Friday, 28 March 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 1]

Misi Mencari Pengantin Lelaki  [Bab 1]

JODOH ITU RAHSIA Allah. Ya, aku tahu tu. Malah, semua orang tahu. Jadi tak peliklah kalau aku sendiri pun tak tahu siapa jodoh aku, kan?
            Bukannya dekat dahi ada tulis, ‘Ini jodoh awak’ pun. Jadi kenapa semua bising bila aku masih tak jumpa siapa bakal pengantin lelaki?
            Heh.
            Payah betul bila ada keluarga dan jiran tetangga yang terlebih ‘sayang’ ni. Payah.
            Asal balik rumah aje, soalan sama diorang tanya. Asal berjumpa dua mata aje, soalan cliché itu jugak yang ditanya.
            Aku belum lagi cecah 30 tahun kot.
            Takkanlah sebab Iqa, adik aku yang dah ada dua orang anak aku kena ikut jejak dia jugak? Inilah salah satu sebab kenapa aku malas nak jejakkan kaki ke kampung halaman. Bukan sebab tak nak jumpa mak dengan abah, tapi bosan dengan soalan-soalan cliché macam ni.
            Dah penat tayang muka senyum tak ada perasaan.
            Dah penat pekakkan telinga.
Takkan orang kampung ingat aku tak nak kahwin?
            Hampir sahaja aku menjerit kuat bahana stress terlampau. Siapa cakap aku tak nak kahwin?
            Kalau tak ada calon, macam mana aku nak kahwin?
            Aku mengeluh lagi.
            Soalan sensitif macam ni bukannya ada skima jawapan macam soalan SPM tu. Ataupun, soalan-soalan yang simple macam soalan yang Abang Bidin selalu tanya aku bila dia terlupa dekat mana letaknya stapler. 
            Macam kejadian sekarang ni…
            “Naurah, kau ada nampak tak mana aku letak  kertas A4 tadi?”
            Aku hanya mampu mengeluh berat bila soalan itu ditujukan. Abang Bidin. The one and only lelaki bujang dalam pejabat ni. Memang patutpun dia tak kahwin lagi, nak jaga diri sendiri pun tak boleh, inikan pulak nak jaga isteri dia nanti.
            “Kan abang letak dekat mesin fotostat tadi…” aku menjawab malas. Rasanya Abang Bidin dah tertukar jawatan aku dengan budak dekat meja penyambut tetamu tu.
“Iya ke? Mana kamu tahu?”
Aku tepuk dahi sendiri. Abang Bidin ni la… kang dahi dia yang aku tepuk karang.  “Tadi saya nampak abang bawak satu kotak pergi dekat mesin fotostat sana. Lagipun, saya ni kan PA abang.” sengaja aku tekankan perkataan PA tu.
Perli sebenarnya.
Aku nampak Abang Bidin tersengih sendiri sebelum mengatur kaki ke mesin fotostat. Inilah salah satu kerja aku dalam pejabat ni. Kerja perhati aje apa yang Abang Bidin buat.
Sebabnya, setiap hari memang akan ada benda hilang.
            Abang Bidin punya pelupa tak boleh nak ubah!
            “Jumpa tak bang!” aku menjerit dari tempat duduk. Sengaja aku kuatkan suara bagi dia dengar.
            Entah bila dia nak peka sikit.
            “Dah jumpa sayang oi. Terima kasih daun keladi.”
            Aku sengih senget dari skrin komputer. Dah biasa dengan soalan Abang Bidin. Dah biasa dengan panggilan sayang tu. Bukan aku aje, satu ofis ni dah terkena  ‘sayang’ Abang Bidin tu.
“Tak nak balik lagi ke bang oi?”
            “Nak fotostat benda ni dulu. Lepas tu kena staple buat lima puluh set.” Abang Bidin menjawab tanpa memandang. “Mana budak Hasya tadi? Dah balik ke dia?”
            Aku mengangkat bahu tanda tak tahu. Manalah aku ada masa nak tengok orang yang lalu lalang. Aku punya artikel ni kelam kabut aku nak siapkan.
“Tinggal kita dua aje ni bang. Bos pun tinggalkan kunci dekat saya ni ha.”
            “Cepat aje dia balik. Aku baru aje nak suruh dia staple benda ni nanti.” Bunyi mesin fotostat masih memenuhi ruang yang sunyi. “Kau tolong aku, Naurah. Karang lambat pulak aku boleh balik.”
            Artikel yang baru aje separuh jalan ditaip aku simpan ke dalam folder emel. Senang kalau balik nanti boleh sambung buat dekat rumah. Sebenarnya aku dah serik guna pendrive. Trauma file Research Project yang corrupt waktu degree dulu masih lagi kuat dalam kepala.
            “Nak tolong apa?” aku mengangkat punggung dari meja kerja, menjenguk ke tempat mesin fotostat. Abang Bidin masih sibuk membelek helaian kertas di tangan.
Tangan kanan laju menekan tetikus, menutup laman Google Chrome sebelum mengatur langkah mendekati Abang Bidin.
“Huih, banyaknya!”
            “Kalau tak banyak, tak adalah aku nak mintak tolong kau.” Abang Bidin senyum senget. “Meh tolong aku staplekan benda ni. Nak buat 50 set.”
            Spontan aku mengeluh. “Ala, saya baru aje nak balik awal. Lapar.”
            “Tolonglah. Aku pun kena balik awal ni.”
            Aku mencebik mendengar jawapan dia “Ala, bukannya ada orang rumah yang menunggu, kan? Kecoh la abang ni.” aku duduk bersila di atas lantai yang berkarpet. “Mana? Meh nak staple cepat-cepat.”
            Cepat saja dia meletakkan beberapa helai kertas yang sudah dicetak di hadapan aku. “Kejap aku copy sampai habis.”
            “Nak buat apa semua ni sebenarnya?” sehelai kertas dicapai rambang. “Untuk seminar esok eh?”
            Abang Bidin  mengangguk perlahan. “Haah. kau pergi tak?”
            “Tak, saya ada kerja dekat Viva Home. Nak cover pasal Expo Doraemon.” aku menjawab senafas. Nasib baik tarikh seminar dan expo tu bertindan. Bolehlah aku cari alasan untuk keluar dari seminar tu.
            Kalau seminar tu sama seperti yang tahun lepas punya, confirm aku  akan tidur dalam dewan lagi.
            Memang satu input pun tak akan masuk.
            “Kau dah ada cameraman ke? Aku ikut kau lah. Aku pun malas nak pergi esok.”
            Aku ternganga mendengar ayat yang terkeluar daripada mulut Abang Bidin. Tak patut langsung. Dia tu urusetia, boleh pulak nak cari tulang segala.
“Saya guna kamera sendiri la. Macam biasa. Mana pernah saya pakai jurukamera pun selama ni abang oi.” aku menggeleng beberapa kali.
            “Ala, count me in, please? Seminar tu habis malam. Aku nak kena balik awal.”
            Aku garu kepala. Alasan yang sama. Nak balik awal. Anak mata aku dipicingkan ke arah Abang Bidin yang masih khusyuk menggunakan mesin pencetak.
Abang Bidin ni simpan mistress ke apa dekat rumah dia tu? Heh. Mentang-mentanglah belum kahwin.
            “Boleh ke abang skip benda tu esok?” soal aku, meminta kepastian. Senang ke nak lari dari seminar tu? Urusetia pulak tu.
            “Aku guna alasan nak ikut kau la. Bos mesti bagi punya. Kau ingat senang nak pakai aku punya skill ni?” Abang Bidin meletakkan kertas yang siap dicetak ke lantai. Dia turut sama membuka sila di hadapan aku. “Boleh tak?”
            Aku terdiam lama, berfikir. Aku tak ada masalah pun sebenarnya. Tak terjejas langsung kerja aku kalau Abang Bidin ikut pun.
Kertas yang sudah selesai dicetak di susun mengikut bilangan muka surat. Stapler dicapai dari rak kecil bersebelahan dengan mesin pencetak dan terus diletakkan di tengah-tengah.
Aku susun, Abang Bidin staple.
“Suka hati abanglah. Kalau macam tu pergi dengan kereta abang ajelah. Alang-alang abang nak ikut ni, malas pulak saya nak drive rempuh jam esok.” aku sengih senget. Bukannya selalu pun ada driver sendiri.
            “Iyalah. Apa aje untuk kau Naurah oi.”
            Aku senyum lebar. Dalam pejabat ni, hanya Abang Bidin yang panggil aku dengan nama betul. Naurah. Orang lain main taram panggil Norah aje.
            Penat nak betulkan, akhirnya aku biarkan aje dengan harapan, bila dipanggil Norah, muka aku boleh berubah cun macam Norah Jones!
            “Jap, mana aku letak stapler tadi?”
            Spontan aku tepuk kepala. Abang Bidin ni la…
           
           
HAMPIR SETENGAH JAM jugak aku tolong Abang Bidin tadi. Nasib baiklah Kak Melati balik dari buat assignment dia tadi duduk sekali, bersembang. Kalau tak, memang sia-sia ajelah kalau aku dengan Abang Bidin kena tangkap khalwat dalam ofis!
            Sampai di rumah, barulah aku sempat menyemak telefon bimbit. Satu hari suntuk aku tidak menghiraukan bunyi dari Lenovo tu. Sibuk punya pasal.
Lambat-lambat aku membuka setiap whatsapps dan messages yang ada.
            Daripada Abang Bidin, ucap terima kasih.
            Daripada bos, minta aku lapor diri awal esok sebab pukul sembilan tepat bos aku, En.Danny dah kena pergi seminar tu.
            Daripada Iqa, kirim belikan selendang 3 warna dekat kedai Muaz Jalan TAR untuk bawa balik kampung.
            Dan juga dari…eh?
            Dahi berkerut lebat. Bila pulak aku cakap yang aku nak balik kampung? Meroyan ke apa budak Iqa ni? Takkan anak dah dua dah jadi pelupa kemain?
            Laju aku menggeleng.
            Okay, next…abah.

“Angah, hujung minggu ni jangan lupa balik kampung. Mak kamu pun dah tempah baju tu.”
                       
            Jap…balik kampung lagi?
            Kening aku terangkat tinggi memikirkan setiap perkataan dari mesej abah tadi. Rambut yang diikat ekor kuda dari pagi dibiarkan lepas bebas sebelum  aku duduk bersila, memandang skrin telefon.
            Balik kampung... Balik kampung…
            Oh no! Lupa! Laju aje aku menepuk dahi sendiri.
            Macam mana aku boleh lupa yang Wan nak kahwin minggu ni!
            Nasib baik abah ingatkan, kalau tak memang sia-sia ajelah aku dengan Si Wan tu putus sepupu!
            Haih.
Aku bersandar pada dinding dan menarik nafas dalam-dalam sebelum mencapai bantal di hujung katil. Mesej seterusnya dibuka.
            Bibir tersenyum lebar bila melihat nama penghantar. Panjang umur betul. Wanda…

‘Angah dah janji nak buatkan orang bunga tangan kan? Hantaran semua tu… balik awal weh! Orang takut tak sempat.’

            Aku tergelak kecil sambil menggeleng beberapa kali. Tak menyempat betul sepupu yang seorang ni. Setakat buat hantaran 9 dulang tu, celah jari aje aku buat.
Sehari pun boleh siap. Apa ada hal pun.
            Aku menggeliat kecil dan turun dari katil. Semua mesej dibalas ‘OK’. Malas nak panjangkan cerita. Jam pada dinding dipandang sesaat sebelum menguap beberapa kali.
Mengantuk!
Malam tadi lambat tidur dek siapkan artikel dekat Penang minggu lepas. Tadi siang pun tak sempat nak curi-curi lelap sebab kerja memang  tak putus.
            Kaki digagahkan juga ke bilik air untuk mandi. Mana boleh tidur lagi, badan dah busuk kemain ni.
            Baru aje kaki menjejak lantai bilik air, Lenovo yang diletakkan di atas katil tadi menjerit minta diangkat. Aku terus mematahkan niat untuk mandi sebelum membaca nama pemanggil.
            “Angah!”
            Aku beristighfar panjang.  Sopan betul Wanda Nurhannah ni. Heh. Salam tak ada terus menjerit sakan. “Apahal sayang oii!”
            Wanda ketawa dari hujung talian. Gembira betul dia bila dah ingat semua wajah cinta hati.
“Angah, esok cutila…banyak lagi benda nak siapkan ni. Haritu cakap okay…” Wanda mula merengek.
Aku menggeleng laju tanpa sedar. Bertambah-tambah mengada-ngada budak Wanda sejak nak kahwin ni. Kalau dulu nak nampak dia merengek macam ni memang tunggu bulan jatuh ke riba je lah.
“Sebenarnyakan, angah lupa tarikh nikah kau tu.” aku sengih bersalah. Bukan apa, bila Wanda kena ragut dan lupa segala benda dulu, aku ingatkan tarikh perkahwinan diorang tunda la.
Sekali jadi jugak.
“Ahad ni kan? Kau dah sihat ke ni?”
“Alhamdulillah, dah sihat. Ini yang kalut ribut nak sediakan semua benda ni. angah baliklah awal. Kesian Kak Qila buat semua benda.”
Aku berjalan ke arah almari baju. Sehelai tuala putih yang baru dilipat malam tadi dicapai. “Habistu, kau tak tolong dia ke?”
“Ala… orang ni kan bakal Ratu Sehari…”
“Ceh!”
Sekali lagi Wanda ketawa lepas.
Aku menarik bibir ke pipi sambil menyangkut tuala ke bahu. Ya, aku tahu Wanda tengah bahagia. “Angah memang tak boleh cuti esok. Tapi habis kerja angah terus balik kampung. Okay?”
“Yeay! Love you la ngah. Jangan lupa belikan barang hiasan untuk buat hantaran tu sekali ngah. Orang tak tahu angah nak hias macam mana. Nanti angah bagi orang resit tu, tau.” Panjang lebar Wanda memberi arahan.
Nasib baiklah Wanda ni dah kira macam adik beradik jugak pasal cucu perempuan nenek ada empat orang je. Aku dan Iqa, anak abah. Wanda dan Qila anak arwah pakcik, adik abah. Yang lain semua lelaki.
“Iyala sayang, apa lagi kau nak pesan ni? Esok angah sibuk, kau call esok angah dah tak jawab, tau.”
Wanda ketawa lepas sebelum menjawab, “Itu aje ngah.”
Aku diam dalam senyuman. Boleh agak yang Wanda sedang tersenyum senget dari sana.
“Eh, lagi satu orang nak pesan!”
“Apa dia?”
“Bawa kereta elok-elok esok.”
“Iya…insyaALLAH.”
Selepas bertukar salam, talian diputuskan. Aku mengeluh lagi sambil memandang handphone di tangan.
Hujung minggu ni, Wanda pulak yang kahwin. Sekali lagi aku kena tadahkan telinga dengar soalan yang paling aku tak suka. Sama seperti waktu Iqa kahwin dulu.
Haih.
Kalau aku berkurung aje dalam bilik waktu majlis tu, boleh tak? Aduhai
           

“BEB.”
            “Hah?”
            Itu aje jawapan Ain.
            “Aku ada problem ni.” kipas siling yang berpusing aku pandang tanpa tujuan. Ain.
            Satu-satunya kawan universiti yang aku selalu berhubung. Kalau nak ikut Friends dekat Facebook memanglah lebih 400 orang kawan aku dekat situ. Tapi, setakat itu ajelah.
            Tahu keadaan masing-masing dekat status yang diupload.
            Kalau tak ada status. Tak tahu.
            “Amende? Pasal kahwin lagi?”
            Aku senyum sendiri. Ain ni memang power. Ada bakat jadi psikik. Memang dia tahu yang masalah aku cuma satu.
            “Cousin aku nikah minggu ni. Macam malas je nak balik kampung.” Aku buka cerita.
            “Persetankanlah mulut-mulut puaka tu semua…” laju dia membalas. Macam tahu-tahu aje yang aku takut bila ditanya soalan cliché tu.
            “Kau ni…”
            “Betullah aku cakap. Jangan nak layan sangat. Macam kau tak biasa…”
            “Aku dah biasa…” aku mengeluh tanpa sedar. Ain aje yang faham aku. Ain aje yang tak pernah tanya aku bila nak kahwin.
            Walaupun dia sendiri dah ada dua orang anak, sikitpun dia tak pernah cerita benda-benda yang boleh buatkan aku terasa.
            Sebab ramai aje kawan-kawan lain heboh pasal bestnya kahwin. Bestnya dapat anak. Bestnya ada suami.
            Dia orang tak fikir ke orang-orang yang senasib aku ni?
            Mungkin sebab itu jugaklah aku selesa bercerita dengan dia.
            “Norah, kau kena tahu. Tiap orang dah ada jodoh masing-masing. Kalau bukan sekarang, mungkin dekat syurga nanti?” suara lembut Ain menusuk telinga aku. “Dan aku yakin, kau akan temui jugak teman hidup kau. Persetankan dia orang, tau?”
            Aku cuma senyum. Sedikit sebanyak, nasihat Ain meleraikan kusut aku. “Thanks Ain. Sorry kacau kau tengah-tengah malam ni.”
            “Macam tak biasa....”

            
***

Tuesday, 25 March 2014

MH370 lokasi terakhir di Lautan Hindi

Assalamualaikum!

#PrayforMH370. 

Pastinya ramai yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat pada jam 10 malam tadi. Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan Lautan Hindi. Apa-apapun, kita mesti tidak putus untuk berdoa yang terbaik untuk mereka. Moga ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat tabah dengan ujian ini.




Sebenarnya, saya masih berharap keajaiban akan berlaku. T_T

Sama-samalah kita nantikan sidang akhbar esok. 

Monday, 24 March 2014

Skytrex ? Its Awesome!

Assalamualaikum!

Sebenarnya illa jarang ikut aktiviti blogger. Tapi kali ni, bila sebut aktiviti skytrex, tiba-tiba terasa teruja nak cuba. Memang zaman belajar dekat Shah Alam lagi teringin nak pergi sana, tapi lama-lama tinggal planning je. Tak buat. Hehehe.



Terima kasih Salam Media dan pihak #SkyTrex sebab menjemput. Memang awesome gila!

Oh, bagi yang tak tahu, aktiviti skytrex ni ada dekat Bukit Cerakah, Shah Alam. Ya, ada dekat sana. Bukan saja boleh tengok rumah empat musim, nak join aktiviti lasak macam aktiviti skytrex ni pun boleh jugak.

Kitaorang sampai sana dah petang, pukul 2 macam tu. Kira okayla sebab waktu tu dah tak panas sangat, taklah cepat penat. Nak masuk dalam Taman Botani tu kena bayar dulu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. 

Untuk skytrex pulak, ada 3 jenis cabaran (heh, gaya macam fear factor malaysia pulak, tapi memang betol pun, memang macam masuk fear factor oi.)


Dan, alkisahnya, kitaorang semua ni buat yang extreme challenge. Memang boleh buat adrenaline pumping sungguh!

Separuh jalan dah pancit bahana lama tak buat senaman. Hohoho


Yang tengah-tengah tu kena jalan atas satu tali! 22 m atas pokok kot!

Salute dekat semua yang habiskan semua 34 cabaran. Bukan senang oi, bergayut atas pokok setinggi 22 meter tu! Tapi memang best sebab kalau takut nak buat pun, cepat-cepat fikir, nak tak nak, kena buat jugak. Kalau tak buat, memang tak ada cara nak turun.

Hahahaah.

Rahsia dia, dah panjat, jangan pandang bawah! Hahaha

TQ Salam Media untu gambo. Gigih meniti tali =='

Lagi satu, illa cadangkan korang bawak air. Paling  bagus air 100plus. Sebab dekat atas sana, confirm akan rasa dahaga. Tak pun, minum sebab nak hilangkan nervous. Hohoho.

Tapi jangan risau, sebelum naik tu, geng-geng instructor ni memang akan ajar macam mana cara nak guna tali, cable, pulley dan segala jadah yang ada. 

TQ Salam Media untuk gambar : Taklimat sebelum mula aktiviti 



Bila dekat atas pun, semua instructor akan ajar cemana kita nak jalan, nak habiskan cabaran tu. Dan yang paling penting, semua instructor dekat sana baik, peramah, dan sporting! 

Okeh, bagi yang minat, dan nak cuba ataupun nak lawan diri sendiri, bolehlah try skytrek ni. Takkan rugi punya =)
Muka masing-masing dah penat 

Tapi sebelum tu, kena ambik gambar dekat sini, baru lengkap!

Sekali lagi, TQ Salam Media untuk gambar cun ni =)

Okeh, Jom balik!

Oh lupa, skytrex hanya dibuka pada hari sabtu, ahad dan public holiday yang terpilih sahaja. Dan, kalau nak buat aktiviti ni, boleh tempat terus dekat www.skytrex-adventure.com okeh! <3


Up-up and away!!!

Kbai! =)

Sunday, 16 March 2014

Cuti-Cuti Malaysia- Pulau Perhentian


Assalamualaikum!

Sebelum ni dah dapat info cemana nak ke Pulau Perhentian, kan? Sekarang ni illa nak cerita apa yang korang boleh buat dekat sana. Apa yang penting, segala benda dekat sana best! Hohoho.

Pulau Perhentian ada dua bahagian sebenarnya, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Chalet illa dekat Pulau Perhentian Besar. 

Pulau Perhentian Resort

Chalet bertentangan dengan laut <3
Aktiviti yang popular dekat sini adalah snorkeling. Dekat sini segala jenis terumbu karang, ikan atau coral memang dijaga oleh Jabatan Taman Laut Negara, jadi memang terjaga la. Bila datang sini baru illa tahu yang coral ni ada dekat garisan khatulistiwa aje. Hohoho

Nak snorkeling kena pakai ni. Kalau tak, bahaya sebab kita tak sedar kita dah ada tengah laut pasal asyik sangat tengok ikan (panjang gila caption gambar)
Kalau tak silap, nak sewa google dengan life jacket ni RM30 aje untuk satu hari. 

Kami-kami gumbira hilangkan stress

Jumpa Nemo dengan bapak dia 

Kalau nak ikan datang serbu macam ni,bawa roti sesiap.


Kalau nak snorkeling, staff dekat sana cadangkan pergi tengah hari. Bunyi macam giler je nak pegi mandi tengah-tengah panas, kan? Tapi tak. Waktu tengah hari adalah waktu laut paling clear. Lagi jelas nak tengok isi dalam laut tu. Jadi bersedialah pakai sunblock ya! Tapi jangan pakai banyak-banyak, boleh bagi effect pada coral kat dalam tu. Tercemar nanti. Huhu. Jagalah coral kita. Chewwwah.

Dannn, kalau korang bertuah, korang boleh jumpa penyu naik ke permukaan. Memang excited sangat waktu tu. Waktu kami nak gerak ke pulau kecil, tiba-tiba ada penyu naik ke permukaan!

Nampak tak itu penyu?
Dekat sini, boleh juga jungle trekking. Memang ada trek siap untuk sapa-sapa nak naik atas sana. Memang best sebab dari atas, boleh nampak laut dan sekitarnya. Wuwwuwu

Terasa macam ada dekat istanbul giteww



Kalau dah rasa bosan tak tau nak buat aktiviti apa jugak, boleh naik 'water taxi' pegi ke pulau-pulau yang berdekatan. Rasanya tambang RM12 lebih kurang. Boleh singgah dekat kampung dekat pulau ni. Ada 1000 lebih aje yang tinggal dekat pulau tu. Tapi lengkap dengan hospital, balai polis, masjid, sekolah.

Kalau terasa nak makan lain dari makanan hotel, bolehlah ke kampung ni

Yang suka lagi extreme, boleh try scuba diving. Yang ni illa tak sure berapa sewa dia. Tapi mesti akan puas hati punyalah. Siapa nak kayak dekat sini pun ada. Kalau duduk dua hari memang tak cukup masalah nak try semua. Hohoho

Yang penting, bila dah balik, singgah dekat kedai cenderamata dekat jeti Kuala Besut ye. Ingat-ingatlah orang yang tersayang.=)




Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dibuat dekat pulau ni. Nak jalan-jalan tepi pantai sambil menari-nari pon apa ada hal. Nak hilangkan stress punya pasal. Tak pun, duduk je dekat kerusi, tunggu sunset. Cantik! 




Argh! Tak nak balik KL!

Tapi kena balik jugak T_T


Bai! =)

Friday, 14 March 2014

Pulau Perhentian Yang Wow!

Assalamualaikum!

Siapa yang pernah sampai di Pulau Perhentian angkat tangan! Kita geng! Hehehe. Sebenarnya dah dua hari dekat pulau ni, apa yang boleh illa cakap, its awesome!

Subhanallah, cantik! Rasa syukur sangat boleh lari dari jerebu KL walaupun untuk hanya beberapa hari. 

Untuk ke Pulau Perhentian, korang boleh naik bot laju ataupun boleh juga naik feri dari Jeti Kuala Besut. Kalau ombak tak kuat, dalam 25 minit dah sampai. 

Tapi pengalaman naik bot laju memang sangat terbaiklah. Satu bot hanya boleh muat 12 orang pelancong tak termasuk pemandu. Rasa seronok gila bila bot dah sampai tengah-tengah laut. Walaupun asyik langgar ombak, tapi rasa teruja dia lain. 

Bukan hari-hari boleh pergi dekat tengah laut, ye dak?

Masa ni dekat tengah-tengah laut. Bila tengok laut tak berpenghujung, rasa kecikkk sangat diri ini.


Lebih kurang 30 minit, sampai jugak akhirnya di jeti. Masa tu memang rahang terbuka luas pasal kagum sangat.

Dah sampai di Jeti Pulau Perhentian

Argh, tak nak berganjak dari sini walaupun panas. Cantik!


Okeh. Apa aktiviti yang nak dibuat dekat sana, nanti illa cerita lain. For now, tata!

Tuesday, 11 March 2014

Seronok Giler Dekat Kidzania!

Assalamualaikum!



Sebenarnya ini kali pertama illa ke Kidzania walaupun tahun ni dah masuk tahun kedua Kidzania dekat Malaysia. Tapi, bila dapat peluang masuk ke sini, sungguh, terasa macam ada dekat negara lain! Negara kecil comey gitu. Hohoho.

Kenapa negara kecil? Sebab dekat Kidzania segala pekerjaan, pekerja dia semuanya kanak-kanak! Comel gila!



Nampak tak? Dari polis, bomba, wartawan, semua kanak-kanak. Bagus betul Kidzania ni. Sebabnya tempat ni boleh jadi satu platform untuk kanak-kanak untuk pilih apa sebenarnya yang diorang nak jadi bila besar nanti.

Biasalah kalau kita tanya budak-budak, jawapan diorang mesti sama. Nak jadi polis, guru, doktor. Hehehe. Tapi dekat sini memang banyakkkkk sangat pekerjaan yang diorang boleh belajar dan rasai sendiri. 



Belajar jadi pilot dan staff penerbangan pun ada.









Sebelum mula main semuanya, diorang semua kena keluarkan duit dari bank. Dekat bank ni, orang dewasa tak boleh masuk. Semua urusan, diorang sendiri yang kena buat. 





Untuk kerja-kerja macam buat makanan, diorang kena bayar untuk masuk main tapi kalau untuk kerja-kerja macam polis, bomba, jurugambar, pilot (yang memberi perkhidmatan), diorang akan diberikan gaji sebaik sahaja kerja selesai. Best, kan? Boleh nampak wajah gumbira diorang waktu terima gaji tu. Hehehe Comei!

Oh, Kidzania ni dekat Damansara tak jauh pun dari IKEA dan Curve semua tu. Try la bawak anak-anak ataupun anak-anak buah ataupun anak tekak sendiri masuk sini. Best!



Ulangtahun Ke 12 Tesco

Assalamualaikum!


Hai! Percaya tak yang TESCO dah sambut ulangtahun ke 12 tahun ni? Dah lama rupanya Tesco bertapak dekat Malaysia ni. Tesco yang pertama dibuka di Malaysia, dekat Puchong pada tahun 2002. Masa tu illa baru masuk form one. Hehehe. Family illa pun memang suka sangat beli barang dapur ataupun apa-apa je barang keperluan dekat Tesco pasal senang. Satu tempat aje boleh dapat semua. 

Sempena ulangtahun tu, satu perasmian diadakan di Tesco Extra Klang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dan yang menariknya, CEO Tesco Malaysia,  Georg Fischer pun ada sekali.








Yang menarik lagi (semua menarik. Heh he), Mia Sara pun ada untuk acara Toys Charity Shopping untuk kanak-kanak di rumah kebajikan. Bagus betul, kan?



Sebelah muka pon jadilah. =)


Dan lagisatu, sekarang ni (sebenarnya dah setahun pun), Tesco ada buat shopping online? Jadi kalau yang sibuk dan memang tak ada masa langsung untuk beli barang keperluan, korang boleh order online! Bagus betul. Sekarang ni segala-galanya boleh dapat dengan 'klik' 'klik' 'klik' je. Hohoho



Okebai.