Krabi Trip Part 1

Assalamualaikum!

Lama sungguh tak jumpa! Hai! (Lambai-lambai tangan)

Sangat-sangatlah sibuk sampaikan trip bulan lepas punya baru sekarang boleh update(padahal alasan je tuh. Hah ha)



Okay, berbalik pada tajuk, itu hari illa ada ikut trip MalindoAir untuk pertama kalinya ke Krabi. Walaupun pernerbangan pertama ke Krabi, landing dia dekat Krabi Airport aritu memang terbaik! Tak pernah rasanya illa nak flight yang landing smooth macam tu.

Memang siap jenguk dekat tingkap, tengok dah mendarat ke belom. Dasyattt...

Hobi tiap kali dalam flight, duk tepi tingkap, pandang luar. Perasaan dia tu susah nak bayang. Hohoho

Lagi satu yang best, sebab sepanjang dalam flight tu, kami diberi ni for free!

Jadi, memang tak bosanlah nak tunggu sejam lebih perjalanan tu. Boleh makan beskot cecah kopi sambil berangan pandang luar tingkap. Heh.

Dekat Airport Krabi, kami naik van terus ke Tiger Cave. tak jauh pun dari airport. Kalau nak terus pergi Aonang(kawasan tepi pantai tempat yang banyak hotel dan hostel) pun boleh. Tapi sebabkan memang dalam tentatif ada Tiger Cave, memang kena pergi jugaklah.

Kalau tak silap, dari airport ada jugak bas yang pergi Aonang. Tak mahal pun sebab bas tu jenis bas yang berhenti banyak tempat. 

Dekat Tiger Cave ni memang cantik jugak (kalau panjat tangga ke atas). Dekat bawah tu pun boleh tahan jugak cantik dia. Tapi kena jaga jaga dengan monyet yang memang berkeliaran sesuka jiwa sambil bawak anak dekat sana.

Heh he.



Nampak tu, 1237 anak tangga ke atas. Ada bran?
Tapi kalau rajin, memang kena naik sebab view dia sangat cantik (orang la cakap. HAHAHA)




Tak lama pun dekat Tiger Cave, kami terus pergi dekat Aonang. Dekat Aonang ni memang kawasan pelancong. Semua hotel dari satu bintang sampai lima ada dekat situ. Backpakers house pun berlambak. Jadi, rasanya kalau nak gamble pergi je boleh. Memang memang bersusun rest house dekat sini.

(Tapi kalau musim cuti baik tempah dulu kot. Kang tak dapat tempat tidur, naya. Heh he.)



Kitaorang duduk dekat Hotel Krabi La Playa. Sangatlah best sebab wifi bersepah (ini yang penting) HAHAHA. Dan jugak, hotel ni memang depan pantai je. Tak jauh pun jeti untuk ke pulau-pulau. Jadi, memang strategiklah.

Okey, kejadian esoknya nanti sambung lain post.

Tata!

Comments

Anonymous said…
Sepupu akk pn baru balik dr krabi...dpt la souvenir keychain ngn freeze magnet hehe..
~noriatul~
LindaF said…
2nd time i pegi Krabi. I was stay La Playa. I sukaaa gila hotel ni ! haha bilik besar gila and and dekat je nak keluar gerai makan yg sedap2 depan jalan besar tu..... =)
IllaShanahila said…
Knoriatul-yeah. Tampal dekat peti cepat. Hohoo
IllaShanahila said…
LindaF- Bilik besar kan? Bestt. Hehehe. Mmg boleh jalan kaki je kalau keluar dari hotel.