AirAsia X Terbang Terus Ke Jeju Dari Kuala Lumpur!


OMG!

Excitednya! Baru je beberapa hari (atau minggu) post pasal kenangan dekat Jeju, sekarang ni Air Asia X pulak umumkan yang route ke JEJU akan dibuka dan tiket boleh mula dibeli esok!

Apa yang lagi best, sempena pembukaan route baru ni, Air Asia X menawarkan promosi best giler iaitu harga tiket sehala ke Jeju bermula RM199 sahaja!!!

Mr Benyamin Ismail (CEO of Air Asia X)





Wei, RM199 je! Memang kena berebut dan cepat-cepat booking tiket sebelum terlepas.

Untuk harga PROMO ni, tiket akan dijual mulai esok, 10 Oktober sehingga 15 Oktober 2017 untuk travel dari 12 Disember 2017 hingga 25 Mac 2018.



Kenapa kena beli tiket Air Asia terus ke Jeju?

Kenapa Jeju?

Ha... kalau nak tahu, Jeju ni tersangatlah cantik permandangan dia. Boleh kata, setiap musim di Jeju, ada keunikannya yang tersendiri. Kalau musim salji, suasana di sekitar Gunung Hallasan tak ubah macam suasana dalam cerita Narnia tu. 

Kalau musim bunga, cherry blossom dan bunga canolla yang kekuningan tu memenuhi hampir setiap ruang di Pulau Jeju. 

Musim luruh pula, daun-daun oren merah kuning berselang-seli disepanjang jalan. Huiii. Kalau tak percaya memang kena tengok sendiri =)

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi penggambaran drama dan filem Korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah terletak kira-kira 64 km di selatan semenanjung Korea. 
Pulau Jeju juga dikenali sebagai  Hawaii Korea Selatan".

Nak tengok macam mana rupa Jeju ni? Jom, tengok post illa sebelum ni 




<3

Comments

Salam

Bagaimana nak contact melalui email ya?

Terima kasih
Salam Sejahtera,

Kami dari Naracards.com berminat untuk bekerjasama dengan pihak anda kerana produk kami berkaitan dengan memandu di Jeju island, Korea. Naracards Korea Jeju menyediakan maklumat QR code dimana pelancong hanya scan QR code dan google maps akan dibuka, tanpa perlu menaip apa-apa. Ia sangat memudahkan pemanduan dan perancangan percutian di Jeju.

Kami ingin menawarkan tawaran kerjasama dengan pihak anda sebanyak 35% komisen bagi setiap pembelian Naracards Jeju travel guide. boleh lihat maklumat lanjut di laman web kami untuk lebih faham mengenai produk.

www.Naracards.com

Terima kasih dan harap dapat bekerjasama.