Sayang Awak, Janji! [8]





[8]

PINTU SEDERHANA BESAR aku tutup perlahan. Tak nak kacau Murni yang mungkin dah tidur. Jam yang tergantung pada dinding bercat biru muda itu aku pandang sesaat. Betul. Pukul 11.00 malam. Sama dengan waktu yang ditunjukkan pada jam tangan aku.
            Hampir setengah jam Abang Aliy bawa aku pusing sekitar bandar KL sebelum hantar aku balik rumah. Nak tunjuk lampu malam katanya. Konon nak pujuk la tu.
            Tapi salah dia tak besar mana pun. dia tertengking aku je. Bukannya pukul, kan?
            Apa boleh buat, aku ni memang jenis senang sangat nak menangis bila kena tengking.
            Sungguh. Macam tadi.
            “Diyan?”
            Langkah aku ke bilik tidur terhenti kaku. Nasib baik aku tak keluar latah cun aku. Murni pun…
            …nak tegur aku malam-malam macam ni tak pakai bedak sejuk tak boleh ke? Haih.
            “Baru balik?” dia mengerling ke arah jam sekilas dengan mata yang dipaksa buka sebelum memandang ke arah aku. tangan kanannya menggosok anak mata yang mungkin terasa perit diterangi cahaya lampu ruang tamu.
            Awal sungguh budak ni tidur.
            Aku hanya senyum mengangguk, menjawab soalan dia. “Nak mandi…” tombol pintu bilik aku pulas perlahan.
            “Keluar beli cincin?”
            Dengar aje soalan Murni kepala aku terus berpusing ke arahnya. “Er…tak.” Sekali lagi aku senyum.
            Aku nampak kening Murni terangkat seinci. Pelik. Memang aku boleh agak dia akan rasa pelik. Mana pernah aku keluar sampai malam macam ni. Kalau keluar pun, sama ada dengan dia, ataupun mama (ataupun Fadzril).
“Dah tu?”
            Aku sengih bersalah. Bukan bersalah dekat Murni, tapi Fadzril. Punyalah lama Fadzril ajak keluar beli cincin, aku tolak. Ini Abang Aliy ajak keluar, senang pulak aku terima. (Tapi, Abang Aliy bukan ajak beli cincin pun).
            “Aku mandi dulu Uni…” kening aku angkat seinci kepadanya. “Nanti aku cerita.” Terus aku tutup pintu bilik sendiri.
            “Diyan!”
            Aku tergelak kecil dari dalam bilik. Itu dia. suara halilintar Murni dah keluar.
            “Baik kau cerita. Kau keluar pergi mana? Dengan siapa!?” pintu bilik aku diketuk bertalu-talu.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menyembunyikan senyuman. Payah betul satu rumah dengan wartawan tak pass interview ni. haih. “Apa…?” aku buka juga pintu bilik sebelum menjamah wajah Murni yang dah berkerut. Habis jatuh debu-debu putih bedak sejuk yang dia pakai tu.
            “Cerita kat aku. Now!” dia dah pun melangkah masuk ke dalam bilik aku sebelum melabuhkan punggung di atas katil bujang yang disediakan oleh tuan rumah. “Kau jangan nak mengada berahsia dengan aku.”
            Aku senyum lagi. Tak padan dengan baru keluar hospital. Ganasnya aduhai… “Kau ingat tak lelaki yang aku jumpa dekat hospital haritu?”
            “Abang yang bayarkan kau teksi tu?”
            Aku mengangguk perlahan. Tak perlu pelik bila Murni tahu pasal tu. Aku tahu Payed akan cerita.
            “Bukan bayarkan, bagi pinjam.” Aku mencebik, membetulkan fakta. “Aku keluar dengan dia tadi…”
            Dan tepat seperti yang aku jangkakan, terus mata Murni bulat memandang aku. terkejut.
            “Mak dia ajak makan ajelah…” sambung aku lagi.
            Kali ni mata dia pula yang hampir terkeluar. “Kau keluar dengan abang tu? Dengan mak dia skali?”
            Aku mengangguk lambat-lambat tanpa memandang wajah Murni dihadapan.
            “Diyan!!!?” sekali lagi dia menjerit. “Baik kau cerita.”
            “Aku nak mandi laa…”
            “No, now!”
            Laju aku menggeleng. Budak ni la. Sungguh tak menyabo! Lambat-lambat aku melangkah juga mendekati Murni yang masih memandang aku, tak lepas. “Macam ni…”
            Aku mula membuka mulut, bercerita dari awal cerita sehinggalah kejadian tadi. Aku nampak Murni mengangguk dan menggeleng beberapa kali. Khusyuk sungguh dia mendengar cerita aku.
            Kalau aku goreng dia pun sedap ni. heh.
            “Habistu Fadz tahu tak pasal Abang Aliy ni?” soal Murni sebaik sahaja aku menghabiskan ayat terakhir.
            Perlahan aku menggeleng. Memang pun Fadzril tak tahu. bukan hanya Fadzril, mana pun tak tahu. hatta Murni pun dia baru buka cerita malam ni.
            Iyalah, kenapa nak bagitahu pasal Abang Aliy tu pulak? Tak penting pun, kan?
            “Gila kau. Buatnya Fadz thu kau keluar dengan lelaki lain, maunya dia mengamuk.”
            “Ish, takkan nak mengamuk pulak. Aku dengan Abang Aliy tu bukan buat apa-apa pun. aku teman mak dia makan ajepun.” Gila ke nak mengamuk sebab tu je? Besar sangat ke salah aku?
            “Tapi still, kau keluar dengan lelaki lain.” Murni menggeleng laju. “Kau kena bagitahu Fadz tu, aku tak nak nanti hubungan korang terjejas sebab abang baru kau tu.”
            Spontan kening aku terangkat tinggi. Kenapa nak terjejas pulak? “Malaslah bagitahu. Nanti banyak pulak soal dia. lagipun dia bukannya laki aku pun.”
            “Diyan?!”
            Aku ketawa lepas sebaik sahaja mendengar Murni menjerit kuat. Pantang sungguh dia bila aku cakap macam tu. dia dengan mama sama aje. Pro Fadzril.
            Heh.
            “Iya…iya. Sorry. Tapi aku tak nak bagitahu la. Aku pun bukannya ada apa-apa dengn Abang Aliy tu. Itu kali terakhir kut keluar dengan dia.”
            Aku nampak Murni mencebik lebar. Tak puas hati. “Kau jangan main-main. Sekarang ni ramai yang suka tipu orang. Nak-nak kau tak kenal pun abang tu. ntah-ntah dia ada motif apa-apa ke. Nak culik kau ke…”
            “Motif dia nak culik aku? kau ingat aku anak perempuan tunggal orang besar-besar ke?”
            Murni ni la…
            Tak masuk akal sungguh.
            “Mana tahu…orang handsome ni bukannya boleh di buat main. Ada je udang disebalik mee. Mana ada orang handsome tak ada isteri sekarang ni? Paling kurang pun teman wanita. Heh.”
            Laju aku menggeleng. Tak berasas sungguh pemerhatian kau wahai Uni. “Kau ni…tak baiklah. Abang Aliy tu baik la.”
            Baik.
            Ya, dia baik sebab dia tolong bayarkan aku tambang teksi.
            Baik sebab dia tak cerita pun dekat mak Inah apa yang aku buat sebelum ni.
            “Baik eh? Jadi Abang Aliy kau tu mesti tak hansdome mana.” Murni ketawa kuat.
            Cait. Kurang asam gelugur sungguh. “Abang Aliy okey apa… taklah teruk sangat pun…” wajah Abang Aliy yang sentiasa tenang itu kembali ke layar kepala. Rambut yang hampir botak membuatkan gayanya menakutkan. Nasib baik gaya dia ada iras pelakon Prison Break tu.
            Siapa cakap orang botak tak kacak?
            Heh.
            “Sudahlah Diyan. Patutnya kau fikir pasal Fadzril tu,” Murni bingkas bangun sebelum mencapai novel I’ve Got Your Number dari atas katil. “Lagipun bukan ke dia dah nak pinang kau. Kan?”
Aku mengeluh tanpa sedar. Ya, aku tahu aku tak sepatutnya mengeluh. Aku tahu. “Haah. Weekend ni kami cari cincin tunang.” Aku menjawab perlahan. entah apa perasaan yang datang kali ni.
Pelik.
“Ha.. that’s your future. Esok-esok kalau jumpa Abang Aliy kau tu, bolehlah kau say goodbye, kan?” Murni mengenyitkan mata sebelum melangkah keluar dan hilang disebalik pintu.
Aku masih terpaku di atas katil dengan perasaan berbaur.
Say goodbye, huh?


WEEKEND. MACAM BIASA, hujung minggu bulan pertama aku akan balik rumah mama. Bukannya ada apa-apa pun, tapi entah. Dah jadi rutin.
            Lagipun, rumah mama dengan rumah aku bukannya jauh mana. Saja je teringin nak rasa hidup dekat rumah sewa, rasa hidup sendiri. Berdikari.
            Konon.
            Padahal hampir tiap minggu aku melencong ke sini semata-mata nak makan masakan mama. Heh.
            Aku bangun pada pagi hujung minggu dengan perasaan berbaur. Bau sambal ikan bilis masakan mama menerjah masuk ke dalam bilik aku tanpa dipaksa. Wangi.
Tapi bila aku buka aje mata, kepala terus teringatkan janji pada Fadzril.
            Beli cincin.
            Spontan aku mengeluh. Aku ni dah bersedia ke nak berumah tangga?
             “Yana! Bila nak bangun ni! matahari dah terpacak tu ha!”
            Itu dia. mama.
            Dah memang rutin dia untuk mengeluarkan suara soprano bila aku balik bermalam dekat rumah. nak buat macam mana, katil dekat rumah sendiri punyalah empuk gila.
            Sampaikan nak bangun pun terasa sayang…
            “Yana!! Tolong mama buat breakfast ni!”
            Haih. Niat dihati nak tarik selimut terbantut terus. Jam kecil di atas meja aku pandang sesaat sebelum membawa kali ke bilik air. Nak gosok gigi.
            Mama pun…baru pukul tujuh setengah.
            Mentang-mentanglah bilik aku dengan dapur tu hanya sekangkang kera, syok aje mama kejut aku pakai suara soprano.
            Heh.
            “Yanaaaa!”
            Hampir terlepas berus gigi ditangan. Laju aku menggeleng. Mama…mama. “Orang dah bangun!” aku menjerit, melawan bunyi sambal tumis mama.
            “Cepat sikit! dah nak kahwin pun bangun lambat lagi!”
            Aku tersengih dengan berus gigi yang masih di dalam mulut. Kalau dah macam tu gayanya, berani ke aku nak ingkar arahan mama yang satu tu?
            Berani ke aku nak tolak pinangan Fadzril?
            Air paip aku buka perlahan sebelum sisa ubat gigi aku bersihkan. Waktu-waktu macam ni memang aku dah tak boleh nak memilih. Lagipula, bukannya ada yang beratur nak pinang aku pun.
            Fadzril seorang je.
            Jadi Diyan, jangan nak memilih. Mana tahu Fadzril lepas kahwin akan menepati citarasa kau?
            Heh. Harapnyalah.
“Masak apa ma?” aku terus menegur mama sebaik sahaja kaki menjejak dapur. Rambut yang hanya paras bahu aku tocang satu. Bukan tak tahu mama masak apa. bau sambal tumis itu pun dah register dalam kepala.
“Nasi lemak. Pergi basuh telur, lepas tu rebus.” Terus mama mengarah tanpa memandang. Tangannya masih lagi mengacau sambal yang dah pun naik minyak. Heh. Betul kan naik minyak? Pemarah betul sambal tu. Hah ha.
Aku membuka peti ais satu pintu sebelum mengeluarkan empat biji telur. Cukup la kut untuk abah, mama, Dani dengan  Dania. “Tak payah basuhlah ma. Nak rebus dalam air jugak, kan?”
“Hish.” Mama menoleh ke belakang. “Kamu tahu tak telur tu datang dari mana? Kilang proses telur tu bukannya cuci betul pun.”
Bibir terus mencipta senyum senget bila mendengar mama membebel. bukannya dia tak tahu, dekat telur tu kadang-kadang masih ada terlekat benda yang tak sepatutnya.
Jadi, memang kena basuh dulu.
“Fadzril datang makan sini kan?”
Tangan yang menyiram telur dengan paip sinki terhenti kaku. Hah?
“Mama lupa nak suruh dia ajak mak dia sekali tadi.”
Fadzril makan dekat sini? “Untuk breakfast?” soal aku.
Mama hanya mengangguk tanpa berpaling. Laju aku mengetuk kepala sendiri. Ini la yang dia tak suka. Mama dengan Fadzril suka buat kerja belakang tabir. Kerja yang dia tak tahu menahu.
Haih.
“Pukul berapa dia cakap nak datang ma?” aku meneruskan basuhan tadi sebelum mencapai periuk kaca dari penyejat.
“La, tanya mama pulak. Dia tak call kamu ke?”
Aku angkat bahu. “Tak ada pun.” periuk tadi diletakkan di atas dapur gas sebelah kuali sambal tumis mama.
“Kejap lagi sampailah tu.” mama bersuara tanpa nada. “Ni tak nak mandi ke?”
Aku mengela nafas berat. Malas nak bersiap sebenarnya. Kalau makan dengan ahli keluarga aje kan best. Tak payah nak buat gaya makan dekat luar, kena bersiap pakai tudung bagai. “Mana orang tahu dia nak datang…”
“Bukan hari ni nak beli cincin ke?”
Aku mengangguk perlahan. Ya. Nak beli cincin.
Tapi bukan pagi-pagi alam macam ni. Jadinya Fadzril akan duduk sini sampailah kami keluar tengah hari nanti?
Mama ni la…
“Pergi mandi sana. Kejap lagi dia sampai tak ada siapa nak layan.”
“Mama la yang layan dia. mama yang jemput.” Laju aku membalas.
Dan laju aje bahu aku diketam mama. Adui. perit!
“Jangan nak mengada. Pergi siap sana.”
            Aku mencebik lebar tanpa mama perasan. Kaki dikuatkan juga kembali ke bilik untuk mandi. baru aje nak bersenang lenang dekat rumah sikit.
            Nak lepak-lepak atas katil…
            Bangun lambat…
            Tak mandi sampai tengah hari…
            Baru aje tuala dicapai dari penyangkut kayu, telefon berbunyi menandakan mesej baru masuk. Aku berpatah balik ke katil sebelum mencapai telefon.
            Fadzril la kut. takkan dah sampai? Baru pukul lapan kot? Mana ada orang datang rumah orang awal pagi macam ni?


‘Adik manis, awk tertinggal power bank dalam kereta abg.’

Spontan aku senyum. Abang Aliy.

‘Patutlah cari tak jumpa.’

Send.
            Aku kembali baring di atas katil, menunggu jawapan.

‘Ada ni ha. Abg pun tak perasan. Nak basuh kereta tadi baru nampak. Nak abg hantarkan ke?’

            Patutlah. Dah dua hari aku dari. Sikitpun tak teringat aku ada keluarkan waktu Abang Aliy hantarkan dulu. ingat nak charge handphone, tapi sekali powerbank pun tak ada bateri.
            Sia-sia je bawak berat-berat.

‘Boleh jugak. Tapi saya ada dekat rumah mama ni…’

            Send.
            30 saat kemudian.

            ‘Patutlah ketuk tak ada org buka pintu.’

            Huh? Aku terbangun dari katil. Ketuk? Ketuk apa?

            ‘Abg pergi rumah sewa sy ke?’

            Biar betul dia ni? Takkan pagi-pagi dia dah terpacak depan rumah sewa aku?Main ketuk-ketuk pintu pulak. hish! menakutkan kut! 
         Alamak, betul ke hipotesis yang Uni bagi itu hari? Ada udang disebalik mee?

‘Haah. ada depan rumah awk ni. silap abg jugak tak bagitahu. Mak pun ada. Kami lalu dekat kwsn rumah awk, jadi singgah terus.’

Oooo. Patutlah. Buat terkejut je. Heh. Tangan mula laju menaip, membalas.

‘Kalau macam tu datang rumah mama sy la. Tak jauh mana pun.’

Send, aku memandang kembali jawapan yang aku taip. Aku ajak dia datang rumah mama? Biar betul kau ni Diyan? Bukan ke kejap lagu Fadzril pun nak datang?

‘Tak apalah, segan. Nanti-nantilah sy pulangkan. Awk nak guna ke?’

Fuhh. Nasib baik dia tolak. Nasib baik…
Tangan mula menyusun kata untuk membalas. Belum sempat jari menekan butang hantar, satu lagi mesej baru masuk.

‘Lambat sikit abg hntr. Bagi awk rindu”

Mata terus bulat saat membaca perkataan terakhir itu. err…
Dan satu lagi mesej baru masuk. Terketar-ketar tangan menekan ‘buka’.

‘Dekat power bank tu… =)

Ceh! Buat kalut je dia ni…
            Dengan senyuman yang masih berbaki aku kembali menyusun ayat.

“Yana! Fadzril dah sampai!”
            Jari jemari terus kaku mendengar laungan mama.
Dah sampai? Seriously?

Oh no, aku belum mandi!

Comments

akma hussin said…
Apa yg ada kat powerbank tu..
ceknaworld said…
Illa....lama tunggu baru dapat update best-best tapiii pening sikit baca tang mula2 tu, kenapa ada dua version murni masuk bilik :D hehehe......
illashanahila said…
hah. kalo dua kali masuk bilik tu illa yang pening. hahaha.thx bagitau
Nana Nn said…
Illa...mmg best
Mmg x nk berenti baca
Tapi dia abis juga
Alaaaaa.....
Lain.kali pjg2 bnyk la ya illa
Hihihihi
Anonymous said…
Alllllaaaaaa....
Tak cukup la....
penantian itu satu penyeksaan...
oni said…
kenapa bila da mula nak tersenyum tetiba mood jadi kembali muram.. hai ilaa ..isk isk isk
Anonymous said…
Alllllaaaaaa....
Tak cukup la....
penantian itu satu penyeksaan...
Illa Shanahila said…
Nana - x cukup panjang lagi ek? Hihihi
Oni- kenapa knapa
Kak Sue said…
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said…
Abang nak cakap bagi Yana rindu kat abang lama sikit tapi malu lah tu....
Abang kalau malu memang melepas lah... hehehe
wahhhhh.. best2!! bila nak sambung ni? heheee..
Illa Shanahila said…
Oii citer zman bila ni hg bru bacaaa. Hehehehhe