Sesi Turun Ke Bendang Di Homestay Hj Dorani!

Assalamualaikum!

Masih di Sekinchan. Tapi kali ni kami bergerak ke Homestay Haji Dorani pulak. Akak Tourism Selangor tu bagitahu, homestay ni pernah jadi tempat untuk shooting video klip Anak Kampung yang dinyanyikan oleh One Nation Emcees dan Jimmy Palikat tu.

Dan sungguh, memang suasana kampung!











Antara aktviti yang boleh dibuat dekat sini adalah termasuklah mencanting batik, bakar bahulu, dan juga menggagau ikan keli di bendang.

Kay AF9 dan Talha Harith pun tak lepaskan peluang untuk conteng-conteng dekat batik dan bakar bahulu. Illa sendiri pun inilah pengalaman pertama.



Kay tetibe jadi pakar bakar bahulu. Hah ha



Tu tangan Talha. Tak terambik pulak gambo wajah beliau.


Ini pulak grup kami. Ni conteng bukan canting. Hoh ho.


Waktu nak turun ke bendang awal-awal tu memanglah segan-segan kucing. Masuk pun main cak-cak je dengan selut. Tapi sekali dah nampak ikan keli, ambik.... Masa 30 minit dah tamat pun masih lagi duk menggagau cari ikan.

Seronok weh!

Bila semua dah mandi selut, lumpur semua, kami gerak ke hujung sawah, mandi dekat tali air dekat sana. Memang pecah rekod la. Tak pernah hayat mandi dekat sini. Terfikir jugak cemana kalo ada pacat ataupun lintah. Tapi Alhamdulillah, seekor pun tak ada =)







Itu aje peluang yang ada. Rasa tak cukup setengah hari aje dekat sini. Dah senja, barulah bas kami bergerak balik ke pangkal jalan. Heh heh heh.

Nak rasa suasana yang betul-betul kampung, dan tak jauh dari KL, jom lah bermalam di Homestay Hj Dorani, Sekinchan. Tak akan rugi punya. Percayalah. Hoh ho.



* Okey. Habis cuti. Rabu nanti jumpa dekat pwtc eh. Eh, bukan sabtu ke? >_<. Sebenarnya illa nak singgah kejap Rabu tu. Nak pegang DHAD. Macam sedih pulak kalau korang dulu yang pegang. Hehehe. Jom serbu 1Book Expo nanti!

Comments