah, akak tak ada. Itu yang datang
sini.”
Kak
Sarah senyum dari hujung talian. “Aih, takkan akak nak duduk situ lagi. Nanti Abang Nazeem Nina
tu merajuk la.”
Nina
ketawa perlahan. Nasib baik dia teringat yang dia masih di library. Kalau tak
memang dah pecah meledak tawa dia. Takkan lah Kak Sarah nak duduk rumah sewa tu
lagi dan pilih dia dari suaminya sendiri, Abang Nazeem. Kalau betullah Kak
Sarah pilih dia, mahunya Abang Nazeem banned dia selama-lamanya. Huhu.
“Akak
bila nak jumpa Nina. Tahulah baru kahwin. Takkan setiap hari sibuk memanjang
je.”
Kak
Sarah ketawa. “Itulah yang akak call ni.” Dia menarik nafas. “Akak nak ajak
Nina datang rumah akak malam ni. Makan malam.”
“Ala
kak, macam mana Nina nak pergi. Nak suruh Nina jalan kaki? Rumah akak tu
bukannya sebelah rumah kita ni.” Nina merungut.
“Abang
Nazeem la yang jemput Nina nanti. Takkan la akak nak suruh Nina jalan kaki.”
Kak Sarah sengih. “Nak tak? Ke Nina banyak kerja?”
Nina
senyum meleret. Kalau dah Abang Nazeem nak jemput, takkan dia nak menolak lagi.
“Okay. Set!”
“Kalau
Nina jumpa Anip, ajak lah dia sekali.”
Kening
Nina terangkat. Aih, kena ajak Anip jugak ke? “Nina malas nak call dia kak.
Confirm dia dengan Kalisha tu.”
“Nina
call lah. Suruh dia ajak Kalisha sekali.”
Nina
terdiam. Kak Sarah ni. Nak buat majlis kesyukuran ke apa. Semua nak
dijemputnya. “Okay. kalau Nina ada kredit, Nina call dia.” Dia sengih sendiri.
“Baiklah.
Akak nak call Mia pulak ni. Nanti Abang Nazeem jemput kamu berdua. Apa-apa
nanti akak call balik.”
“Rojer
kak!”
Talian
diputuskan. Nina merenung handphone di tangan. Malasnya nak call Anip. Kalau
tak ajak Anip aci tak? Nina nak buat-buat lupa jemput.
Heh
heh heh.
“Na,
kau buat apa dekat sini? Penat aku cari kau dekat rumah.” Anip tiba-tiba datang
entah dari mana. Panjang umur betul. Terus dia mengambil tempat di hadapan
Nina. Beg sandangnya diletakkan di atas meja. “Aku call engage. Kau gayut eh?”
Anip sengih mengusik.
Nina
mencebik. Panjang umur betul. Baru aje disebut-sebut tup-tup muncul depan mata.
“Kak Sarah la.” Dia mengemas buku-buku yang dari tadi berselerakan. “Kau nak
apa cari aku? Tak dating ke hari ni?”
Anip
di hadapannya senyum. Pantang sebut dating. “Kau ingat kita ni budak sekolah ke
nak dating tiap-tiap hari?” Dia memandang muka Nina yang masih tenang mengemas
buku. “Lagipun takkanlah tak boleh aku nak cari kau. Macam tak biasa. Weh. Kita
dah masuk semester last ni!” dia hampir terjerit. Teruja sangat.
“Diam
lah wei. Semua orang pandang tu.” Nina membulatkan matanya. “Dah seminggu masuk
kuliah baru kau perasan ke kita dah masuk semester last?”
Anip
sengih. “Jum makan. Laparlah.” Tiba-tiba mengubah topik.
Tangan
Nina yang asyik menyusun buku terhenti. Sebut pasal makan barulah dia teringat
pesanan Kak Sarah tadi. “Kak Sarah jemput kita pergi dinner dekat rumah dia
malam ni.”
“Wah,
itu dah bagus! Jimat aku malam ni.” Anip bersorak.
“Heh,
cuba senonoh sikit.” Nina mencebik. Segala jenis buku yang dia pinjam tadi
dimasukkan ke dalam beg. “Kak Sarah suruh kau ajak Sha jugak.”
Anip
mengangguk. “Rojer that. Pukul berapa?”
“Lapan
kut.” dia dah bangun, bersedia untuk keluar dari library. “Agak-agak lepas
maghrib la.” Jam pun sudah menginjak ke angka enam petang.
“Jom
lah gerak sekali malam ni.”
“Tak
apa. Kau pergi je dengan Sha. Aku, Abang Nazeem datang jemput nanti.” Nina
menolak. Dia masih belum boleh terima lagi kut. Tak boleh nak hadap bila Anip
dengan Kalisha bersama. Tak patut, kan? Sebagai kawan, dia patut rasa gembira
dengan kebahagiaan Anip.
Anip
turut sama berdiri. Dia mengekori jejak Nina keluar dari perpustakaan. “La,
kenapa nak susahkan Abang Nazeem. Kita gerak sekali jelah.”
Nina
menggelengkan kepala. Dia mencipta senyum plastik. “Aku tetamu kehormat.
Mestilah kena jemput dari rumah. Kau tu sampingan je. Sebab tu lah kau kena
pergi sendiri.”
Anip
mencebik. “Ceh.”
Nina
mencepatkan langkahnya. Anip ditinggalkan sendirian di belakang. “Aku nak balik
dah. Jumpa malam ni.”
Anip
hanya diam memerhati. Lain sungguh Nina sekarang. Sepanjang cuti semester dulu
pun dia tak banyak bersembang. Tak macam selalu. Mungkin sebab ini semester
terakhir. Mungkin Nina dah tak nak main-main lagi. dan mungkin juga Nina dah
bosan melayan dia membebel setiap kali di dalam kelas.
Anip.
Belajar Anip. Semester terakhir ni kau kena pulun!
***
“TAMBAHLAH ANIP. JANGAN malu-malu.” Kak Sarah
keluar dari dapur dengan menatang air tambah. Anip senyum mengangguk. Memang kalau dengan
Kak Sarah dia segan sikit. Dia kenal Kak Sarah pun sebab Kak Sarah ni satu
rumah dengan Nina dulu. “Sha pun. Sikit je makan?” Kak Sarah menegur Kalisha
pula.
Kalisha
mencipta senyum. “Tak apa kak. Nanti Sha tambah.” Malam ni memang Kalisha tak
banyak cakap. Lagipun, dia tak berapa kenal dengan tuan rumah. Nasib baik Kak
Sarah dengan Abang Nazeem ni peramah. Tak ada lah dia kekok sangat.
Banyak
lauk yang Kak Sarah masak malam tu. Kak Sarah cakap, sengaja dia buat
makan-makan. Rindu nak kumpul ramai-ramai. Abang Nazeem sengaja ambil Nina dan
Mia awal sikit tadi. Boleh tolong-tolong Kak Sarah sediakan makanan. Anip dan
Kalisha pula sampai sejam selepas itu. Manis je nampak mereka berdua. Walaupun
hati Nina masih terasa, tapi dia sedaya upaya cuba menerima hakikat.
“Syah,
kau pun diam je. Segan?” Abang Nazeem menegur lelaki yang duduk bertentangan
dengannya. Lelaki itu sengih. Gelas air di hadapannya dicapai dan dibawa ke
mulut.
“Mereka ni dah macam adik-adik
akak kamu dah.” Abang Nazeem menyambung.
Lelaki yang di panggil Syah
tadi sengih. “Syah ni kan pemalu bang.”
Semua ketawa lepas. Nina dan
Mia sengih. Rasanya Syah pernah datang ke rumah sewa mereka dulu. Jemput Kak
Sarah. Mereka pun tak sangka Kak Sarah ajak adik dia sekali. Tapi apa yang
pelik kan. Adik sendiri, mestilah Kak Sarah ajak. Lagipun rasanya Kak Sarah
pernah cakap Syah pun belajar dekat-dekat area sini jugak.
“Bila
kau transform jadi lelaki melayu terakhir ni Syah?” Kak Sarah mengusik.
Syah
senyum meleret. Dia membawa nasi ke mulut. Sedap betul asam pedas yang akak dia masak ni. “Sekarang
la kak.”
Kak
Sarah menggeleng. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah suaminya. Wajah Nina
yang masih tenang menjamu selera di pandang. Harap-haraplah rancangan dia nanti
akan berjaya.
“NINA, KAN?”
Jantungnya
hampir terlompat jatuh ke lantai. Dia berpusing ke belakang. Syah senyum
memandangnya dan menyerahkan sebiji pinggan kotor.
Nina
mengangguk. “Haah.” Dia menyambut huluran pinggan dari lelaki itu. Mia yang
sedang menyusun pinggan di sebelahnya tersenyum simpul.
“Rapat
eh dengan akak?”
Nina
memberi ruang kepada Syah untuk mencuci tangannya. “Haah. Saya dah anggap Kak
Sarah tu kakak saya sendiri dah.”
Syah
senyum. “Dapat jugak akak saya tu merasa adik perempuan. Selama ni pun dia dah
bosan sebab melayan saya je.”
Nina
sengih. Ya. Dia memang maklum Kak Sarah tidak mempunyai adik perempuan. Adiknya
Cuma seorang saja, si Syah tu. “Saya yang patut rasa beruntung dapat kakak
macam Kak Sarah.” Perlahan suara Nina. Ya, dia memang terharu dengan kebaikan
Kak Sarah. Abang Nazeem pun. Mereka lah yang jadi penjaga dia selama dia di
sini.
Bukan
nak cakap mak long dengan pak long tak jaga dia dengan baik. Tapi sejak mak
dengan ayah meninggal sembilan tahun dulu, mak long dengan pak long lebih
banyak beri perhatian kepada anak-anak mereka sendiri. Nina pun tak boleh nak
kata apa. Takkan dia nak meminta lebih? Jasa mak long dengan pak long yang sudi
menjaga dia dari kecil memang sudah tak terbalas.
“Aik,
mengumpat akak ke?” Kak Sarah mencelah. Dia melangkah masuk ke dapur dari ruang
tamu bersama jug air yang telah kosong.
“Mana
boleh cerita.” Syah sengih.
Kak
Sarah senyum. “Syah tolong hantarkan Nina dengan Mia kejap lagi, boleh? Abang
Nazeem ada kerja sikit kejap lagi.”
Syah
mengangguk laju. “Kecil tapak tangan, satu tong Syah tadahkan.” Dia sengih.
“Hati-hati
nanti. Jangan nak berlumba sangat malam-malam ni.” Pesan Kak Sarah. Tahu sangat
dah yang si Syah ni suka memecut laju.
“Rojer
kak!”
****
“BOLEH KITA KELUAR lagi lain kali?” Mia ketawa
di hujung kata. Mereka baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah sebenarnya.
Syah sudahpun memecut ke jalan besar selepas menghantar mereka tadi.
Nina
sengih. “Diam lah kau.”
“Kau
tak rasa dia tu sweet ke Na?” Mia senyum. Dia membuka selendang yang dari tadi
melilit kepala. Penat, tapi perutnya kenyang dengan masakan Kak Sarah tadi. Siap
bawa balik lauk yang tak habis lagi. Dah lama rasanya mereka tak merasa lauk
pauk air tangan Kak Sarah sejak Kak Sarah keluar dari rumah ni.
Nina
turut melurutkan tudung. “Sweet apanya. Aku dah rasa dia macam adik beradik
Romeo je.”
Mia
ketawa lepas. “Sikit punya gentle tu weh. Aku rasalah kan, Kak Sarah sengaja
ajak kita makan-makan malam ni sebab nak kenalkan kau dengan adik dia tu.”
“Pandai
je lah kau.” Dia merebahkan badan ke atas sofa. “Kenapa aku? Mana tahu nak
kenalkan dengan kau ke?”
Mia
angkat kening. Senyum tercipta. “Percayalah cakap aku.”
Nina
mencebik. Handphone yang tiba-tiba menjerit nyaring mematikan topik mereka.
Laju tangannya mencari-cari telefon bimbitnya di dalam beg. Nama pemanggil
dipandang sekilas sebelum telefon di bawa ke telinga.
“Waalaikumussalam
kak.”
Mia
sengih. Boleh agak siapa yang call.
“Dah
sampai rumah dah?”
“Dah.
Baru je sampai ni.” Dia menjeling Mia yang tidak berhenti dari sengih. Tak
habis-habis nak menggiat. Beg dicapai dan terus kakinya di atur ke bilik.
Telinganya sempat menangkap ketawa Mia sebelum menutup pintu.
“Syah
bawa laju tak tadi?”
“Biasa
je. Kami dah selamat sampai pun ni. Alhamdulillah.” Nina mencampakkan tudung ke
katil. Kerusi ditarik sebelum duduk.
Kak
Sarah ketawa dari hujung talian. “Nina..”
Nina
telan air liur. Pelik sangat nada suara Kak Sarah ni. Kata-kata Mia tadi
kembali berlari-lari di fikiran.
“Hmm?”
Telefon ditangan terasa ingin dijauhkan dari telinga. Biar dia tak dengan ayat
seterusnya. Biar dia tak tahu. Ataupun, boleh tak kalau dia buat-buat pekak
seminit?
“Nanti
Nina kenal-kenal la dengan Syah ya.”
Tepat
seperti yang dia jangkakan (yang Mia jangkakan sebenarnya) ayat itu yang
terkeluar dari mulut Kak Sarah. Masin mulut kau Mia. Berapa banyak garam yang
kau makan tadi? Haih.
Kalau
dia nak buat-buat terlena sekarang, logik tak?
***
NINA MEMANJANGKAN LANGKAH. Rasa tak selesa pula
bila berjalan seiring dengan lelaki yang dari tadi mengekorinya(dia yang ajak
sebenarnya, tapi tadi hanya ajak-ajak ayam. Tak sangka pula dia setuju!)
Tiga
huruf besar dihadapannya membuatkan bibir automatik tersenyum. Laju kakinya
dibawa ke perut kedai buku itu. MPH.
“Awak
memang selalu macam ni eh?”
“Macam
apa?” dia tidak menoleh. Tuan punya suara sudahpun berada disisinya. Turut sama
membuang pandang kepada rak-rak buku yang tersusun rapi di bahagian kiri kedai.
“Jalan
macam lipas kudung!”
Nina
ketawa kecil. Bukan lipas kudung. Tu namanya ayam berak kapur. Tak selesa!
“Kenapa?”
“Penat
saya kejar. Tadi ajak jalan sekali. Lepastu gaya macam nak lari pulak. Atau,
awak takut dengan saya?”
Ketawa
Nina pecah lagi.
Syah
senyum simpul. Tak susah pun nak buat muka yang selalu serius ni ketawa
sebenarnya. Kena ikut gaya.
“Sorry.”
Nina memandang adik lelaki Kak Sarah yang agaknya umur lebih kurang dia juga.
Tadi sebenarnya dia terserempak dengan Syah di pintu masuk SACC. Entah macam
mana boleh terjumpa dia dekat situ. Bila ditanya, Syah cakap saja datang
jalan-jalan. Sebab itulah Nina ajak jalan sekali. Lebih pada berbahasa
sebenarnya. Tapi tak sangka pula Syah terus setuju.
“No
worries.” Syah senyum lagi. “Minat baca buku?”
Nina
menggelengkan kepala. “Tak pun.”
“La,
dah tu? Kenapa masuk sini?”
“Saya
nak beli Komik. Tak suka baca buku atau novel. Panjang sangat. Belum tentu saya
dapat habiskan.”
Syah
ketawa senang. “Bukan ke semua perempuan suka baca novel?”
“Well,
nampaknya awak dah jumpa orang yang tak baca.” Dia sengih. Tangannya mencapai
The Fishes dari rak. Lama sungguh cari cerita ni. Tak pernah jumpa. Hari ni ada
pulak. Diorang dah order baru ke? Ataupun selama ni memang ada, tapi dia yang
tak nampak? Huhu.
“Ben?”
“Hah?”
“Penulis
komik ni. Ben, kan?”
Nina
memandang Syah. Pelik. Tahu pula dia. “Haah. Awak pun tahu?” takkan Si Syah
yang macho terlebih ni baca komik cinta yang Ben buat kut. Tak masuk langsung.
“Saya
boleh kenal kartun dia. Selalu nampak. Tapi tak pernah baca. Saya lebih suka
Komik yang Zink punya.” Gigi putih tersusun terpamer.
Oh.
Patutla. Kalau minat Zint, boleh diterima.
“Nak
beli ke ni?”
Nina
mengangguk. The Fishes digenggam dan dibawa ke kaunter. Rugi kalau tak ambil
sekarang. Esok-esok belum tentu ada.
“Bak
sini, saya bayarkan.” Komik diambil dari tangan Nina.
“Eh?
Tak apalah.”
“Biar
saya bayar. A token of friendship. Boleh, kan?” buku dibawa ke kaunter.
Nina
senyum sendiri. Kata-kata Kak Sarah kembali menyinggah.
Kenal-kenal
lah dengan Syah, ya?
Haih
Kak Sarah. Kenapa tiba-tiba?
****
DIA TAK TAHU apa sebabnya. Mungkin sebab doa
daripada Kak Sarah. Mungkin juga sebab mulut masin Mia. Ataupun sebab hati dia
sendiri sudah terbuka untuk lelaki yang bernama Syah. Mana satu pun sebabnya,
dia tak pasti. yang pasti Syah sudah berjaya menaiki tempat di hatinya.
Senang,
selesa. Itu yang dia rasa.
Dah
hampir dua bulan rasanya. Syah sentiasa ada. Entah kenapa sejak balik dari MPH
dulu, hubungan mereka masik rapat. Bunyi macam klise, kan? Macam cerita dongeng
anak-anak sekolah. Tapi entah. Memang itu yang dia rasa. Sekarang pun dia
semakin boleh menerima kenyataan tentang hubungan Anip dan Khalisha. Kalau nak
difikirkan, tak ada sebab pun dia nak terasa hati, ataupun kecewa ataupun marah
pada Anip. Anip tak salah pun. Sha apatah lagi. Hati dia sendiri yang belot
dengan dirinya. Dah tergelincir sukakan kawan baik sendiri.
Dan
sekarang rasanya semua dah kembali jadi macam dulu. Anip masih membebel tak
berhenti di dalam dewan kuliah.
Cuma
yang bezanya, sekarang dia ada Syah.
“Kami
satu keluarga nak datang rumah mak long Nina, boleh kan?”
Telinganya
hampir gagal berfungsi selepas ayat itu terkeluar dari mulut Kak Sarah. Dia
bukan budak lima tahun yang tak faham akan kiasan biasa macam ni. dalam TV pun
dah banyak guna dialog ni.
“Buat
apa?” tapi dia pura-pura juga untuk bertanya. Kut-kut la mereka nak datang
untuk makan jenguk mak long dan pak long je. Logik ke? Out of the blue?
“Nak
pinang awak la.” Kak Sarah ketawa. “Boleh, kan?”
“Tak
cepat sangat ke kak?”
“Taklah.
Kamu dua pun dah nak habis belajar, kan? Akak rasa okay je. Mama dengan abah
pun tak banyak soal.” Laju aje ayat yang disusun oleh Kak Sarah. Macam dah buat
skrip awal-awal, tinggal baca je.
Nina
terdiam. Telefon di tangan dipandang kosong. Betul ke ini yang dia nak? Betul
ke? “Akak rasa macam mana?”
“Eh,
tanya akak pula. Nina tu. Tak nak jadi adik akak?”
Nina
senyum sendiri. “Selama ni bukan adik ke kak?”
“Sebelum
ni dah jadi adik. Lepas ni pangkat Nina akan jadi tinggi sikit. Adik ipar
tersayang.”
Sungguh
dia terharu. Betul. Rasa lengkap hidup dia dengan kehadiran Kak Sarah satu
keluarga. Sebab itulah dia tak teragak-agak untuk cakap ya pada Kak Sarah tadi.
Sebab itulah dia tak berat hati pun untuk terima Syah.
***
“KAU BIAR BETUL weh? Tak aci lah macam ni.”
Pelajar
yang lalu-lalang melepasi mereka memandang pelik. Tegak berdiri di
tengah-tengah engine square!
“Kenapa
pulak?”
“Kenapa
aku baru tahu. Sampai hati.”
Nina
ketawa lepas. Wajah Anip dihadapannya dipandang. “Aku dah bagitahu ni kita
bertuah la, tahu?”
Anip
mencebik. “Kau betul ke ni?”
“Laaa.
Dah ada tarikh pun. Takkan main-main pulak.” Nina cuba mencari riak cemburu
pada wajah Anip. Tapi dia tak jumpa. Nina, apa yang kau harapkan sebenarnya?
“Tak
adalah. Cuma cepat sangat. Kau pun baru je kenal dia, kan?”
“Lepas
nikah nanti kami ada sepanjang hari untuk kenal diri masing-masing.”
Anip
senyum tawar. “Tapi kau kahwin dulu dari aku. Tak adil. Padahal Aku dengan Sha
lagi lamaa…couple.” Anip sengih sendiri.
“Sha
belum lagi habis belajar. Kau jangan nak bebankan dia dengan perangai tak
senonoh kau tu. Lagi teruk hidup dia sebagai pelajar kalau dapat laki macam kau
ni.”
“Sesedap
jiwa je kau kata aku, kan?”
Nina
ketawa. Kali ni sungguh, dia ketawa senang. Dia buat pilihan terbaik. Anip
sikitpun tak ada hati dekat dia sebenarnya. Yakin! “Aku nak minta Sha jadi
pengapit aku. Kalau kau nak jadi pengapit Syah, kempiskan perut kau tu dulu.”
“Nina!!”
“Ye.
Eh, kau belum cerita dekat aku.”
“Cerita
apa?”
Nina
sengih. Dah lama dia nak tanya sebenarnya. Tapi teguh tersimpan. Dia takut hati
dia tak dapat terima nanti. “Sebelum tu, jom duduk dulu. Aku tak nak cair
kepanasan tengah-tengah alam ni.”
Anip
menangguk. Dia mengekori langkah Nina ke bangku batu yang terletak elok di tepi
pokok entah apa nama. “Cerita apa yang kau nak tahu?”
“Hehehe.”
“Ingat
gigi kau cantik sangat nak sengih macam tu?”
Ceh.
Sempat lagi nak mengata. “Ni… aku nak tanya.”
“Apa?”
“Hish,
tak sabar betul.”
Giliran
Anip menayangkan gigi putihnya.
“Kau…suka
Sha kenapa eh?”
Dahi
Anip terus berkerut seribu. Langsung dia tak agak soalan tu akan terkeluar dari
mulut Nina. Kerutannya tak lama. Dua saat kemudian, senyum menghiasi bibir.
“Kenapa nak tahu?”
“Tak
nak bagitahu, tak apalah.”
“Aku
tak cakap pun tak nak cerita.” Anip ketawa.
Dia
senyum dalam hati. “So?”
“Dia,
tak macam perempuan lain.” Mukadimah daripada Anip membuatkan hatinya
berdebar-debar.
Okay. lain.
“Rasa macam susah dah nak cari
yang macam dia. Kalau aku cakap, kau jangan terasa. Aku tak ada niat apa-apa
pun. Aku just jawab apa yang kau tanya.”
Nina mengangkat kening. “Apahal
pulak aku nak terasa. Kau cerita je lah.”
“Macam ni. Mak aku pernah
pesan. Kalau nak cari isteri, cari yang buat hati kita tenang, senang dah sejuk
mata memandang.” Anip terhenti seketika. “Sha..tak macam orang lain. Dari zaman
sekolah lagi aku perasan. Dia jenis yang boleh buat hati aku ni kagum. Selama
aku kenal dia dari dulu lagi, dia tak pernah berubah. Tudung dia tetap macam
tu. Kalau zaman sekolah tudung dia labuh ke bawah, sekarang pun sama. Kalau dulu
dia 24 jam pakai baju kurung, sekarang pun sama.”
Nina terdiam. Masih menanti
ayat yang bakal terkeluar dari mulut sahabatnya.
“Betul,
zaman sekarang ni kalau nak dikira baju kurung tak menjanjikan kesopanan
pemakai tapi Sha…”
“Baju
kurung tapi tak sopan? Maksud kau?” Kening Nina terangkat. Ada pula macamtu.
Bukan ke pakai baju kurung tu dah dikira elok, sopan dah. Takkan nak suruh
berjubah kut.
Anip
sengih sesaat. “Macam ni. Memanglah nama baju yang dipakai tu, baju kurung.
Tapi kau tengoklah. Ketat, jarang. Boleh nampak tali singlet lagi. Itupun kalau
pakai. Kalau tak? Maaflah aku cakap. Tapi yang aku suka, kau tak macam tu.”
Nina
sengih. Tapi kepalanya cuba untuk menghadam alasan Anip. Betul juga. Baju
kurung sekarang hanya pada nama. Ada jugak yang ketat ikut saiz badan.
Sampaikan segala lemak yang timbul tu tertimbul. Haish.
“Tapi
Sha lain. Baju kurung dia, sopan.” Senyuman terukir setiap kali nama buah
hatinya disebut.
Masuk
ni, entah berapa kali dah Anip cakap Sha lain. Memang lain sungguh la tu. Lain
dari orang lain. Lain dari dia.
“Kalau
macam tu, kahwin la cepat. Melepas karang.”
“Bukan
kau cakap tadi aku kena tunggu budak tu habis belajar dulu ke?”
“Haah
la. Lupa!”
“Ceh,
tahu la dah nak kahwin.”
Nina
senyum. Tak sangka begitu sekali penilaian Anip terhadap perempuan. Segala
aspek dia kira. Dan Nina sendiri. Dah sempurna ke dia untuk jadi seorang
isteri?
***
MACAM BIASA, MALAM itu Syah sekali lagi
mengajaknya makan diluar. Dan macam kebiasaannya, dia setuju. Kalau nak dikira,
tak elok kerap berjumpa bila tarikh penting makin hampir. Tapi pujukan Syah
tadi membuatnya kalah. Laju aja dia bersetuju dengan pelawaan Syah.
Perut
dah kenyang. Kereta membelah jalan pulang dengan kelajuan sederhana.
Masing-masing diam. Hanya radio sahaja yang menemani. Tak lama pun masa yang
diambil sebelum kereta Syah sudahpun selamat berhenti di hadapan rumah Nina.
“Night.
Balik hati-hati,” Nina membuka tali pinggang keledar. Ayat klise. Itu ajelah
yang dia cakap sebelum berpisah. Dan selalunya Syah akan senyum mengangguk.
Tapi malami ni…
Tangan
Nina dicapai. “Kejap. Tunggulah dulu. Saya rindu awak ni.”
Nina
terkejut apabila tangannya dipegang begitu. Tapi cepat-cepat mukanya diletakkan
dalam mode asal. Tenang. “Dah jumpa, kan? Bibirnya menarik senyum.
“Saya
betul-betul rindu awak ni. Lepas ni makin jaranglah boleh jumpa.” Syah
mengeluh. Mama dah pesan banyak kali. Jangan kerap sangat keluar dengan Nina.
Jangan tu..jangan ni.
“Tinggal
sebulan je lagi, kan?” Nina sengih. “Takkan tak boleh tunggu.”
“Tak
boleh.” Tangan Nina digenggam erat sebelum dibawa ke bibir.
Cepat-cepat
Nina menarik kembali tangannya. “Awak ni kenapa?” suaranya ditahan sedaya
upaya. Dia cuba memahami tindakan Syah tadi. Tapi ternyata, dia tak boleh
terima.
“Saya
sayang awak, Nina.” Kedua-dua tangan Nina cuba dicapai. Terkial-kial dia cuba
mengelak. Serius, ini bukan Syah yang dia kenal!
“Syah,
saya rasa awak patut balik dulu. Awak penat sangat ni.”
Syah
sengih sumbing. Matanya merenung tepat pada anak mata Nina. “Tak, saya tak
penat. Saya tak nak balik. Saya nak awak.”
Air
liur yang ditelan terasa pahit. Sungguh! Ini bukan Syah! “Kalau awak tak nak
balik, biar saya yang balik.”
Sekali
lagi lengan Nina dicapai. Kuat. “Tolong, jangan keluar lagi. Awak tahu kan,
saya sayang awak. Awak akan jadi isteri saya.” Syah menarik Nina rapat
kepadanya. Nina hampir menjerit apabila tangan Syah sudahpun merangkulnya erat.
Sedaya upada dia cuba untuk menolak.
“Awak
ni kenapa? Saya ni akan jadi suami awak, jangan nak melawan!” suara Syah
tiba-tiba berubah nada. Nina tercengang. Eh, siapa yang patut marah siapa ni?
“Syah
jangan jadi gila!” sekali lagi tangan Syah ditepis.
“Awak
akan jadi isteri saya. Apa masalahnya?!”
“Serius
awak gila Syah! Gila!”
“Memang
saya gila! awak yang buat saya gila!” Syah menjerit kuat.
Dia
makin menggila. Nina hanya mampu menutup muka. Air matanya gugur satu persatu. Kudrat
Syah lebih kuat daripadanya. Itu yang pasti. Ya Allah. Kenapa mesti jadi macam
ni?
“Syahmi!!!”
Nina
masih menangis. Genggaman Syah pada bahunya terlepas. Dia tak pasti apa yang
berlaku selepas itu. Sungguh dia tak berani untuk melihat. Dia tak berani untuk
melihat wajah Syah yang menggila. Dia..takut..
***
DARAH MERAH SUDAH menyerbu ke muka. Kalau nak
diikutkan hati, dah mati Syah tu dia kerjakan. Nasib baik Sha sempat selamatkan
keadaan. Syah pun sudah lembik. Entah betul pengsan entah tipu. Memang dia rasa
nak rejam je kepala dia dengan batu. Belajar tinggi-tinggi pun otak masih
sempit!
Dia
tak dapat bayangkan jika dia tidak ikut kata Sha malam tu. Sebenarnya Kalisha
mengajaknya untuk berjumpa Nina. Nak cakap pasal kerja apit-mengapit tu. Tapi
waktu dia sampai, kereta Syah baru tiba entah dari mana. Dah dia agak, Nina ada
dalam tu. Lama menunggu, hati dia rasa tak sedap. Itu yang dia turun tengok.
Tak
sangka pula dia ternampak sesuatu yang hampir membuatkan otaknya berada pada
tahap tidak waras.
Memang
syaitan kau Syah. Sanggup kau buat Nina macam tu? Bakal isteri kau sendiri.
Kawan baik aku!
Dia
menarik Syah yang sudah hilang kawalan itu ke muka pintu rumah Kak Sarah. Mia
yang ibarat memahami, terus menekan loceng rumah Kak Sarah berkali-kali.
Cukuplah sekali kecoh di hadapan rumah mereka tadi. Mia sendiri hampir terjerit
melihat pergaduhan antara Syah dan Anip di hadapan rumah dia tadi. Nasib
baiklah Kalisha sempat terangkan apa yang dah jadi. Kalau tak laju je tangan
dia nak call Kak Sarah tadi.
Hampir
dua minit, pintu rumah terbuka luas. Anip menarik Syah masuk ke dalam rumah.
Abang Nazeem tercengang dimuka pintu. Kemudian, Mia pula masuk dengan memapah
Nina yang masih dalam sendu. Kalisha di belakang mereka hanya membisu.
“Apahal
ni?” Abang Nazeem menutup pintu rumah. Kak Sarah masih bertelekung ketika dia
turun untuk membuka pintu tadi. Mereka baru sahaja selesai solat isyak
sebenarnya.
“Abang
tanyalah pada dia ni!” Satu lagi penumbuk mendarat di rahang kiri Syah. Dia
yang sudah lembik, jatuh mencium lantai.
“Apa
ni?!! Anip?!”
“Abang
tanya dia! Tanya dia apa yang dia dah buat pada Nina! Abang tanya dia!” Anip
sudah dalam nada menengking. Kalisha terus merapatinya. Pujuk supaya terus
bersabar.
“Syah
buat apa Nip?”
Semua
mata terpaku pada Kak Sarah yang turun meniti anak tangga.
“Nina?”
Nina yang terduduk di atas sofa dipandang pelik. Kenapa Nina menangis macam ni?
“Mia? Apa dah jadi ni?”
Lidah
Mia kelu. Sungguh dia tak tahu nak jawab apa. Dia tersepit. “Er..Syah..
dia..dia..tadi..”
“Apadia
Mia?” Kak Sarah mendesak. Mia terus kelu. Dia memandang Anip meminta tolong.
Sungguh dia tak tahu nak jawab apa.
“Syah
cuba nak perkosa Nina..” perlahan.
Semua
mata beralih kepadanya. Syah cuba untuk duduk.
“Syah,
kau cakap apa ni?”
“Syah
cuba nak perkosa Nina, kak!” Ulangnya lagi. Entah apa yang merasuk dia tadi.
Kau bodoh Syah! Bodoh. Sebulan je lagi Nina akan jadi milik kau, dah kau
sia-siakan macam tu je. Kau bodoh Syah.
“Syah,
kau jangan nak tipu akak.” Suara Kak Sarah terketar-ketar. Kepalanya terasa
berat. Tolonglah cakap dia bermimpi.
“Betul,
kak. Dan sekarang Nina akan benci Syah. Selama-lamanya.” Kepalanya dihantukkan
ke meja kopi. Abang Nazeem cuba menghalang adik iparnya. Otaknya masih cuba
menghadam apa yang berlaku. Kenapa semua yang baik-baik sebelum ni bertukar
menjadi tragedy macam ni?
“Syah..kau..”
“Kak!!”
Satu
rumah hanya mampu melihat Kak Sarah terjelopok diatas lantai. Kak Sarah
pengsan!
***
“AKU PATUT DAH agak yang kau akan cemarkan nama
keluarga kita.” Perlahan suara mak long tapi tajam menikam hatinya.
Nina hanya diam. Bisu. Tak ada
ayat pun yang mampu dikeluarkan. Mia memegang erat tangan temannya. Mia sendiri
kehilangan kata. Kalaulah Kak Sarah ada disini. Tak pun Abang Nazeem…
“Kalau orang tanya kenapa kau
putus tunang, aku nak jawab apa Nina? Kau bagitahu aku, aku nak jawab apa?”
nada maklong makin meninggi.
“Makcik Nina tak salah. Syah
yang..”
“Kamu berdua sama je. Kalau
budak ni yang tak buat hal, tunang dia tak akan senang-senang buat macam tu
dekat dia!” Maklong pantas memotong kata-kata Mia. Awal-awal tadi, Mia sudah
menceritakan apa yang berlaku. Reaksi maklong hanya satu. Merenungnya dengan
tajam.
“Kau dah malukan aku Nina.
Perangai kau… aku malu!” Maklong mula memukul Nina. Mia yang cuba menghalang
turut sama terkena tempiasnya. Paklong yang dari tadi bertindak sebagai
pemerhati tampil bangun meleraikan kekusutan.
Nina kembali menangis. Sungguh
air mata dia dah kering. Kenapa hidup dia jadi macam ni?
“Kalau kau nak batalkan
perkahwinan ni, kau bagitahu sendiri Nina. Aku malu! Tiga khemah aku dah
tempah! Semua benda dah siap! Satu kampung dah tahu!” Maklong menjerit lagi. Dia
sendiri mula meraung. Sakit hati dengan perlakuan anak tunggal arwah adiknya
itu.
“Assalamualaikum.” Salam diberi
dari luar rumah. Seminit kemudian, tuan punya suara melangkah masuk tanpa
dijemput. “Makcik, tak payah batalkan perkahwinan. Biar saya yang kahwin dengan
Nina. Makcik jangan susah hati lagi.” Semua mata tertumpu kepadanya. Tangisan
Nina juga automatik terhenti. Tak percaya dengan apa yang baru menyapa telinga.
Mia juga turut melopong.
Abang Nazeem?
***
(Sebelum itu)
“SUDAHLAH SARAH. Jangan nangis lagi.” Abang
Nazeem mengusap kepala isterinya. Dah masuk dua hari isterinya mogok tak mahu
makan, berkurung dan menangis. Dia sendiri dah hilang ikhtiar. Semuanya sebab
perkara tu. Syah.. kenapalah kau bodoh sangat.
“Abang..”
susah payah Kak Sarah cuba untuk bangun. Hilang terus kudratnya. Dua hari
berkurung, tenaga juga hilang.
“Hmm?”
“Apa
salah Sarah bang?”
“Kenapa
cakap macam tu?” Abang Nazeem cuba memujuk. Sejak dia tersedar dari pengsan
tempoh hari, Kak Sarah asyik menyalahkan diri sendiri. Salahkan dirinya atas
perlakuan Syah. Salahkan dirinya kerana membuat Nina sekali lagi kecewa.
“Sarah
tak boleh biarkan Syah kahwin dengan Nina bang,”
Abang
Nazeem mengangguk laju. Ya. Kalaupun Nina setuju demi menjaga maruah keluarga,
tapi hati dia sendiri akan merana.
“Tapi
Nina tak boleh batalkan majlis tu bang. Kesian dia. Malu.” Kak Sarah mula
teresak. Sungguh berat dugaan Nina. Dan semuanya berpunca dari dirinya sendiri.
“Kita
tak boleh nak buat apa Sarah. Dah takdir Allah macam tu.”
“Kita
boleh ubah semua ni bang.”
Kening
Abang Nazeem terangkat seinci. Nak ubah macam mana lagi? sekarang ni pun, mesti
keluarga Nina dah tahu duduk perkara sebenar. Syah juga sejak dari malam tu
sudah hilang entah kemana. Mama dan abah pun tak tahu mana dia hilang. Jauh di
dalam hatinya dia tahu. Syah malu dengan perbuatannya sendiri. Memang patut pun
dia malu! “Apa yang boleh kita buat, Sarah?”
“Abang
kahwin dengan Nina.”
Jantung
Abang Nazeem berdebar laju. Terus darahnya naik ke muka. “Awak cakap apa ni?”
rasanya dia tak salah dengar tadi. Kahwin dengan Nina? Tak adakah sedikit rasa
sayang kepada suami sendiri? Sanggup Sarah biarkan dia kahwin dengan Nina?
Ataupun,
Sarah lebih pentingkan Nina dari dirinya sendiri. Suami?
“Tolong,
bang. Sarah tak tahu nak buat apa lagi. Tolong Nina bang. Tolong keluarga dia.”
“Sarah
cakap apa ni? Sanggup Sarah suruh abang kahwin dengan Nina? Nina dah macam adik
kita sendiri. Dia kan adik Sarah!”
“Sebab
Sarah anggap dia adiklah Sarah nak jaga dia bang. Sarah tahu sekarang ni dia
tersiksa. Semuanya sebab Sarah.” Makin kuat esakan Kak Sarah. Abang Nazeem
buntu. Dia sudah tersandar di penjuru katil.
“Betul
ni yang Sarah nak?”
Kak
Sarah mengangguk lemah.
Dia
mengetap bibir. “Baik. Abang akan nikahi Nina!” Abang Nazeem terus bangun
keluar dari bilik.
Kak Sarah terus menangis
semahu-mahunya.
****
DIA MERENUNG JAUH ke arah jambatan yang
menghubungkan tanah besar dan pulau. lama dia disitu. Merenung entah pada apa.
Entah pada siapa. Dan, seperti biasa hatinya tidak pada imej jambatan yang
dilihat. Hatinya jauh di Kuala Lumpur.
Dia
sendiri hilang kiraan. Dua tahun? Tiga tahun? Entah. Yang penting, sudah tiga
kali dia berpuasa di bumi Pulau Pinang ini. Jauh meninggalkan kenalan di KL.
Bukan niat dia nak malukan keluarga mak long. Bukan niat dia nak hampakan
harapan Kak Sarah. Tapi dia terpaksa. Dia tak nak menjadi beban.
Tidak
pada mak long.
Tidak
pada Kak Sarah.
Sekarang
dia sendiri. Jauh dari orang-orang yang dia kenali. Nasib baiklah dia sempat
menghabiskan kertas final waktu kejadian hitam dulu. Sempat juga dia habiskan
ijazah. Kalau tak, sia-sia usaha dia selama ni.
Mak
long tak banyak halangan waktu dia meminta izin untuk keluar dari rumah. Lagipun
dia tahu, itu yang mak long harap selama
ni. Perkahwinannya dengan Abang Nazeem yang menggantikan Syah dibatalkan. Dia
tak sanggup. Mana mungkin dia curi kebahagiaan Kak Sarah?
Pada Kak Sarah pula, hanya
surat yang menjadi alat penghubung. Dia tak sanggup nak tengok Kak Sarah sedih.
Cukuplah jasa baik Kak Sarah selama ni. Sikit pun dia tak salahkan Kak Sarah
atas apa yang dah jadi. Sudah takdir Allah.
“Imanina!”
Satu
persatu fikirannya melayang dan terputus. Terus dia tersedar ke dunia realiti. Nina
dah jauh dari dunia dulu. Sekarang Nina berada di beranda tingkat 10. Di Pulau
Pinang.
“Nina,
dah nak berbuka ni.” Munirah senyum di sebalik pintu bilik yang sudah sedia
terbuka. “Menung apa tu? Jom!”
Nina
mengangguk. Dia mengekori langkah Munirah ke dapur. Munirah. Gadis kecil molek
yang tidak sengaja melanggarnya di Butterworh dulu. Waktu pertama kali dia
menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Dan, aturan Allah adalah yang terbaik.
Munirah mempelawanya tinggal bersama.
“Assalamualaikum,”
Naimah,
adik kepada Munirah tersenyum kepadanya. Sebelum dia tinggal disini, Munirah
hanya bertiga dengan adik dan ibunya. Ayah Munirah dah lama meninggal. Itu juga
salah satu sebab Nina bersetuju untuk tinggal disini. Aurat terjaga.
“Berita
ada cakap tadi, lusa raya.” Ibu Munirah bersuara. Tangannya cekap menceduk nasi
ke dalam pinggan. Nina hanya senyum.
“Kita
belum lagi beli jubah baru!” Naimah mencelah. “Kak Muni cuti tak esok? Kak
Nina? Jom lah cari jubah.”
Semua
ketawa. Naimah. Baru berumur 15 tahun. Apa yang paling Nina kagum, Naimah
sikitpun tidak kekok berjubah dan bertudung labuh. Dekat sekolah pun, tudungnya
yang paling labuh. Naimah boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang kebanyakannya dari kaum
lain.
Kalau
dia dulu? Bila nampak sekeliling macam tu, macam tu lah dia. Tak rasa nak
pertahankan diri sendiri. Contohnya, kalau dekat fakulti berapa kerat sangat
pun yang berjubah. Yang pakai tudung bidag besar kononya kolot, kampung. Yang
pakai baju kurung tiap-tiap hari pun tak ramai. Sebab itulah dia lebih selesa
berT-shirt dan jeans. Selendang pun dililit mengikut trend. Sebab nak masuk
dengan persekitaran. Takut nak jadi lain. Segan nak jadi lain.
Tapi
dia tahu, itu yang perlu diubah. Tutup, tapi tak sempurna. Macam sia-sia ajelah
tutup pun. Ibarat tutup separuh.
Tak
perlu takut nak jadi lain sebenarnya. ‘Lain’ ke arah kebaikan. Itu yang perlu
kita kejar pun sebenarnya. Kan?
“Kak
Nina cuti esok. Kita pergi sama-sama, ya?”
Naimah
bersorak riang. Dia sendiri senang dengan imej sekarang. Orang sekeliling pun
hormat. Kenapalah dari dulu dia tidak memanfaatkan makna nama yang arwah abah
bagi ni?
Imanina. Iman kami.
Kalau dulu dia dah bertudung,
tapi ada je yang berani duduk dekat-dekat. Berhimpit. Pegang tangan. Tepuk
tampar. Sebabnya tutup dia dulu hanya ‘tutup ala kadar’. Dan rasanya sebab itulah Syah buat macam tu
dekat dia dulu. Mungkin Syah ingat dia tak kisah.
Rasanya
juga, sebab itulah Anip tak pilih dia sebagai calon isteri. Dia pilih Sha sebab
Sha…lain.
“Dah
Azan ni Nina. Kenapa tak makan?” ibu Munirah menegur. Nina beristighfar dalam
hati. Jauh dia teringatkan waktu dulu. Jauh.
***
“SELAMAT HARI RAYA kak.” Nada suaranya dikawal.
Air mata yang bertakung dikawal sedaya upaya tidak supaya menitis.
“Selamat
hari raya sayang. Nina okay, kan? Akak datang sana tahun ni, boleh?” itulah
permintaan Kak Sarah setiap kali Nina menelefonnya. Sekali Nina cakap dia belum
bersedia, Kak Sarah menurut.
Memang
dia belum bersedia dulu. Kerana dialah Kak Sarah bergaduh besar dengan Abang
Nazeem. Dan itulah perkara yang dia tak sanggup tengok.
Keputusannya
untuk membatalkan majlis dan meninggalkan semua yang pernah berlaku adalah
perkara yang terbaik. Dia tak nak melibatkan Kak Sarah. Tak nak melibatkan
Abang Nazeem. Semuanya kerana Syah. Hanya dia!
“Okay.”
tapi sekarang rasanya dia dah sedia. Takkan selamanya dia nak bersembunyi?
Takkan selamanya dia nak lari dari realiti? Orang kata, hiduplah, jangan
pandang belakang lagi. Tapi bagi dia, pandang ke belakang itu perlu. Untuk elak
buat kesalahan yang sama.
Syah
sudah lama berhijrah ke Australia. Rumah makcik dia. Rasanya selepas peristiwa
tu. Dia tahu Syah memang rasa menyesal. Cuma dia aja, yang masih belum sedia
nak berdepan dengan Syah. Dia takut.
“Betul
ni?” Kak Sarah menjerit dari hujung talian. Nina hanya senyum simpul. Datanglah
bahagia. Datanglah gembira.
Iya.
Nanti Nina bagitahu makcik yang akak nak datang.
“Alhamdulillah!
Ya Allah Nina. Akak rindu sangat dengan Nina!”
Nina
senyum sendiri. Aidilfitri kali ni pastinya akan jadi lain. Lebih bermakna!
*****
SEPERTI YANG TELAH dijanjikan, Kak Sarah sampai
tepat jam 3 petang pada hari raya kedua. Dari jauh lagi Nina menghadiahkan
senyuman. Kak Sarah melebarkan senyuman sambil mendukung anak tunggalnya,
Syakir. Dah besar Syakir ni. Abang Nazeem juga turut melempar senyum. Nina
menarik nafas dalam-dalam. Sedaya upaya dia menahan air mata dari keluar.
Dan
bukan hanya Kak Sarah yang menjadi tetamu istimewanya. Anip juga. Hampir jatuh
juga jantung dia bila Anip muncul mengatur langkah di belakang Abang Nazeem.
Anip
keseorangan. Tiada Sha disisi. Penat juga otak dia membuat andaian. Penuh terus
kotak soalan. Cuma perlu tanya je. Tapi takkan nak tanya, kan? Punyalah
bertahun tak jumpa, dia taknak merosakkan pertemuan mereka.
“Sihat?”
Nina
mengangguk. “Alhamdulillah.”
Anip
senyum. Dua duduk di kerusi kosong bertentangan dengan Nina. Syakir yang berada
di pangku Nina hanya diam tidak meragam. Kak Sarah dan Abang Nazeem masih lagi
bersembang dengan Munirah dan ibunya. “Sha..”
Nina
angkat muka. Oke. Sha..apa? kau kahwin dengan dia tak? Sha dekat mana sekarang?
Kenapa tak bawa dia sekali? Kenapa? Mengapa? Bagaimana?
Punyalah
banyak soalan yang tengah queue. Cuma mulut dia sahaja yang masih terkunci.
“Sha
dah tak ada,” perlahan keluar dari mulut Anip. Hampir terjatuh rahang dia ke
bawah. “Tahun lepas. Waktu mengandungkan anak kami. Accident.” Tanpa soalan
Anip bercerita satu persatu. Nina hanya mampu terlopong. Sungguh dia tak
percaya.
“Heh,
kenapa pandang aku macam tu?” Anip tergelak. Satu yang Nina perasan, Anip
seaakan teragak-agak untuk menggunakan ‘aku’ ‘kau’. Dia macam nak sesuaikan
dengan keadaan Nina yang sekarang lain dari dulu. Nampak, jangan kata orang
lain, Anip pun hormat dengan penampilan dia sekarang. Duduk pun di hujung dunia
nu ha.
Nina
senyum tawar. Kuat sungguh hati dia. Banyak dugaan pun boleh senyum, bergurau
macam ni. “Er.. kau okey ke?”
“Aku
okey je. Alhamdulillah. Dugaan Allah Nina. Dekat siapa-siapa pun ada. Cuma
bentuk dugaan tu yang lain. Kan?”
Nina
mengangguk kecil. Sungguh. Kita tidak layak untuk menyebut kita
sebagai orang yang beriman selagi Allah tidak memberi ujian
kepada kita. Itu yang selalu dia dengar bila ada kuliah dekat masjid. Nasib
baik dia kenal Munirah. Ada juga yang mengajaknya ke masjid. Kalau tidak,
jarang sangat dia nak jejak kaki ke sana. Dan dia juga pernah terbaca di dalam salah satu buku Prof Dr Hamka, beliau pernah
menyebut, “Ketinggian nilai keimanan itu bukan terletak pada rukuk dan sujud,
tetapi ia terletak pada sekadar mana ujian Allah ke atas manusia.”
“Na,”
“Hmm?”
“Kau… er, lain.”
Nina senyum. Kali terakhir dia dengar perkataan ‘lain’ tu
adalah sewaktu Anip memuji arwah Kalisha.
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kenapa aku tak pernah
perasan?” Anip menutur sendiri. “Kau pun tak pernah bagitahu aku, kan? Tapi
takkanlah kau pulak yang nak kena bagitahu. Patutnya dulu aku yang perasan.”
“Jap, jap. Kau cakap apa ni?”
Anip ketawa kecil. “Em..kau..pernah suka aku, kan?”
Merah terus muka Nina. Sungguh, kalau ada langsir yang
berdekatan dengan dia sekarang, sanggup dia tarik untuk selubung muka. Kenapa
tiba-tiba Anip ungkit perkara ni?
“Betul, ke? Kak Sarah yang bagitahu aku. Itupun selepas
kematian Sha.”
Nina masih diam. Dia tak tahu nak cakap apa sebenarnya.
Akhirnya dia mengangguk. Tak guna juga dia nak berselindung. Anip dah tahu.
Senyuman lebar terukir pada bibir Anip. “Agak-agak
sekarang, kau masih…er..suka aku?”
Senyuman menghiasi bibir. Syakir yang sudah lena diubah posisinya
supaya lebih selesa. “Kenapa tanya?”
“Tak ada. Cuma..kalau kau.. er..suka..aku..aku..”
“Aku dah lain, kan?”
Anip senyum mengangguk. “Kau lain.”
“Tapi hati aku masih sama.” Nina senyum dalam hati. Kalau
dulu Anip pilih Sha sebab Sha lain. Sekarang, dia pula. Dia juga lain.
Senyuman Anip makin lebar. Ucapan syukur tidak putus
dalam hati. Sungguhlah. Kalau dah jodoh, walau dicampak ketepi. Walau ditinggal
jauh dari sisi, akan bersatu juga. Dan kalau bukan jodoh, walau serapat
manapun, kalau sekuat manapun hubungan itu kita pegang, akan terlerai juga.
Semuanya kuasa Allah.
“Nina, mak long call akak tadi. Dia nak datang sini,
boleh?” Kak Sarah tiba-tiba muncul dari dapur. Nina terlopong. Tak dapat nak
hadam apa yang Kak Sarah cakap. Mak long?
“Dengar tak akak cakap?”
“Er, mak long?”
Kak Sarah senyum mengangguk. “Mak long Nina. Dia nak
datang sini jenguk Nina, boleh kan?”
Matanya bergenang. Ya Allah. Kebahagiaan bertimpa-timpa.
Syukur ya ALLAH, kerana mencantumkan kembali serpihan hati yang telah hilang.
Alhamdulillah.
TAMAT.
20-5-2012