Bohol Trip: Loboc River Cruise

Assalamualaikum!

Hai, 

Illa nak sambung cerita pasal trip Bohol itu hari memandangkan ramai yang ada menda apa yang best nya dekat situ?

Jangan tak tahu, dekat Bohol memang banyakkkk sangat benda best yang boleh dibuat. Yang pastinya, tak cliche pun dengan mana-mana pulau lain. =)

Dah tau yang kitaorang pergi Manila dulu sebelum naik flight domestik ke Tagbilaran, kan? Jadi, jom tengok apa yang ada dekat Bohol. 

Oleh sebab flight kami dari Manila pukul 7 pagi, jadi pukul 8 lebih kitaorang dah jejakkan kaki dekat Tagbilaran. City of Friendship katanya.

Tapi, memang betul pun sebab orang orang dekat Bohol ni tersangatlah peramah. Lagi satu, tour guide kami, Eric cakap dekat sini hampir zero jenayah. Sebab pulau ni tak besar mana, jadi semua orang kenal sama sendiri.

Meh tengok sikit peta Bohol ni.


Sampai aje dekat sana, kami dibawa terus ke rumah governor dekat Bohol ni. Memang tiptop sungguh layanan. Tuan Governor pun sangatlah humble dan sporting. Dekat kediaman Tuan Governor ni, kami sempt try makanan tradisi dekat sini 

ini dia...


Yang atas tu macam keropok ubi, yang bawah adalah Putu Maya, rasa dia macam pulut merah.

Dah nak balik tu, sempatlah bergambar dengan gabenor yang sangat peramah ni. Kata dia, tinggal di Bohol seaakan bercuti setiap hari. Dengar tu je, kitaorang semua tak sabar nak jelajah Bohol!




Loboc River Cruise




Loboc River Cruise terletak di Loboc, lebih kurang 25 kilometer dari bandar Tagbilaran. Loboc River Cruise ni sebenarnya cruise untuk makan tengah hari dengan tema 'All You Can Eat' di atas bot yang diperbuat dari buluh. 

Apa rasa dia?

Best!!



Disebabkan makanan dekat situ diragui halal, illa memang tak makan pun. Isi perut makan pisang aje, itupun dah boleh kenyang. Tapi takpe, permandangan di sekitar sungai Loboc ni tersangatlah menarik.

Apa yang uniknya, sambil makan, pelancong akan dimeriahkan dengan nyanyian macam-macam jenis lagu yang dinyanyikan live! Bayangkan dengan angin menderu-deru, dengan makanan atas meja dan lagu renggea, memang tersangatlah rasa mood cuti =) 








Perjalanan dalam bot ambik masa lebih kurang satu jam. Bot akan patah balik bila sampai di air terjun kecil yang mana bot dah tak boleh nak lalu dah. 






Lama jugak bot berhenti dekat sini. bagi peluang dekat pelancong untuk ambil angin, ambil gambar dann jugak rilek rilek kejap. Waktu patah balik, bot akan berhenti di beberapa jeti contohnya di jetty ini....





Dekat sini, orang tempatan akan menari, menyanyi dan buat persembahan untuk menyambut para pelancong, yakni, kamilah. Memang sangat awesome!




Best. kan?

Diorang semua tersangatlah friendly. Kebanyakan yang menari dan main musik dekat situ adalah warga mas. Rasa sayu je tengok pakcik-pakcik baya ayah kita main gitar dekat sini T_T

Harga untuk seorang kalo pergi individu adalah lebh kurang 300 peso. Kalau dengan grup, selalunya ini akan termasuk dalam pakej. =)

Okey, apa lagi yang best dekat Bohol? Tungguuuuu entry seterusnya!

Thanks!

***************************************************************


Jom sama-sama kita tolong mangsa banjir Kelantan, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain. Sumbanglah apa yang termampu walaupun sepotong doa. =)


Sumber: Gambar Facebook 


Comments