Repost: Pulau Boracay

Assalamualaikum. Oleh sebab ramai yang tanya pasal pulau ni, sekali lagi illa nak cerita dekat sini. Sebenarnya trip ke Pulau Boracay yang illa pegi ni adalah tajaan sepenuhnya AirAsia. Jadi mungkin segala perbelanjaan dekat sana illa tak tahu sangat.




Okay. Sorry. My bad. Hoho.

Jadi, dekat sini illa nak cerita apa yang selalu ditanya pasal Pulau Boracay ni.

1. Perlu Visa Tak?

Tak perlu. 

2. Macam mana nak sampai ke Pulau Boracay?

Boleh naik Air Asia ke Kalibo dan dari sana, akan ada perkhidmatan van dan teksi untuk ke jeti. Perjalanan ke jeti lebih kurang 2 jam. Dari jeti ke Pulau Boracay hanya mengambil masa 10-15 minit.


3. Penempatan di Pulau Boracay.

Okay, Penempatan dekat Pulau Boracay terbahagi kepada tiga iaitu Station 1, Station 2 dan Station 3. Dikatakan pemilihan station ni bergantung pada kawasan cantik dan jumlah bintang hotel. Contoh, Station 1 hanya menempatkan hotel bertaraf empat dan lima bintang sahaja.

Tapi, memang illa akui, Station 1 memang tersangatlah cantik lebih-lebih lagi waktu sunset. Sangat kagum!





 Illa dan lain-lain meninap di Henann Garden yang berada di Station 2. Dekat Station 2 sebenarnya yang paling happening sebab di sepanjang pantai, ada kedai-kedai dan market yang buka sehingga lewat malam.




Kebanyakan restoran pulak buat live band siap. Memang happening.

Dekat station 2 juga ada white beach yang memang cantik dan juga D'Mall Plaza yang merupakan central place dekat Boracay untuk shopping!






4. Makanan Halal.

Okay, makanan halal dekat Boracay memang terhad. Waktu illa pergi tahun lepas, illa sempat bersembang dengan sorang abang yang juga Islam dekat sana.



 Abang tu cakap, kedai makanan halal ada di tingkat atas gerai-gerai cenderamata ini..... dalam lorong kedai ni, hampir 100% orang islam punya kedai. Lokasi tak susah. Depan pantai White Beach aje. 
Nampak kan tingkat atas tu? =)


dan juga satu kawasan dekat Masjid Ambulong. Masjid ni terletak di kawasan Manok-Manok Boracay. Ini illa tak sempat nak cari. Kalau korang jumpa, Alhamdulillah.



5. Aktiviti dekat Boracay.

Sekali lagi illa nak minta maaf sebab tak pasti berapa harga untuk semua permainan ni. Korang selidiklah dekat lain pula. Heh heh heh.

Island Hopping termasuk....

Snorkeling
Kalau nak dikira, snorkeling dekat Tioman atau Perhentian lagi best kot. Sebab apa? Sebab laut dekat Filipina current dia lain sikit. Kuat, tak macam current Laut China Selatan yang tenang. Jadi macam tak sesuai nak lepak lama-lama dalam laut.




Flying Fish.
Ini memang terbaik. Memang tak sah kalau tak jatuh!




Cliff Jumping
Kalau nak cuba benda ni, lompat je. Jangan fikir. Hahaha




Crystal Cove
Bagi illa crystal cove ni tersangatlah cantik. Boleh tengok permandangan laut yang sangatttt biru dan juga air jernih dekat dalam gua. Best!



Puka Beach
Kami jugak singgah dekat Puka Beach yang mana ada beberapa penempatan penduduk sini dan pantai dekat Puka Beach pun boleh tahan lawa. 




Aktiviti Darat

Aktiviti darat dekat Boracay pun banyak. 

ATV
Boleh cuba naik ATV sampai ke puncak bukit yang paling tinggi dekat Boracay. Dekat sana ada dek untuk tengok keseluruhan pulau. Memang terbaik.





Zipline
Pun okay nak cuba. Tapi Zipline sini tak adalah panjang sangat. Tapi menarik sebab sebelah laut yang sangat osem. 

Nampak macam panjat pokok kelapa, kan? Bukan..bukan...

Naik Kuda.
Okay, ini mungkin dah biasa. Tapi perasaan naik kuda dekat jalan kecil dekat Boracay ni feeling dia lain sikit. Hohoho.







Sebenarnya itu saja yang sempat illa try. Banyak lagi aktiviti yang ada dekat sana. Kalau banyak masa dan fulus, bolehlah cuba semuanya.

Yang penting, kena pandai pilih tarikh untuk ke sana. Bukan apa, takut-takut kalau tarikh yang dipilih tak sesuai, air laut waktu tu tak clear mana. 

Kita orang pergi bulan 5 dan waktu tu keadaan laut terbaik. Air sejernih kaca you.
Haha! Okay, selamat bercuti! Jom tengok gambar lagi!






Abaikan 'abang' yang seksi itu :')











Comments