Tourism Selangor Bersama Media Dan Selebriti ke Sekinchan!

Assalamualaikum! 

Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas illa berpeluang ikut Tourism Selangor ke Sekinchan bersama media dan selebriti. Gila tak teruja! Artis yang ada adalah Talha Harith dan Kay AF9. Percayalah, diorang dua ni sangat sempoi! Dan apa yang lagi sempoi, YB Sekinchan pun turut sama! Semua orang tak leh lawan sempoi YB Ng Suee Lim ni. Huhuhu



Okay, apa yang ada dekat Sekinchan? Banyakkkkk!

Sebelum ni pun illa tak pernah tahu yang Sekinchan juga dikenali dengan Jelapang Padi Selangor. Dan sangat terbukti bila illa tengok dengan mata sendiri. Cantik! Walaupun kampung illa sendiri pun ada jelapang padi, tapi tak sama dengan di Sekinchan ni. Tak Percaya? Meh tengok ni.

Tapi.. Tapi.. Tapi... Sebelum kami ke jelapang padi, kami singgah dulu dekat Pantai Redang yang ada dekat Sekinchan ni. Pantai ni tak besar mana tapi cukup cantik. Uniknya, ada rumah atas pokok, ataupun boleh panggil jugak bangsal. 

Tempat rehat nelayan lepas tangkap ikan.

Media dan selebriti yang hadir (of course termasuk YB Ng Suee Lim)




Cantik, kan? Pantai ni tak besar mana pun. Tapi pengunjung tak putus - putus. Kalau untuk berkelah dengan keluarga ataupun kawan-kawan memang terbaiklah. Justttttt nice =)

Dah tengok pantai, kami gerak pula ke kilang beras di sekinchan. Ini dia sawah padi yang illa cerita tadi. Cantik, kan?

Permandangan dari jalan raya

Waktu ni dah musim menuai. Jadi memang separuh dah dituai.

=)



Dah musim menuai~


 Dekat sini ada satu kilang memproses padi dan beras keluaran Sekinchan, iaitu Sekinchan Best ni hanya dijual di 99 Speedmart. Esklusif yuu. Sapa yang tak nak beli dekat Speedmart, boleh datang sendiri ke sini untuk beli terus dari ladang. Hohoho.

Kami singgah dekat kilang dan muzuim padi dekat situ. Boleh tengok segala jenis barang yang orang dulu-dulu guna untuk proses padi jadi beras.

Kilang memproses padi

Antara produk yang dijual.


Pelbagai jenis beras yang terhasil. Beras ini hanya boleh didapati di PLS Marketing Sdn Bhd. Jadi barulah korang boleh rasa sendiri suasana dan eksaited dia. =)



Muzium padi  

Dalam muzium padi

Cenderahati (ini beras oke) =)

Bukan sahaja ada sawah padi, dekat Sekinchan ada jugak banyak kebun buah dan buah-buahan disini boleh dibeli dengan harga yang  lebih muuurahhhh. Itu yang best! =)

Okay. Lepas tu kami singgah isi perut dekat Restoran Lembah Bernam , cuba makanan eksotik yang ada dekat sini. Nak tahu apa?

Rendang Landak + Gulai Rusa +Udang Galah + Ayam kampung + Ikan Keli. Perghhh! Sepanjang 20++++ tahun hidup ni illa tak pernah rasa Rendang Landak! huhuhu.

Bagi yang suka cari makanan unik + sedap + tak jauh dari bandar, bolehlah ke Restoran Lembah Bernam ni.





Okay, pantai dah, kilang proses padi dah, jom ke Homestay Haji Dorani pulak. Kalau nak tahu, Homestay Haji Dorani ni adalah tempat dimana One Nation Emcees dan Jimmy Palikat buat video klip Anak Kampung. Teruja gila nak tengok macam mana rupa dia.

Oh, itu dekat next entry!

=)

Comments

Khai Artzfar said…
dah rindu dengan sekinchan :(
kita pun rindu juga.. :(
Illa Shanahila said…
Tak puas rasanya setengah hari je kt sana. kalau korang pegi lagi jangan lupa ajak =)
teringin nak main bendang.tapi FA takut la pacat dengan lintah...seriusly...adoiii :(
Illa Shanahila said…
Illa tak kena pun pacat atau lintah. Tak nampak pun. Heee alhamdulillah =)
tau xpe. kalau 3hari 2malam ,baru seronok sikit. .hihihi
Illa Shanahila said…
Betul3. Semua tempat boleh jelajah kn? =)