Wednesday 11 February 2015

Krabi Trip Bajet: Friends For Ever

Haa, tajuk kemain.

Assalamualaikum! Kalau nak tahu, trip Krabi kali ni bukan trip kerja, jadi dari hal booking tiket kapal terbang sehinggalah aktiviti dekat sana, kami semua kena buat sendiri.

Macam mana nak survive dekat Krabi? Senang saja....




Umum dah tahu yang Krabi dah makin dikenali selepas Phuket capai zaman kegemilangan dulu. Oleh sebab dah popular, Krabi memang jadi tempat tumpuan ramai pelancong termasuklah pelancong dari Malaysia. Kalau pergi sana, memang macam pergi Langkawi aje sebab memang penuh muka orang Malaysia. heh heh heh

1. Tiket Kapal Terbang

Plan asal nak pergi dengan keretapi turun Hat Yai lepas tu pergi ke Krabi dari sana. Tapi sebab kekangan masa (tak banyak cuti), akhirnya, pergi dan balik naik flight aje.

Selesai booked tiket Air Asia (Now everyone can fly), kami terus booking bilik dekat sana. Memang kena booking dulu takut dekat sana semua bilik penuh. Maklumlah, boleh dikatakan tahun ni semua orang nak pergi Krabi.


2. Tempah bilik Booking.com

Kami tempah bilik melalui laman web Booking.com sebabnya, bila booking, tak perlu pun bayar dulu. Hanya booking saja tarikh yang korang nak. Kalau tak jadi, boleh cancel. Tapi adalah masa-masa yang ditetapkan.

Sampai dekat sana, nama kita dah termasuk dalam senarai orang booking bilik. Jadi tak perlu risau. Hanya screennshot saja emel yang Booking.Com hantar tu. Senang, kan?

3. Tiba di Krabi



Benda paling penting kalau korang berdua atau solo, berkenal-kenallah dengan orang Malaysia yang korang jumpa dekat airport. Sebabnya, kalau ramai, pakej untuk island hopping atau apa-apa yang korang nak buat dekat sana akan jadi lebih murah.

Dan jugak, kalau nak pergi hotel dari airport pun, korang boleh share satu mini van yang sangat selesa dengan harga naik bas mini!

Best, kan?


4. Hotel di Ao Nang


Saya tulis hotel, tapi tempat penginapan kami dekat sana Adam Bungalow je. Kalau dekat Malaysia, macam chalet gitu. Tak jauh mana pun dengan pantai dan pasar Ao-Nang. boleh jalan kaki.

Dekat Krabi, ramai yang pilih hotel atau homestay dekat-dekat dengan pantai Ao-Nang sebabnya, dekat sini lah segala benda happening. Ada pasar yang dibuka dari pagi sampai malam, ada jeti untuk ke island hopping, ada pantai dan macam-macam lagi.

5. Usha Pakej



Sebenarnya, plan asal kami nak usha segala pakej yang ada bila sampai dekat Aonang nanti.Tapi, waktu dekat airport, kami berkenalan dengan couple Malaysia yang nak berhoneymoon dekat sana yang sibuk mendengar kakak Amena (Warga Thailand yang fasih cakap Malaysia (loghat kelate kalau nak dispesifikkan =) ) buat promosi pakej yang ada.

Sembang punya sembang, kami dapat 1100 bhat untuk pakej island hopping ke Phi Phi Island dan 1100 Bhat untuk Pakej Emerald Pool, Hot Spring Waterfall dan naik gajah.

Sebab dah malas nak usha, kami OK saja. 

(Kalau korang nak murah lagi, jangan malas macam kami. Usha je beberapa tempat dan pilih harga yang paling murah =)





6. Night Market



Kalau korang nak pergi pasar malam dekat Bandar Krabi ni, korang kena datang hari minggu sebab pasar ni hanya dibuat pada hari minggu. Barang-barang dekat night market jauh lebih murah dari dekat pasar Ao-Nang. Jadi, kalau nak shopping cenderamata, baiklah korang beli dekat sini


7. Transport

Setiap pakej yang korang tempah, biasanya akan termasuk sekali dengan pengangkutan pergi dan balik dari hotel. Makan tengah hari pun disediakan dan yang penting, halal (kena bagitahu orang yang kita beli pakej tu)

Untuk pergi ke airport untuk balik Malaysia pun korang boleh tempah siap siap dari airport masa korang sampai tu. Senang. Nanti tak adalah kalut nak cari pengangkutan masa nak balik, kan? =)

8. Makanan



Dekat sini, makanan halal dan tak halal bercampur aduk sampai kita sendiri pun tak tau nak beza macam mana. Jadi yang paling selamat, nak beli makanan dekat gerai, tengok dulu makcik tu pakai tudung tak. Lagi satu, pakcik pakai kopiah. Ha, barulah rasa selamat sikit nak makan.

Kalau dekat night market, jangan lepas peluang try makanan thai. Yang paling penting, korang kena cuba tomyam dia. Sedap!


Overall, Krabi memang best. >_<




12 comments:

Unknown said...

berapa bajet sis?

Illa Shanahila said...

Total skali flight rm700+- ;)

Illa Shanahila said...

Total skali flight rm700+- ;)

Unknown said...

Adam bungalow tu ok tak? 😊

Illa Shanahila said...

Okey. Kalau kat malaysia mcm chalet tepi pantai tu. :)

Anonymous said...

salam sis, nk tanye. sis pergi berapa hari? kos RM700++ tu memang dh include transport etc ye?

Illa Shanahila said...

Salam. Haah. Rm700++ dah termasuk fligt. Kami pergi 4hari 3malam. Banyak habis untuk aktiviti island hopping, dan naik gajah+air terjun semua.

nurmasmaju said...

Insurans kereta motosikal van ke Thailand

http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

Unknown said...

Nak tanya.. Adam banglow.. Bilik 2 orang boleh masuk lebih x?

Illa Shanahila said...

boleh.. kalau tak silap, dia cas 100baht satu kepala (lupa). kami 4 orang duduk dalam bilik untuk 2 >__<

Pakej Cuti Bajet said...

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke destinasi dalam dan luar negara SERENDAH RM299, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

Capy said...

salam. boleh dapat full itinerary tak? thank you.