Krabi Trip Part 3 (Krabi River)

Assalamualaikum!

Kali ni illa nak cerita pasal penjelajahan ke Sungai Krabi yang jarang-jarang pelancong pergi. Tapi percayalah, dekat sini sangatttlah tenang dan sejuk mata memandang. Heh heh heh.

Penjelajahan ni nama dia Knabnam View atau Krabi River Tour ni dengan menaiki longtail boat. Awal pagi dalam pukul 9 macam tu kitaorang semua dah ready dekat jeti di Bandar Krabi. Jeti ni memang khas untuk river tour aje. Jeti nak ke island hopping lain.




Masing-masing mula masuk dalam long tail boat yang boleh muat lebih kurang 6 orang satu bot. Naik bot ni memanglah sangat osem sebab boleh feeling feeling sambil layan alam sekitar gitew. Kehkehkeh.








Memang bes menyusuri sungai ni sebab sungai dia tenang je dan dikelilingi bukit dan pokok bakau yang sangatlah cantik.

Dari jeti, lebih kurang sepuluh minit kami dah sampai dekat Bat Cave. Dalam Bat Cave ni memang banyak bat yang tido. Tapi kena perati elok-elok la sebab dia bergayut nun di dinding gua. 


Saja nak tunjuk signboard. Paham nya tidak. Kehkehkeh



Yang hitam hitam tu la kelawar yang memang tido siang hari. Ini dekat atas yang dah di zoom berapa ratus kali. Itu pun tak clear jugak. Jadi maknanya gua ni memanglah besar dan tinggi.


Segala bentuk yang jadi dati batu kapur dalam ni memang nampak scary. Sangat. Hah ha. Tapi sebab siang, tak adalah rasa takut mana.

Bat Cave ni luas. Tak adalah kena merangkak pun. Dalam ni, memang setiap pelusuk ada cerita sendiri. Siapa yang cerita? Mestilah Tourist Guide kami. =)




Yang pakai topi merah tulah tourist guide kami. Sangat sporting (kebanyakan tourist guide yang illa jumpa semua sporting). Dia layan je kalau orang suh ambik gambar. Macam dia pulak yang terlebih pose jadik photographer. Heh he.




Macam yang illa cakap tadi, tak perlu merangkak pun nak masuk. Naik je tangga, sampai!
Ini lah lebih kurang dalam gua tu.. Memang besar.Masa masuk tu rasa duk dalam alam lain pun ada.






Dalam satu jam duk ulang alik tengok apa ada sambil dengar cerita, Kami pun naik balik bot pergi basahkan tekak dan makan dekat restoran terapung tengah-tengah sungai tu. Yang paling penting, restoran ni halal!







Dah habis makan, tanpa menunggu walau sesaat kami terus naik bot balik. Masing masing dah tak sabar nak terjun laut!




Masa perjalanan balik pulak, bot akan lalu dekat celahan pokok bakau. Memang best masa ni sebab redup je.


Oke, habis pasal River Tour. Island hopping, here we come!!











Comments

noraitusaya said…
Blh tnye brp lama tour ni? Brp harga dan mana blh beli pakej ni?