Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Friday, 17 January 2014

Kejutan TESCO!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, buka aje pintu rumah semalam, ada orang kasi ni dari pihak Tecso =)

Tada!


$_$


Lepas ni bolehlah shopping sakan dekat Tecso. Hahaha. Tak sia-sia illa pergi sini dulu.




Oke, itu aje. Heh he.

Tuesday, 14 January 2014

Heart Vacancy

Assalamualaikum!


Oh, ini bukan tajuk cerpen baru mahupun novel baru. Heh he. Sebenarnya ni tajuk lagu The Wanted yang memang sangat-sangat wanted masa zaman blajar dulu. Sebabnya, kalau tengah belajar kira-kira ataupun baca-baca, mesti kena sumbat telinga dengan earphone. Jadi, lagu ni memang jadi salah satu lagu favourite yang ada dalam tiap-tiap playlist.




Lagu ni lagu lama, tapi sedihnya illa baru kenal lagu ni tahun lepas. Itupun lepas tengok video clip diorang dekat F.O.S. Lepastu apa lagi, balik rumah terus google cari lagu apa. Huh hu.

Bagi korang yang terasa ada kekosongan jawatan dekat hati ke, meh la dengar (tapi kena google sendiri la video dia.) Heh heh heh.

Kbai.

Heart Vacancy

I hear your heart cry for love, but you won't let me make it right,
You were hurt, but I decided that you were worth the fight,
Every night, you lock up; you won't let me come inside,
But the look in your eyes, I can turn the tide.
In your heart, in your heart, in your heart,
I can tell you can fit one more,
In your heart, in your heart, in your heart,
I don't care who was there before.
(All)
I hear your heart cry for love, then you act like there's no room,
Room for me, or anyone, Dont disturb" is all I see,
Close the door; turn the key on everything that we could be,
If loneliness would move out, I'd fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh....
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh....
(Tom)
This ain't the Heartbreak Hotel, even though I know it well,
Those no shows, they sure tell, in the way you hold yourself,
(Tom & Jay)
Don't you fret, should you get another cancellation,
Give me a chance I'd make a permanent reservation.
(Max)
In your heart, in your heart, in your heart,
I can tell you can fit one more,
Open up make a brand new start,
I don't care who's stayed before.
(All)
I hear your heart cry for love, then you act like there's no room,
Room for me, or anyone, Don't disturb" is all I see,
Close the door; turn the key on everything that we could be,
If loneliness would move out, I'd fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh...
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh...
(Jay)
When I talk to you on the phone,
Listen close.
(All)
I hear your heart cry for love, then you act like there's no room,
Room for me, or anyone, Don't disturb" is all I see,
Close the door; turn the key on everything that we could be,
If loneliness would move out, Id fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh...
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooh...



*Salam Maulidur Rasul semua. Nyanyi-nyanyi jugak. Selawat jangan tinggal. >_<




Sempena Maulidur Rasul ni, illa nak tempek sekali yang ini
=)

Bacaan selawat dalam rumi :


Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika


Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori


Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori


Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini


Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori


'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati 


--


Lirik selawat maulidur rasul









صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Sumber daripada: arnamee


Jadi kalau rasa jiwa kosong, boleh selawat banyak-banyak. heee =)

Tuesday, 7 January 2014

Kebakaran di Pasar Rantau Panjang

Assalamualaikum!

Baru aje raya lepas illa pergi sana, beli belah apa yang ada. Tapi hari ni buka aje FB dah ramai yang share berita kebakaran dekat Pasar Rantau Panjang ni.

Katanya kebakaran ni mula pada pukul 1pagi dan mengakibatkan lebih dari 60 lebih kedai! Innalillah. Apa-apapun, harap semua peniaga yang terlibat tiada yang tercedera.






Meh sama-sama doakan agar mereka tabah dengan ujian ni.

Friday, 3 January 2014

Lempar Ke Belakang 2013

Assalamualaikum!


Nampak semua orang duk post pasal apa yang jadi sepanjang tahun 2013, jari jemari yang tak berapa nak runcing ni rasa gatal nak menaip jugak. Hah ha!

Jom mula!

1- Jadi pengapit dan buat hantaran.



Kali pertama diberi kepercayaan menjahanamkan gubahan dulang hantaran. Kehkehkeh. Dan kali pertama jugak jadi pengepit pengantin.


2- Kali kedua panjat Bukit Broga


 Tak tahu sejak bila ada hobi memanjat manjat ni dalam darah. Tapi itulah, sebut je bukit, terus kaki gatal nak panjat.

3- Kali pertama panjat Bukit Tabur


Yang ni mencabar gila. Silap langkah boleh terjerumus ke lembah yang tak sepatutnya. Kalau tak, tak akan ada yang offer nak sambot tangan. Hah ha! jangan tiru! 



4- Kali pertama kerja lepas habis belajar


Kerja semasa belajar banyak. Tapi ni kerja pertama lepas keluar dari uni. Kerja ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang cikgu ajar dekat uni. kalau ada kaitan pun dalam 10% je. Tapi tak apa, pengalaman.


5- Kali pertama bagi makan dekat rimau.


Tiger encounter. Dekat A Famosa Resort. Antara pengalaman yang tak tahu bila lagi boleh rasa. Boleh pulak ghimau tu buat sora grrrrrrr masa nak kasi makan tu. Kecut hati. Hah ha.


6- Menggagau ikan keli


Dekat kampung memang ada sawah padi. Tapi sepanjang 20++ tahun hidup, tak pernah nak jejak dalam bendang tu. Nak-nak bila macam ni. Hah ha. Tapi aktiviti dekat Homestay Hj Dorani ituhari membuatkan kami-kami yang masuk bendang tak nak naik. Best rupanya bergelumang dalam lumpur ni. Kehkeh.


7- Bela arnab dan kucing




Memang tak pernah bela apa-apa pet pun sebelum ni kecuali ikan laga waktu kecik dulu. Hah ha! Say hi to Mikko!


8- Bekerja di hari raya


Kalau dah namanya pekerja baru, memang sah-sahlah tak dapat cuti. Jadi, hari raya haji itu hari terpaksalah dengan manis muka bekerja demi sesuap nasi himpit. Heh he.


9-  Dan.. tak lain tak bukan, Dalam Hati Ada Dia? Mimpi jadi kenyataan kot. =)




Eh, apasal sembilan je nih? Hah ha. Banyak sangat benda jadi tahun 2013 ni. Benda yang masam, campak, jadikan peringatan. Yang manis, kita pahat dekat kepala, jadi kenangan =)

Bai









Thursday, 2 January 2014

Penting Penting Penting!

Assalamualaikum!


Oke, bagi sesiapa yang dah order online dekat p2u ataupon karyaseni, dan tak ada apa-apa respon daripada pihak karyaseni/p2u, sila jangan pelik dan stress lalu mencampakkan laptop anda ke lantai. Hihihi.

Sebenarnya pihak karyaseni/p2u sedang bercuti sempena tahun baru. Dekat sini illa tempek sekali pengumuman yang dahpun dibuat beberapa minggu lepas.

*Harap yang dah tempah online bersabar ye=) *



***


Assalamualaikum & Selamat Petang

(PENGUMUMAN PENTING) Buat semua pelanggan Karyaseni & Penulisan2u yang telah membuat pesanan novel secara online di www.karyaseni.my &www.p2u.my, tarikh akhir PENGHANTARAN/POS sebelum CUTI TAHUN BARU 2014 adalah pada 27 DISEMBER 2013 (JUMAAT).

Bagi mereka yang telah membuat pesanan dan masih belum membuat pembayaran, sila berbuat demikian pada atau sebelum 27 DISEMBER 2013 (JUMAAT) SEBELUM JAM 12 TENGAHARI. 

Jika pembayaran dibuat 27 DISEMBER 2013 selepas JAM 12 TENGAHARI, proses penghantaran akan dibuat pada 3 JANUARI 2014 (JUMAAT) iaitu selepas cuti TAHUN BARU 2014.

Operasi POS KARYASENI dan PENULISAN2U akan DIHENTIKAN buat sementara waktu mulai 30 DISEMBER 2013 hingga 2 JANUARI 2014.

[ORDER SECARA ONLINE MASIH DIBUKA 24 JAM SEHARI SEPANJANG CUTI TAHUN BARU 2014]



Wednesday, 1 January 2014

Tutorial ~ Misi Mencari Bab Lama!

Assalamualaikum!

Haha. Oke, abaikan tajuk pesen mintak penampo tu. Dekat sini illa nak tunjuk cemana nak cari bab-bab lama untuk semua novel-novel dan cerpen yang ada.


1- Korang pergi ke sebelah kanan, klik pada tajuk novel yang korang nak baca. Contoh macam ni




2- Klik aje, dia akan kelua segala bab yang berkaitan dengan tajuk tu. Nak cari bab lama, korang kena klik dekat Older Posts.




3- Dah klik older posts, akan keluarlah post-post lama yang berkaitan dengan tajuk cerita yang dipilih. Dekat sini kena minta jasa baik semua la untuk gali-gali (klik older posts sampai lebam) sampai jumpa bab awal-awal . hehehe.



Cara ini berguna untuk setiap link tajuk novel dan cerpen disebelah kanan tu. 

Susah tak?

Haha.

Thanks n bai!

Thursday, 19 December 2013

Terhad 3 Buah Sahaja =)

Assalamualaikum! 

Siapa yang masih belum ada lagi Nick Dollah dan Wan Senah? Atau siapa yang belum lagi order dengan siapa-siapa? 

Illa ada 3 buah sahaja untuk dijual. Sebab terlebih beli =)

Jadi, sapa nak boleh PM  dekat page IllaShanahila atau FB illa,  Illa Shanahila.


oh ya.

Akan ada ini sekali


<3


Wednesday, 18 December 2013

300 Down!

Assalamualaikum!

Selalu pergi ofis KS tengok Kakak Kakak penulis sign buku. Harini giliran illa pulak menyain. Haha

Tak banyak pun

300 buah je.

Je.



TT_TT

Tapi, demi yang memesan, saya gagahkan juga (poyoooo!) Hahaha




Budak susun buku sampai tersepit


Oke, illa tak ada benda special pun nak kasi. Ini aje yang termampooo. Jadi, selamat membeli di atas talian! =)

\

Oke, dah habis sign. Jom balik.



Tuesday, 17 December 2013

Order Online Dibuka!

Assalamualaikum!

Bagi sesiapa yang belum dapatkan DHAD dan juga novel-novel lain Penulisan2u dan Karyaseni keluaran Disember, korang boleh order online sekarang.


****


MENARIK DISEMBER : 4 Novel terbaru, 2 dari karyaseni dan 2 dari Penulisan2u kini boleh di langgan secara online.

KARYASENI : 
CINTAKU TERTINGGAL DI KOREA - Ania Malna
PABILA ROMEO vs JULIET - E-man Sufi

untuk order online layari di www.karyaseni.my
-----------------

PENULISAN2U:
DALAM HATI ADA DIA - Illa Shanahila
HATI PEREMPUAN - Nur Ain al-Abbas

untuk order online layari di www.p2u.my


Selamat membeli belah!

Monday, 16 December 2013

Dalam Hati Ada Kamu!

Assalamualaikum!

Homai! Pengsan! - (Over==')


15 hb 12 2013, tamatlah ekspo buku 1 malaysia tahun ni. Nak dijadikan cerita, inilah kali pertama illa jejak atas stage, buat muka tak malu sign buku korang. Haha. Kalau nampak illa macam ter renyih melampau ataupun kaku tak ada perasaan tu maafkanlah.

Itu semua bahana segan terlampau. Haha

Apa-apa pun, bagi yang datang, korang memang best! Yang belum dapatkan, boleh tunggu Penulisan2u dan Karyaseni buka order nanti. Sabar, ya =)

Apa-apa pun, pengalaman ini memang sangat-sangat buat bibir nak sengih aje sepanjang minggu. Nak-nak pulak bila tengok post-post orang yang pergi pesta buku tu. Nak tahu post apa? Ini dia....








Credit: Untuk semua pemilik gambo ini (Friends Fb Illa Shanahila)

Dan terima kasih jugak kepada akak dua orang ni yang sudi pegang DHAD sampaikan Nick Dollah dan Wanda boleh masuk surat khabar!

Surat Khabar Berita Harian


Rasa kembang pulak bila tengok rata-rata kawan-kawan dekat FB dah beli DHAD. Tapi cuak pun ada jugak sebab tak tahu macam mana penerimaan keseluruhan cerita tu nanti. Huhu. Jadi awal-awal illa nak susun jari minta maaf atas segala kekurangan.

Apa-apa pun, terima kasih untuk kenangan ni =) You are awesome! Dalam hati ada kamu semua!




Saturday, 14 December 2013

PWTC Sabtu dan Saya

Assalamualaikum!

Bagi yang datang ke pwtc esok, illa ada benda ni untuk 50 orang pertama.


Jempotlah datang. =)

Oh ya, sesi illa pukul 2-4petang

<3

Wednesday, 11 December 2013

Wordless Wednesday (Rabu lagi, kan? =)

Asssalamualaikum! 

....dan akhirnya!

Senyum. Tak perlu kata apa-apa




Siapa tak dapat lagi? Jom serbu PWTC jom! =)



Big Bad Wolf Book Sale Kembali lagi!

Assalamualaikum!

Malam tadi illa berpeluang jenguk keadaan Big Bad Wolf di Mines sebab nak balas dendam tahun lepas tak sempat nak pergi pasal kuliah  plus kerja sekolah banyak. Jadi, dengan terujanya, kami melangkah masuk dalam Mines dengan berbekalkan poket yang penuh. Heh.



Kami sampai dekat sana dalam pukul 12 tengah malam dengan harapan tempat tu akan lengang pasal dah larut malam. Tapi totally kami salah. Dari jauh lagu jalan dah sesak. Ramai yang ambil peluang shopping buku malam tadi pasal Selangor cuti keesokan harinya. Jadi, dengan paksa rela, kami kena harungi jugak lautan manusia.

Masuk aje pintu utama mata dah bersinar. Buku!!!


Katanya ada lebih kurang 3 juta buku dekat sana. Hah, apa lagi, korang boleh borong novel-novel fiksyen atau bukan fiksyen dengan harga serendah RM8!


Bagi yang jenis macam illa, tak boleh tengok buku cerita, jom terjah BBW. Baik cepat sebelum buku-buku yang korang nak @ cari habis. Sebab apa? Sebab semua yang datang bawa bagasi sendiri. Borong sehabis dan sebanyak yang mungkin.





Ini aje yang illa sempat rembat. Buku Sophie Kinsella pun dah tinggal 2,3 kerat je. Sedih seminit. Tapi apa-apa pun, BBW memang best!


*Okeh, kena simpan duit untuk Pesta Buku 1Malaysia pulak =)

Tuesday, 10 December 2013

Thor Limited Edition!

Korang pernah ke Tecso? Ada nampak iklan ni?



dan ini?


Nak tahu apa tu, boleh baca post illa dulu dekat SINI

Okay, Dah? =)

Sekarang, umum dah tahu pasal promosi Heroes And Friends yang dah dilancarkan oleh Tecso itu hari kan? And the best part is, since the launch of Tesco’s Heroes and Friends the figures have been a big hit !! Jadi, dengan rasa gumbiranya, Tesco umumkan keluaran figura terbaru iaitu THOR! Figura ataupun kartun Thor ini akan keluar 150 buah sahaja. Limited Edition gitu. Jadi, apa lagi. Jom shopping banyak2 dekat Tesco dan bawak balik Thor!

Comei gila Thor! @_@



*p/s: Dan, tengok video ni! The Journey of Hulk. Homai, comel gila Hulk!
(Respect dekat orang yang buat video ni. Kreatif sungguh!)




(Tak keluar pulak dia punya video dekat sini. Boleh klik je kalau nak tengok. Meaningful =))



Wednesday, 4 December 2013

1Book Expo, Penulisan2u Dan Dollah

Assalamualaikum

Semua dah tahu kan 1Book Expo ataupun Pesta Buku 1Malaysia akan diadakan di PWTC 11-15 Disember ni kan? Dah tahu kan?

Dah tahu jugak novel budak ni pun akan ada dekat sana kan?



Hahahaha. Oke. Alhamdulillah, cerita Senah dan Dollah dah keluar dalam versi cetak. Terima kasih untuk semuanya <3 <3. Novel di atas adalah terbitan penulisan2u. Untuk novel-novel dari Penulisan2u dan Karya Seni, korang semua boleh dapatkan di Bilik Melaka dan sesi tandatangan penulis di Bilik Kelantan 

*Bilik Melaka dan Kelantan tak jauh mana pun, tak sama macam dlm peta Malaysia =)

Ni dia peta (Gambo ehsan Dato' Muzri)


Okay. Ini dia jadual tandatangan penulis. Katanya sesi jumpa dan tandatangan penulis akan diadakan di dalam bilik Kelantan. Jadi satu bilik untuk novel, satu lagi untuk sesi TT. Homai. Sila lah datang beramai-ramai.

(Gambo ehsan DM jugak)


Jadi, jom beramai-ramai semakkan kedua-dua Bilik Melaka dan Kelantan ni. Bila lagi nak jumpa depa ni semua? Hohoho

*Illa tak ambik order sendiri. Jadi bagi yang tak dpt ke pesta buku, boleh tunggu KS/P2U buka order ya. =) Thank you!


Saturday, 16 November 2013

Memorabilia~ Enid Blyton

Assalamualaikum!
Pernah dengar tak nama Enid Blyton?

Okay. Masa sekolah rendah dulu, illa bukanlah seorang yang suka duduk dekat satu sudut, buka buku, dan membaca. Tidak sama sekali. Malah (malah?), illa (yang juga pengawas waktu tu) sama naik dengan pelajar-pelajar lain waktu cikgu tak ada atau mesyuarat. Jadi perkataan skema dan pendiam tu tak masuk langsung. Heh he. 

Tapi, ada satu benda je yang boleh 'mendiamkan' illa waktu cikgu tak ada. Buku Enid Blyton. Illa kenal dengan buku-buku Enid Blyton ni waktu darjah lima. Waktu tu perpustakaan sekolah buat pengubahsuaian besar-besaran. Jadi perpustakaan jadi lagik besar, dan buku lagik banyak. 


Nak dijadikan cerita, tak tahulah macam mana boleh tersangkut dengan buku Tingkatan Satu Di Seri Melur (mungkin sebab dah sedar lagi dua tahun nak skolah menengah kot). Baca buku pertama, best. Lepas tu pergi cari sambungan, Tingkatan Dua Di Seri Melur. Best jugak. Sampailah habis penggal diorang dekat Seri Melur tu. Buku asalnya Malory Towers, alih bahasa ke bahasa malayu jadi Sekolah Seri Melur.



Masa tu dah terikut-ikut kisah Rozy, Salina, Betty dan yang lain-lain dekat sekolah diorang tu. Dah habis buku Seri Melur, illa baca pulak cerita 5 penyiasat dan 5 Sekawan, pun Enid Blyton punya jugak. Waktu tu minat nak jadik penulis memang berkobar-kobar la (masa tu tak serius mana, jadi penulis dekat buku tulis kulit coklat sendiri je). Ada satu masa tu, illa karang cerita dekat kertas kajang, sampai berkajang-kajang. Tapi diri sendiri je yang baca (sadis, kan? Hah ha).

Lepas tu beralih pulak dekat Siri Salma, cerita tentang penyiasatan. Siri Salma memang banyak siri, dah lupa semua tajuk dia (darjah lima kot!). Waktu tu terus tukar cita-cita dari cikgu ke penyiasat. Hoh ho.

Itulah ceritanyaaa...dan baru tahun ni illa tahu yang Enid Blyton tu perempuan... (power jugak para penulis wanita ni ya? Huh hu.)



=)


Friday, 15 November 2013

You Are The Winner!


Okay, seperti yang dijanjikan (walaupun janji petang, sekarang dah malam), illa nak umumkan siapa pemenang teka teki teka tekuk pagi tadi.




Yeay! Mereka ni paling cepat dan paling tepat. Jawapan pertama semua jawab betul (Opah Cun's Favourite). Tapi soalan nombor dua ramai yang kompius. Jawapan dia Sony Ericsson. Bukan Samsung, bukan nokia. Heee

Orait. Kepada pemenang, nanti jangan PM alamat dekat page IllaShanahila.

Untuk semua yang dah cuba, dan beri jawapan yang tepat lagi padat, TERIMA KASIH illa ucapkan. Korang memang best! =)