Seminggu dah aku balik dari trip Hua Hin, tapi soalan pasal Hua Hin masih melimpah dalam ruangan DM, PM dan WhatsApp. Sejak Airasia buka route terus ke Hua Hin, makin ramai rakyat Malaysia ambil peluang untuk ke sana.
Bagi aku, memang berbaloi.
Nampak gambar kami seolah olah ada di Santorini, Morocco, New Zealand, Venice, tapi tidakkk.. Semua suasana itu kami dapat di Hua Hin.
Walaupun dengan cuaca sedikit panas (panas terik sebenarnya) tapi Hua Hin dan kawasan sekitarnya seperti Cha Am, Phetchaburi memang sesuai dijadikan salah satu tempat untuk korang lawati.
Jom aku kongsikan itinerari penuh sepanjang aku di sana.
Day 1 (28 October 2019)
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hua Hin
- Hotel B2 Hua Hin Premier
- Stesen Keretapi Hua Hin (Hua Hin Railway Station)
- Makan tengah hari di kedai makan Halal, depan stesen keretapi Hua Hin (lupa apa nama kedai. Tapi ada logo halal.)
-Rajabhakti Park
-Plearnwan Market
-Plearnwan Market
-Hua Hin night market
-Beraduuuuu
Hari pertama, sampai saja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hua Hin, kami terus beli simcard. Korang yang belum ada simcard Thailand macam kami, boleh beli simcard terus di sini. Kami beli satu kongsi hotspot untuk jimat. Line dia memang laju dan cukup untuk 5 hari dekat sana. Harga 240 baht untuk satu simcard. (Mahal! hohoho)
Dari airport, kami gerak naik teksi pergi hotel. Grabcar tak boleh masuk dalam kawasan arrival, jadi teksi sajalah pilihan yang ada. Harga? 300baht. mahal jugalah, tapi still okay sebab kami share 4 orang.
Gambar dari Agoda.com |
Gambar dari Agoda.com |
Kami menginap di hotel B2 Hua Hin Premier, bukan di tepi jalan besar, jadi sedikit tersorok ke dalam. Hotel ni hotel baru, cantik dan besar. Bilik dia selesa untuk 4 orang. Sangat-sangat selesa sebenarnya. Kalau korang jenis cepat lapar malam-malam, hotel ni mungkin tak sesuai sebab kena jalan jauh untuk ke 7E atau kedai makan yang berhampiran.
Disebabkan kami sampai pagi, jadi masih belum boleh check in. Kitorang tinggalkan semua beg baju di lobi dan terus keluar ke Stesen Kereta Api Hua Hin.
Dari hotel, kami gerak ke stesen guna Grab Car. Kat sini memang senang dapat Grab Car walaupun hotel kami agar tersorok sikit.
Kami beli tiket keretapi ke Bangkok jam 6 pagi dan balik semula ke Hua Hin jam 10 malam. Harga tiket ke Hua Hin - Bangkok, (Rapid Train), 152 baht. Tren ni open air. Free seating dan memang tak selesa sangat, tapi bolehlah demi pengalaman.
Balik ke Hua Hin, kami beli tiket tren Special Express, harga 412 Baht. Tren ni tersangatlah selesa dan perjalanan ambil masa 3 jam lebih je.
Yang ni aku akan ceritakan kat bawah nanti.
Jom layan permandangan sekitar Stesen Kereta Api Hua Hin.
Balik ke Hua Hin, kami beli tiket tren Special Express, harga 412 Baht. Tren ni tersangatlah selesa dan perjalanan ambil masa 3 jam lebih je.
Yang ni aku akan ceritakan kat bawah nanti.
Jom layan permandangan sekitar Stesen Kereta Api Hua Hin.
Selesai beli tiket, kami jalan ke depan sikit, makan tengah hari di restoran halal yang ada di depan stesen kereta api. Rezeki kitorang, waktu makan tu, salah sorang pekerja kat situ ada kenalkan dengan sorang abang yang buat sewa kereta dan driver untuk pelancong. Paling best lagi, diorang pandai cakap melayu (kelate kalau nak dikhususkan lagi) =)
Jadi kami kumpul je semua contact yang kami dapat. Abang teksi yang bawa kami dari Hua Hin Airport tadi pun ada bagi contact number. So kami kumpul dulu, fikir kemudian sebab esoknya kami nak ke Bangkok, jadi tak perlu lagi driver di Hua Hin.
Habis makan, kitaorang gerak pula ke Rajabhakti Park. Dekat sini ada sejarah tentang raja-raja Thailand yang terdahulu.
Sini tak ada aktiviti sangat. So sightseeing je la. Dengar pemandu pelancong dia bercerita pun, tak faham sebab dalam bahasa Thai. Hehehe. So kami enjoy the view je. Entrance fee, FREE.
Seterusnya kami ke Plearnwan Market. Market kat sini lebih kepada barang-barang rare. Harga pun agak mahal sikit. Jadi kami tak beli apa-apa pun, jalan je dan ambil gambar. Kat Plearnwan Market pun boleh tahan lawa.
Dah hampir petang, kami balik ke hotel. Check in, bersiap, rehat sikit dan lepas maghrib, kami gerak ke pasar malam Hua Hin. Macam biasa, masih menggunakan Grab Car.
Kat pasar malam ni, kami banyak jalan-jalan tengok barang je. Sebab masih tak tahu nak shopping apa. Dan paling best, shopping makanan dekat 7e sebelum balik hotel untuk bekal ke Bangkok esok pagi.
Day 2 (29 October 2019)
- Ke Bangkok
-MBK Shopping Centre
-Makan tengah hari di Yana Restaurant (Dalam MBK Shopping Centre)
-Grand Palace (Tak jadi sebab sampai je, pintu depan tutup)
-Wat Arun (50 baht)
-Chao Phraya Tourist Boat Trip (60 baht one way)
-Icon Siam
-Asiatique
Hari kedua, pagi-pagi lagi kami dah booking Grab Car untuk ke stesen keretapi Hua Hin. Pengalaman naik keretapi 'open air' ni memang tak boleh lupa. Dia macam tren antara bandar, dia akan berhenti pada setiap stesen, jadi perjalanan makan masa lama, dekat 5 jam!
Keadaan dalam tren |
Stesen Kereta Api Bangkok |
Sampai di Stesen Bangkok, kami terus naik Grab ke MBK Shopping Centre. Tujuan utama, makan! Mana lagi kalau bukan di Yana Restaurant. Dulu, tahun 2015, dekat restoran ni la aku terserempak dengan Dato Sri Vida. masa tu dia tak femes sangat lagi. Hohoho.
Selesai makan, kitaorang shopping sikit dekat situ dan terus ke Grand Palace. Kat sini kitorang ralat sikit sebab bila sampai depan pintu utama, kitaorang duk ambil gambar sana-sini sehinggakan waktu nak masuk, pintu ditutup!
Woi, lima jam tau tahan sakit punggung duk dalam tren semata-mata nak ke Grand Palace ni. Sekali sampai sampai je tutup??
Kat sinila gelojoh ambik gambar banyak-banyak. Last-last pintu Grand Palace tutup! |
Depan Grand Palace |
Woi, lima jam tau tahan sakit punggung duk dalam tren semata-mata nak ke Grand Palace ni. Sekali sampai sampai je tutup??
Untuk pelancong, dia tutup jam 3.30 petang. Untuk warganegara Thai, dia tutup jam 4. So, bengkak je hati tengok orang Thai masih boleh masuk, tapi kitorang tersadai depan pintu. Wuwuwuwuw. Malas nak panjangkan sakit hati, kitorang ke plan B (yang tiba-tiba muncul), gerak ke Wat Arun naik teksi.
Sampai di Wat Arun, terpujuk jugalah hati ni. Bayaran masuk Wat Arun, 50 Baht je. Kat sini cantik sangat. Tapi kelemahan dia, ramai orang. Penat jugalah bergaduh dengan pelancong lain yang lalu-lalang untuk satu gambar. Hohoho.
Dari Wat Arun, kami naik Chao PhrayaTourist Boat Trip untuk ke destinasi seterusnya. Thanks to Sis Lin sebab cadangkan Boat Trip ni. Best rupanya. Berpatutan pula tu. Memang tak puas naik pergi satu lokasi je. Kalau ada rezeki ke Bangkok lagi, aku nak naik All Day pass Chao Phraya Tourist Boat Trip ni. Menarik oooo..
Awal-awalnya, kami nak pergi terus ke Asiatique, tapi kami melencong ke Icon Siam. Best lepak sini sebab angin dia bagi kami ketenangan selepas seharian berjalan dari Hua Hin dan malam tu pulak ada pertunjukan air pancut. Lawaaaaa
Dalam Tourist Boat |
Depan ICON Siam |
Asiatique |
Habis melayan perasaan di ICON Siam, kitorang ke Asiatique dengan Grab Car.
Kebetulan waktu Grab Car berhenti di tepi jalan masuk ke Asiatique, kami nampak satu kedai kopi dan kedai makan halal. Apa lagi, kitorang terus bungkus dan makan di Asiatique.
Pukul 10 malam, kami naik tren dari Stesen Bangkok ke Hua Hin.
Stesen Kereta Api Bangkok |
Kerusi selesa, aircond dan ada stewardess wei! |
Juga disediakan selimut sorang satu. |
Day 3 (30 October 2019)
- Hua Hin View Point
-1000 Sook (50 baht)
-Phra Nakhon Khiri Khan Palace (150 baht sekali dengan return trip cable car)
-Santorini Park (150 baht)
-Swiss Sheep Farm (150 baht)
-The Venezia (400 baht all in)
Hari ketiga, kitorang pilih khidmat Abe Dee Dee untuk bawa kami pusing Hua Hin.
Abe Dee Dee dari Pattani dan padai cakap kelate. Senang nak berurusan dengan dia. Hari pertama pun dah boleh masuk. Sporting. Dia yang bersungguh-sungguh nak ambilkan gambar kami walaupun tak minta pun. So sangat recommended.
Hua Hin View Point, best. Boleh nampak Hua Hin dari atas bukit.
View Point |
1000 Sook pula, tempat macam nama dia, seribu kegembiraan, banyak benda yang boleh dibuat di sini. Permandangan dekat sini pun lawa giler. Memang banyak port bergambar dan aktiviti yang boleh dibuat termasuklah bagi makan kambing biri-biri dan juga bagi makan arnab.
Phra Nakhon Khiri Khan Palace pula sangat berbaloi. Terletak di Phetchaburi, jauh sikit dari Hua Hin.Tempat ni sangat besar. Kitorang jalan separuh tempat je. Memang cantik sangat binaan dia. Istana lama tinggallan raja-raja terdahulu.
Cable car untuk naik ke atas |
Singgah makan tengah hari di kedai ni, berhampiran dengan Santorini Park sebelum teruskan perjalanan. Makanan sedap dan murah. Apa yang kami order? mestilah tomyam!
Seterusnya, Santorini Park, Swiss Sheep Farm dan The Venezia yang sememangnya ada kelebihan masing-masing. Tempat - tempat ni memang cantik sangat. Dekat The Venezia ada surau. Boleh solat kat situ.
Santorini Park
Permandangan di sini betul betul macam Santorini! Pandai sungguh dia orang cipta suasana.
Swiss Sheep Farm
The Venezia
Day 4 (31 October 2019)
-Bam San Roi Yot (200 baht)
-Memory House Cafe
-Camel Republic (150 baht)
-Mrigadayavan Palace (30 baht)
-Chatsila Market
Hari keempat, awal pagi lagi kami gerak ke National Park. Perjalanan sepatutnya dalam 45 minit je tapi sesat kejap sebab abang tu tak pernah pergi sama. Kitoranglah yang nak pergi dan dia oke je guna google maps untuk ke sana. Lepas sesat dekat dua jam, akhirnya sampai juga di Bam San Roi Yot ni. Cantik gila! Aku suka permandangan gunung dekat sini. Memang nyamannnnn
Berbaloi jugalah sesat sebelum sampai tadi. hik hik (Dan selepas kami, abang tu ada bawak pelancong lain ke sini lepas dah tahu jalan)
Bayaran 200 baht untuk masuk national park San Roi Yot ni sebenarnya termasuk dengan beberapa aktiviti lain macam pergi gua dan panjat bukit. Tapi sebab kekangan masa, kami tak pergi.
Bayaran 200 baht untuk masuk national park San Roi Yot ni sebenarnya termasuk dengan beberapa aktiviti lain macam pergi gua dan panjat bukit. Tapi sebab kekangan masa, kami tak pergi.
Tengah hari, kami ke Memory House Cafe. Konsep sini macam kat Jeju Korea. Lawaaaaaaaa. Dan yes, segala props yang ada dalam gambar semuanya disediakan pihak cafe.
Next, Camel Republic. Aku suka kat sini sebab macam-macam aktiviti boleh buat. Bagi makan unta, bagi makan zirafah, burung, dan macam macam lagi.
Paling best, boleh jumpa unta real depan mata. Best!
Akhir sekali, sebelum ke pasar malam, kitaorang sempat singgah di Mrigadayavan Palace. Cantik je senibina palace ni. Jenis binaan kayu lama. Banyak kawasan yang tengah renovate jadi tak jalan keseluruhan palace pun.
Malam, kami ke market lagi. Malam ni memang kitaorang shopping kaw-kaw sebab esok nak balik dah. Suka shopping kat sini sebab murah-murah je barangnya. Kalau nak makanan halal, ada dua kedai kebab. Boleh cari kat sana. Dan satu kedai makan ada dekat hujung pasar malam. Berhadapan dengan Railway Restoran.
Kebab Halal |
Borong TShirt skett |
Chatsila Market |
Borong T Shirt lagiii |
Malam terakhir kami guna khidmat pemandu. Total bayaran untuk sewa kereta sekali driver, 3000 baht untuk dua hari. Kongsi 4 orang memang jimat sangat. Tambah-tambah pula, kami memang tak perlu drive langsung. Minyak dan parking semua termasuk dalambayaran tadi.
Apa yang aku boleh cakap, Abang Dee Dee ni sangat senang bawa bincang. Sporting dan baik. Tempat makan yang dia bawa semua harga berpatutan dan sedap. Dia pun aku tengok memang tak tinggal solat. Yang paling best, dia suka ambil gambar kitaorang. So, selain ada pemandu, kami ada juga jurukamera . Hik hik
Macam mana nak contact Abang Dee Dee ni? Boleh add je FB dia, Dee Dee. Profile picture gambar orang ramai-ramai. Dia ada nombor telefon Thailand, tapi tak ada Whatsapp.
Day 5 (1 November 2019)
-Hua Hin International Airport.
Balik dah.
Kat sini, diorang check barang memang strict.
Siapa yang ada powerbank yang besar, rasanya better tak payah bawak. Sebab diorang kat airport ni strict giler. Ada beberapa orang pelancong yang kena tahan power bank dia sebab besar sangat kuasanya.
Kat sini, diorang check barang memang strict.
Siapa yang ada powerbank yang besar, rasanya better tak payah bawak. Sebab diorang kat airport ni strict giler. Ada beberapa orang pelancong yang kena tahan power bank dia sebab besar sangat kuasanya.
So, kalau tak nak powerbank kena rampas, takyahlah bawak.
Itulah sedikit sebanyak dari trip kitaorang. Kesimpulan yang aku boleh buat, orang Hua Hin ni ramah-ramah semuanya. Bandar dia pun bersih. Kawasan cantik. Kalau yang tak tahan panas tu, bolehlah bawa kipas tangan. Dan sesetengah toilet tak ada air dalam tandas, jadi bawalah botol air mineral ke mana-mana. =)
8 comments:
Assalam, Rosi, seronoknya tengok dia jalan2 makan angin. tapi kesian plak kes Grand Palace tu, mmg tataw ya time tutup dia 3.30? Apapun yg penting tempat2 lain tu happening jugak kan
Kak Seri,
Itulah tu. Semua tak tengok waktu tutup sebab bajet masih awal.😂😂😂
mak ai panjangnyeee...nanti nak gi Hua Hin lah baru baca 😝😝😝
Kak Sunah
kakaka. kemon kak. jangan cepat mengalah.
assalamualaikum, seronok tengok pemandangan yg dikongsikan bersama ,masyaallah, maha hebatnya allah ciptakan keindahan alam,suatu masa nanti mkck pun ingin sekali ke sana,insyaallah, boleh pm mkck x, hntr email ke suemotor@gmail.com
binatang2 chantek2 sihat2 belaka x mcm zoo negara., huhuhu
Salam,
Saya plan nak ke Hua Hin next month, dan blog ini antara merupakan tempat rujukan saya untuk ke sana.Terima kasih atas perkongsian. Tapi saya nak tanya, Abang Dee Dee tu boleh cakap Melayu Kelantan kan? Saya plan nak approach dia untuk tanya servis dia, tapi tengah fikir nak guna BM or BI, sebab nak cakap Thai tak pandai hehehe
Wak Lat
Betul. Haiwan dia semua sihat2
Fizz
Boleh taip bahasa melayu. Dia faham. ;)
Post a Comment