AKU TAK NAK jumpa
dia. Aku tak nak jumpa sesiapa. Segala benda yang jadi semalam menguatkan lagi
semangat aku untuk berhenti kerja. Bila ingatkan Miss Fina, bila ingatkan
Julia, bila ingatkan semua muka dekat bangunan tu, bila ingatkan Nick…
Semangat aku untuk kerja dah
melebihi paras bawah kosong. Aku nak berhenti kerja. RESIGN!
Tapi bila ingatkan apa yang aku nak
buat lepas ni, rasa nak berhenti tadi kembali kabur. Kalau aku berhenti, aku
nak kerja apa? Kalau aku berhenti, apa alasan aku nak kasi dekat mak nanti?
Dekat semua family dekat kampung?
Aku berhenti sebab dah penat kena
perli?
…akhirnya, aku masih disini. Di atas
kerusi, berdepan dengan komputer yang menunjukkan tanda ‘loading’.
Aku dekat Shanah Group. Aku dekat Marketing department.
…dan aku masih lagi kerja, macam
biasa.
Aku tak tahu apa yang Nick jampi
dekat benda yang macam Koolfever semalam. Dahi dah tak ada rasa panas walaupun
kepala masih terasa berat.
Walaupun dahi aku dah berubah sejuk,
hati aku masih lagi macam semalam. Panas.
Dengan keyakinan yang dah hampir
tipis, aku berharap yang mereka semua lupa. Gossip
semalam berlalu bagai angin yang melepasi tingkat 15. Gossip yang tak akan kekal, macam gossip artis kahwin. Bola sepak siapa yang menang. Gossip ada accountant kacak yang baru masuk kerja. Ecetra…ecetra..
Betul. Gosip
aku semalam pun, tak akan kekal, kan?
“Wanda,
I ada jual kain satin.”
Jari
yang baru hendak menaip sesuatu pada dada Microsoft Word terhenti kaku. Aku
mengangkat muka memandang tuan punya suara yang menegur. Julia. Dia merapati
meja aku dengan muka tak bersalah dengan membimbit satu beg plastik sederhana
besar di tangan kanan.
“Tengoklah
kalau you berkenan. Satin dari China. Aunty Rose dari admin yang jual sebenarnya.”
dia meletakkan beg plastik tadi ke atas meja aku. Aku melirik ke arah
Raey di meja sebelah. Mata dia tak payah cakap.
Dah
rupa harimau nak serang katak buat breakfast! (Harimau makan katak ke? Tapi
analogi Julia sebagai katak tu memang masuk).
“Aunty
Rose suruh I beli, tapi I tak tahu nak buat apa. Kalau you, mungkin berguna la
kot sebab…” dia memandang ke arah Miss Fina yang baru keluar dari pantry. “Kot-kotlah
nak buat baju tunang ke, nikah ke.” Aku nampak dia menahan sengih. “Sesuai la
kan?”
Julia
terus ketawa mengekek, Miss Fina pun. Beberapa orang yang ada dalam pejabat
pun.
Julia…Julia.
Aku tengah sakit kepala ni. Kalau selalu aku cakap pakai mulut, karang aku
cakap pakai kaki karang.
Aku
menarik nafas dalam sebelum mengangkat kepala memandang dia “Thanks Julia.” Aku menjawab pendek (tak
jadi pakai kaki. Takut kaki aku yang kotor terkena muka dia). “But, no thanks.”
“Ouh,
lupa. Tak jadi, kan?” Tangan kanannya cepat-cepat mencapai beg plastic yang
direbahkan ke atas meja aku tadi. “So
sorry. Kalau you nak bayar sendiri macam tak mampu je. Kan.” Julia
mengangkat sebelah kening dengan senyuman sinis. Sesaat kemudian, dia terus
berlalu ke mejanya dengan ketawa yang masih belum hilang.
Aku
tak boleh tahan lagi. tak boleh…
Mata
tiba-tiba terasa panas sebelum kelibat Miss Fina pula yang merapati meja.
Cepat-cepat aku menarik nafas, mencari kekuatan. Mana boleh diorang nampak aku
kalah.
Tak
boleh!
“Nah,”
dia meletakkan empat fail yang berlainan warna di atas meja. Aku mengangkat
muka, memberanikan diri memandang wajahnya yang pernuh dengan niat jahat (aku
tahu tu).
“I
nak you kemas kini pangkalan data competitors
dengan memasukkan data daripada field
sales,” dia menarik nafas sesaat. “Lepas
tu I nak you susun ikut format, ikut company
dan buat graf.”
Aku
menahan hati. Bukan ke semua kerja tu dikongsi lima orang? Biasanya aku, Fayad,
Jimi dengan Raey buat bersama. Sekarang kenapa aku je?
“I
nak you buat summary untuk semua tu
dalam bentuk report.” Dia menundukkan wajah, mencari anak mata aku. “Faham?”
Aku
mengangguk perlahan walaupun dalam hati nak je je aku jerit kuat-kuat ‘Kau dah
kenapa? Meroyan bagi kerja banyak tiba-tiba?!’
“Good.
Jangan ingat senang-senang je nak tangkap anak jerung.”
Anak
jerung. Nick. Aku tahu dia maksudkan Nick.
“Dan
jangan nak berlagak jadi ma’am besar.” Dia bersuara pelahan, tapi cukup untuk
membuatkan telinga aku berdesing. “Kalau rumah tak ada cermin, dekat ladies sana
ada. Tengok diri tu dulu, faham?”
That’s it. Fullstop.
Aku
dah tak boleh berdepan dengan semua ni. langkah Miss Fina yang melenggang
kangkung ke biliknya aku pandang dengan hati menggelegak. Dia tahu tak tak
boleh buat apa-apa. dia tahu aku tak boleh melawan.
Tapi
dia tak tahu, aku boleh berhenti kerja!
“Raey,
emelkan aku folder syarikat COC Ent., ada dengan kau, kan?”
Raey
berpaling memandang dengan kening terangkat. “Ada, kau nak buat apa?”
Aku
memuncungkan mulut ke arah fail yang diletakkan di atas meja aku tadi. “Maju
Jaya Holdings, A&A Group dan syarikat Dato’ Mohsin sekali.”
“Meh
la aku buat sikit. Banyak tu.” Raey bersuara sambil membuka emel. Dan terus menghantar 4 folder
syarikat tadi ke emel aku.
“Tak
payahlah. Kau pun ada kerja kau.” Aku mengeluh berat. Semangat Wanda, semangat
untuk siapkan semua ni.
Lepas
ni kau boleh berhenti kerja dengan aman.
AMAN.
SEMESTINYA SEMUA TU
tipu. Semestinya aku tak akan aman. Sepanjang hidup, aku akan terasa dengan
segala benda yang terjadi ni. Betul, sepanjang hidup. Setelah semua orang
mengangkat punggung, bangun dari kerusi masing-masing untuk makan tengah hari,
air mata yang ditahan sejak dari pagi tadi menitis juga.
Cepat-cepat aku mengelap titisan
besar yang terjatuh di atas kertas di atas meja. Kuat, Wanda, kuat.
“Kau nak kirim apa-apa tak?”
Suara Raey memecah suasana sunyi
yang menghimpit. Aku menggeleng perlahan tanpa memandang. Aku terus menyambung
membaca semua benda yang tertulis dalam fail biru tadi.
Raey dah pun keluar. Munie sendiri
tak berani nak tegur aku bila nampak muka aku dah keruh semacam. Semua dah
keluar. Kosong.
Aku rasa bodoh. Bodoh. Aku dengan
Nick takkan ada JODOH. Semestinya dia takkan terpikat dengan aku. Apa yang aku
fikir? Aku ni Cinderella zaman moden?
Aku membenamkam kepala ke dua-dua
belah tangan.
Mestilah dia takkan jatuh cinta
dengan aku…
“Jangan risau, dik.”
Aku mengangkat muka dengan mata yang
berkaca. Seorang wanita separuh umur yang memakai uniform pencuci bangunan
tersenyum memandang aku. Makcik cleaner. Tentulah diorang nak bersihkan pejabat
waktu ni. Waktu semua orang pergi lunch.
“Dia tak layak pun untuk ditangisi. Adik boleh
cari lelaki lain yang lebih baik. Sekarang pergi basuh muka, makan…”
Kening aku berkerut seribu. Macam
mana makcik ni boleh tahu…?
“Pandai-pandai je kau Yah. Entah
betul ke tidak dia menangis sebab lelaki.” Seorang lagi makcik yang berada dua
meja di hadapan aku memotong. “Entah-entah dia senggugut ke, sakit ke, apa ke.
Kau ni pun…”
“Er… memang betul saya menangis
sebab lelaki.” Aku menjawab perlahan. air liur yang ditelan terasa payau.
Makcik yang dipanggil Yah tadi
tersenyum memandang aku. “Dah, jangan menangis lagi. pergi makan. Tenangkan
hati. Balik rumah nanti luahkan pada sesiapa. Mak ke…kawan ke.”
Aku mencipta senyum tawar.
“Ada mak lagi, kan?”
Aku mengangguk perlahan.
“Pergi makan. Jangan menangis macam
ni. tak berbaloi pun.” Sambung makcik tadi. Aku mengangguk lagi. Makcik Yah
beralih pula ke meja hadapan. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum bingkas
bangun, mencapai beg tangan untuk keluar.
Betul. Aku kena makan. Sampai bila
aku nak siksa perut sendiri sebabkan benda ni?
Aku bingkas bangun dan mengatur kaki
ke pintu keluar. Tiba-tiba kaki terasa beku.
Nick berdiri tegak di luar pintu
kaca.
Nafas aku hampir terhenti bila
melihat dia di sebalik cermin. Dia terus menolak pintu setelah melayangkan access card pada sensor.
…dan itu dia. Nick di dalam department aku, waktu lunch. Macam biasa (waktu orang semua
dah tak ada).
Aku menjeling kedua-dua makcik tadi.
Masing-masing membuat kerja (sambil-sambil memasang telinga) tanpa menghiraukan
aku dan Nick.
Abaikan
dia Wanda. Abaikan.
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum kembali mengangkat kaki, meneruskan perjalanan.
“Ikut saya, jom.” perlahan aje suara
yang menyapa setelah aku melepasinya. “Sit
down, and talk.” dia menyambung lagi.
“Saya tak nak ikut siapa-siapa.” Aku
menjawab laju. Kaki diteruskan ke pintu kaca.
“Please. Kita duduk, bincang. Saya
nak minta maaf.”
“Dah tak ada apa lagi saya nak
dengar dari awak. Cukuplah.” Aku menekan butang lif. Turun. Nick ni pun satu.
Waktu orang tengah ramai, bukannya nak datang tolong aku. Bukannya nak datang
jernihkan segala benda yang dah jadi keruh hitam.
“Wanda…”
“Dah tak ada benda dah saya nak
cakap. Saya tak nak dengan apa-apa pun dari awak lagi. Leave me alone!” Aku
memusingkan badan, membelakanginya (memandang dinding). Oh perfect! Sekarang aku dah tak tahu lif terbuka atau pun tak.
“At least dengarlah dulu apa yang
jadi haritu. Kita bincang apa yang dah jadi.”
“Bincang
apa? macam mana awak dah gunakan saya? Macam mana awak dah jadikan saya…experiment?”
Kononnya
tak pernah keluar dengan siapa-siapa. Kononnya tak reti nak handle date. Patutlah dia ajak aku
dinner. Patutlah dia bagi aku macam-macam. Patutlah dia nak sangat phone charm seringgit setengah tu. Dia
nak tahu macam mana kenal dengan orang biasa-biasa macam aku ni. Heh.
“Okay,
saya mengaku saya dah malukan awak. Tapi, bukannya benda besar pun, kan?
Janganlah larikan diri macam ni.”
“Bukan
benda besar?!” aku terdengar suara aku menengking. Bukan. Benda. Besar? “Awak
tiba-tiba datang dalam hidup saya, buat saya terpedaya dengan rasa sayang, rasa
ambil berat awak, buat saya jatuh ci…” aku terhenti sesaat. “Awak cakap awak
terpikat dengan saya, itu…ini… dan saya percaya semua tu!” aku menarik nafas
dalam-dalam.
Nick
masih memandang aku, tenang.
“Saya
percayakan awak, Nick. Semua benda. Segala kata-kata. Tapi, semua tu rupanya
bukan benda besar bagi awak. Awak buat saya macam experiment!” sekali lagi aku
menaikkan suara. “Gadis biasa…bukan siapa-siapa, kan?” aku mengulang kembali
setiap kata-katanya sambil memberanikan diri melawan pandangan anak mata dia.
Tapi
tak lama. Sesaat kemudian, pandangan aku kembali jatuh ke lantai.
“Kejap,
saya rasa awak dah salah faham,” dia menjawab laju. “Bukan tu maksud saya.”
“Tak.
Memang tu tujuan awak. Awak dah bosan dengan segala jenis model, awak nak rasa
macam mana kenal-kenal dengan orang macam saya pulak, kan?” aku melangkah masuk
ke dalam lif yang terbuka. Nick turut sama menuruti dari belakang.
Cepat-cepat
dia menekan butang ke tingkat 20 sebelum sempat aku menahan.
“Lain
kali, duduk situ. Dengar sampai habis.”
Aku
mengangkat muka. Ya, dengar sampai habis. Biar telinga aku berdarah. Biar nyata
hati aku berderai pecah.
“Wanda,
saya tak pernah tipu awak. Saya tak pernah tipu bila saya cakap saya tertarik
dengan awak. Tak pernah.” dia menarik nafas dalam.
Aku
masih lagi diam sambil melipat kedua-dua tangan ke dada. Bla…bla…
“Tak
kisahlah benda tu.” aku menjawab pantas walaupun hati berdebar kuat. “Awak dah
malukan saya. Malukan saya depan semua orang!”
Lif
terbuka di tingkat 20. Aku terdiam kelu. Mata menangkap permandangan yang
sangat asing. Pokok-pokok renek yang segar di dalam pasu menyapa mata aku
sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Pagar
kayu yang dicat putih setinggi lutut memagari kawasan air terjun mini yang
depenuhi dengan ikan pelbagai warna.
“Jom.”
Bagaikan
robot, kaki aku terus melangkah keluar dari lif. Hati tiba-tiba terasa tenang
saat melangkah masuk ke lobi kecil yang menempatkan meja receptionist (ke setiausaha?)
“Saya
tak ada niat pun nak cakap semua tu sebenarnya. Sorry.” Nick kembali
bersuara setelah dia mengambil tempat di atas sofa 3 seater yang diletakkan di
sebelah bilik mesyuarat. “Saya terbayangkan awak waktu bercerita dengan Ayah
Amin hari tu. sungguh.”
Automatik
bibir aku mencebik. “Terbayang-bayang sambil ketawakan saya depan tan sri? Saya
tak tahu pulak awak ni boleh ketawa.” Aku meletakkan perisa perli. Tolonglah
Nick. jangan nak tegakkan lagi benang yang dah basah tu.
“Awak
tahu saya tak ayah, kan?” dia berhenti sesaat.
Matanya memandang aku yang berdiri. “Saya dengan Ayah Amin, macam kawan.
Anak dan ayah. We laugh together. A lot.”
…ketawa
pasal aku! heh.
“Wanda,
saya minta maaf, okay.”
“Awak
bagitahu semua orang yang saya tak tahu apa nama benda tu!” jari aku tepat pada
phone charm yang tergantung pada handphone yang dipegangnya.
“Laa,
memang awak tak tahu, kan?” dia sengih nipis.
Hish!
Seriously dia ni! boleh pulak dia
perli aku. Dia tahu tak yang aku tengah
marajuk dengan dia ni?
“Wanda…betul
ni, saya minta maaf. Memang saya tak ada niat nak malukan awak.”
Aku
menarik nafas perlahan, mengambil tempat di sebelah dia dan berfikir panjang.
“Awak
dah musnahkah hidup saya…” aku mengumam perlahan.
“Musnahkan
hidup awak?” kening Nick terangkat terangkat tinggi
“Awak tak tahu apa yang saya lalui
dekat pejabat lepas awak dah cerita semua benda buruk pasal saya.” Aku
mengeluh. “Semua orang hina saya, semua orang perli saya. Miss Fina perli saya
…”
“Saya pecat dia sekarang.”
Aku memalingkan muka ke arahnya.
Biar betul?
“Julia hina saya…”
“Saya pecat dia jugak.”
Aku ketawa perlahan. Macamlah
syarikat ni dia punya. Dada yang sesak terasa sedikit lega. “Dahlah saya nak
balik pejabat.”
Dahi Nick tiba-tiba berkerut lebat.
“Awak tak maafkan saya?”
Aku bingkas bangun dari sofa,
“Belum,” nafas ditarik perlahan. “Selagi awak tak cerita pasal perempuan yang
serang saya tu.”
Nick terdiam tiba-tiba.
“Betul ke dia Safiyya?” soal aku
lagi, memandang wajahnya tenangnya yang terusik. Ya, aku dah lega bila dengar
semua penjelasan dia. lega. Tapi kes Safiyya belum lagi selesai. Kalau betul,
kenapa Nick diam? Kalau salah, kena Nick tak menafikan?
“Hmm, I guess that’s it. Memang dia, kan?”
“Wanda…” dia bersuara perlahan.
“Kenapa awak tak nak cerita? Kenapa
nak sorok dari saya?”
Dia turut sama bangun dari sofa.
Menghadap aku yang memandangnya tajam. “It’s
complicated.” dia menjawab perlahan.
Aku mengeluh keras. “Dah, saya nak
turun.” Aku terus mengatur kaki, turun ke tingkat 15. Nafsu untuk turun makan
serta merta hilang.
“KAU BETUL TAK nak
aku tolong?”
Aku menggeleng laju. Sejak balik
dari tingkat 20 tadi, tangan aku laju menaip, menulis dan menyiapkan segala
kerja yang Miss Fina bagi pagi tadi. ini ajelah cara nak hilangkan diri dari
suasana pejabat. Ini ajelah cara aku nak hidup dalam dunia sendiri, tanpa
kekacauan. Tanpa watak sampingan yang kejam ya amat.
“Aku rasa aku kena bagitahu kau satu
benda.” Raey bersuara lagi.
“Apa dia?” aku menjawab malas, tanpa
memandang. Kalau nak diikutkan, tak dah hampir 3 per 4 dah. Buat summary, siap. Balik lambat pun tak apa.
Janji aku tak nak jejak sini lagi esok!
“Kau tak dengar sampai habis apa yang
Nick cakap haritu.” Raey membuka cerita.
Aku diam. Apahal semua orang nak aku
tadah telinga, dengar Nick kutuk aku hidup-hidup? (walaupun dia cakap dia tak
ada niat, terbayang-bayang kan aku..bla…bla…)
“Apa bezanya kalau aku dengar tak
dengar pun.”
“Kalau kau dengar, kau takkan jadi
kayu lemau macam ni.” Raey membalas geram. aku terus berpaling memandang
wajahnya di sebelah. Raey ni dah kenapa?
“Kau tahu tak Nick cakap apa lepas
kau keluar?”
Aku mengangkat bahu. manalah aku
tahu. dah nama aku keluar, bukannya aku jatuhkan telinga dekat situ, curi-curi
dengar.
“Nak tahu tak?”
Aku buat muka
cakaplah-kalau-nak-cakap. Tangan masih menulis itu ini pada dada Microsoft
word.
“Dia cakap dekat Tan Sri Aminudin,
disebabkan semua benda tulah dia sayang kau. Disebabkan semua benda tu lah dia
rasa nak jaga kau.”
Jari aku terhenti kaku pada
keyboard.
“Dia ajak tan sri pergi rumah kau,
pinang kau, tahu?”
Homai…
Mulut aku ternganga memandang wajah
Raey yang bersungguh-sungguh bercerita. “Kau jangan buat lawak, Raey. Kenapa
kau tak bagitahu aku awal-awal?”
Raey
mengangkat bahu. “Aku ingat Nick nak terangkan dekat kau. Aku ingat kau akan slow talk dengan dia. tak bestlah kalau
aku campur hal korang.”
“Kalau
itu yang Nick cakap, takkan minah dua orang tu kutuk aku sampai sekarang.”
“Minah tu duk leka gelak macam orang
gila sebelum dengar apa ayat Nick lepas tu.” Raey menjawab pantas.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Betul
ke? Betul ke apa yang Raey cakap? Aku terus meraba beg tangan di dalam laci
untuk mencari handphone, aku kena
tanya Nick!
Tak ada! Mana pulak aku letak benda ni?
Aku terus mencangkung, mencari beg
yang (mungkin) jatuh ke bawah meja sebelum mendengar suara-suara asing yang
membisik kuat.
“Nick Rayyan!”
“Nick!”
“Shhh, Nick Rayyan datang sini!”
“Nick! What a pleasure!” aku mendengar suara Miss Fina menegur. Kaki masih
terasa kaku di bawah meja. Tak terasa untuk mengangkat muka. “You datang sini
sebab nak cari budak yang sebarkan gosip tu, kan? I’m so sorry. Budak bawahan I
dah menyusahkan you…”
Aku menggigit bibir. Budak
bawahan??!”
“Sorry
kalau benda tu mengganggu you. I minta maaf sekali lagi bagi pihak dia.” Miss
Fina menyambung.
Ceh, konon baik sangat la tu minta
maaf bagi pihak aku. korang yang sebarkan gossip tu. KAU ORANG. Bukan aku. Heh.
Aku
menarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari mencangkung. Itu dia. Nick
berdiri tegak di sebelah Miss Fina dengan wajah beku tak tertafsir.
“Betul tu Nick. I pun nak minta maaf
bagi pihak Wanda. I tahu gosip pertunangan tu boleh jatuhkan kredibiliti you
dekat syarikat ni.” Julia pula menyampuk.
“Oh, okay. And you are?” aku nampak Nick mengangkat kening. Tenang.
Julia tersipu-sipu senyum sambil
menghulurkan tangan. “Julia.”
Nick mengangguk tanpa menyambut.
“By
the way Nick,” Miss Fina menyampuk setelah melihat wajah Julia yang keruh.
“You nak I kenakan tindakan tatatertib ke? Ataupun you nak I buat surat untuk buang
dia?”
“Siapa?” soal Nick dengan kening
terangkat.
“Wanda? The one yang sebarkan gosip tentang you dengan dia?” kening Miss
Fina terangkat seinci.
Aku mencebik dari meja. Tak payah
nak buat surat. Aku memang dah nak berhenti pun. Mata masih lagi memaku pada
Nick yang berada di antara Miss Fina dan Julia. Matanya mengerling ke arah aku,
lama.
…dan dia memegang handbag aku! adei.
Macam mana boleh tertinggal dekat atas tadi?
“Dia memang selalu buat masalah,”
Julia pula menambah. “I boleh tolong bersihkan nama you, bagitahu semua orang
yang you dengan dia gosip je. Jangan risau, ya?”
“Actually,
it’s okay.” Nick menjawab dengan senyuman sambil memandang wajah aku.
Wajah Miss Fina dan Julia berubah
tiba-tiba.
“Tak payah denda apa-apa sebab gosip
tu semua betul. I memang nak pinang dia.”
Miss Fina dan Julia di pandang
bersilih ganti. “If you don’t mind,”
Nick melangkah terus ke meja aku sambil mengangkat tinggi handbag yang dipegangnya dari tadi. “Sayang, lain kali jangan
tingal merata-rata.”
Perlahan-lahan aku menyambut
hulurannya sambil membuang pandang ke arah Miss Fina dan Julia (walaupun jiwa
dah berbunga kembang bila dengar Nick sebut perkataan SAYANG).
Aku mencuri pandang ke arah wajah
Miss Fina di hadapan. Dah ada rupa tertelan chewing
gum dah. Biji mata Julia hampir terkeluar toing-toing gaya spring memandang
Nick yang berdiri tegak di hadapan meja aku. Lidah kedua-duanya seaakan dipaku
pada lelangit.Yang lain-lain terlopong. Kaku. Batu. Aku ternampak Fahim yang
baru aje turut terpaku di tepi pintu kaca.
Eloklah tu.
Nampaknya diorang dah tahu langit tu
tinggi ke rendah.
***
...dan, tamat dekat blog setakat ini. Terima kasih banyak-banyak dekat semua. Wanda dengan Nick pun akan rindu dekat komen-komen semua. Sungguh. <3 Dulu nak stop waktu bab 25. Tapi jari asyik duk menaip, menaip. Ini memang betul stop sampai sini. Final Exam pun dah dekat. Final year dah, jadi tak boleh nak buat full time menaip. Orait. Terima kasih untuk semuanya!
(Jumpa lagi dekat next cerita-entah bila nak buat-) <3
50 comments:
ala...sambung la lg..plz...
adoih lps ni pasti merindui nick & wanda...
cpt2 la di novelkan...
tak sabar nak taw endingnya cam na..aiyokkkkkk mendrita lah lps ni..huhuu
nasib baik illa tinggalkan kami dengan kelegaan dr jawapan nick pada budak 2 org perahsantan tu fuh... sejuk hati ni ... gembira untuk senah :)
gonna miss cik senah & nick dollah
nick dollah terbaikkkkk... lebiulahhhh.. muahhh
hehe 2 episode lg please.cp kn 30 le
Terima kasih illa..... memenuhi permintaan akak.... baru senang hati nak lepaskan Nik & Wan.... hehehe belajar rajin rajin k.... jgn lama sangat nanti akak rindu... sesekali tu selit selit sikit ye kisah dia org dlm FB...tq
homai..at least, misunderstanding dah terlerai..lega juga hati ini. lepas ni, kami peminat dhad akan terus merindui wanda & nick. sesekali tu, up kan lah teaser di fb ye..all the best..akan setia menanti DHAD versi cetak..
dik dah alang kepalang up lagi sampai bab 30 boleh tak?hehehe jgn marah.special request ni...
Finally..padan muka miss fina ngn julia..tgk nnt sape yg nk kne tndakaan tatatertib..sebok sgt..
finally here comes the hero....lap you sweet couple...
sambung la lg.....nk th cerita seterusnya.......
alahaiii... akan merindui wanda n senah... apa2 pun tq illa... dah terungkai semua soalan wanda kan... senyum lebar bila nick pggl wanda "SAYANG"... ;)
thanks a lot for a lovely story. good luck for your exam
Thank u Illa... wah n3 kali ni best, at least dah tahu sipi2 aoa yg terjadi hari tu... nick dollah cik senah's knight in shining armour:-)
fuhhh...nasib wanda dah sejuk dah. alaaa....jgn lah habis. rindu kat nick n wanda.
finnally..nick..
wahai cik writer..good luck ya..moga kisah ni cpt2 jd buku..
Best....dan.... lega.... 3/4 drp kekusutan dah terlerai... Tang pasal Safiyya jer yg masih tergantung.... Anyway, better something than nothing..... Hihihi....
HOPE TAUN DEPAN DPT PELUK NOVEL DHAD
Bestnya... rasa mcm x cukup! Nak tambah lagik!!
TErima kaseh utk n3 ini, moga illa sukses dlm pembelajaran & moga DHAD akan kuar versi cetak secepat mungkin.
~ Aminah AR
Ila, u are such a talented writer and i believe u have great potentials in novel melayu.Tq Ila kerana kisah cinta manis dolah dan senah telah menceriakan hari2 akak. Sekali-sekala up lah snippets agar kami tidak terlalu meroyan merindui dua watak manis-dolah dan senah. kak tims
alahai nick dollah & wan senah, x kan habis cam tu je kot. akan kuar buku kan???? jgn lupa war2kan if dah publish.
fuhhhh lega..segala yg kusut dh terungkai...dhad akan dibukukan kan?ape kate ckpkn hingga bab 30....saya yg tamak...hahaha
Akhirnya Nick datang jugak untuk menjernihkan keadaan.
Thankz 4 cik writter.
Good luck 4 exam. Nanti kalau dah dibukukan, jangan lupe inform.. :)
homai dah last n3.. lepas neh rindu dgn nick dollah & cik senah...
Akhirnya Nick dan handbag jadi penyalamat Wanda dari terus di kutuk oleh Miss Fina dan Julia... Ingat Nick tu hadap sangat orang yang macam U berdua tu.... bukan selera Nick lah ....
Konon nak pecat Wanda .... ada berani ke??? .... x lama lagi wanda jadi Mrs Nick .... hehehe
RINDU NICK DAN WANDA..... bila nak dibukukan???....
emmm.... pandai illa tinggalkan kami dgn rasa gula kapas dihati.... lps nie mesti merindui dollah dan senah... mmmmuuuuaaaaahhh Illa, thanx
-sj-
oooo tidak...nak lagi huhuhuhuh..baru je nak rasa hati kembang setaman.
good luck for the exam dik...dan sambung semangat dgn citer ni okey...
hohoho pasti merindui nick dollah yg beku & wanda yg blur..hehehe..
nick <3 wanda..
Rase nyer ayt nick kene tambah lg " i takot both of u yang dpt surat tindakan tatatertib nnt " hamekkaw.. bru dorg bedue tenganga betul.. hahaaa
sampainya hatimu...membiarku rindu..
jgn sampai nick dan wanda hilang tanpa berita...
~lagu kumpulan spring~ tajuk nye lupa hihi
~liyahuma~
wah berbunga-bunga hatiku hehe..
Bila nak dibukukan ni?
Tak sabar dah nak peluk Nick & Wanda dalam versi cetak...
Kalau ada news, jgn lupa bagitau kitaorang ya Illa....
Anyway Good Luck Exam yer...;)
lawak pn yea gak nick nie. smp nk pecat suma org yg ckp2 psl Wanda. apa pn, best seh! finally, Nick Rayyan d great shows up! yeay!!! lps nie rindu la dkt Wanda & Nick.
kite suka... kite suke ending cmtu...
Fuh~akhirnya teelerai jgk..tp kes saffiyah x settel lg..ucaplah terima kasih kpd handbag senah..hahaha..
pdn muke due ekor tu,jgn tercabut mata dr soket sudahh....
alang-alang buat la Nick Dollah n Cik Senah ni sampai 30..hakhakhak
>>k<<
homai....homai....homai...
rasa mcm melompat kelangit je
suka yg x dpt di gambarkan
senyum sampai balik wajah
hahahahaha.....
sweet....
sgt manis...
bahagia....
saya suka saya suka
jom nyanyi lagu happy...
U are my sunshine my only sunshine
U make me happy when skies are grey
You'll never know dear
How much I love you
Please don't take my sunshine away
ngeeeee....
eh dh stop?
boleh jelaskan
stop sbb exam
ke sbb nk ke novel????
ke lps exam, nk sambung lagi???
ke akan habis di blog???
ke agaimana???
konpius sesanggat ni
tolong bagi cik hati saya ni
cool sikit...
plzz dont take my sunshine away
yg ni kena jawab ngan terang dan nyata ya cik illa..
please....
lah.. cite ni ending dy mcam ni? at least bt sampai dy kawen ok dah.. uwaaaaa.. nk minx smbung sket.. ni t'gantung giler ni.. ke ade nk jdi bku ek ape ke???
Habis dekat blog sampai sini je. InsyaALLAH kalau ada rezeki nak bukukan walaupun tak tahu lagi bila. apa2 info nanti illa bagitahu. tq
finally , nick dah clear up semua . baru tahu nak bezakan langit tu tinggi ke rendah julia dg miss fina tu . kembang setaman si wanda . haha . thumbs up ! good luck sis for final paper !
owh...SAYANG....akan rindu dengan Nick dolah n Wan senah dah....bye2 will miss u 2 ....kpd tukang karang cite..selamat berjaya dlm exam neh...nanti siapkan cepat mss depa 2 ni tau CHAYOK2!!!GANBATTE NE!!!
Sib baik sayang ada.. Klu tak ssh i...
Lega .... seb bek nick dh leraikan suma heheheh
kalau dibukukan wajib beli...
ALA TAKKAN NAK STOP KAN DOLLAH NGAN SENAH, MESTI RINDU DENGAN DORANG NANTI...
Tak tau la berapa kali baca bab ni hahahaha tak terkira lg berapa kali refresh setiap hari kot2 ada entry baru hahahaha
Illa kalau keluar buku war2kan ya...cerita yg menarik. Tq, slamat menghadapi final exam. Good luck
sumpah nick comel gila....!!!!!!!!!! saya da marathon dri 1 till 28..... serious best gila... klau ad buku confirm beli :D
Post a Comment