Friday, 6 March 2020

Pintasan Saloma

Hai!

Sebelum ni aku pandang aje gambar-gambar cantik dari kawan-kawan yang dah jejakkan kaki ke Saloma Bridge atau Pintasan Saloma ni. Sebenarnya memang aku kagum sangat bila pintasan cantik ini ada di Malaysia. Memang unik sangat.





Waktu cuti haritu, sempatlah aku dan adik aku datang sini untuk tengok dengan mata sendiri. Memang lawa!

Nasib aku baik sebab waktu tu weekdays dan belum lagi tengah hari, jadi tak ramai yang guna laluan ni. Bolehlah aku dan adik aku cuba macam-macam gaya untuk ambil gambar.






















Tapi lepas ni aku nak try pergi waktu malam pulak.

Untuk ke sini, korang boleh turun di Stesen LRT Kampung Baru. Kedudukan dia tak sampai pun 100 meter dari stesen. Keluar je dari stesen LRT Kampung Baru, memang terus nampak Pintasan Saloma ni.



Jika dari KLCC, boleh terus naik dari Jalan Saloma bersebelahan dengan Menara Public Bank.

Dengan adanya jambatan ni, korang boleh pergi ke KLCC dari Kampung baru dengan berjalan kaki sahaja, tak sampai pun 15 minit!

Best, kan?

Apapun, syabas untuk semua yang terlibat dalam pembinaan Pintasan Saloma ni. Tahniah!



2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Hari tu masa dating KL, malam.. macam kagum giler la, eh tempat apa ni cantiknya, esoknya keluar berita pasal Saloma Bridge ni, malam lagi cantik giler cuma tak sempat nak ambil gambar dari kereta yg bergerak

Illa Shanahila said...

Kan kak. Saya pun kagum. Nanti nak pergi waktu malam pulak.