Thursday 19 September 2019

Kenapa Mesti Pilih Hotel Sandakan?

Bagi yang ikut post aku tentang trip aku ke Sabah sebelum ni, pastinya dah tahu yang hari pertama dan hari kedua di Sabah aku menginap di Tabin Wildlife Resort dan juga Myne Resort. 

Untuk hari seterusnya di Sandakan, aku berpeluang menginap pula di Hotel Sandakan yang terletak di Town Centre, Sandakan. 






Waktu aku ke sana, Hotel Sandakan sedang dalam proses renovation, tapi yang bagusnya, masih selesa untuk diinap.Dan langsung tak ada bunyi bising yang mengganggu. Semua gambar bilik hotel ini adalah dari website Hotel Sandakan.







Ini bilik Superior Twin yang jadi tempat tidur aku selama dua malam selesa untuk dua orang.

Bagi aku, lokasi Hotel Sandakan ini sangatlah trategik. Kenapa strategik? Hotel ini ada di tengah-tengah bandar Sandakan, dan hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan terbang Sandakan. 

Yang paling best, keluar sahaja dari hotel, korang boleh berjalan kaki ke Pasar Besar Sandakan dan ke bandar Sandakan yang jaraknya kurang 500 meter dari hotel. Serius, sangatlah strategik!

Nak ke Harbour Mall Sandakan juga boleh jalan kaki aje. Nak lepak di tepi laut pun boleh. Senang kata, tak perlu nak susah-susah booking grab atau naik teksi untuk ke bandar Sandakan. 


Jom aku bawa korang jalan-jalan sekitar bandar Sandakan!

Masjid Jamik

Hello there

Mini Hong Kong

Old but gold

Hi Ewen! =)


Sandakan Central Market





Ikan kering anyone?


Satu pusingan je tak cukup bila masuk Pasar Umum Sandakan atau Sandakan Central Market ni. Mesti nak dua tiga kali pusing. Nak-nak bila banyak barang yang nak dibawa balik semenanjung. Kejap nak ikan bilis la... kejap nak ikan kering la... gelang mutiara nak, brooch mutiara nak, t-shirt dari Sandakan pun nak!


See you again, Sandakan. 

Jadi pendek kata, kalau nak ke Sandakan, Hotel Sandakan memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Harga pun sangat berpatutan. Selesa memang selesa! . 

Untuk harga dan bilik-bilik lain yang ada di Hotel Sandakan ni, korang boleh terus ke website dia dekat sini.


HOTEL SANDAKAN

Block 83, Town Center, 4th Avenue, 90000 Sandakan, Sabah Malaysia
+60-89221122






***

Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)






Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

'A gateway to nature....'

Di Myne Resort, sangat sesuai dengan slogannya, di sini kami dibentangkan dengan persekitaran yang penuh dengan alam semulajadi. Terletak di Bilit, Myne Resort betul-betul berada di sebelah Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai kedua terpanjang di Malaysia. 


Myne Resort

Dari Lapangan Terbang Sandakan, kami terus dibawa ke Myne Resort dengan perjalanan yang memakan masa lebih kurang dua jam. Di Myne Resort, sekali lagi kami dibawa teroka keindahan dan keunikan alam semulajadi terutamanya sewaktu menyusuri Sungai Kinabatangan. 

Tiba saja di sini, kami terus dibawa ke jeti untuk aktiviti evening river cruise. Aku dah banyak kali ikut river cruise sebenarnya tapi pengalaman river cruise di Sungai Kinabatangan ni lain sikit. Bukan apa, sungai ni memang terkenal dengan pelbagai hidupan liar di tebing mahupun di dalam sungai termasuklah Encik Bujang Senang. 


Evening River Cruise

River cruise petang tu kami banyak ditunjukkan dengan pelbagai spesis monyet termasuklah monyet yang popular disini iaitu proboscis monkey. Ada juga beberapa ekor pigtail macaque dan beberapa jenis burung. 

Ada juga aku liarkan mata, intai kalau-kalau ada Encik Bujang Senang tapi apalah sangat pandangan aku kalau nak dibandingkan dengan mata guide yang bawa kami. Memang tak ada jejak Encik Bujang petang tu jadi kami terus balik ke resort. Hari pun dah menginjak malam, perut dah lapar.  


Proboscis Monkey

Proboscis Monkey

Bot kami

Sunset di Sungai Kinabatangan

Nak maghrib dah. Ayuh pulang...

Selesai makan, sempatlah kami rehat seketika sebelum aktiviti nightwalk pula. Berbeza dengan night safari di Tabin Wildlife Resort, dekat sini kami hanya berjalan kaki menguki trek yang disediakan untuk hayati sendiri keadaan hidupan liar pada waktu malam. 


Nightwalking

Kebanyakan haiwan yang kami jumpa dah mula tidur. Antara pantang larang yang patut korang ikut jika buat aktiviti nightwalking adalah jangan bising dan jangan guna flash kamera untuk mengambil gambar. 

Cukuplah dengan lampu yang dibawa guide jika nak tengok haiwan tu dengan jelas dan perlahankan suara sebab tak nak mengganggu mereka yang sedang tidur. 


Burung tengah tidur

Mak hornbill yang menjaga anak-anak dalam sarang. 

Waktu aktiviti nightwalking ni, yang paling menarik adalah pokok merbau yang ada di sini. Pokok merbau ini mempunyai 'gua mini' yang boleh memuatlah lebih 10 orang dalam satu masa. Unik, kan? Apa yang menarik, batang pokok merbau ini merupakan satu lohong luas yang membuatkan bentuk dalamannya seperti gua. 

Katanya, pokok merbau ini menjadi tempat persembunyian anak-anak gadis pada zaman permerintahan Jepun dulu. 

Aku pun tak nak lepaskan peluang untuk tengok sendiri isi dalam pokok ni. Memang menarik!



Dalam pokok merbau

Hari kedua di Myne Resort, selepas solat Subuh, kami terus berkumpul sekali lagi di jeti resort untuk aktiviti morning river cruise pula. 

Rupanya, barulah aku tahu yang lain haiwan, lain waktu aktifnya. Jadi, memang elok sangatlah jika kami rasai kedua-dua pengalaman river cruise ni. 


Jeti Myne Resort


Bot dah sedia tunggu kami



Dan ya, pagi ini kami disajikan dengan permandangan yang memang aku takkan dapat di tempat lain. 

Permandangan apa? 


Jaga-jaga

Tuh ha... Encik Buaya sedang berjaga-jaga di tebing sungai ditemani anak buaya yang tak jauh dari situ. Berdebar jugaklah bila bot makin mendekat. Kata guide kami, buaya yang kami jumpa ini berukuran lebih 3 meter panjang dan waktu itu dia tak tidur pun. 

Cepat aje kami minta abang bot beredar dari situ bila dah cukup gambar yang kami nak. Seram pulak nak berlama-lama. 

Jalan lagi, kami terserempak lagi dengan seekor buaya yang lain. Yang ini siap turun dari tebing dan berenang-renang di sekitar tebing. Mungkin untuk halang kami mendekat. 

Sekali lagi, kami paksa abang bot gerak jauh sikit bila dah dapat gambar Encik Bujang Senang tu. Seram!



Anak buaya yang tak jauh dari situ

Seekor lagi buaya yang kami jumpa

Kata Guide kami, buaya hanya muncul pada awal pagi sewaktu bot masih tak banyak lalu lalang. Bila dah tengah hari dan bot makin banyak, dia dah hilangkan diri entah kemana. Mungkin dalam air mungkin juga bersembunyi di darat.

Mungkin....


Selain buaya, kami terserempak lagi dengan pigtail macaque dan proboscis monkey. Ada juga bangau yang keluar dari makanan. 

Morning river cruise ni kira lagi tenang dan fresh bagi aku. Maklumlah semua haiwan keluar cari makanan dan masing-masing ada cara yang tersendiri.


Morning river cruise


Turun breakfast

Terganggu 


Syok betul breakfast. Tak layan dah orang yang pusu-pusu tengok dia

Kami dan abang bot


Sejam lebih menyusuri sungai, kami balik ke resort untuk sarapan. Waktu satu jam lebih tu terasa singkat sungguh. Tak puas dengar cerita guide kami tentang hidupan liar yang ada di kawasan Sungai Kinabatangan ni. 

Selesai sarapan barulah aku sempat pusing-pusing sekitar resort. Maklumlah, sampai semalam pun hari dah hampir gelap. Jadi hari ni lah baru boleh nak abadikan gambar resort ke dalam kamera =)


Luar bilik yang menghadap Sungai Kinabatangan


Sungai Kinabatangan

Laluan ke bilik kami 













Kejap je rasanya di sini dah kena pindah ke tempat yang lain. Memang tak puas bila dah berdamping dengan alam sekitar. Suasana tenang buat kita lupa semua masalah yang ada.

Terima Kasih Myne Resort untuk kenangan ni.

Untuk info lanjut tentang Myne Resort, boleh terus ke website Myne Resort



Myne Travel Sdn. Bhd.

1st Floor, Block S, Lot No. 8B, Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila, 90000 Sandakan, Sabah, Malaysia



Office Hotline

+6089 223366 / 223377
Mon – Fri, 8:00 – 17:00
Sat, 8:00 – 13:00


Fax

+6089 223355
Myne Resort
Kampung Bilit, Kinabatangan, Sabah
Tel: +6089 278288 / 278291


***
Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)