Bagi yang ikut post aku tentang trip aku ke Sabah sebelum ni, pastinya dah tahu yang hari pertama dan hari kedua di Sabah aku menginap di Tabin Wildlife Resort dan juga Myne Resort.
Untuk hari seterusnya di Sandakan, aku berpeluang menginap pula di Hotel Sandakan yang terletak di Town Centre, Sandakan.
Waktu aku ke sana, Hotel Sandakan sedang dalam proses renovation, tapi yang bagusnya, masih selesa untuk diinap.Dan langsung tak ada bunyi bising yang mengganggu. Semua gambar bilik hotel ini adalah dari website Hotel Sandakan.
Ini bilik Superior Twin yang jadi tempat tidur aku selama dua malam selesa untuk dua orang.
Bagi aku, lokasi Hotel Sandakan ini sangatlah trategik. Kenapa strategik? Hotel ini ada di tengah-tengah bandar Sandakan, dan hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan terbang Sandakan.
Yang paling best, keluar sahaja dari hotel, korang boleh berjalan kaki ke Pasar Besar Sandakan dan ke bandar Sandakan yang jaraknya kurang 500 meter dari hotel. Serius, sangatlah strategik!
Nak ke Harbour Mall Sandakan juga boleh jalan kaki aje. Nak lepak di tepi laut pun boleh. Senang kata, tak perlu nak susah-susah booking grab atau naik teksi untuk ke bandar Sandakan.
Jom aku bawa korang jalan-jalan sekitar bandar Sandakan!
Masjid Jamik |
Hello there |
Mini Hong Kong |
Old but gold |
Hi Ewen! =) |
Sandakan Central Market |
Ikan kering anyone? |
Satu pusingan je tak cukup bila masuk Pasar Umum Sandakan atau Sandakan Central Market ni. Mesti nak dua tiga kali pusing. Nak-nak bila banyak barang yang nak dibawa balik semenanjung. Kejap nak ikan bilis la... kejap nak ikan kering la... gelang mutiara nak, brooch mutiara nak, t-shirt dari Sandakan pun nak!
See you again, Sandakan. |
Jadi pendek kata, kalau nak ke Sandakan, Hotel Sandakan memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Harga pun sangat berpatutan. Selesa memang selesa! .
Untuk harga dan bilik-bilik lain yang ada di Hotel Sandakan ni, korang boleh terus ke website dia dekat sini.
HOTEL SANDAKAN
Block 83, Town Center, 4th Avenue, 90000 Sandakan, Sabah Malaysia
+60-89221122
***
Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association.
Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)
5 comments:
Kalau Sis ko yang dapat tido Hotel sini, memang maunyaa laaa Sis ko merayap tetengah bandar tu hehehe...
sepatutnya malam last tu kita merayap aje kannnn
Part ni akak suka sebab apa tau..sebab dapat shopping keperluan yang mungkin takde kat semenanjung
Hahahhaa.. Kelako baca bab yang semua nak beli tu.. Kalau boleh nak angkut satu pasar, sedar2 duit tinggal. Doploh hengget 😂😂😂
Sis Lin
Memang syok merayap area bandar ni. heee~
Sunah Sakura
Itula kak. Patut merayap je habis habisannn malam tuu
Suria Amanda
Betul! Bila fikir banyak yang tak dapat kat semenanjung, memang pejam mata je shopping =)
Seri Kandi Di Tanah Jauhar
Hahaha tahu takpe! Paling ralat, tak shopping kerongsang mutiara tu banyak-banyak!
Post a Comment