Hai dan Assalamualaikum!
Sempena bulan raya ni, rasanya
masih tak terlewat kalau saya nak kenalkan jenis-jenis beg tangan yang
tersangatlah menjadi pilihan di Zalora. Selain kasut dan barang kemas, beg
tangan juga merupakan aksesori penting kan, kan? Ye la, untuk bawak pergi
shopping ke, pergi ofis ke, pergi kenduri kendara rumah ex boipren ke, mestilah kena ada beg tangan yang sesuai
untuk meyakinkan lagi langkah kita, kan?
Siapa yang bernama wanita, pasti
akan mengakuinya. Kehkehkeh.
Oleh sebab beg tangan ni penting
dalam kehidupan kita sehari hari, jom tengok beberapa koleksi beg wanita yang paling
popular dan digemari.
Clutch
Selalunya clutch mempunyai saiz
yang kecil dan dibawa ke majlis-majlis formal yang disesuaikan dengan pakaian
formal macam annual dinner ke, ball gowns ataupun evening dresses. Clutch jugak
sesuai kalau nak bawa pergi kenduri. Nice and simple gitu.
Sling bag
Sling bag jugak selalunya bersaiz
kecil Cuma ditambah dengan tali. Nama lain sling bag adalah beg silang. Remaja
memang suka pakai sling bag ni sebab senang, kecil dan tak menonjol sangat.
Tote Bag
Tote bag mempunyai rekaan
pemegang yang tidak terlalu panjang dan mempunyai saiz yang agak besar. Bagi
yang tak suka sangat nak sangkut tali beg pada bahu, tote bag sangatlah sesuai
untuk sorang.
Shoulder bag
Seterusnya adalah shoulder bag
yang mempunyai saiz yang besar dan tali pemenang yang lebih panjang dari tote
bag. Tali ini membolehkan si pemakai menyandang beg ini di bahagian bahu.
Kesimpulannya, setiap jenis beg
mempunyai fungsi yang berbeza. Jadi, tak salah kalau kita ada semua jenis beg
untuk disesuaikan dengan pelbagai acara, kan? Jadi, jom cari beg kegemaran anda
sekarang!
3 comments:
Oiiii... Tote bag no 3 tu santekkk
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
wah..santik2 kali ni tote beg ya bos...
mantap dah...
Post a Comment