Jeng Jeng! Cover DHAD

Tumpang lalu!
Jangan lupa cari cover ni bila lalu dekat kedai buku ya! =)







Menarik di 1BOOK EXPO di PWTC pada 11-15 Disember 2013. Dapatkan novel-novel terbaru Penulisan2u di sana

Hanya dia yang dicari, orang lain no-entry... 

WANDA NURHANNAH. Seorang yang kalut, lurus dan tak capai apa-apa kejayaan yang membanggakan selain mendapat 5A dalam UPSR. Namun dia punya hati... Dia punya perasaan... Dan dia juga pernah dikecewakan. Akhirnya dia bangkit menjadi Wanda Nurhannah yang baru.

NICK RAYYAN LEE. Dikenali dengan gahnya, disegani dengan kebijaksanaannya dan diidami wanita kerana ketampanannya. Tapi dia juga punya rahsia sendiri. Satu keinginan hati, dia hanya inginkan yang memahami dan yang tulus menghargai.

Dua sifat, dua insan, dua jiwa ditemukan oleh satu peristiwa dan satukan oleh satu ‘Hati’.

“Ada syiling tak?” - NICK
“Kenapa?” - WANDA
“Nak tukar, boleh?” - NICK
“Nah!” - WANDA
Homai! Hati aku! Hati aku dalam beg syiling tadi! Dia dah terambil hati aku. 

Dan bermulalah kisah dua hati. Dua insan yang bertemu kerana satu percaturan, satu takdir.

“Nama siapa?” - NICK
“Senah. Saya nak panggil awak apa ni?” - WANDA
“Panggil saya Dollah!” - NICK

Akhirnya pertemuan demi pertemuan membuatkan perasaan Wanda berbunga-bunga dan membuatkan hati wanda memainkan irama kompang setiap kali terpandang wajah Nick... Namun kehadiran FAHIM memulakan kembali segala sejarah hitam kelabu dalam hidupnya. Fahim yang dulu bukanlah yang sekarang... Begitu juga dengan dirinya... Dulu dia ditolak, kini dia disayang...
Benarkah karma akan berlaku? ¬¬¬¬Dan, benarkah Dollah yang ada dalam hati Wanda? 


Tajuk: Dalam Hati Ada Dia
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-20-4
Harga: RM24 (Semenanjung) // RM27 (Sabah & Sarawak)

Comments

Anonymous said…
Wahhhhhhhh tak sabar nk peluk!! Tahniah ila!!!
Anonymous said…
wa.....nak2...boley order on9 x???


No..
Cinta Cinta said…
kalau nak beli dari ila boleh ke? hehehe.. nak autograf.
Illa Shanahila said…
terima kasih semuanya! <3
illa tak ambik order buat masa ni..sorry =(. tapi nanti ks@p2u buka order, boleh beli dari sana ya >_<
Wild Cherry said…
cntek sgt kaver di... ade kaler hijau la...
akma hussin said…
Dah ada kat kedai buku ke skg ni?
Illa Shanahila said…
wc-cantik2, tq kt designer. hoho
akmahussin-belum ada lagii.. =)
Didie Alimen said…
Woohooo tahniahh..!..nak beli nak beli nak beli!!
Aminah said…
Illa, tahniah!Cover sejuk mata memandang! Mmg kak akan dptkan Dollah Senah ni, cuma tak pasti dpt dibeli di ekspo/online.
~ Aminah AR
Kak Sue said…
mesti beli DOLLAH DAN SENAH ni... x beli rugi rasanya...
Illa Shanahila said…
kepada

Didie- tq! sila sila sila. heee

K aminah- alhamdulillah, comei2, hihi tq!

Kak sue- hee tq!
masniey suldin said…
sy dah order novel ni secara online dgn p2u dan bayaran juga sudah dibuat pd 30 disember 2013 dan bukti pembayaran juga sudah sy emailkan tetapi sehingga ker hari ini sy masih belum terima apa2 email pembalasan dr pihak p2u sama ada bayaran sy sudah diterima atau tidak....senyap mcm tu jer sedangkan harga novel sudah dibayar....
Illa Shanahila said…
Hai masnie Suldin

P2u dan karyaseni tengah bercuti sempena cuti tahun baru bermula 27 disember sehingga 2 januari. Order online masih dibuka 24 jam tetapi segala operasi akan dibuka semula pada 3 januari.


Terima kasih ya! =)
masniey suldin said…
oooo patutla senyap semacam jer....biasanya diorg akan reply email terus....ok thank you for the info... :-)
Anonymous said…
td pi mph..tp dh habis novel ni.
Illa Shanahila said…
Ye? Takpe, nanti cri dekat popular pulak :)
caseycmj ilah said…
novel ni hilang...best sangat2..dlm proses nak beli balik...huhuhu
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Illa Shanahila said…
Wahhh terharuu�� thankyouu. Sygnya novel hilang. Nanti kalau ada pesta buku karyaseni, boleh beli dari sana sebab less sehingga rm8 je sebuah��