Thursday 27 February 2014

Perfume Berjenama Dan Murah? Mana Nak Dapat?

Assalamualaikum!

Hai! Semua orang pakai perfume, kan? Ke tak? Heh heh heh. Sebenarnya dah lama illa duk online sini sana cari perfume idaman hati yang dijual dengar harga palingggg murah pasal biasalah, sama sekolah, uni dulu mana ada duit riban-riban. Bila sekali dapat tu, memang sayang gila nak guna sampaikan kakak nak pinjam pun, rasa nak kasi kaki je. Heh. 

Tapi...tapi..tapi... aritu jalan punya jalan, blogwalking punya blogwalking, jumpa satu page yang jual high quality fragrance dari Dubai gred 5A! Oh mai, terus teruja gila nak try pasal selama ni tak pernah tau pulak ada perfume yang tak ori tapi mirippp gila dengan ori.

Apa taknya, sebelum ni pernah je beli dekat pasar malam (nak murah punya pasal, tapi sumpah x nak buat lagi), tapi hampeh! Bukan aje langsung tak tahan lama, tapi bau dia tersangatlah lari dari original! Terus menyesal keluar air mata darah.

Teruja punya pasal, illa try jugak order perfume idaman. Nak tengok jugak macam mana rupa perfume Dubai gred 5A yang berkualiti tinggi tu. Bila dah sampai dekat rumah, belum buka kotak pun dah bau perfume dia. Terus aje bibir sengih lebar. Suka!



Okay, ini dia. Escada Pacific Paradise! Hoyeah! Puas hati gila. Bau memang sama, tapi mungkin ketahanan dia ajelah yang kurang. Tapi, kurang kurang pun lebih 6jam jugak tahan. Nak-nak kalau perfume tu sesuai dengan nadi.

Okay, sesapa nak try, boleh terus contact FB OpahCun, pm terus. Harga pun berbaloi-baloi. RM 60 aje sebotol untuk kebanyakan jenis perfume. Jadi, bolehlah korang cari perfume favourite korang <3. Macam-macam jenama, macam-macam jenis ada. Yang bestnya, bagi sesiapa yang suka kumpul botol perfume, nah, inilah masanya. Hehehe.



Jom shopping jom!

FB: OpahCun 
Email: perfumeopahcun@gmail.com


Wednesday 12 February 2014

Jom Berhujung Minggu Ke Perak!

Assalamualaikum!

Lama sungguh blog ni tak berpenghuni. Heh heh heh. Tuan punya blog pergi cuti-cuti Malaysia, blog ditinggalkan tanpa pesan. (Over!) Hah ha.

Kali ni illa nak cerita apa yang ada dekat Perak. Illa pernah beberapa kali ke Perak sebelum ni, tapi tak lama pun. Kalau pergi pun, semata-mata ikut kem sekolah dulu. Tak pun lalu je. Macam lalu dekat Gerik tu. Heh heh heh. Kali ni illa bercuti 3 hari dua malam dekat Taiping. Kitaorang pilih Hotel Flamington sebab hotel ni ada betul-betul depan Taman Tasik Taiping. Taman Tasik Taiping ni sangatttttlah luas dan cantik! Teruja oiii.




Taman Tasik Taiping dekat depan tu aje. Pagi-pagi kalau rasa nak jogging ke, jalan ke, memang boleh pergi jalan kaki je. >_<

Kalau rasa nak cuba makanan luar, selain dekat Hotel, boleh jalan sikit dekat depan hotel, ada satu kedai Satay Kajang. Tapi kedai ni tak jual Satay Kajang aje tau, dia jual jugak mee udang, nasi goreng, dan macam-macam lagi. Yang kitaorang makan malam tu adalah nasi goreng satay. Illa ingat nasi goreng dia macam tipikal nasi goreng dekat kedai-kedai lain, tapi ternyata silap. Kehkehkeh. Nasi goreng dia walaupun nampak biasa je letak kicap tapi sedap!





Nampak, gelojoh gila makan nasi goreng satay lepas tu boleh pulak order mee udang! Hah ha. Tapi serius, licin kot!

Muzium Taiping

Okay, perut dah kenyang, kami mulalah sesi jalan-jalan. Awal-awal tu tak ada jalan jauh sangat, kitaorang jalan sekitar bandar Taiping je. Jadi, plan utama, Muzium Taiping. Siapa cakap Muzium hanya untuk budak sekolah je? Hohoho.


Itu dia Muzium Perak. Rupanya muzium ni merupakan muzium pertama dekat Malaysia! Patutla dia punya design pun macam zaman penjajah dulu. Dalam muzium ni, ada empat galeri. Galeri A ada pameran sementara galeri B ada pameran semulajadi, dekat C ada kebudayaan dan galeri D ada pameran tembikar dan orang asli. 

Dekat luar muzium pulak ada pameran pelbagai jenis pengangkutan orang dulu-dulu yang rasanya dah lebih 100 tahun dekat muzium ni. Hoh ho.

Akak baju merah tu adalah kurator muzium wanita pertama dan termuda dekat Malaysia tau. Respek-respek.

Ada gaya Night At The Museum tak? Hah ha.



Zoo Taiping/ Night Safari

Tak jauh dari hotel, ada Zoo Taiping yang memang osem! Illa sebenarnya kecik-kecik dulu tak ada peluang sangat nak pergi zoo. Jadi bila dah besar ni semangat bila ke zoo tu lain macam sikit. Nak-nak bila boleh tengok spesis yang jarang nampak dekat bandar macam rimau, singa, hippo, zirafah dan banyak lagi lah.



Dekat Zoo Taiping ni, belah malam diorang panggil Night Safari. Motip diorang buat Night Safari ni sebab banyak binatang dekat dalam zoo ni tak aktif pada waktu siang, tapi aktif pada waktu malam. Contohnya rimau, singa dan sewaktu dengannya. Kalau rasa nak bertentangan mata dengan rimau, bolehlah datang malam sebab kalo siang, kebanyakannya akan tidur aje. Heh he.







Pulau Orang Utan, Bukit Merah Lake Town


Okay, ini illa eksaited lebih. Selama ni illa tak pernah jumpa orang utan dalam jarak dekat. Dan, dekat sini, satu pulau dipenuhi orang utan. Hihihi. Dekat sini ada lebih kurang 24 ekor orang utan yang dilepaskan dalam hutan.








Ini namanya BJ. Dominan dekat sini. Umur dia 29 tahun. Kalau bahasa kita, dia ni la tok ketua.Hihi

Adam, baby orang-utan yang pertama dilahirkan dekat pulau ni.Sekarang dah umur 20++ dah.


Homai! Comel gila kut! Dekat sini siorang diberikan makanan hampir enam kal sehari. Pergh, sama macam kita-kita yang duk asrama ni. Hah ha. Tapi diorang memang dah pandai cari makan sendiri dalam hutan tu. 

Okay, banyak lagi sebenarnya tempat yang cantik dekat Taiping ni. Tak puas lagi pusing Taman Tasik tu. nak buat ambik gambar pre-wedding pun gaya jugak, kan? Heh heh heh. Banyakkkk lagi sebenarnya tempat meraik dekat Taiping ni. Lagipun, illa baru tahu Perak ada lebih 80 tempat pertama di malaysia. Contohnya Muzium pertama, penjara pertama dan banyak lagi. Tapi serius tak sempat nak jenguk semua pasal kekangan masa. kang ada rezeki boleh datang sini lagi =)

Okey, itu aje. Bai!

=)