Bohol Trip: Bike Zipline di Chocolate Hills

Assalamualaikum!

Hari pertama dekat Bohol, kami terus dibawa ke Chocolate hills. Chocolate hills nih sebenarnya taburan lebih 1260 bukit di seluas 50 kilometer persquare.



Hah, banyak, kan? Memang tersangatlah cantik. Nama bukit ini pun diberi sebab bentuk bukit ni berupa coklat kisses kalau musim kering. Kalau musim hujan, bukit dia warna hijau. Macam yang illa tengok itu hari.

Ha,lagi satu tempat yang tak cliche dengan pulau lain, kan?

Sebenarnya ada beberapa tempat view deck dekat chocolate hills nih, tapi yang kitaorang pegi ni di view deck Chocolate Hills Adventure Park (CHAP). Sebab apa, sebab kitaorang nak cuba buat Bike Zipline!!




Okey, Bike Zipline nih tersangatlah osem! Sebelum pergi sana lagi, memang illa ada google tempat tempat dekat sana. Bila tengok gambar orang buat Bike Zipline ni, memang hati dah melonjak lonjak nak try. Dan,, bila sampai sana, yeay!! Berjaya jugak buat!



Nampak tak kite berbasikal dekat atas tali dengan latar belakang taburan beribu bukit coklat?? Hohoho. Tempat lain tak ada, sini aje.... >_<



Walaupun dengan lutut menggeletar, berjaya jugak lepaskan dua-dua tangan disebabkan sekeping gambar yang sangar berharga nih. Berjaya!




Memang sangat best buat Bike Zipline ni. Walaupun awal-awal tu kaki terketar-ketar sampai tak boleh nak kayuh, tapi bila dah kena pusing balik, automatik dah rasa okay. Pusing balik? Haah. memang kena pusing balik. Sebabnya, kalau dah naik basikal tu, memang tak ada cara lain dah nak turun kecuali korang kena pusing balik ke tempat asal. Kehkehkeh. Nampak tak permainan dia?

Jarak dia 550 meter (ulang alik) dan tinggi lebih kurang 100 kaki.

Amacam, ada bran? Kehkehkeh.

Jangan risau sebab sebelum buat tu, diorang akan check blood pressure dulu. Dah sesuai atau normal baru boleh buat.

Oh ye,alamat Bike Zipline ni adalah...



Chocolate Hills Adventure Park (CHAP)
Camanayon, Brgy. Buenos Aires, 
Carmen, Bohol, 
Philippines.
chocolatehills_adventurepark@yahoo.com

Nak tahu apa lagi yang tak cliche dekat Bohol? Tunggu next entry ye >_< Babai!

Comments

Anonymous said…
Seronoknye..!!!
~noriatul~