Anugerah Di Aidilfitri

Cerita ni umur dia 3 tahun. sebaya la dengan 29 Hari Itu...Aku Rindu tu.  Cerita ni kesinambungan dari cerita sebelum ni. Kalau dah tak ada apa yang nak dibuat waktu lunch tu, mai la baca. Hohoho =)





“LARI LARI! Warden datang!” pintu masuk dorm di tolak kuat.
            “Dia kat mana sekarang?” semua buat muka kalut.
            “Tingkat bawah!”
            “Siapa? Cikgu Khairil?”
            “Bukan!” Dia menarik nafas. “Che Su!” semua telan air liur. Silap masa ponteng!
            “Pan, kau nak menyorok kat mana ni?”
            “Dalam lokar. Kau G-mi?”
            “Bawah katil!” baldi di bawah katil entah siapa disusun. Kasi tak nampak belah dalam. “Ran, kau kat mana?”
            “Siling!” lokar setinggi 180 cm itu di panjat. Papan yang menutupi siling diangkat.       
            “Aku join kau!” Fiz turut sama memanjat lokar.
            Dan semua diam.
            Seminit, dua minit. Kedengaran derap tapak kaki. Che Su! G-Mi telan air liur. Duh, busuk betul, siapa punya baldi penuh dengan baju busuk ni.
            Pan berpeluh-peluh. Panas! Gila siksa dalam lokar ni.
            Ran dan Fiz berpaut kemas pada kayu di siling. Kalau jatuh ni sia-sia je.

            Che Su masuk tak lama. Tak sampai lima minit. Matanya memerhati segenap isi ruang Dorm 3. Setelah dipastikan tiada siapa di dalam dorm 3 itu, Che Su melangkah keluar dengan rotan ditangan. Letak cermin matanya dibetulkan dengan menggunakan jari telunjuk. Pintu Dorm 3 kembali tertutup.


“Hell!” baldi yang sarat dengan baju kotor itu ditolak keluar. “Apahal Che Su pulak ganti Cikgu Khairil ni?”
Lokar di hadapannya diketuk. Pan perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyian. Berpeluh peluh! “Line clear tak?”
“Kalau tak clear aku tak keluar la. Gila busuk kat situ!”
“Aku yang dah masak dalam lokar tu kau tak fikir?”
G-Mi sengih. “Woi, dah boleh turun!”
Bahu G-Mi ditampar kuat. “Gila. Slow lah sikit! karang Che Su masuk balik!” Muka Ran dn Fiz terjengul dari siling. Kedua-duanya sengih.
Pintu Dorm 3 terbuka. Dan mata Che Su tepat ke arah mereka berempat.
Mati!


SEMUA dah terbongkang di atas katil. Macam-macam rasa ada. Penat. Sakit. Perit. Menyesal? Heh, tak rasa pun. Rasanya hidup lebih thrill kalau macam ni. Thrill la sangat. Naik berbirat belakang kena rotan dengan Che Su tadi. Tak habis takat tu je, kena pulak jadi ahli nasyid dekat depan-depan dewan tadi. Gila. Muka macho, cool dan ganas macam ni kena nasyid depan seisi sekolah. Haih Che Su.
Tapi kalau nak kira salah sendiri jugak. Senang-senang je nak ponteng waktu jemaah kat surau. Nasib badan lah. Che Su pulak yang ganti Cikgu Khairil. Huhu.
“Weh, korang SPM seminggu lagi la. Tak rasa nak insaf ke?” Pan memecah sunyi. Tiga kepala pantas menoleh. Buat muka pelik. “Heh, rilek la. Aku nak ingatkan je.” Sengih.
“Aku pun risau jugak. Orang cakap SPM ni penentu masa depan weh.” Fiz menyampuk. Posisi baring diubah. Lenguh masih tak hilang. Kena bersihkan toilet semua blok tadi. Huh.
G-mi sengih sumbing. “Gila ayat kau. Kalah mak aku!”
Fiz angkat kening. Itu je yang dia mampu. Penat. “Senyap je Ran?”
Ran tersentak. Mata yang hampir terpejam terbuka semula. “Aku ngantuk.” Ringkas.
“SPM Ran. SPM.”Pan membetulkan bantal. Dia pun penat sebenarnya.
“Aku tahu lah.”

***********
“WEH, AMBIL SIKIT dah la.” Ran telan air liur.  Fiz sengih. Dompet entah siapa yang tertinggal di dalam bilik air itu di selak-selak.
            “Rezeki depan mata Ran. Kau jangan nak jambu sangat boleh? Kau pun tak ada duit, kan?” Tempelak Fiz. Satu-satunya not lima puluh ringgit itu diambil dari dompet hitam itu.
            Ran menelan air liur. Nakal-nakal jugak. Tapi dia tak pernah mencuri macam ni. Takut pun ada. Tapi betul la cakap Fiz. Dia memang tak ada duit sekarang. Dah lama Mak dengan ayah tak bagi duit. Mungkin diorang aku ingat aku berjimat cermat dekat sini. Adui. “Tak apa ke weh? Kita nak SPM ni.”
            “Jambu lah kau!” belakang Ran ditepuk. Fiz sengih lagi. Hanya dia dan Ran yang ada ketika itu. Pan dan G-Mi awal-awal hilang. Pergi library katanya. “Jom pergi cafe. Kita bahagi dua. Boleh buat belanja minggu ni. Aku pun kering.”
            Ran hanya menurut langkah Fiz dari belakang.
            “Dan lagi satu, jangan bagitahu Pan dengan G-Mi. Karang banyak pulak ceramah diorang.”
            “Yelah.”


“KAU APAHAL IM?” Ran melabuhkan punggung di meja tulisnya. Pelajar di dalam kelas tak ramai waktu itu. Waktu prep. Ramai yang pilih untuk belajar di luar kelas.
            Wajah keruh Im, Fahim dipandang. Fahimlah satu-satunya rakan sekolah rendahnya yang sama-sama turut belajar di sekolah asrama penuh ini. Dah la jauh dari kampung halaman. Huuu~. Dulu dia rapat jugak dengan Fahim. Tapi Fahim stok-stok skima. Tak boleh masuk. Jadi dia cari kawan lain. Yang boleh dijadikan tempat lepas tension orang kata.
            “Duit aku hilang. Dompet aku tertinggal dalam toilet tadi. Dah la mama aku baru kasi. Aku takut nak mintak lagi.” Fahim masih tidak mengangkat mukanya dari buku rujukan Kimia.
            Ran telan air liur. Erk, duit Fahim ke yang dia ambil petang tadi? Adeh, kenapalah dia tak tengok siapa punya dompet terlebih dahulu. “Kau nak pinjam duit aku? Aku boleh kasi sikit.” rasa bersalah menjenguk tiba-tiba.
            “Tak apa lah Ran. Pandai lah aku jimat.” Fahim sengih. “Nanti aku akan jadi penghuni tetap Dewan Selera la nampaknya.” Dewan Selera ataupun dewan makan. Memang makanan percuma untuk pelajar. 6 kali sehari. Tapi menu dia... hehehe. Malas nak cakap.
            Ran terdiam. Maafkan aku Fahim.

**********
Ran menarik nafas. Dia merenung dinding putih di biliknya. Penat. Kerja berlambak di bengkel tadi. Jauh dia teringatkan waktu dulu. Zaman sekolah. Zaman yang menggelapkan hidupnya. Dia tak salahkan kawan. Dia tak salahkan keadaan. Dia sendiri yang leka. Dan sekarang, terpaksa lah terima. Lepas SPM terus kerja. Nak sambung belajar tak layak. Mak dengan ayah memang kecewa. Tapi dia diam aja. Nak buat macam mana? Dah memang tak boleh nak sambung.
            Dan sekarang, kerja dekat bengkel kereta. Kerja banyak. Gaji yang dapat ciput. Itu okay lagi. Kalau hari-hari kerja jumpa dengan customer banyak songeh, memang rasa nak ketuk ke dengan spanar laju-laju. Biar dia tahu kerja ni senang ke susah. Suka-suka ke nak bagi arahan itu ini.
            Pan dengan G-Mi dengar-dengar dapat masuk uni. Diorang memang pulun masa nak SPM. Fiz pulak entah. Masuk poli kut. Dia aja yang tercongok kerja. Jeles? Ada lah jugak. Tapi, nak buat macam mana....
            Fahim? Fahim memang best student dekat sekolah. Tak pelik mana lah kalau dia dapat sambung dekat Egypt sana. Tapi rasanya semua dah habis belajar. Semua dah kerja elok. Tinggal dia je. Masih kat kampung. Kerja kampung.


“ABANG! Mak tinggal duit tadi kan? Mintak sikit.” ketukan di pintu mengejutkan Ran. Adik, Syahmi. Ran mengeluh keras. Muka adiknya terjengul di muka pintu. Kening Ran terangkat. Kemas semacam je. Kemana pula budak ni nak merayap.
            “Kau nak pergi mana?”
            “Keluar.” Balas Syahmi. “Duit kat mana?”
            Ran bingkas bangun dari katil. Dua helai not sepuluh ringgit dikeluarkan dari dompet dan dihulurkan kepada adiknya. Syahmi mengerutkan dahi.
            “Ni je?”         
            “Kau nak buat apa banyak-banyak? Cukup lah tu.” Kuat suara Ran. Syahmi mencebik. Pintu bilik abangnya ditutup kuat.
            Itulah satu-satunya adik yang dia ada. Baru tingkatan tiga. Tak pernah rasanya dia berbual baik-baik dengan adik. Masa dia kanak-kanak, Syahmi masih kecil. Masa sekolah pulak, lima tahun dia menghabiskan masa di sekolah asrama. Dia dengan Syahmi jarang bertegur. Adik-beradik atas nama je.
            Dompet kulit yang hampir rabak itu dilemparkan ke katil. Duit. Macam air. Gaji dia ciput. Tahun lepas ayah meninggal. Mak pun kena kerja dekat kedai runcit Haji Mail di hujung taman ni. Nak sara keluarga dengan gaji dia dekat bengkel tu mana cukup.
            Lagi dua minggu nak puasa. Bosan. Nak kena berlapar pulak. Ran menarik nafas kuat. Tuala yang tersangkut di belakang pintu ditarik. Nak fikir menyesal tak belajar elok-elok dulu tak guna juga. Sekarang, kawan yang buat dia jadi macam ni sekarang elok je kerja besar. Dia jugak yang terlopong di kampung. Tak guna nak salahkan orang lain. Diri sendiri yang salah. Damn!

*******
Kopi panas dihirup hingga licin. Nafas dihela kuat. Langkah jemaah keluar dari masjid ditenung. Ramai. Berpusu pusu mereka keluar dari masjid. Hari pertama Ramadhan.
Dia mengeluarkan sebatang rokok dari saku baju. Pandangannya ditala pula pada segenap isi warung kecil bersebelahan masjid itu. Hanya beberapa orang yang ada. Ramai yang berkejar-kejar nak buat terawih agaknya. Heh, hangat-hangat tahi ayam. Tunggu la tengah-tengah Ramadhan. Confirm kosong je masjid nanti. Dia mencebik sendiri.
Kelibat seorang yang dikenalinya menarik perhatian. Kemas dan bersih je berbaju melayu. Fahim. Lama tak nampak, dengar kata dah kerja besar kat bandar. Ran sengih sumbing.
Fahim mengangkat tangan kepadanya. Ran mengangguk kecil. Kereta Fahim yang bergerak meninggalkan masjid dipandang kosong. Bosan! Esok workshop tutup. Malam ni boleh enjoy sampai pagi! Bibir ditarik hingga ke pipi.
“Kak Yam, kira!”
Seorang wanita lewat 40-an menghampirinya. Sehelai not RM5 dikeluarkan dari dompet. Pergi kelab malam ni okay jugak. Handphone ditarik dari saku seluar.
“Babe, jum pergi tempat biasa malam ni....”


FUHH! Lapar! Pukul 6 petang. Bazar Ramadhan sesak. Biasalah hari pertama puasa. Ramai yang rindukan bazar. Heh, hari tak puasa pun jumpa la segala jadah makanan macam ni. Rambutnya yang panjang dibiar melepasi bahu.
            Lapar! Tadi makan mi segera je. Mak puasa. Mestilah dia tak masak tengah hari. Kakinya masih melangkah melepasi sebuah gerai ke gerai yang lain. Dua orang wanita yang bertudung menarik perhatiannya. Wanita bertudung=lembut. Lembut=tak melawan. Ran sengih dalam hati. Laju kakinya menala ke arah dua wanita tadi.
            Dengan pantas handbag salah seorang daripada wanita itu ditarik. Sekilas dia sengih. Laju dia berlari menyelinap di celah-celah orang ramai. Kebanyakanya hanya melihat. Heh, memang orang sekarang tak suka campur hal orang lain. Lagi senang kerja. Jeritan dari si teman meminta tolong semakin sayup. Motor yang sedia diparkir di bahu jalan dihidupkan. Saat itu jugalah dia laju meluncur pergi. Ran ketawa kuat. Rezeki rezeki! Terbayang-banyang kelab yang dipenuhi dengan nikmat dunia. Heyya girls, tunggu aku!


******

“RAN! YOU BOLEH balik sendiri tak ni?” Nonies mengeluh. Mabuk pulak dia ni. Muka Ran yang selebet antara sedar dan tidak itu dipandang. “Ran!” bahu temannya digoncang kuat.
            “Hey babe. Rilaks.” Matanya yang hampir tertutup dipaksa buka. “I mengantuk ni.”
            “Habis tu takkan you nak tidur sini?” Nonies membalas geram. Kelab malam murah yang semakin rancak dipenuhi manusia itu makin membingitkan telinga. “Jom la I hantar you.”
            Ran yang separa sedar terseyum sumbing. “I love you. I love you babe. Lalalala...”
            Nonie memapah Ran yang masih menyanyi kecil. Menyusahkan je lah! Mereka keluar dari kelab menuju ke tempat parkir.
            “Kita nak pergi mana ni babe? Sahur?”
            Nonies ketawa besar. “You jangan nak buat lawak la. Zaman bila pulak orang masuk kelab malam puasa?”
            “Kot-kot la you dah bertaubat.”
            “Heh, I belum nak mati lagi la.”
            Ran turut sama ketawa. Langkahnya masih terhuyung hayang. Matanya juga makin berat. “Hey, hey. Tengok siapa ni....” dia sengih.
Noniess di sebelah mengangkat kening. Siapa?
            “Orang arab mana sesat tengah-tengah KL ni?”
            Perempuan itu kelihatan kaget. Terkejut barangkali.
            “Arab celup la darling.” Noniess ketawa mengekek.
            “Kalau dah bertutup macam ni, confirm muka hodoh gila. Berparut sana-sini. Kan, sayang?” ketawa pecah. “Sebab tu dia tutup muka!”
            “You tahu tak apa. Ran, kalau cantik, mesti dia dah tunjuk semua. Macam I ni. Tengok. Ciptaan tuhan yang paling seksi!” Noniess pula menambah.
            Perempuan itu masih kelu.
            Ran merenung wajah bertutup itu. Sepasang anak mata yang dikenali. “Hey, wait-wait. Aku kenal perempuan arab ni. Beg kau kena ragut kan dua hari lepas?” ketawa. Noniess masih lagi memegang erat Ran. Teruk sangat terhuyung-hayang. Kalau tak pegang dah boleh menyembah bumi.
            Riak wajah perempuan itu terkejut
            “Mana you tahu Ran?”
            “Nur Suhana Nisrina Abdul Hafidz, kan?” Ran meyebut satu persatu baris nama yang tertulis pada IC perempuan yang diragut tempoh hari. “Hey, kau bisu eh?” Ran ketawa. “Kesian. Dah muka kena tutup sebab hodoh. Bisu pulak. Kesian.” Ketawa kedua-duanya bergabung.
            “Kesian kan Ran?”
            “Kesian..” ketawa lagi. Mereka melangkah meninggalkan Nisrina yang masih berdiri tegak di bahu jalan. “Kesian.....”
            “Jom la kita balik!” Nonies kembali memapah Ran. Teruk sangat mabuknya.
            “Kesian...” ketawa Ran masih lagi belum berhenti. “Kesian.....”


SESAK! Bazar Ramadhan sesak! Macam tak boleh masak je diorang ni. Ran mengeluh. Tapi sesak-sesak macam ni la senang nak cilok! Dia ketawa dalam hati. Berbuka puasa apa kau hari ni Ran. Nasi ayam? Nasi Kerabu? Nasi ayam percik? Heh, puasa lah sangat.
            Matanya tidak lepas memandang juadah dari gerai ke gerai. Lapar! Mak keluar kerja. Tak masak. Nampaknya kena cari makanan sendiri lah.
            “Bang, ayam percik dua.”
            Lelaki si penjual ayam percik itu mengangguk. Dua bahagian ayam yang dikepit dengan buluh itu diletakkan di dalam plastik. Ran menyambut huluran dengan senyuman.
            “RM 10.”
            Ran mengeluarkan dompet. Lama dia menilik isi dalam dompet. Si penjual ayam percik tadi kembali mengipas ayam di atas para. Ran sengih sesaat. Pantas dia menyusup keluar dari situ.
            “Woi!”
            “Hoi, jangan lari!”
            “Bedebah!”
            “Tangkap dia!”
            “Jangan lari!”
            Laju dia menyelit. Nasibnya kurang baik apabila seorang lelaki menahan kaki menyekat langkahnya. Dia jatuh tersembam ke tanah yang bertar itu. Dan..
            “Kurang ajar!”
            “Bulan puasa pun nak mencuri ke?!”
            “Belasah je dia!”
Satu tumbukan padu diterima. Dia kenal lelaki yang menumbuknya itu. Abang yang jual ayam percik tadi. Seorang lagi lelaki menyepak tulang rusuk. Dan muka. Kepala, kaki. Dia tidak mampu melawan.
            Dan tiba-tiba sahaja pukulan terhenti. Ran memaksa kelopak matanya dibuka. Pedih!
            Dia nampak abang penjual ayam percik tadi. Dan seorang wanita yang tertutup. Butir bicara mereka tidak jelas. Ran cuba bangun. Sakit! Beberapa saat kemudian semua lelaki yang memukulnya berlalu pergi. Dan kepalanya berdenyut kuat. Sakit! Langkah yang menghampirinya di pandang. Kabur. Sepasang hitam dari kepala hingga ke hujung kaki. Aku..belum mati, kan?
            “Nah, untuk berbuka puasa.”
            Perempuan tu.....

*****
Kejadian tu sudah seminggu. Seminggu yang membuatkannya berfikir dalam dalam. Dia masih berteleku di sudut bilik sederhana kecil itu. Sudut bilik di dalam rumah Fahim. Nasibnya baik kerana terserempak dengan Fahim ketika otak tidak dapat mencerna apa yang berlaku. Nasibnya baik kerana Fahim bersedia menolongnya keluar dari gelap hidup. Masuk hari ni, sudah seminggu dia tak pulang ke rumah. Bukan dia tak sayang dekat mak. Bukan dia tak kisah pasal adik. Tapi dia tak nak kembali ke dunia gelap tu. Tak nak.
            Mujur ada Fahim dan juga wanita berniqab itu.

Sekotak kurma duhulurkan kepadanya. Lambat-lambat dia memandang wanita yang tertutup penuh kecuali sepasang mata dan tapak tangan. Aku tak mati lagi kan?
            “Ambil la,” sekali lagi perempuan itu bersuara. Ran kaku. Dia kenal mata tu. Dia cam wanita tu. Dan, wanita itu bersuara? Dan suaranya.......merdu.
            “Aku bukan pengemis!” Ran cuba untuk bangun. Kenapa pula wanita ini mahu menolongnya? Dah kena ragut. Kena hina. Dia masih mahu menolong?
            “Sekurang-kurangnya, lebih baik dari mencuri.” Kotak kurma itu diletakkan di hadapannya. Wanita itu berlalu ke gerai menjual kurma yang tidak jauh dari tempatnya dipukul.
            Kenapa kau tolong aku? Kenapa?
Dia berjalan tanpa arah. Darah pekat di muka bahana dibelasah tadi masih belum kering. Serabut. Nursuhana Nisrina. Kenapa kau tolong aku?
Dan langkahnya terhenti apabila telinga menangkap sesuatu. Sesuatu yang sangat lama ditinggalkan. Al-quran. Bacaan Yassin dari masjid di hadapannya sedikit menenangkan hati. Kotak kurma di tangan di genggam erat.
“Ran!”
Dia berpaling. Fahim!
“Nak pergi mana tu? Jum berbuka sekali!”


Kerana Fahimlah dia disini. Dan tanpa diduga, sekali lagi dia bertemu dengan wanita berniqab itu sewaktu berbuka puasa di masjid. Malu. Itu pasti. Seorang pencuri, peragut sepertinya masih berani ke masjid untuk berbuka puasa walhal, dia tak berpuasa pun. Memang terasa sangat kerdil. Rasa sangat kecil. Masihkah dia berpeluang untuk bertaubat?

            “Kita perlu bersangka baik dengan ALLAH, Syahiran. Kerana keampunan ALLAH tu lebih luas daripada dosa-dosa kita. ALLAH bersifat Al-Rahman dan Al-Rahim. Amatlah luas keampunan-Nya dan Allah juga memiliki sifat Yang Maha Pemaaf. Memanglah kalau nak dikira dengan dosa-dosa yang kita lakukan, kita seolah-olah sudah tiada harapan. Tapi kita kena ingat bahawa banyak manapun  dosa kita, ALLAH itu lebih luas keampunannya.”

            Kata-kata Abah Fahim masih lagi terngiang-ngiang di telinga. Abah Fahimlah yang menjadi gurunya. Sungguh. Kalau tiada Fahim sekeluarga, sudah tentulah dia masih sesat dalam gelap yang diciptanya sendiri.
            “Ran!”
Segala lamunannya terbang. Pintu bilik dipandang. Menunggu siapa saja yang mengetuk tadi masuk. Terjengul wajah Fahim yang tersenyum.
“Dah siap nak pergi terawih?”
Dia hanya mengangguk kecil. “Kau?” Fahim yang hanya ber`tee’ dipandang. Selalunya, Fahim akan berbaju melayu untuk ke masjid.
            “Itulah yang aku nak bagitahu ni. Aku kena hantar abah pergi klinik jap. Sakit dia datang lagi. Tak dapat ikut pergi terawih. Kau okay kan sorang sorang?”
            Ran mengangguk kecil. “No hal.” Senyum.


SELESAI SUDAH 8 rakaat. Syahiran mengucap syukur dalam hati. Kalau nak dikira, baru sepuluh hari dia berpuasa. Ramai yang sudah menapak keluar dari masjid. Ada moreh yang disediakan oleh AJK masjid nampaknya. Dia senyum sesaat. Rasanya Nisrina itupun AJK masjid. Kalau tak, takkan la dia ada sekali waktu pembahagian makanan untuk berbuka puasa tempoh hari.
            Ran akhirnya melangkah keluar dari masjid. Jarak rumah Fahim dengan masjid tak adalah jauh sangat. Dia hanya berjalan kaki ke masjid tadi.
Kelibat wanita bertelekung dengan seorang anak kecil yang turut berjalan di hadapannya menarik perhatian. Jalan yang hanya diterangi dengan lampu jalan yang cahayanya tidak seberapa. Bahaya betul.
Dia melintasi wanita dan anak kecil itu. Sekilas dia membuang pandang ke sebelah. Dia!
“Er, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” kedua-keduanya menjawab serentak. Anak kecil lingkungan 6,7 tahun itu memandangnya.
“Bahaya jalan malam-malam macam ni. Dan bukankah wanita lagi baik solat terawih di rumah.” Perlahan Ran menuturkan. Bukannya nak tunjuk lagak. Tapi memang bahaya kalau perempuan dan kanak-kanak berjalan dalam gelap macam ni. Tanpa ditemani lelaki dewasa.
“Kenapa tak datang dengan suami atau ayah atau mak?” Syahiran melangkah sedikit ke hadapan. Membelakangi perempuan itu.
“Abi saya sakit. Umi saya jaga dia kat rumah.” Perlahan.
“Abang ni kawan Abang Fahim, kan? Uzair selalu nampak abang dengan Abang Im.” Petah kanak-kanak yang membahasakan dirinya Uzair itu bertanya.
Ran senyum segaris. Dia mengangguk kecil. “Iya. Uzair umur berapa?” Ran bertanya tanpa memandang ke belakang. Pandangannya masih ke depan. Menjadi kepala kepada wanita itu dan anaknya.
“Uzair enam tahun.”
“Kenapa Uzair tak ajak ayah sekali pergi terawih. Tak adalah bahaya jalan dalam gelap macam ni dengan mak je.”
“Ibu dengan ayah Uzair dekat luar negara bang. Uzair yang tarik Mak Su temankan pergi terawih tadi. Uzair tak nak miss terawih. Terawih kan sebulan je dalam setahun.”
Nisrina senyum sendiri. Uzair-uzair.
Oh, bukan anak dia rupanya. Budak sekecil ini pun sayang nak tinggal terawih. Kalau dia dulu? Nak puasa pun malas. Apatah lagi terawih. Ya Allah.
“Rumah lorong berapa?”
“Lagi satu lorong.” Mak Su Uzair menjawab.
Ran mengangguk kecil. “Saya hantarkan sampai rumah. Bahaya.”
Nisrina tersentak. Lelaki yang lengkap berbaju melayu berkain pelikat yang berjalan dihadapannya itu dipandang. Lain sungguh dengan penampilannya dulu. Lain. Rambut panjang paras bahu dah dipotong pendek. Baju dan jeans koyak juga sudah hilang. Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah bukakan hati hambamu itu.
“Dah sampai. Terima kasih.”
“Terima kasih bang. Senang senang jemputlah datang ke rumah. Bawak Abang Im sekali. Abang Im selalu datang sini.”
“Uzair...”
“Opsss. Hehe. Assalamualaikum bang!” Uzair berlari-lari menuju ke pintu pagar.
Ran mengangguk. “Waalaikumussalam,” dan kakinya terus melangkah ke rumah Fahim yang hanya beberapa lorong di hadapan. Fahim. ‘Abang Im selalu datang sini.’ Fahim kenal Nisrina?
           
                                                            *********

“SAYA MINTA MAAF!”
            Nisrina mengangkat wajah. Syahiran, Ran. Kawan Fahim. Sepasang matanya hanya memandang wajah bersih Ran. Sangat berbeza dari mula-mula dia melihat wajah itu. Tapi, maaf untuk apa?
            “Maafkan saya. Saya akan pulangkan balik handbag awak,”
            Ohhh.. Nisrina hanya mengangguk. Matanya kembali pada rak-rak rempah di hadapan. Pes tomyam, serbuk kari.. apa lagi yang Umi kirim tadi?
            “Er, Cik Nisrina...” Ran teragak-agak memanggil. Perempuan di hadapannya itu hanya mengangguk. Masih marah mungkin. Nisrina kembali mengangkat muka memandangnya. “Tafsir Al-Quran tu, saya pinjam dulu?”
            Tafsir Quran. Yang dia jumpa waktu mengeledah handbag Nisrina. Yang membuat fikirannya kacau seketika.
            “Alhamdulillah.” Dan Nisrina mengangguk.
            Ran senyum sesaat. Walapun hanya sepatah, namun amat berharga.
            “Terima kasih!”
            Nisrina senyum di sebalik purdah. Dia terus berlalu dari situ. Membawa segala jenis barang yang di ambil tadi ke kaunter. Selesai membayar, dia terus melangkah ke keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedai runcit. Ran hanya memandang dari jauh. Niatnya untuk membeli beras tadi terbantut. Dia memandang Nisrina yang menyimpan barang yang di belinya tadi di tempat duduk belakang. Dia melihat Nisrina yang membuka pintu di tempat memandu. Dan, eh.. ?
            “Astaghfirullah! Tolong!”
            Ran terkocoh-kocoh keluar.
            Dua orang bertopeng. Mengacukan pisau. Dia melihat Nisrina yang ketakutan. Berusaha menarik begnya dari ditarik pembonceng motosikal itu. Salah seorang daripada peragut itu bengang bila Nisrina masih mempertahankan begnya. Niqab Nisrina ditarik kuat sehingga tertanggal. Pisau yang tajam berkilat di acukan ke leher. Peragut itu tersenyum sinis. Heh, nak melawan konon.
Ran mencapai kayu yang entah dari bila tersadai di atas tanah. “Lepaskan dia!” Dia tak kisah peragut tu ada pisau. Dia tak kisah walaupun peragut itu mengeluarkan pistol. Laju dia berlari mendapatkan Nisrina. Seorang lagi berusaha menghidupkan motosikal mereka. Pisau masih setia di leher Nisrina. Ran tergamam melihat muka pucat wanita dihadapannya. Pucat. Putih. Bersih. Ayu. Astaghfirullah...
Tiba-tiba Nisrina ditolak kuat ke hadapan. Peragut tadi berlari mendapatkan temannya yang sudah bersedia untuk memecut pergi. Spontan Ran membaling kayu sebesar lengan itu. Tepat mengenai kepala salah seorang daripada mereka. Kedua-dua mereka terjatuh. Laju Ran menerpa ke arah mereka. Satu tumbukan jatuh pada muka peragut yang bertopeng hitam. Satu sepakan pula kepada yang bertopeng kelabu. Tanpa dia sedari, peragut bertopeng hitam itu mengeluarkan pisau. Sesaat sahaja pisau rembo itu menusuk belakangnya.
Pandangannya berpinar. Sakit. Pedih. Suara Nisrina menjerit ketakutan hanya kedengaran sayup. Dia rebah juga di bahu jalan. Dua peragut tadi pantas melarikan diri apabila melihat darah yang melimpah.
“Syahiran!!” Nisrina hampir menangis. “Ya Allah...” terketar-ketar dia melihat darah yang keluar dari luka Ran. “Tolong!!” sekuat hati dia menjerit.
Dunia Ran hampir gelap. Wajah kalut dan takut di hadapannya dipandang dengan senyuman. “Cik....” erk, sakit!
Nisrina memandangnya. Serius dia tak tahu nak buat apa. “Tolong!!” dia hampir menangis. Tolong. Janganlah jadi apa-apa yang buruk. Tolonglah selamatkan orang yang dah selamatkan aku Ya Allah.
“Cik..” Ran menahan sakit. “Awak cantik...” dan dunianya gelap.
Nisrina terdiam. Baru dia tersedar. Niqab yang ditarik peragut tadi sudah tersadai di tanah. Syahiran...
Abang Amat terkocoh-kocoh keluar dari kedai. Pak Mail pun. Kak Senah juga berlari-lari anak keluar dari kedai itu. Dan orang ramai pun menyerbu ke arah mereka.


“HERO DAN bangun,”
            Matanya terasa perit. Fahim tersenyum memandangnya. Hero apa pulak ni? Dia memandang sekeliling. Rasanya ni bukan rumah Fahim. Melainkan keluarga Fahim dah upah orang gaji berpakaian jururawat!
            “Kau okey? Sakit lagi?”
            “Apa dah jadi? Kenapa aku kat sini?” serius dia tak boleh mencerna apa yang dah jadi. Otak pun tak jalan.
            Fahim menarik kerusi. “Kau kena tikam sebab kau dah jadi hero,” Fahim sengih di hujung kata.
            “Hero apa pulak?” Aku jadi hero? Macam Superman? Spiderman? Batman? Takkan Cicakman kut?
            “Kau tak ingat?”
            “Kalau tak aku tak tanya.”
            Fahim ketawa. Betul jugak.  “Kau dah selamatkan Nisrina...”
            “Assalamualaikum.”
            Kedua-dua mereka berpaling pada pintu. Nisrina! Dan umi dia kut.
            “Wa’alaikumussalam.” Fahim bingkas bangun. “Duduklah umi,” Umi Nisrina mengangguk.
            “Umi teman Nis je Im. Umi nak lawat kawan dekat wad sebelah. Kamu bersembang lah dulu ya. Nis, umi pergi dulu.”
            Nisrina mengangguk sambil menghantar langkah uminya dengan ekor mata. Tak lama. Matanya kembali jatuh pada Ran yang berbalut di atas katil. “Er, maafkan saya,”
            Kening Ran terangkat. Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Hei otak, cepatlah fikir. Nisrina datang melawat. Siap minta maaf lagi. Nisrina. Oh, wanita bermata bulat yang tersenyum padanya dalam mimpi tadi Nisrina? Nisrina tanpa niqab.
            “A..awak okey?”
            Ran hanya tersenyum. Ya, dia dah ingat. Nisrina yang hampir diragut. Nisrina yang menjerit ketakutan. “Alhamdulillah.”
            “Maafkan saya,” Sekali lagi ayat itu diulang.
            “Na, no hal lah. Kiranya ini balasan sebab ragut awak tempoh hari. Kira adil lah kalau saya kena balik. Kan?” Ran cuba bergurau. Fahim yang dari tadi berdiri berhampiran dengan pintu hanya diam memerhati. Tak menyampuk.
            Nisrina senyum tawar. ‘Awak cantik’. Ayat itu tiba-tiba muncul kembali. “Err, saya balik dulu.”
            “Eh, cik!”
            Nisrina berpaling. Sepasang mata bundar itu tepat memandangnya. “Ya?”
            “Er.. Terima kasih sebab sudi datang jenguk saya.” Bukan. Bukan itu yang dia nak cakap.
            Nisrina mengangguk. “Assalamualaikum.” Dia senyum sesaat kepada Fahim yang memandangnya.
Fahim sengih. Dia kembali melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan katil. Ran mengangkat kening. Apa hal pulak ni.
“Terima kasih sebab sudi datang..” Fahim bersuara dalam nada mengajuk. Dia ketawa kecil. “Tak ada ayat lain ke yang lebih sesuai?”
“Habis tu nak cakap apa? Betullah tu.”
“Cakap la saya suka awak ke. Nanti saya masuk meminang awak ke.”
“Gila.” Spotan terkeluar dari mulut Ran.
“Ayat. Ayat. Mind your words” Fahim sengih.
“Haha. Maaf-maaf.” Ran memandang siling. “Tapi betullah. Aku suka dia”


*****

EMPAT HARI SAHAJA dia di hospital. Kata doktor nasib baik dia hanya mengalami luka luaran. Tak terkena organ dalaman. Pulang dari hospital, Fahim membawanya ke rumah mak.  Dia hanya menurut. Memang akan tiba masanya dia berjumpa dengan mak. Minta maaf dengan mak.
         “Ya Allah Ran!” Puan Juriah terus memeluk anaknya. “Alhamdulillah!” dia mula menangis teresak-esak.
            Ran juga menitiskan air mata. Selama ni tak pernah dia memeluk mak. Tak pernah cakap yang dia sayang mak. Dan dia bersyukur dia sempat berubah sebelum terlambat. Bukan dia tak nak balik. Tapi dia takut dengan masa lalu. Dia malu dengan mak.
            “Maafkan Ran mak.” tangan ibunya di cium. Fahim yang berdiri di tepi pintu menahan sebak. Mak Ran dah nampak uzur. Tapi selama ni, menurut Ran, mak dia kuat bekerja. Nak tampung keluarga. Ran? Duit kerja dia hanya untuk belanja sendiri.
            Puah Juriah tersenyum lega melihat anak sulungnya yang kemas berbaju melayu dan berambut pendek. Sungguh. Selama Ran meningkat remaja, tak pernah dia melihat wajah Ran yang tenang begini. Alhamdulillah Ya Allah.
            “Ran nak minta izin mak untuk tinggal kat rumah Fahim sehingga habis bulan puasa ni. Banyak yang Ran kena belajar.”
            “Baiklah nak. Mak izinkan. Ya Allah, Fahim. Makcik nak ucap terima kasih banyak-banyak.” Tangan Fahim pula di capai. Fahim mencipta senyum.
            Ran melangkah ke biliknya. Beberapa helai baju dan seluar dimasukkan ke dalam beg pakaian. Selama ni dia hanya menggunakan pakaian Fahim. Sekilas dia memandang ruang biliknya sebelum keluar. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu yang hampir berdebu di atas meja. Tafsir Al-Quran kepunyaan Nisrina. Dan tafsir itu dimasukkan sekali ke dalam beg. Bibirnya mengukir senyum.
            “Hah Syahmi. Belajar elok-elok. Karang boleh kerja besar,” dia senyum segaris kepada adiknya yang baru melangkah masuk.
            Syahmi mengangkat kening. Pelik. Tak pernah dia melihat abang yang kemas. Abang yang bersuara rendah. Inikan pula yang memberi nasihat!
            “Kami pergi dulu mak, Mi. Assalamualaikum!”
            Dan Syahmi masih tercengang.


“AWAK belum berkahwin, kan?”
            Nisrina mengangkat kening. Lelaki yang baru sahaja mengangkat talam yang berisi lauk pauk untuk berbuka puasa itu dipandang. Akhirnya dia mengeleng juga.
            Ran senyum. “Tunang?”
            Mengeleng lagi.
            “Kalau saya pinang awak boleh?” dia memandang tepat pada sepasang mata milik Nisrina. Jelas sekali mata itu terkejut.
            “Terima kasih sebab melalui awak lah Allah buka kan hati saya. Terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya waktu saya hilang tujuan hidup. Dan saya perlukan awak untuk hari-hari yang akan datang. Saya perlukan awak untuk tolong saya ke jalanNYA.”
            Mulut Nisrina seakan terkunci.
            “Boleh saya pinang awak?”
            “Betul awak dah bersedia?” perlahan Nisrina membalas. Kak Rumaisha yang sedang membancuh air tidak jauh dari mereka dipandang. 
            Ran terdiam. Sedia? Apa maksud dia?
            “Betul awak dah belajar segala hukum yang perlu untuk menjadi suami? Awak dah bersedia rohani untuk membimbing isteri? Awak dah bersedia memikul tanggungjawab yang tak terhingga bila saatnya awak menjadi seorang ketua keluarga?”
            Lidah Ran kelu.
            “Awak dah betul-betul mampu?”
            “Saya..er..”
            “Ran! Dekat sini lagi satu hidangan!” Fahim menjerit dari arah luar Masjid. Ran cepat-cepat membuka langkah. Meninggalkan Nisrina dalam persoalan. Dan otaknya juga bercelaru. Aku dah sedia? Belum...
           


SELESAI SUDAH berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan terawih. Ran masih bersila di atas sejadah. Ramai yang dah beransur pulang. Fahim juga sudah mengangkat punggung.
            “Im, mustahil tak kalau aku nak khatam Quran sebelum raya?”
            Fahim senyum segaris. Dia kembali duduk di sisi Ran. “Kau dah habis separuh kan. InsyaALLAH sempat. Kena ikut kesungguhan kau jugak.”
            “Aku nak fahamkan sekali.”
            “Pelan-pelan kayuh Ran. InsyaALLAH boleh.”
            Ran mengangguk.
            “Tapi kenapa tiba-tiba ni?”           
            “Hidup aku 27 tahun ni dah banyak terbuang dengan perkara sia-sia Im. Aku tak pernah khatam quran. Aku buat solat macam angin lalu. Puasa pun.” Ran sebak. Jahilnya dia dulu. Bukan dia tak tahu solat tu wajib. Bukan dia tak tahu puasa tu wajib. Tapi bila dah ramai sangat yang buat solat dan puasa macam perkara tak penting, dia terikut sama. Tak solat, tak puasa, tak tutup aurat. Dah macam jadi normal sekarang. Jarang ada yang pertikai. Jarang ada yang ambil kisah.
            “Better late than never orang kampung John cakap.” Fahim sengih. Entah siapa-siapa lah John tu.
            Ran menarik senyum juga akhirnya. Dia nak khatam Quran. Dia nak belajar agama. Dia nak jadi bertanggungjawab. Sekali lagi Nisrina menyedarkan dia. Nisrina...

******

Seminggu lagi raya. Uzairlah yang paling gembira. Mana taknya. Ibu dan ayahnya akan pulang berhari raya di Malaysia. Kesian Uzair, terpaksa dipisahkan dari ibu dan ayahnya. Tapi rasanya Uzair faham. Anak kecil tu memang matang sebelum usia. Permintaan Ran tempoh hari juga membuatkan fikirannya terganggu. Nak meminang?
            Bukan dia tak yakin dengan Ran. Tapi dia bimbang Ran tak mampu. Bukan dia mahu merendah-rendahkan kesungguhan Ran untuk berubah. Tapi dia takut Ran akan menanggung dosa jika dia tak mampu menjaga keluarga mereka kelak nanti.  Tapi rasanya sekarang sedikit demi sedikit hatinya terbuka. Semalam..

Dia duduk berteleku sesudah solat Maghrib. Otaknya ligat berfikir. Rasanya tadi bukan suara Imam Haris. Bukan juga Ustaz Roslan yang patutnya menjadi imam malam ni. “Kita ada imam baru ke kak?”
Kak Rumaisha berpaling. “Tak la. Itu kawan si Fahim. Abang Han kau yang cakap semalam. Budak tu memang bagus bacaannya.”
Dia mengangguk. Oh..

Dan bukan tu je. Ran makin susah nak nampak kalau waktu-waktu petang. Fahim aja yang ada menolong ahli masjid menyiapkan khemah ruang makan. Rasanya Fahim ada cakap dekat Pak Husin dua hari lepas. Ran kat rumah, belajar mengaji dan minta abah Fahim betulkan sebutan dan bacaan. Kalau dia tak silap dengarlah.
            Dan dia sangat bersyukur dengan perubahan itu. Dia nampak Ran yang sangat berbeza dari yang dulunya. Macam dekat bazar minggu lepas, dia sendiri pelik. Tapi bila fikirkan balik, ada betulnya Ran buat macam tu...

            “Kenapa tanggalkan specs?” Ran yang baru sahaja mencecahkan punggungnya di atas kerusi berpaling sekilas.
            “Saja,” senyum.
            Kak Rumaisya ke tandas. Fahim pula hilang entah ke ceruk mana. Nak cari kuih favourite mama dia katanya. Dia pula ditinggalkan bersama Ran untuk menjaga gerai kurma kepunyaan masjid itu.
            “Specs tu ada power tak?”
            “Mestilah ada. Power dia boleh hancurkan bangunan depan tu ha,” Ran mengusik. Bulan mata Nisrina memandangnya. Buat lawak pulak.
            Akhirnya Nisrina diam sendiri. Mata kecilnya masih mengerling Ran yang menyusun kotak-kotak kurma di atas meja. Rabun. Tak pakai specs. Kenapa ya? Dan dia malas nak fikir. Buku Wanita Yang Dirindui Syurga itu kembali dicapai. Muka surat yang ditinggal tadi dibuka.
            “Kak, kurma sekotak,”
            Dia bingkas bangun ke arah pelanggan itu. sekotak kurma dibawa ke dalam plastik sederhana kecil. Bungkusan kurma itu dihulurkan pada gadis yang memintanya tadi.
            Ya Allah. Dia pakai apa ni?
            Setelah membayar, gadis itu berlalu dari situ. Gadis yang berbaju tanpa lengan. Rambut karat panjang mengurai. Nisrina mengeleng. Macam ni ke cara pakai baju nak ke bazar?
            Ran masih dia di sudut gerai. Tanpa cermin mata. Akhirnya Nisrina faham sendiri. Dia faham mengapa Ran membuka cermin matanya. Tak pakai cermin mata=kabur. Kalau  kabur, tak adalah dia nampak aurat mereka-mereka ni semua. Tak dapatlah dosa free. Syahiran...


“ESOK DAH RAYA.”
            Nisrina mengangguk kecil. Ya. Dia pun ada tengok penyimpan mohor besar penyampaikan pengumuman. Tangannya masih laju mengemas buku-buku yang dibawa sepanjang dia menjaga gerai kurma. Ran datang lagi kali ni. Tanpa Fahim. Kak Rumaisha yang sedang melayan pelanggan dipandang sesaat. Rajin betul bakal ibu itu. Dah sarat pun masih semangat nak tolong masjid buat jualan.
            “Saya dah sedia.” Sekali lagi Ran mengulangi kata-katanya.
             Sedia? Wajah tenang Ran di hadapannya direnung. Mencari keikhlasan.
            “Saya dah sedia untuk jadikan awak halal untuk saya..” Perlahan sahaja suara Ran. Takut Kak Rumaisha dengar. Dia segan dengan Kak Rumaisha sebenarnya. Layakkah dia untuk Nisrina?
            Kali kedua Ran mengeluarkan hasratnya. Nisrina kelu. Dia sendiri tiada jawapan sebenarnya. Jika Ran sudah bersedia, dia pula?
            “Saya balik dulu.” Wajah Ran tidak dipandang. Memang dia kena balik. Dia dah janji dengan umi nak tolong umi masak. Dia dah janji dengan Uzair untuk masakkan pengat pisang. “Kak, saya balik dulu.” Tangan Kak Rumaisha disalami. “Assalamualaikum.” Dan Ran ditinggalkan tanpa jawapan.
            Langkah Nisrina ke tempat parkir hanya diikut dengan ekor mata.
            “Pasti akan ada jawapan, Syahiran. Sabar lah.”
            Dia tersenyum tawar. Kak Rumaisha dengar....



HATINYA BERCELARU. Namun kereta masih dipandu dengan tenang. Memang Ran sekarang tak sama dengan dulu. Tak sama dengan peragut yang meragutnya pada awal Ramadhan dulu. Tak sama dengan Ran yang mabuk malam-malam jumaat. Syahiran ni lain.
            Dan entah apa yang buat dia bertindak untuk menolong Ran waktu Ran dibelasah tempoh hari, dia juga tak pasti. Dia hanya rasa sesuatu yang mendesak dia untuk menolong lelaki itu. Kenapa? Dia sendiri tak jelas.
            Ran dan sedia. Dia pula?
            Sungguh celaru. Haih Syahiran. Mungkin kau dah ragut hati aku sekali waktu itu?
            Mungkin dah aku dah sedia? Nisrina mencipta senyum.
*****

“UMI,”
            Langkah Puan Auni terhenti. Apa sajalah anak bongsunya itu. Dah lambat untuk solat sunat Aidilfitri ni.
            “Umi,” Nisrina senyum.
            Puan Auni mengeleng. “Iya, panggil sekali umi dengar lah. Ada apa ni? Tak boleh tunggu lepas solat?”
            Nisrina ketawa kecil. Memang dari semalam dia nak bagitahu umi. Tapi semalam sibuk. Masak rendang, kuah kacang, nasi himpit. “Ada kawan Nis..” Dia terhenti di situ. Senyum.
            “Kawan mana ni? Fahim?” umi melabuhkan punggunya ke atas sofa sementara menunggu abi dan Uzair turun.
            Nisrina mengeleng. Dia turut duduk di sebelah umi. “Bukan Fahim mi...”
            Bunyi deringan telefon di ruang tamu membantutkan ceritanya. Umi sengih. Nisrina bangun menuju ke arah meja bulat sederhana besar di hujung sofa. “Assalamualaikum.”
            “Wa’alaikumussalam.”
            Fahim. Panjang umur dia. Baru sahaja umi sebut-sebut. Sekilas dia memandang umi.
            “Nisrina,” kata-kata Fahim terhenti disitu.
Dada Nisrina berombak kuat. Nada suara Fahim meresahkan hatinya. Serius. Dingin.
“Ran. Dia...dia tak ada.”
Pandangannya kabur. Air mata terus bertakung. Fahim, cakaplah kau tipu..
“Subuh tadi. Dia tak bangun..”
 Matanya berpinar. Setitik air mata jatuh juga. Dan pendangannya gelap. Dia sempat menangkap suara umi menjerit memanggil namanya. Gelap.


“UMI....” air mata di birai mata belum lagi kering. Wajah umi di sebelahnya dipandang. Umi, dia dah tak ada mi. Kawan Nis yang Nis nak cerita tadi mi. Suaranya tersekat di kerongkong.
            “Kenapa menangis ni?” Puan Auni mengelap sisa-sisa air mata yang tinggal di pipi anak kesayangannya.
            “Kawan Nis umi. Dia dah tak ada.” Nisrina menangis lagi. Terasa kepalanya berat. Umi di hadapannya pelik. Umi? Bukan tadi umi lengkap pakai telekung? Dan dia? Bukan tadi dia dah tukar pakai jubah baru? Jubah dari Nilai.
            “Kawan yang mana? Mana Nis tahu?” Memang umi pelik.
            “Call tadi dari Fahim mi. Dia yang bagitahu.” Nisrina bangun. Kepalanya masih berat.
            Dia lihat umi mengeleng. “Bila masa pulak si Fahim tu call? Nisrina sayang. Cuba tengok jam tu. Sekarang baru pukul 5 pagi. Awak mimpi tu.”
            Nisrina kaget. Jam di dinding biliknya dipandang. Betullah. Baru 5.30 pagi! Habis yang Fahim call tadi?
            “Fahim tak ada call ke tadi mi?”
            “Tak ada pun. Umi tak dengar pun bunyi telefon. Awak mimpi tu. Dah. Bangun.” Umi menepuk lembut bahunya.
            Dia sengih. Adui. Malu dengan umi. Air mata yang masih tinggal sisa itu di lap. Bahaya betul. Mimpi sampai menangis.
            “Anak umi mimpi siapa yang tak ada sampai menangis macam ni sekali?”
            Nisrina senyum. “Kawan.”
            “Bila nak kenalkan dekat umi dengan abi?”
            “InsyaALLAH esok dia datang.” Dia mencipta senyum. InsyaALLAH kalau betul Ran serius. Kalau betul Ran bersungguh dengan hasrat dia.

*****
1 Syawal. Ran datang juga. Dengan Fahim. Dan ibu dia. Sungguh dia tak percaya Ran datang dengan ibu dia. Dan tempoh dia bertunang tak lama. Satu bulan je. Tepat sebulan, mereka dinikahkan. Majlis kahwin? Sangat simple. Tak ada persandingan. Nikah je. Itu dah cukup.
“Dengar kata ada orang tu mimpi sampai menangis”
Tangan yang melipat sejadah terhenti. Dia senyum sesaat. Umi!
“Awak mimpi apa?”
Nisrina mengeleng. “Tak ada apa pun” dia tak berani memandang wajah si suami.
Tangan si isteri di raih. “Tak ada apa-apa dalam mimpi  pun boleh nangis?”
Pantas tangannya mencubit lengan Ran. Main-main pulak dia. Tak tahu ke muka aku dah panas ni.
“Awak cantik”
Kembang hatinya. Siapa yang tak bangga dipuji suami sendiri. “Saya tahu.” Sengih.
“Amboi. Riak.”
Nisrina ketawa.
“Terima kasih sebab terima saya.” Syahiran memandang tepat wajah isterinya. Wajah yang selama ini hanya tertutup.
Nisrina senyum lagi. Memang dia bahagia. “Sebab awak dah ragut barang saya. Barang saya ada dengan awak. Sebab tu awak kena pulangkan balik”
“Eh, bukan saya dah hantar Tafsir Quran tu?” Kening Ran terangkat. Barang apa lagi ya?
“Awak dah ragut hati saya.” Perlahan. Dia boleh nampak Ran tersenyum lebar.
“Kalau macam tu, saya tak akan benarkan awak diragut lagi. Nanti hati awak kena curi lagi.”
Bulat mata Nisrina memandang suaminya. Sekali lagi lengan suaminya dicubit. Bahagia? Ya. Itu mereka. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah yang menentukan semuanya. Itu pasti. Walau sebijak mana pun kita merancang. Hanya tuhan yang tentukan.


--------------------------------------------------------



Comments