Tuesday, 4 June 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 28]


28

AKU TAK NAK jumpa dia. Aku tak nak jumpa sesiapa. Segala benda yang jadi semalam menguatkan lagi semangat aku untuk berhenti kerja. Bila ingatkan Miss Fina, bila ingatkan Julia, bila ingatkan semua muka dekat bangunan tu, bila ingatkan Nick…
            Semangat aku untuk kerja dah melebihi paras bawah kosong. Aku nak berhenti kerja. RESIGN!
            Tapi bila ingatkan apa yang aku nak buat lepas ni, rasa nak berhenti tadi kembali kabur. Kalau aku berhenti, aku nak kerja apa? Kalau aku berhenti, apa alasan aku nak kasi dekat mak nanti? Dekat semua family dekat kampung?
            Aku berhenti sebab dah penat kena perli?
            …akhirnya, aku masih disini. Di atas kerusi, berdepan dengan komputer yang menunjukkan tanda ‘loading’.
            Aku dekat Shanah Group. Aku dekat Marketing department.
            …dan aku masih lagi kerja, macam biasa.
            Aku tak tahu apa yang Nick jampi dekat benda yang macam Koolfever semalam. Dahi dah tak ada rasa panas walaupun kepala masih terasa berat.
            Walaupun dahi aku dah berubah sejuk, hati aku masih lagi macam semalam. Panas.
            Dengan keyakinan yang dah hampir tipis, aku berharap yang mereka semua lupa. Gossip semalam berlalu bagai angin yang melepasi tingkat 15. Gossip yang tak akan kekal, macam gossip artis kahwin. Bola sepak siapa yang menang. Gossip ada accountant kacak yang baru masuk kerja. Ecetra…ecetra..
            Betul. Gosip aku semalam pun, tak akan kekal, kan?
“Wanda, I ada jual kain satin.”
Jari yang baru hendak menaip sesuatu pada dada Microsoft Word terhenti kaku. Aku mengangkat muka memandang tuan punya suara yang menegur. Julia. Dia merapati meja aku dengan muka tak bersalah dengan membimbit satu beg plastik sederhana besar di tangan kanan.
“Tengoklah kalau you berkenan. Satin dari China. Aunty Rose dari admin yang jual sebenarnya.”  dia meletakkan beg plastik tadi ke atas meja aku. Aku melirik ke arah Raey di meja sebelah. Mata dia tak payah cakap.
Dah rupa harimau nak serang katak buat breakfast! (Harimau makan katak ke? Tapi analogi Julia sebagai katak tu memang masuk).
“Aunty Rose suruh I beli, tapi I tak tahu nak buat apa. Kalau you, mungkin berguna la kot sebab…” dia memandang ke arah Miss Fina yang baru keluar dari pantry. “Kot-kotlah nak buat baju tunang ke, nikah ke.” Aku nampak dia menahan sengih. “Sesuai la kan?”
Julia terus ketawa mengekek, Miss Fina pun. Beberapa orang yang ada dalam pejabat pun.
Julia…Julia. Aku tengah sakit kepala ni. Kalau selalu aku cakap pakai mulut, karang aku cakap pakai kaki karang.
Aku menarik nafas dalam sebelum mengangkat kepala memandang dia “Thanks Julia.” Aku menjawab pendek (tak jadi pakai kaki. Takut kaki aku yang kotor terkena muka dia). “But, no thanks.”
“Ouh, lupa. Tak jadi, kan?” Tangan kanannya cepat-cepat mencapai beg plastic yang direbahkan ke atas meja aku tadi. “So sorry. Kalau you nak bayar sendiri macam tak mampu je. Kan.” Julia mengangkat sebelah kening dengan senyuman sinis. Sesaat kemudian, dia terus berlalu ke mejanya dengan ketawa yang masih belum hilang.
Aku tak boleh tahan lagi. tak boleh…
Mata tiba-tiba terasa panas sebelum kelibat Miss Fina pula yang merapati meja. Cepat-cepat aku menarik nafas, mencari kekuatan. Mana boleh diorang nampak aku kalah.
Tak boleh!
“Nah,” dia meletakkan empat fail yang berlainan warna di atas meja. Aku mengangkat muka, memberanikan diri memandang wajahnya yang pernuh dengan niat jahat (aku tahu tu).
“I nak you kemas kini pangkalan data competitors dengan memasukkan data daripada field sales,” dia menarik nafas sesaat. “Lepas tu I nak you susun ikut format, ikut company dan buat graf.”
Aku menahan hati. Bukan ke semua kerja tu dikongsi lima orang? Biasanya aku, Fayad, Jimi dengan Raey buat bersama. Sekarang kenapa aku je?
“I nak you buat summary untuk semua tu dalam bentuk report.” Dia menundukkan wajah, mencari anak mata aku. “Faham?”
Aku mengangguk perlahan walaupun dalam hati nak je je aku jerit kuat-kuat ‘Kau dah kenapa? Meroyan bagi kerja banyak tiba-tiba?!’
“Good. Jangan ingat senang-senang je nak tangkap anak jerung.”
Anak jerung. Nick. Aku tahu dia maksudkan Nick.
“Dan jangan nak berlagak jadi ma’am besar.” Dia bersuara pelahan, tapi cukup untuk membuatkan telinga aku berdesing. “Kalau rumah tak ada cermin, dekat ladies sana ada. Tengok diri tu dulu, faham?”
That’s it. Fullstop.
Aku dah tak boleh berdepan dengan semua ni. langkah Miss Fina yang melenggang kangkung ke biliknya aku pandang dengan hati menggelegak. Dia tahu tak tak boleh buat apa-apa. dia tahu aku tak boleh melawan.
Tapi dia tak tahu, aku boleh berhenti kerja!
“Raey, emelkan aku folder syarikat COC Ent., ada dengan kau, kan?”
Raey berpaling memandang dengan kening terangkat. “Ada, kau nak buat apa?”
Aku memuncungkan mulut ke arah fail yang diletakkan di atas meja aku tadi. “Maju Jaya Holdings, A&A Group dan syarikat Dato’ Mohsin sekali.”
“Meh la aku buat sikit. Banyak tu.” Raey bersuara sambil membuka             emel. Dan terus menghantar 4 folder syarikat tadi ke emel aku.
“Tak payahlah. Kau pun ada kerja kau.” Aku mengeluh berat. Semangat Wanda, semangat untuk siapkan semua ni.
Lepas ni kau boleh berhenti kerja dengan aman.
AMAN.

SEMESTINYA SEMUA TU tipu. Semestinya aku tak akan aman. Sepanjang hidup, aku akan terasa dengan segala benda yang terjadi ni. Betul, sepanjang hidup. Setelah semua orang mengangkat punggung, bangun dari kerusi masing-masing untuk makan tengah hari, air mata yang ditahan sejak dari pagi tadi menitis juga.
            Cepat-cepat aku mengelap titisan besar yang terjatuh di atas kertas di atas meja. Kuat, Wanda, kuat.
            “Kau nak kirim apa-apa tak?”
            Suara Raey memecah suasana sunyi yang menghimpit. Aku menggeleng perlahan tanpa memandang. Aku terus menyambung membaca semua benda yang tertulis dalam fail biru tadi.
            Raey dah pun keluar. Munie sendiri tak berani nak tegur aku bila nampak muka aku dah keruh semacam. Semua dah keluar. Kosong.
            Aku rasa bodoh. Bodoh. Aku dengan Nick takkan ada JODOH. Semestinya dia takkan terpikat dengan aku. Apa yang aku fikir? Aku ni Cinderella zaman moden?
            Aku membenamkam kepala ke dua-dua belah tangan.
            Mestilah dia takkan jatuh cinta dengan aku…
            “Jangan risau, dik.”
            Aku mengangkat muka dengan mata yang berkaca. Seorang wanita separuh umur yang memakai uniform pencuci bangunan tersenyum memandang aku. Makcik cleaner. Tentulah diorang nak bersihkan pejabat waktu ni. Waktu semua orang pergi lunch.
            “Dia tak layak pun untuk ditangisi. Adik boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Sekarang pergi basuh muka, makan…”
            Kening aku berkerut seribu. Macam mana makcik ni boleh tahu…?
            “Pandai-pandai je kau Yah. Entah betul ke tidak dia menangis sebab lelaki.” Seorang lagi makcik yang berada dua meja di hadapan aku memotong. “Entah-entah dia senggugut ke, sakit ke, apa ke. Kau ni pun…”
            “Er… memang betul saya menangis sebab lelaki.” Aku menjawab perlahan. air liur yang ditelan terasa payau.
            Makcik yang dipanggil Yah tadi tersenyum memandang aku. “Dah, jangan menangis lagi. pergi makan. Tenangkan hati. Balik rumah nanti luahkan pada sesiapa. Mak ke…kawan ke.”
            Aku mencipta senyum tawar.
            “Ada mak lagi, kan?”
            Aku mengangguk perlahan.
            “Pergi makan. Jangan menangis macam ni. tak berbaloi pun.” Sambung makcik tadi. Aku mengangguk lagi. Makcik Yah beralih pula ke meja hadapan. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bingkas bangun, mencapai beg tangan untuk keluar.    
            Betul. Aku kena makan. Sampai bila aku nak siksa perut sendiri sebabkan benda ni?
            Aku bingkas bangun dan mengatur kaki ke pintu keluar. Tiba-tiba kaki terasa beku.
            Nick berdiri tegak di luar pintu kaca.
            Nafas aku hampir terhenti bila melihat dia di sebalik cermin. Dia terus menolak pintu setelah melayangkan access card pada sensor.
            …dan itu dia. Nick di dalam department aku, waktu lunch. Macam biasa (waktu orang semua dah tak ada).
            Aku menjeling kedua-dua makcik tadi. Masing-masing membuat kerja (sambil-sambil memasang telinga) tanpa menghiraukan aku dan Nick.
            Abaikan dia Wanda. Abaikan.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum kembali mengangkat kaki, meneruskan perjalanan.
            “Ikut saya, jom.” perlahan aje suara yang menyapa setelah aku melepasinya. “Sit down, and talk.” dia menyambung lagi.
            “Saya tak nak ikut siapa-siapa.” Aku menjawab laju. Kaki diteruskan ke pintu kaca.
            “Please. Kita duduk, bincang. Saya nak minta maaf.”
            “Dah tak ada apa lagi saya nak dengar dari awak. Cukuplah.” Aku menekan butang lif. Turun. Nick ni pun satu. Waktu orang tengah ramai, bukannya nak datang tolong aku. Bukannya nak datang jernihkan segala benda yang dah jadi keruh hitam.
            “Wanda…”
            “Dah tak ada benda dah saya nak cakap. Saya tak nak dengan apa-apa pun dari awak lagi. Leave me alone!” Aku memusingkan badan, membelakanginya (memandang dinding). Oh perfect! Sekarang aku dah tak tahu lif terbuka atau pun tak.
            “At least dengarlah dulu apa yang jadi haritu. Kita bincang apa yang dah jadi.”
“Bincang apa? macam mana awak dah gunakan saya? Macam mana awak dah jadikan saya…experiment?”
Kononnya tak pernah keluar dengan siapa-siapa. Kononnya tak reti nak handle date. Patutlah dia ajak aku dinner. Patutlah dia bagi aku macam-macam. Patutlah dia nak sangat phone charm seringgit setengah tu. Dia nak tahu macam mana kenal dengan orang biasa-biasa macam aku ni. Heh.
“Okay, saya mengaku saya dah malukan awak. Tapi, bukannya benda besar pun, kan? Janganlah larikan diri macam ni.”
“Bukan benda besar?!” aku terdengar suara aku menengking. Bukan. Benda. Besar? “Awak tiba-tiba datang dalam hidup saya, buat saya terpedaya dengan rasa sayang, rasa ambil berat awak, buat saya jatuh ci…” aku terhenti sesaat. “Awak cakap awak terpikat dengan saya, itu…ini… dan saya percaya semua tu!” aku menarik nafas dalam-dalam.
Nick masih memandang aku, tenang.
“Saya percayakan awak, Nick. Semua benda. Segala kata-kata. Tapi, semua tu rupanya bukan benda besar bagi awak. Awak buat saya macam experiment!” sekali lagi aku menaikkan suara. “Gadis biasa…bukan siapa-siapa, kan?” aku mengulang kembali setiap kata-katanya sambil memberanikan diri melawan pandangan anak mata dia.
Tapi tak lama. Sesaat kemudian, pandangan aku kembali jatuh ke lantai.
“Kejap, saya rasa awak dah salah faham,” dia menjawab laju. “Bukan tu maksud saya.”
“Tak. Memang tu tujuan awak. Awak dah bosan dengan segala jenis model, awak nak rasa macam mana kenal-kenal dengan orang macam saya pulak, kan?” aku melangkah masuk ke dalam lif yang terbuka. Nick turut sama menuruti dari belakang.
Cepat-cepat dia menekan butang ke tingkat 20 sebelum sempat aku menahan.
“Lain kali, duduk situ. Dengar sampai habis.”
Aku mengangkat muka. Ya, dengar sampai habis. Biar telinga aku berdarah. Biar nyata hati aku berderai pecah.
“Wanda, saya tak pernah tipu awak. Saya tak pernah tipu bila saya cakap saya tertarik dengan awak. Tak pernah.” dia menarik nafas dalam.
Aku masih lagi diam sambil melipat kedua-dua tangan ke dada. Bla…bla…
“Tak kisahlah benda tu.” aku menjawab pantas walaupun hati berdebar kuat. “Awak dah malukan saya. Malukan saya depan semua orang!”
Lif terbuka di tingkat 20. Aku terdiam kelu. Mata menangkap permandangan yang sangat asing. Pokok-pokok renek yang segar di dalam pasu menyapa mata aku sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Pagar kayu yang dicat putih setinggi lutut memagari kawasan air terjun mini yang depenuhi dengan ikan pelbagai warna.
“Jom.”
Bagaikan robot, kaki aku terus melangkah keluar dari lif. Hati tiba-tiba terasa tenang saat melangkah masuk ke lobi kecil yang menempatkan meja receptionist (ke setiausaha?)
“Saya tak ada niat pun nak cakap semua tu sebenarnya. Sorry.”  Nick kembali bersuara setelah dia mengambil tempat di atas sofa 3 seater yang diletakkan di sebelah bilik mesyuarat. “Saya terbayangkan awak waktu bercerita dengan Ayah Amin hari tu. sungguh.”
Automatik bibir aku mencebik. “Terbayang-bayang sambil ketawakan saya depan tan sri? Saya tak tahu pulak awak ni boleh ketawa.” Aku meletakkan perisa perli. Tolonglah Nick. jangan nak tegakkan lagi benang yang dah basah tu.
“Awak tahu saya tak ayah, kan?” dia berhenti sesaat.  Matanya memandang aku yang berdiri. “Saya dengan Ayah Amin, macam kawan. Anak dan ayah. We laugh together. A lot.”
…ketawa pasal aku! heh.
“Wanda, saya minta maaf, okay.”
“Awak bagitahu semua orang yang saya tak tahu apa nama benda tu!” jari aku tepat pada phone charm yang tergantung pada handphone yang dipegangnya.
“Laa, memang awak tak tahu, kan?” dia sengih nipis.
Hish! Seriously dia ni! boleh pulak dia perli aku. Dia tahu  tak yang aku tengah marajuk dengan dia ni?
“Wanda…betul ni, saya minta maaf. Memang saya tak ada niat nak malukan awak.”
Aku menarik nafas perlahan, mengambil tempat di sebelah dia dan berfikir panjang.
“Awak dah musnahkah hidup saya…” aku mengumam perlahan.
“Musnahkan hidup awak?” kening Nick terangkat terangkat tinggi
            “Awak tak tahu apa yang saya lalui dekat pejabat lepas awak dah cerita semua benda buruk pasal saya.” Aku mengeluh. “Semua orang hina saya, semua orang perli saya. Miss Fina perli saya …”
            “Saya pecat dia sekarang.”
            Aku memalingkan muka ke arahnya. Biar betul?
            “Julia hina saya…”
            “Saya pecat dia jugak.”
            Aku ketawa perlahan. Macamlah syarikat ni dia punya. Dada yang sesak terasa sedikit lega. “Dahlah saya nak balik pejabat.”
            Dahi Nick tiba-tiba berkerut lebat. “Awak tak maafkan saya?”
            Aku bingkas bangun dari sofa, “Belum,” nafas ditarik perlahan. “Selagi awak tak cerita pasal perempuan yang serang saya tu.”
            Nick terdiam tiba-tiba.
            “Betul ke dia Safiyya?” soal aku lagi, memandang wajahnya tenangnya yang terusik. Ya, aku dah lega bila dengar semua penjelasan dia. lega. Tapi kes Safiyya belum lagi selesai. Kalau betul, kenapa Nick diam? Kalau salah, kena Nick tak menafikan?
            “Hmm, I guess that’s it. Memang dia, kan?”
            “Wanda…” dia bersuara perlahan.
            “Kenapa awak tak nak cerita? Kenapa nak sorok dari saya?”
            Dia turut sama bangun dari sofa. Menghadap aku yang memandangnya tajam. “It’s complicated.” dia menjawab perlahan.
            Aku mengeluh keras. “Dah, saya nak turun.” Aku terus mengatur kaki, turun ke tingkat 15. Nafsu untuk turun makan serta merta hilang.
           

“KAU BETUL TAK nak aku tolong?”
            Aku menggeleng laju. Sejak balik dari tingkat 20 tadi, tangan aku laju menaip, menulis dan menyiapkan segala kerja yang Miss Fina bagi pagi tadi. ini ajelah cara nak hilangkan diri dari suasana pejabat. Ini ajelah cara aku nak hidup dalam dunia sendiri, tanpa kekacauan. Tanpa watak sampingan yang kejam ya amat.
            “Aku rasa aku kena bagitahu kau satu benda.” Raey bersuara lagi.
            “Apa dia?” aku menjawab malas, tanpa memandang. Kalau nak diikutkan, tak dah hampir 3 per 4 dah. Buat summary, siap. Balik lambat pun tak apa. Janji aku tak nak jejak sini lagi esok!
            “Kau tak dengar sampai habis apa yang Nick cakap haritu.” Raey membuka cerita.
            Aku diam. Apahal semua orang nak aku tadah telinga, dengar Nick kutuk aku hidup-hidup? (walaupun dia cakap dia tak ada niat, terbayang-bayang kan aku..bla…bla…)
            “Apa bezanya kalau aku dengar tak dengar pun.”
            “Kalau kau dengar, kau takkan jadi kayu lemau macam ni.” Raey membalas geram. aku terus berpaling memandang wajahnya di sebelah. Raey ni dah kenapa?
            “Kau tahu tak Nick cakap apa lepas kau keluar?”
            Aku mengangkat bahu. manalah aku tahu. dah nama aku keluar, bukannya aku jatuhkan telinga dekat situ, curi-curi dengar.
            “Nak tahu tak?”
            Aku buat muka cakaplah-kalau-nak-cakap. Tangan masih menulis itu ini pada dada Microsoft word.
            “Dia cakap dekat Tan Sri Aminudin, disebabkan semua benda tulah dia sayang kau. Disebabkan semua benda tu lah dia rasa nak jaga kau.”
            Jari aku terhenti kaku pada keyboard.
            “Dia ajak tan sri pergi rumah kau, pinang kau, tahu?”
            Homai…
            Mulut aku ternganga memandang wajah Raey yang bersungguh-sungguh bercerita. “Kau jangan buat lawak, Raey. Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal?”
Raey mengangkat bahu. “Aku ingat Nick nak terangkan dekat kau. Aku ingat kau akan slow talk dengan dia. tak bestlah kalau aku campur hal korang.”
“Kalau itu yang Nick cakap, takkan minah dua orang tu kutuk aku sampai sekarang.”
            “Minah tu duk leka gelak macam orang gila sebelum dengar apa ayat Nick lepas tu.” Raey menjawab pantas.
            Aku menarik nafas dalam-dalam. Betul ke? Betul ke apa yang Raey cakap? Aku terus meraba beg tangan di dalam laci untuk mencari handphone, aku kena tanya Nick!
 Tak ada! Mana pulak aku letak benda ni?
            Aku terus mencangkung, mencari beg yang (mungkin) jatuh ke bawah meja sebelum mendengar suara-suara asing yang membisik kuat.
            “Nick Rayyan!”
            “Nick!”
            “Shhh, Nick Rayyan datang sini!”
            “Nick! What a pleasure!” aku mendengar suara Miss Fina menegur. Kaki masih terasa kaku di bawah meja. Tak terasa untuk mengangkat muka. “You datang sini sebab nak cari budak yang sebarkan gosip tu, kan? I’m so sorry. Budak bawahan I dah menyusahkan you…”
            Aku menggigit bibir. Budak bawahan??!”
            “Sorry kalau benda tu mengganggu you. I minta maaf sekali lagi bagi pihak dia.” Miss Fina menyambung.
            Ceh, konon baik sangat la tu minta maaf bagi pihak aku. korang yang sebarkan gossip tu. KAU ORANG. Bukan aku. Heh.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari mencangkung. Itu dia. Nick berdiri tegak di sebelah Miss Fina dengan wajah beku tak tertafsir.
            “Betul tu Nick. I pun nak minta maaf bagi pihak Wanda. I tahu gosip pertunangan tu boleh jatuhkan kredibiliti you dekat syarikat ni.” Julia pula menyampuk.
            “Oh, okay. And you are?” aku nampak Nick mengangkat kening. Tenang.
            Julia tersipu-sipu senyum sambil menghulurkan tangan. “Julia.”
            Nick mengangguk tanpa menyambut.
            “By the way Nick,” Miss Fina menyampuk setelah melihat wajah Julia yang keruh. “You nak I kenakan tindakan tatatertib ke? Ataupun you nak I buat surat untuk buang dia?”
            “Siapa?” soal Nick dengan kening terangkat.
            “Wanda? The one yang sebarkan gosip tentang you dengan dia?” kening Miss Fina terangkat seinci.
            Aku mencebik dari meja. Tak payah nak buat surat. Aku memang dah nak berhenti pun. Mata masih lagi memaku pada Nick yang berada di antara Miss Fina dan Julia. Matanya mengerling ke arah aku, lama.
            …dan dia memegang handbag aku! adei. Macam mana boleh tertinggal dekat atas tadi?
            “Dia memang selalu buat masalah,” Julia pula menambah. “I boleh tolong bersihkan nama you, bagitahu semua orang yang you dengan dia gosip je. Jangan risau, ya?”
            “Actually, it’s okay.” Nick menjawab dengan senyuman sambil memandang wajah aku.
            Wajah Miss Fina dan Julia berubah tiba-tiba.
            “Tak payah denda apa-apa sebab gosip tu semua betul. I memang nak pinang dia.”
            Miss Fina dan Julia di pandang bersilih ganti. “If you don’t mind,” Nick melangkah terus ke meja aku sambil mengangkat tinggi handbag yang dipegangnya dari tadi. “Sayang, lain kali jangan tingal merata-rata.”
            Perlahan-lahan aku menyambut hulurannya sambil membuang pandang ke arah Miss Fina dan Julia (walaupun jiwa dah berbunga kembang bila dengar Nick sebut perkataan SAYANG).
            Aku mencuri pandang ke arah wajah Miss Fina di hadapan. Dah ada rupa tertelan chewing gum dah. Biji mata Julia hampir terkeluar toing-toing gaya spring memandang Nick yang berdiri tegak di hadapan meja aku. Lidah kedua-duanya seaakan dipaku pada lelangit.Yang lain-lain terlopong. Kaku. Batu. Aku ternampak Fahim yang baru aje turut terpaku di tepi pintu kaca.
            Eloklah tu.
            Nampaknya diorang dah tahu langit tu tinggi ke rendah.


***


...dan, tamat dekat blog setakat ini.  Terima kasih banyak-banyak dekat semua. Wanda dengan Nick pun akan rindu dekat komen-komen semua. Sungguh. <3 Dulu nak stop waktu bab 25. Tapi jari asyik duk menaip, menaip. Ini memang betul stop sampai sini. Final Exam pun dah dekat. Final year dah, jadi tak boleh nak buat full time menaip. Orait. Terima kasih untuk semuanya!

(Jumpa lagi dekat next cerita-entah bila nak buat-) <3

50 comments:

aisyah said...

ala...sambung la lg..plz...

R'hanida said...

adoih lps ni pasti merindui nick & wanda...
cpt2 la di novelkan...
tak sabar nak taw endingnya cam na..aiyokkkkkk mendrita lah lps ni..huhuu

lee jee joong said...

nasib baik illa tinggalkan kami dengan kelegaan dr jawapan nick pada budak 2 org perahsantan tu fuh... sejuk hati ni ... gembira untuk senah :)

Anonymous said...

gonna miss cik senah & nick dollah

ezza mysara said...

nick dollah terbaikkkkk... lebiulahhhh.. muahhh

nurul said...

hehe 2 episode lg please.cp kn 30 le

Unknown said...

Terima kasih illa..... memenuhi permintaan akak.... baru senang hati nak lepaskan Nik & Wan.... hehehe belajar rajin rajin k.... jgn lama sangat nanti akak rindu... sesekali tu selit selit sikit ye kisah dia org dlm FB...tq

Gee said...

homai..at least, misunderstanding dah terlerai..lega juga hati ini. lepas ni, kami peminat dhad akan terus merindui wanda & nick. sesekali tu, up kan lah teaser di fb ye..all the best..akan setia menanti DHAD versi cetak..

Anonymous said...

dik dah alang kepalang up lagi sampai bab 30 boleh tak?hehehe jgn marah.special request ni...

Anonymous said...

Finally..padan muka miss fina ngn julia..tgk nnt sape yg nk kne tndakaan tatatertib..sebok sgt..

Anonymous said...

finally here comes the hero....lap you sweet couple...

Unknown said...

sambung la lg.....nk th cerita seterusnya.......

Zakiah Halim said...

alahaiii... akan merindui wanda n senah... apa2 pun tq illa... dah terungkai semua soalan wanda kan... senyum lebar bila nick pggl wanda "SAYANG"... ;)

Anonymous said...

thanks a lot for a lovely story. good luck for your exam

Anonymous said...

Thank u Illa... wah n3 kali ni best, at least dah tahu sipi2 aoa yg terjadi hari tu... nick dollah cik senah's knight in shining armour:-)

Anonymous said...

fuhhh...nasib wanda dah sejuk dah. alaaa....jgn lah habis. rindu kat nick n wanda.

Unknown said...

finnally..nick..
wahai cik writer..good luck ya..moga kisah ni cpt2 jd buku..

Anonymous said...

Best....dan.... lega.... 3/4 drp kekusutan dah terlerai... Tang pasal Safiyya jer yg masih tergantung.... Anyway, better something than nothing..... Hihihi....

Nik Ainaa said...

HOPE TAUN DEPAN DPT PELUK NOVEL DHAD

Unknown said...

Bestnya... rasa mcm x cukup! Nak tambah lagik!!

Anonymous said...

TErima kaseh utk n3 ini, moga illa sukses dlm pembelajaran & moga DHAD akan kuar versi cetak secepat mungkin.
~ Aminah AR

Anonymous said...

Ila, u are such a talented writer and i believe u have great potentials in novel melayu.Tq Ila kerana kisah cinta manis dolah dan senah telah menceriakan hari2 akak. Sekali-sekala up lah snippets agar kami tidak terlalu meroyan merindui dua watak manis-dolah dan senah. kak tims

Unknown said...

alahai nick dollah & wan senah, x kan habis cam tu je kot. akan kuar buku kan???? jgn lupa war2kan if dah publish.

jumelia said...

fuhhhh lega..segala yg kusut dh terungkai...dhad akan dibukukan kan?ape kate ckpkn hingga bab 30....saya yg tamak...hahaha

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Akhirnya Nick datang jugak untuk menjernihkan keadaan.
Thankz 4 cik writter.
Good luck 4 exam. Nanti kalau dah dibukukan, jangan lupe inform.. :)

Anonymous said...

homai dah last n3.. lepas neh rindu dgn nick dollah & cik senah...

Kak Sue said...

Akhirnya Nick dan handbag jadi penyalamat Wanda dari terus di kutuk oleh Miss Fina dan Julia... Ingat Nick tu hadap sangat orang yang macam U berdua tu.... bukan selera Nick lah ....
Konon nak pecat Wanda .... ada berani ke??? .... x lama lagi wanda jadi Mrs Nick .... hehehe
RINDU NICK DAN WANDA..... bila nak dibukukan???....

Anonymous said...

emmm.... pandai illa tinggalkan kami dgn rasa gula kapas dihati.... lps nie mesti merindui dollah dan senah... mmmmuuuuaaaaahhh Illa, thanx


-sj-

Unknown said...

oooo tidak...nak lagi huhuhuhuh..baru je nak rasa hati kembang setaman.

Unknown said...

good luck for the exam dik...dan sambung semangat dgn citer ni okey...

pnut said...

hohoho pasti merindui nick dollah yg beku & wanda yg blur..hehehe..
nick <3 wanda..

Anonymous said...

Rase nyer ayt nick kene tambah lg " i takot both of u yang dpt surat tindakan tatatertib nnt " hamekkaw.. bru dorg bedue tenganga betul.. hahaaa

Anonymous said...

sampainya hatimu...membiarku rindu..
jgn sampai nick dan wanda hilang tanpa berita...
~lagu kumpulan spring~ tajuk nye lupa hihi

~liyahuma~

Ms Oyong RM said...

wah berbunga-bunga hatiku hehe..
Bila nak dibukukan ni?
Tak sabar dah nak peluk Nick & Wanda dalam versi cetak...
Kalau ada news, jgn lupa bagitau kitaorang ya Illa....
Anyway Good Luck Exam yer...;)

Hushu said...

lawak pn yea gak nick nie. smp nk pecat suma org yg ckp2 psl Wanda. apa pn, best seh! finally, Nick Rayyan d great shows up! yeay!!! lps nie rindu la dkt Wanda & Nick.

hazimah said...

kite suka... kite suke ending cmtu...

Anonymous said...

Fuh~akhirnya teelerai jgk..tp kes saffiyah x settel lg..ucaplah terima kasih kpd handbag senah..hahaha..
pdn muke due ekor tu,jgn tercabut mata dr soket sudahh....

Anonymous said...

alang-alang buat la Nick Dollah n Cik Senah ni sampai 30..hakhakhak

>>k<<

Nana Mohd Yasin said...

homai....homai....homai...
rasa mcm melompat kelangit je
suka yg x dpt di gambarkan
senyum sampai balik wajah
hahahahaha.....
sweet....
sgt manis...
bahagia....
saya suka saya suka

jom nyanyi lagu happy...
U are my sunshine my only sunshine
U make me happy when skies are grey
You'll never know dear
How much I love you
Please don't take my sunshine away
ngeeeee....

eh dh stop?

boleh jelaskan
stop sbb exam
ke sbb nk ke novel????
ke lps exam, nk sambung lagi???
ke akan habis di blog???
ke agaimana???
konpius sesanggat ni

tolong bagi cik hati saya ni
cool sikit...
plzz dont take my sunshine away
yg ni kena jawab ngan terang dan nyata ya cik illa..
please....

nuha said...

lah.. cite ni ending dy mcam ni? at least bt sampai dy kawen ok dah.. uwaaaaa.. nk minx smbung sket.. ni t'gantung giler ni.. ke ade nk jdi bku ek ape ke???

Illa Shanahila said...

Habis dekat blog sampai sini je. InsyaALLAH kalau ada rezeki nak bukukan walaupun tak tahu lagi bila. apa2 info nanti illa bagitahu. tq

preety sung said...

finally , nick dah clear up semua . baru tahu nak bezakan langit tu tinggi ke rendah julia dg miss fina tu . kembang setaman si wanda . haha . thumbs up ! good luck sis for final paper !

strawberry.chocolate81 said...

owh...SAYANG....akan rindu dengan Nick dolah n Wan senah dah....bye2 will miss u 2 ....kpd tukang karang cite..selamat berjaya dlm exam neh...nanti siapkan cepat mss depa 2 ni tau CHAYOK2!!!GANBATTE NE!!!

Yazreina said...

Sib baik sayang ada.. Klu tak ssh i...

cyah said...

Lega .... seb bek nick dh leraikan suma heheheh

hazimah said...

kalau dibukukan wajib beli...

Aira said...

ALA TAKKAN NAK STOP KAN DOLLAH NGAN SENAH, MESTI RINDU DENGAN DORANG NANTI...

Anonymous said...

Tak tau la berapa kali baca bab ni hahahaha tak terkira lg berapa kali refresh setiap hari kot2 ada entry baru hahahaha

Anonymous said...

Illa kalau keluar buku war2kan ya...cerita yg menarik. Tq, slamat menghadapi final exam. Good luck

Unknown said...

sumpah nick comel gila....!!!!!!!!!! saya da marathon dri 1 till 28..... serious best gila... klau ad buku confirm beli :D