Wednesday 28 August 2019

Day Trip Pulau Perhentian



Kali ketiga ke Pulau Perhentian, aku cuba untuk buat kerja gila untuk buat day trip je.  Sebenarnya, untuk sesiapa yang tinggal area Kelantan dan Terengganu, nak buat day trip ke Pulau Perhentian ni boleh sangat. 

Cuma iyalah, mungkin akan penat sikit. Tapi untuk trip aku kali ni, trip lek-lek je. 


Permandangan dari Kincir Angin Pulau Perhentian


Bermula awal pagi, pukul 8 lagi kami dah terpacak di Jeti Kuala Besut. Pekej satu hari ini adik aku yang cari. Harga, RM 90 seorang. Itu kira standard harga termasuk harga bot pergi dan balik, snorkeling 5 tempat, kincir angin, jaket keselamatan dan juga goggle untuk snorkeling.

Bayaran masuk ke taman laut (RM5 seorang) dan makan minum, tidak termasuk. 



Jeti Kuala Besut

Nampak ramai, kan? Tapi sekejap je. Dah hantar ke jeti, group yang ikut pergi snorkeling tak ramai mana pun

Mula-mula, kami akan dibawa terus ke Jeti Long Beach. Dekat sini, free and easy activity yang mana kami pilih untuk panjat ke Kincir Angin. Nak memanjat ke atas, adalah memakan masa 20 - 30 minit macam tu. Bagi yang biasa hiking, tak susah mana pun. 

Kawasan tangga kincir angin ni dah uzur dan rosak. Katanya, tempat ini bukan untuk pelancong namun, disebabkan kawasannya yang cantik, secara tak langsung, tempat ini jadi fokus utama pelancong yang datang ke Pulau Perhentian. 

Sekarang katanya kawasan ini dah ditutup dan dilarang masuk. 


Kincir Angin 


    

Turun dari kincir angin, kitorang terus buka bungkusan makanan yang kitorang bawa dari jeti. Beli dekat Jeti Kuala Besut je, senang. Macam-macam nasi bungkus ada. 

Kitorang singgah dekat salah satu kedai yang ada di Long Beach ni, tumpang makan dan order air kat sana. Nasib baiklah bawa bekal awal awal. Teh O ais pun RM8 oiii...

Kenyang makan, rehat-rehat kejap lepas tu jalan sekitar long beach sementara tunggu abang bot datang ambil. 












Tepat jam 2 petang, abang bot datang dan bermulalah sesi snorkeling pulak. Snorkeling kat Perhentian ni memang takkan pernah jemu. 

Air dia jernih, ikan cantik, coral cantik. Nak pulak, penyu pun peramah je siap timbul ke atas bila bot sampai. 

Lama jugaklah sesi snorkeling sehinggakan yang tempat last sekali tu aku sendiri pun dah penat berenang. 












Trip habis pukul 6.00 petang. Waktu tu pun, langit dah gelap, nak hujan. Abang bot terus panggil semua naik dan yang bermalam, abang bot hantar dulu kat jeti masing-masing, yang day trip macam aku, terus balik ke Jeti Kuala Besut.

Sampai kat jeti, pakaian yang basah pun boleh kering sebab angin kuat sangat. 

Overall, best jugak day trip ni. Tapi kalau dari jauh, memang kena bermalam lah at least dua malam. Barulah puas hati. 


Tips: 
Cara paling senang untuk ke Pulau Perhentian dari KL
       - Naik bas malam dari TBS, berhenti di Kuala Besut. Jeti tak jauh dari stesen bas. Boleh jalan kaki sahaja. 

        - Naik flight awal pagi ke Kota Bharu. Jika korang dah tempah di mana-mana pakej, boleh minta van ambilkan di airport dengan bayaran tambahan.

***



No comments: