[6]
AKU BANGUN KEESOKAN pagi dengan rasa lenguh satu badan.
Malam tadi, lepas bawa Murni balik, Payed terus ke rumah kawan dia, dekat bangi
(takkan dia nak tinggal dekat rumah kitaorang pulak, kan?). Murni pun dan okay…
Aku je…
Tiba-tiba
‘terikat’ dengan ‘abang’ Aliy Naim tu.
Hari ni aku
bersiap ala kadar macam biasa. Sampai aje dekat cubicle sendiri, aku keluarkan cebisan kertas dari beg tangan
sebelum merenungnya lama. Nombor telefon dia.
Aku menarik
nafas dalam-dalam sebelum membuka komputer dan berada dalam keadaan ‘Online’. Bila-bila
masa aje panggilan daripada pelanggan akan masuk.
“Morning
Diyan…” Hada menegur dari belakang. Aku hanya mengangguk dengan senyuman.
‘Titt’
Itu dia.
bunyi tu bunyi yang dah berjuta kali aku dengar. Bunyi panggilan masuk.
“Khidmat
pelanggan Centra, bagaimana boleh saya membantu?”
Kerja Diyan…kerja.
Petang nanti kau bayarla hutang tu. Tak pun esok. Tak pun bila-bila free.
Sebelum
makan tengah hari, aku pandang lagi. Kali ni aku dah alihkan cebisan kertas tadi
pada softboard.
Waktu nak
balik kerja, sekali lagi aku pandang. Kali ni nafas dihela tanpa sedar.
Perlahan-lahan aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan yang aku
letakkan di bawah meja. Aku kena simpan nombor ni sebelum hilang.
Sebelum aku
lupa.
Sebelum
sekali lagi ‘abang’ tu sembur aku sebab lupa janji.
“You…”
Aku
mengangkat kepala dengan jari masih membuka menekan skrin telefon…
“Hari ni free, kan?”
…dan
automatik mulut aku ternganga. Fadzril dah tercegat di sebelah aku. macam
biasa, smart dengan kemeja biru muda dan lengan tangan yang dilipat sehingga
siku. Dah rimas agaknya bila dah petang-petang macam ni.
Okay, aku
lupa. Lupa tentang hal dengan Fadzril semalam.
“Dah habis
kerja, kan? Jom.” Fadzril mencipta senyuman lebar sebelum menarik kerusi dari cubicle sebelah. Kerusi Syiha. Dah balik
kut budak Syiha tu. awal betul hilang. “Kita pergi makan sekali. I lapar…” dia
menyambung lagi.
“Awal pulak
you habis?” aku pandang jam di tangan. baru pukul 4.40 petang. Aku iyalah, shift dah habis. Dia tu kerja bukannya
shift.
“I tak lunch tadi. Itu yang keluar awal ni.”
Aku
mengangguk faham. Biasanya siapa yang tak ambil lunch, boleh simpan waktu lunch tu, sampai balik. (Untuk orang-orang yang berjawatan macam dia
ajelah).
Nombor dah
selamat disimpan. Meja dah dikemas. Komputer pun dan ditutup. Aku dah tak ada
alasan lain dah nak bagi dekat Fadzril. Tak ada…
“Encik
Fadz, Mr Ooi panggil dekat atas.” Jayden yang entah dari mana datang tiba-tiba
mencelah. Dua pasang mata terus memaku pandang ke arahnya.
“Kenapa
pulak?” Aku nampak kening Fadz berkerut lebat mendengar pernyataan Jayden tadi.
Iyalah. Dah tahu orang nak balik, nak panggil kenapa lagi? dah tu, tahu pulak
Mr Ooi yang Fadzril ada dekat sini.
Jayden
angkat bahu sesaat. “Pasal regulation baru
kot. System yang HQ minta kita ubah.”
Dia menjawab senafas. “I tak involved,
jadi I tak tahu.”
Aku tak
dapat menahan diri dari tersenyum lebar. Lega sebenarnya.
“Nampaknya
tak jadi lagi beli harini…” Fadzril berpusing, memandang aku. senyuman lebar
tadi terus aku tarik. Takkan nak tunjuk yang aku gembira kut. Hee. “Weekend ni
kita beli, ya?”
Perlahan-lahan
aku mengangguk sambil memandang Fadzril yang bangun dari kerusi. “Weekend ni I
balik rumah mama.”
“Elokla tu.
Ajak mama you sekali pun tak apa.” aku nampak dia senyum lebar menampakkan gigi
putih yang tersusun rapi. Sukalah tu kalau mama ikut. Dia tahu yang mama akan
sokong apa je yang dia buat.
“Nak pilih
cincin I, kan? Kenapa nak mama ikut pulak?” aku dengar suara sendiri membantah,
tak puas hati.
Fadzril
tergelak kecil sebelum menggeleng beberapa kali. Dia faham sangat dah dengan
perangai aku. “Okay, love. Sabtu I
jemput dekat rumah mama you. I naik atas dulu. Balik nanti hati-hati.”
Nak tak
nak, kembang jugak hidung aku barang semangkuk dua. Jayden di hadapan hanya
senyum mendengar perkataan ‘love’ yang tekeluar dari mulut Fadzril. Nina di
hadapan mengangkat muka dari skrin komputer. Juga senyum.
Satu
pejabat tahu, aku dengan Fadzril ibarat Rabne Bana Di Jodi…
“Okay.” Aku
menjawab perlahan sebelum melihat kelibat Fadzril dan Jayden hilang di sebalik
pintu kaca. Nafas dihela tanpa paksaan. Nampaknya, inilah kut cerita aku.
dengan Fadzril.
Diyan.
Sedar sikit. Kau tu dah dekat
26 tahun. Sampai bila nak memilih?
AKU MASIH TERPAKU di meja sendiri walaupun Fadzril dah
hampir sepuluh minit menghilangkan diri ke tingkat atas. Kertas yang hampir
renyuk tadi aku tarik dari softboard.
Nak tak nak, berdebar jugak hati aku bila pandang nombor Abang Aliy Naim ni.
Aku kena
ajak dia keluar lah, ya?
Ataupun aku
jumpa, bagi balik RM20 ringgit, lepastu blah.
Boleh je,
kan?
Tanpa menunggu
lama, jari mula menekan nombor telefon yang tertera. Tak lama pun menunggu
talian terus bersambung…
“Assalamualaikum,
siapa?”
…dan aku
terkedu. Mak ai! Macho gila suara dia dalam telefon. Kenapa aku tak perasan
waktu mak dia pengsan dulu?
“Diyan…saya
Diyan…” aku menjawab salam dalam hati. Adui. tergagap pulak suara ni. Tapi
sungguh…
“Tak kenal.”
…macho
gila!
Jap, dia
cakap apa tadi? Tak kenal?
“Saya
Diyanah yang pinjam duit abang haritu. Nak bayar balik ni. karang orang ingat
saya mungkir janji pulak…” laju aku membalas. Tak kenal? Ada amnesia ke apa dia
ni?
Lepas aje
habis ayat aku, ketawa terus pecah dari belah dia. Lama…
“Sorry adik
manis,” dia bersuara juga akhirnya dengan ketawa yang masih bersisa. “Tak tahu
pulak nama Diyan. Malam tadi cakap Diyanah.”
Spontan aku
mencebik sendiri walaupun aku tahu dia takkan nampak. Belum sempat aku membuka
mulut membalas, dia terus menyambung, “Diyan…nama glamour la ni eh?”
Haih! Menyesal
pulak aku telefon!
“Saya nak
bayar duit ni…bila free?” malas
melayan, aku terus pada topik utama. Lama-lama boleh bengkak hati aku. karang
tak pasal-pasal ada orang kena sumpah jadi peti aiskrim. Heh.
“Duit?” aku
mendengar dia menyoal dari corong telefon. Takkan dah lupa kut. betullah dia ni
ada amnesia.
“Dua puluh
ringgit. Duit teksi malam tadi. saya nak bayar balik. Abang free bila?” sepatah-sepatah aku
mengulang. Ayat lain, makna sama. Kalau dia tak paham atau tak ingat lagi, aku
letak ajelah telefon. Kira halal. Boleh?
“Dah nak
bayar eh? Kenapa cepat sangat? Ingat kena tunggu sampai minggu depan…”
Walaupun aku
tak berada di hadapan dia sekarang tapi aku tahu…dia tengah senyum kan,
sekarang? Senyum sinis kalau nak dijelaskan lagi. Sabut kelapa betul.
“Ya, nak
bayar dah. Takkan membiak jadi RM200 pun kalau saya biarkan dalam purse ni.” apa? Ingat aku tak boleh guna
ayat perisa perli jugak?
…dan dia
ketawa lagi. Entah apa kena dengan Abang Aliy harini. Murah dengan ketawa
betul. Ke dia baru lepas menang loteri? Eh, bukan benda tu haram ke?
“Okay kalau
macam tu gayanya, abang jumpa awak dekat bawak ofis ajelah. Ke dah balik?”
Aku pandang
jam tangan. Tak pelik pun kalau dia ingat aku dah balik. Jam pun dah menginjak
ke angka 5. Memang waktu orang balik kerja pun. “Belum…”
“Kenapa tak
balik lagi?”
Eh eh dia
ni… aku tak balik lagi pun jadi dia punya masalah jugak?
“Tunggu nak
bayar hutang eh…?”
Sekali lagi
aku mencebik. Malas melayan.
“Knock, knock… tak ada orang ke?”
Haih dia ni…
“Abang kat mana ni? Saya nak bayar.” Payah sangat nak cakap dia kat mana. Ingat
aku tak mampu nak pergi dekat dia ke kalaupun dia cakap dekat negeri lain?
“Melaka…”
Huh? Er…kalau
dekat Melaka…
“Fikiran
dekat mana adik manis, kan dah cakap tadi tunggu dekat bawah ofis…” sekali lagi
dia ketawa perlahan.
Ceh. Buat
gelabah orang je…
“Sepuluh
minit…”
Automatik kening
aku terangkat seinci. “Hah?” apa yang sepuluh minit?
“Tunggu
dekat bawah, lagi sepuluh minit abang sampai.”
Ikut suka
dia je… Heh.
TEPAT SEPULUH MINIT seperti yang dikatakan, sebuah kereta
Gen 2 biru muda berhenti tepat di hadapan pintu bangunan. Aku yang baru sahaja
menunggu selama dua minit terus bingkas dari kerusi plastik yang disediakan
untuk pakcik guard disitu (Pakcik tu
yang bagi aku duduk, ingat aku nak tunggu lama kot).
Cermin kereta
di bahagian pemandu diturunkan dan aku terus menangkap kelibat Abang Aliy yang
ringkas berbaju tee hitam tanpa
kolar. Perlahan-lahan aku membawa kaki menuruni empat anak tangga sebelum
mendekati Gen 2 biru itu. “Sharp…” aku berkata sepatah.
Dia hanya
senyum nipis sebelum membuka pintu untuk keluar. “Itu namanya ‘janji’.”
Sikit lagi
aku nak tepuk kepala. Tegur lagi, kan dah kena hidung sendiri?
Tanpa banyak
soal, aku terus membuka purse sebelum
mengeluarkan RM20 ringgit dan terus dihulurkan kepada dia yang bersandar pada
kereta.
Selalu dalam
cerita orang halalkan aje dua puluh ringgit tu…
“Orait..”
Abang Aliy terus menyambut dengan senyuman. Dua puluh ringgit tadi terus
dimasukkan ke dalam poket seluar.
…dia ambik?
Dia ambik?
So, what do you expect Diyan? Dia pun
akan halalkan dan jemput kau keluar makan? Lepas tu dia belanja makan, dan…dan…hantar
kau balik?
Wake up la Diyan, ni bukan drama la.
“So, nak
balik ke ni?”
Aku menelan
air liur sambil berdehem beberapa kali, membetulkan suara. “Haah. Nak balik
dah.”
“Okay. Then.”
Aku tak dapat menahan
dari ternganga. Hah? Tu je? Betul ni
tak ada offer nak hantar aku balik?
“Bye.”
…dan aku
masih ternganga. Seriously?
“Oh, by the way, sama-sama.” dia
tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam kereta.
Perkataan sama-sama
dari dia terus menyedarkan aku. ya, aku sekarang dalam dunia realiti. REALITI. Berterima
kasih dekat orang tu pun tidak, sibuk nak harapkan orang hantar balik plus
dengan pakej belanja makan. Heh.
“Thanks. Thanks sebab selamatkan saya malam tadi. Bye.”
Abang ALiy mengangguk perlahan
sebelum menghidupkan kereta dan terus membelah jalan besar. Aku termangu
sendiri. Sungguh aku tak percaya. Sesekali aku tergelak sendiri, kelakar. Apa yang
buat aku fikir dia nak pelawa aku itu ini? Jumpa pun baru beberapa kali.
Dan, macam
yang dia cakap. Aku bukan kawan dia.
Ya, memang
kami bukan kawan.
Haih Diyan.
Berangan lebih kau ni. ingat para lelaki sekarang tak ada kerja sangat ke nak
hantar setiap wanita yang dia jumpa? Wanita yang tak kenal pulak tu.
Heh.
Tanpa menunggu
lama, aku terus berjalan ke bus stop.
Pakcik pengawal dah jeling-jeling sotong melihat aku tersengih sendiri. Silap hari
bulan dia cop aku tak siuman, sia-sia je.
Nasib aku
sangat baik lepas ditinggalkan Abang Aliy tadi. Bas U82 yang aku tunggu tak
sampai pun lima minit datang menyerah diri di bus stop. Dalam hidup ni jangan nak harapkan orang aje Diyan. Bawak-bawaklah
berdikari. Bayang-bayang kau sendiri pun akan tinggalkan kau saat kau dalam
kegelapan.
Ingat tu...
“Diyan!”
Kaki yang
baru aje ingin melangkah masuk ke dalam perut bas terkaku dua saat. Aku terus
mengangkat kepala, memandang ke kiri dan kanan. suara tu macam suara…
“Diyanah! Tunggu
kejap.”
Abang Aliy?
“Jangan
balik dulu.”
Err…
Aku terus berundur ke belakang, memberi laluan kepada
beberapa manusia lain yang berebut-rebut untuk menaiki bas yang sama. Dah kenapa
pulak dia tiba-tiba boleh terpacak dekat sini?
Bus stop dah pun kosong. Pemandu
bas menjeling sesaat dengan jelingan ‘Kau nak naik ke tidak, budak?’
Perlahan-lahan
aku menggeleng tanda tak jadi.
“Jom, ikut
abang.” dia tersenyum nipis melihat muka aku yang blurr. Ya, memang aku tengah blur.
Otak tak sempat nak cerna apa yang jadi. Nak ikut dia kemana pulak?
Dia berjalan merapati aku yang
masih tegak di bus stop. Dan aku masih kaku…
“Jom. Mak ajak makan malam.”
Haaaa?
***
8 comments:
Ajak diyan je ke????
Plz la update cpt2......x tahan nk bca story nie lg la writer
alamak.... tersangkut suka lagi kat cerita illa ni... hehehe....
kepada kak SJ- nak ikut pung bulehh =)
anon- ni paling cepat, hehehe
anon- alamak, tq tq! =)
Abang Aliy yang ajak ke mak yang ajak makan malam ni.... x kan mak tahu abang aliy nak jumpa diyanah... hehehe...
Abang Aliy ni ego tinggi lah...hehehe
Abg Aliy ya? Sebutan nama sama dgn Ali je pun. Tmbh y glamour skt kan. Hehehe...Abg Aliy ni ego la.
kak sue- hi hi hi ego dia mcm moto ego
akma husin- dia nak glamer tuu =)
makan?
saya suka saya suka
Post a Comment