Friday, 11 October 2019

Apa Yang Menarik di Sepilok, Sandakan?

Hai! Masih post berkenaan Sabah, kali ni aku nak bawa korang jalan-jalan ke Sandakan.

Sandakan dikenali sebagai Bandaraya Alam Semulajadi yang  kaya dengan pelbagai tempat menarik. Bila dah sampai Sandakan, memang tak sah kalau tidak ke Sepilok. Apa yang menarik dekat Sepilok ni?

Banyakkkk sebenarnya, tapi kali ni aku nak highlightkan tiga tempat saja.

1. Orang Utan Rehabilitation Centre

Umum tahu, di Sepilok inilah terletaknya Orang Utan Rehabilitation Centre, iaitu tempat di mana pelancong boleh tengok orang utan secara dekat!

Melalui laluan kayu yang disediakan, kita akan terus ke platform tempat memberi makan orang utan dan juga ke outdoor nursery.


Pintu masuk

Dah dapat tiket!



Cuba teka diaorang snap gambar apa?



Inilah platform yang akan bawa korang terus ke platform beri makan orang utan. Waktu beri makan orang utan adalah setiap jam 10 pagi dan juga 3 petang.



Menunggu orang utan muncul


Selain platform beri makan orang utan, ada juga outdoor nursery yang terletak di dalam bangunan tak jauh dari platform tadi.

Di outdoor nursery ini, korang boleh tengok macam mana orang utan diasuh dan diajar tentang kehidupan luar sebelum dilepaskan ke hutan sebenar.












Disebalik cermin

Sekali lagi melalui jalan kayu ini untuk keluar



Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre ini juga ada sediakan tempat untuk solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang akan memaparkan video yang berkaitan, cafe dan juga tandas.


Waktu operasi Orang Utan Rehabilitation Centre

Sabtu - Khamis (9.00 Pagi - 12.00 Tengahari & 2.00 Petang - 4 Petang)
Jumaat (9.00 Pagi - 11 pagi & 2.00 Petang - 4.00 Petang

Waktu Orang Utan diberi makan 
10.00 pagi dan 3.00 petang


Harga Masuk: Dewasa - MyKad RM5 /  Pelancong RM30

                         18 tahun & kebawah - MyKad RM2 / Pelancong RM15



2. Bornean Sun Bear Conservation Centre


Setiap kali sebut sun bear, mesti rasa nak nyanyi je lagu iklan mentega kacang Sun Bear tu! Hah ha.. Okey, kalau nak tahu, sun bear ini sebenarnya spesis beruang yang paling kecil di dunia. Nama lain sun bear ni adalah beruang matahari ataupun dipanggil juga beruang madu. 

Sun bear semakin pupus dek pembalakan dan penerokaan hutan yang berleluasa jadi, pusat pemuliharaan ini bertujuan untuk menyelamatkan populasi sun bear yang masih ada. 

Bornean Sun Bear Conservation Centre ini terletak bersebelahan sahaja dengan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Jadi, selepas tengok orang utan, korang boleh terus jalan ke sini untuk tengok sun bear pula. 









Bayaran masuk

Tangga untuk naik ke platform

Kami Diberi Penerangan oleh Dr. Wong

Kami semua bertuah kerana Dr. Wong, pengasas Bornean Sun Bear Conservation Centre sudi luangkan masa untuk  bercerita tentang sun bear di dunia dan juga yang ada di sini. Banyak benda yang aku tak tahu pasal sun bear ni jadi waktu inilah waktu yang sesuai untuk berkenalan dengan beruang yang paling kecil di dunia ni.







Sun bear spotted!






Memang comel! 
Tapi harus ingat, secomel-comel sunbear ni, ia tak sesuai dijadikan haiwan peliharaan tau.



3. Rainforest Discovery Centre (RDC)





Rainforest Discovery Centre atau Pusat Penemuan Hutan Hujan ini adalah salah satu tempat perlancongan yang ada di Sepilok. Paling menarik dekat sini, korang boleh belajar lagi kepentingan dan keunikan hutan Borneo yang ada dekat sini.

RDC ini juga adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Kabili-Sepilok iaitu Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang terkenal dengan pusat pendidikan alam sekitar di Negeri Sabah.











Antara kemudahan yang boleh didapati di Rainforest Discovery Centre ini adalah kemudahan Exhibition Hall, di mana pengunjung akan diberikan maklumat tentang perbezaan dan keunikan hutan di Sabah dan juga haiwan-haiwan yang hidup di sini. 

Ada juga Plant Discovery Garden, iaitu salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh peminat tumbuhan kerana di sini terdapat lebih 250 spesis orkid, pitcher plants atau dengan mana lain, carnivorous plant iaitu periuk kera, tumbuhan yang hidup di gurun, tumbuhan yang hidup dalam air, dan banyak lagi. 

Rainforest Discovery Walk, berjalan sambil belajar tentang ekologi hutan hujan  dan biodiversiti dan paling terbaru, Canopy Walkway yang sepanjang 347 meter dan setinggil 25 meter dari bawah tanah. 

















Canopy Walkway ini juga tempat yang terbaik untuk pencinta burung untuk mendapatkan permandangan terbaik lebih 300 spesis burung yang ada di sini termasuklah burung enggang atau hornbill, pittas, kingfishers dan juga Bornean bristlehead atau burung tiong berkepala merah. 






Bagi aku, aku suka datang sini sebab suasana dia nyaman dan tenang gila. Boleh hilang segala stress bila tengok kehijauan dan landskap yang ada di sini.


Alamat:

Rainforest Discovery Centre, PO Box 1407, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon: 

+6089-533 780/ 533781

Waktu operasi

Dibuka setiap hari : 8:00 pagi hingga 5:00 petang

Bayaran Masuk:

Warganegara - Dewasa RM 7.00
Kanak-Kanak RM 3.00

Bukan Warganegara - Dewasa RM 15.00
Kanak-Kanak RM7.00

Kanak-kanak di bawah 5 tahun, masuk percuma. 



Jadi, jika dah sampai Sandakan tu, jangan lupa untuk singgah ke tiga-tiga tempat ini. Hutan Borneo kita ini banyak menyimpan khazanah yang sangat berharga, jadi terokailah. =)


***

Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)

2 comments:

Sunah Sakura said...

haiii saya rindu awak lahhh sama macam saya rindu sepilok!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita pun rinduuuu