Thursday, 10 April 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 6]


TUNGGU.
            Dia cakap dia nak tunggu. Dan entah sampai bila dia akan tunggu. Berkali-kali aku memandang nombor telefon Ben yang disimpan dalam phonebook tanpa pengetahuan itu.
            Tangan masih teragak-agak untuk menekan icon ‘call’ ataupun ‘Message’ ataupun ‘Whatsapp’.
            Akhir sekali, aku WhatsApp Ain aje.

‘Beb, aku ada story ni.’

Tak lama pun menunggu, WhatApp aku berbalas.

Apa dia?

Jari jemari mula laju menaip.

‘Dekat majlis Wanda haritu, I met someone.’
‘Wahhh!’
‘Siapa? Siapa?’

‘Kawan abg Wanda.’
‘Dia bagi no telefon dia ni’
Tapi aku tak tahu nak buat apa’

Oh my! Love at the first sight?
Wow!

Jangan nak wow sangat. Aku tengah blur ni.

Nak blur kenapa pulak? Dah ada no telefon tu, call ajelah.
Takkan nak bawak pergi toto pulak nombor tu.

Kalau aku nak telefon dia, aku nak cakap apa?
‘Hi, Norah ni, remember me?’
Ataupun, ‘Hi Ben, miss me already?’
Atau… ‘Jom keluar?’

Gilalah kau ni.
HAHAHA

Aku mencebik. Ain ni pun. Dia gelakkan aku pulak.

‘Call dia. Lepas tu follow the flow.
Tak rugi pun.

Aku segan.

Call je.
Duh!

Hmmm

Dah. Dah.
Nanti bila dah call tell me the story ye.
=)

Aku mengeluh sendiri. whatsApp Ain aku biarkan tak berbalas.
            Apa yang susah sangat nak contact kenalan baru ni? Bukannya nak ajak dia kahwin pun, kan?
            “Norah!”
            Aku tersentak dari angan-angan. Lenovo yang dipegang hampir terlucut dari genggaman.
            “Amboi mengelamun…”
            Aku mencipta senyum nipis. Skrin komputer yang aku buka dari tadi sudahpun memaparkan animasi screen saver. “Ada apa bang? Barang hilang lagi?”
            “Kau ni… asal aku panggil aje, barang hilang.” Abang Bidin merungut perlahan. Dia yang baru melepasi meja Kak Melati aku pandang lama. Hari ni Abang Bidin kemas berbaju T kolar dan jeans hitam. Baju hijau pucuk pisang itu nampak sesuai dengan kulitnya yang sawo matang.
            “Manalah tahu…” aku sengaja menggantungkan ayat. Kisah tentang Benjamin aku tolak tepi.
Monday blues.
            Banyak kerja yang menunggu aku.
            Artikel Expo Doraemon perlu disiapkan.
            Report untuk lawatan Rakan Alam Sekitar minggu lepas pun.
            Esok kena cover satu program di KLCC, and that’s it!
            Aku akan minta cuti!
            “Abang panggil saya tadi kenapa?”
            Abang Bidin mengangkat muka dari segala kertas kerja di atas mejanya. Berterabur! Laju aje aku menggeleng.
            “Jom makan. Lapar.” Dia sengih lebar.
            Jam pada dinding pejabat aku pandang lama. Dah dekat pukul satu rupanya. Tak sedar langsung masa berlalu. “Kita dua aje?”
            “Kenapa? Tak sudi dating dengan aku?”
            Spontan aku mencebik. Bukanlah tak sudi…tapi kalau berdua aje dengan Abang Bidin, apa sangatlah yang aku nak jadikan modal berbual pun. Takkan nak cerita pasal Benjamin kot?
            “Kak Melati kau pun ikut jugak tu…” dia menjeling ke arah Kak Melati yang masih fokus memandang ke arah komputernya. Aku tergelak kecil. Cermin matanya yang bulat membuatkan wajah Kak Melati makin bulat.
            “Kak oi, jomlah kita makan dulu. Tenung komputer tu macam nak makan.”
            “Kejap. Aku nak selesaikan Che Faisal ni punya iklan.” Kak Melati menjawab tanpa memandang. “Seminit ye adik-adik.” Aku nampak Kak Melati sengih di hujung kata.
            Che Faisal.
            Sejak dari minggu lepas nama tu disebut-sebut Kak Melati. Ada appointment dengan Che Faisal la. Che Faisal handsome bergaya la. Che Faisal cakap lemah lembut la.
            Jangan cakap yang Kak Melati dah sangkut dengan client seorang tu. Nanti aku dengan suka citanya report dekat Abang Hisyam.
            Jangan nak sibuk hal rumahtangga oranglah Naurah oi.
            Sementara menunggu Kak Melati, aku sempat menaip beberapa perenggan ayat dalam microsoft word. Setelah membaca ayat yang ditulis beberapa kali, akhirnya aku meletakkan komputer ke sleep mode.
            Lenovo yang gelap gelita aku pandang sesaat sebelum mencapainya dari atas meja.
            Aku melepas nafas perlahan.
            Kali terakhir aku jumpa Benjamin, petang Sabtu. Sewaktu ramai manusia kalut dengan kerja masing-masing dek tetamu yang hadir tak putus-putus.
            Hari Ahad, aku masih sibuk menolong keluarga makcik mengemas. Maklumlah, guna catering keluarga sendiri, pinggan mangkuk semua terpaksalah sendiri yang basuh. Tak sempat langsung nak sentuh handphone.
            Sehinggalah hari ini.
            Adakah Ben masih menunggu? Adakah?
            “Jom. Perut akak dah berbunyi ni…”
            Aku mengalihkan pandangan dari Lenovo ke arah Kak Melati yang sudah pun bingkas berdiri.
            “Korang tak jumpa lagi Che Faisal, kan? Hah, kejap lagi boleh tengok dia.” sambung Kak Melati lagi.
            Aku turut sama bangun sebelum mencapai dompet dari laci. “Akak ada appointment dengan dia ke?”
            “Taklah. Tapi dia nak jumpa sekejap, bincang pasal design untuk ruangan dia tu.”
            Oh, macam tu…
            Aku mengangkat kening ke arah Abang Bidin di meja sebelah. Abang Bidin sengih penuh makna. Akhirnya dapatlah kami jumpa jejaka yang bernama Che Faisal ni.
            Belum sempat aku meninggalkan meja kerja, Lenovo aku berbunyi lantang tanda mesej baru diterima. Jari mula pantas menekan itu dan ini sebelum peti mesej di buka.
                                                          
Benjamin
You sengaja biar I’m dying menunggu, kan?

Aku tergelak sendiri. Bila melihat Kak Melati dan Abang Bidin yang menjeling, aku terus menutup mulut. Aiseh, macam mana boleh tergelak sorang-sorang ni?
            Belum sempat aku membalas, sekali lagi Lenovo berbunyi lantang. Sekali lagi Kak Melati dan Abang Bidin menoleh. Aku senyum segaris sebelum menyambungkan talian.
            “Sampai hati you…”
            Aku menutup mulut, menahan ketawa. Langkah Kak Melati dan Abang Bidin keluar dari pejabat aku ikut perlahan. sengaja membina jarak.
            Mencari ruang untuk bersembang. Mati aku kena bahan kalau dia orang tahu.
            “Assalamualaikum.” aku memberi salam setelah ketawa reda. “Sorry. I memang sibuk sangat.” aku senyum sendiri. Kalaulah Ben tahu macam mana berdebarnya aku setiap kali melihat nombor telefon dia di dalam handphone
            “Tak kira. Esok you kena belanja I lunch, baru I maafkan.” Ben bersuara sebaik sahaja salam aku disambut. “Office you dekat mana?”
            Aku menelan air liur beberapa kali. Serius ke Ben serius? Tapi… dia ajak makan aje kan? Bukannya ajak kahwin pun.
            “Esok I ada kerja luar. Lusa boleh?”
            “Norah…Norah. Susahnya nak keluar dengan you.” Aku mendengar dia mengeluh dari hujung talian. Senyuman aku masih lagi belum mati. Kalau dekat kampung, cakap main satu nada aje. Sekarang ni bukan main lagi.
            “Kenapa nak keluar dengan I?” soal aku. Langkah Abang Bidin dan Kak Melati di hadapan aku pandang dari hujung mata. Dah nak sampai pun depan kedai makan.
            “Serius you nak tahu?”
            “Yup,”
            “I nak serius dengan you. I tahu ni cepat sangat. But you see, dua hari dekat kampung dengan you, I dah dapat baca you macam mana. Love at the first sight, mungkin…”
            Oh my! Come again? Cinta pandang pertama?
            “Norah, I tahu you masih single. Qila yang bagitau. Tapi andaikata you tak sudi, I tak nak paksa.”
            Aku terus terdiam. Qila ni la…
Nafas dihela tanpa sedar. Tak tahu nak balas apa sebenarnya. Tak pernah lagi aku jumpa lelaki straight to the point macam ni. Tak ada kias-kias langsung.
Tapi senyuman terukir juga pada bibir mendengar perkataan ‘andaikata’ dari mulutnya.
            Andaikata.
            Aku yang melayu tulen ni pun jarang guna perkataan tu.
            Berbalik pada topik tadi, apa yang perlu aku buat ni? Sungguh. Memang cepat sangat. Tanpa amaran, tanpa angin bertiup kencang, tup-tup dia nak serius dengan aku?
            Serius?
            “Hey, kenapa diam? Tak senang?”
            Aku senyum lagi. Senang mendengar loghat Sabahnya yang jarang-jarang terkeluar.
            “Kita jumpa lusa, ya? Nanti I text tempat.” Akhirnya aku memberi jawapan.
            “Okay.”
            Aku melepas nafas lega. “Okay.”
            “Norah,”
            “Ya?” aku sempat menjeling ke arah Abang Bidin yang sudah pun menarik kerusi untuk duduk. Kak Melati pun sama.
            “Thanks.”
            Spontan aku mencipta senyuman. “See you.”
            Talian diputuskan. Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja dan memandang Kak Melati dan Abang Bidin bersilih ganti.
            “Alah, tak jadi pulak…” Kak Melati bersuara tiba-tiba.
            “Kenapa kak?”
            “Che Faisal. Tiba-tiba ada kerja pulak.”
            Aku senyum lebar. Tak ada peluang lagi nampaknya. “Banyak kerja la tu. orang bisnes sendiri ni lain kak.” Aku membela. “Sekarang ni, abang dengan akak pilih aje nak makan apa. Saya belanja.”
            Tepat jangkaan aku, mereka terus melopong, tak percaya. Ya, memang aku jarang sangat keluarkan duit untuk belanja makan budak-budak pejabat. sangat jarang.
            “Kau menang loteri ke apa ni Naurah?”
            Aku pandang Abang Bidin dengan senyuman penuh makna. “Lebih kuranglah…”


HARI RABU. Hari ini ada dua benda yang boleh menggembirakan aku. Satu, cuti aku dah pun selamat diluluskan, dan dua…
            Temujanji bersama Benjamin!
            Semalam, selepas event di KLCC, aku terus tetapkan masa dan tempat untuk berjumpa.
Dan sekarang ni, aku perlukan ruang. Aku perlu mencari ruang yang luas. Bukan sebab nafas sedang sesak, ataupun kehabisan oksigen ataupun tersepit dalam orang ramai. Tapi aku perlu ruang untuk menjerit.
Menjerit keriangan!
Kalau nak diikutkan hati, nak aje aku melompat tinggi-tinggi capai siling ofis sambil menjerit dekat semua orang kuat-kuat.
Biar serak suara, aku tak kisah.
Apa yang penting sekarang, aku dapat cuti yang paling aku tunggu dan juga calon pengantin lelaki yang menanti untuk janjitemu!
Keluar sahaja dari bilik bos tadi, bibir masih tidak gagal dari tersenyum. Pandang wajah Fara, setiausaha bos, aku senyum. Fara yang bertudung empat segi jenis satin tersenyum membalas walaupun dia sendiri tak tahu apa makna senyuman aku.
Nak dikatakan cuti ini adalah satu hadiah yang paling besar sepanjang aku bekerja, macam melampau pulak.
Tapi itulah.
Cuti inilah penyelamat aku dari menjadi gila sebelum masanya.
Ya, aku hampir gila menghadap segala kerja dan program sejak tiga bulan lepas.
Aku masih tersenyum panjang. Borang permohonan cuti ditangan digenggam erat. Berjaya! Akhirnya berjaya jugak pujuk Encik Danny untuk membenarkan aku cuti.
            Akhirnya!
            Terbayang-bayang tiket kapal terbang yang akan ditempah sekejap lagi. Terbayang-bayang bandar Kota Kinabalu yang sibuk dengan manusia. Terbayang-bayang pulau-pulau di Sabah yang menenangkan jiwa.
            Rantai dan gelang mutiara di Pasar Filipina, Tanjung Aru yang sentiasa penuh dengan manusia menanti tenggelamnya matahari.
Sungguh aku tak sabar!
Aku menarik nafas dalam-dalam.
Sabar.
Jangan gelojoh. Orang  kata, kalau gembira, jangan gembira sangat. Kalau tak jadi nanti merana jiwa.
Tapi, boleh ke tak jadi? Aku dah dapat cuti! Kapal terbang dan hotel pun aku akan tempah kejap lagi. Sekarang ni bukan musim cuti sekolah. Jadi rasanya hotel tak akan penuh, kan?
Sekali lagi aku tersenyum tanpa sedar. Sampai di meja kerja, borang cuti terus diletakkan dalam tray yang bertanda ‘out’. Nak balik nanti aku akan serahkan terus kepada admin. Kalau kirim dekat siapa-siapa, takut lain pulak jadinya.
Punggung dihenyakkan di atas kerusi separa lembut. Meja yang sedikit bersepah dikemas ala kadar. Segala Post-it notes yang sudah tamat tempoh dicabut dari softboard.
Artikel yang sudah disiapkan semalam sudahpun dihantar ke editor untuk kerja editing.
Dah, selesai kerja untuk hari ni.
‘Sabah, kau tunggu aku datang!’
            “Amboi Norah, sengih sakan…” wanita bertudung syria hitam hijau tiba-tiba muncul di hadapan meja. Aku hampir terlompat dari kerusi, terkejut.
“Akak ni…” tangan kanan mengurut perlahan dada yang berdegup kencang. Langkah tak berbunyi mana tak terperanjat.
“Happy sangat nampak.” Kak Melati menarik sebuah kerusi yang berdekatan dan terus duduk disitu. Kaki kiri disilangkan ke atas kaki kanan sambil memandang ke arah aku lama. “Dapat cuti?” sambungnya sambil mengangkat kening beberapa kali.
Aku mengangguk laju . “Dapat, maunya tak happy kak…” sengaja aku mengantungkan ayat. Aku tahu Kak Melati faham.
 Lebih tiga bulan mereka habiskan projek mega syarikat tanpa henti. Itu tak termasuk dengan program dan majlis yang perlu di cover. Kadang-kadang hari sabtu pun mereka tercongok dalam ofis, menaip itu dan ini. Kerja buat majalah ni memang tak mengira masa sibuk dia.
Dan sekarang, bebas!
 “Akak tak apply cuti ke?” tray yang bertanda ‘in’ dan ‘out’ dikemaskan beberapa kali. Dua minggu nak tinggalkan pejabat, aku harap tak bertambahlah yang ‘in’ tu.
Kak Melati menggeleng beberapa kali sebelum mencapai borang cuti dari atas tray. “Akak banyak lagi artikel yang kena buat. Lagipun, kalau akak cuti akak duduk rumah je la kot. Abang Hisyam kamu tu bukannya boleh minta cuti suka-suka.” Terang dia panjang lebar. “Dua minggu?” keningnya terangkat tinggi bila membaca jumlah hari yang ditanda.
Aku mengangguk dengan sengihan. Ya, aku sengaja minta cuti panjang. Selama aku bekerja dekat sini pun,  mana pernah aku ambil cuti lama-lama. Paling lama pun dua hari. Baki cuti yang tertinggal memang banyak. Rugi kalau tak guna.
“Nak tenangkan hati kak.”
“Nak tenangkan hati ke, nak cari calon suami?” dia bingkas bangun dari kerusi sebelum kembali ke meja kerja.
“Ada ke… orang nak berehat la kak.” Aku bingkas dari kerusi. Jam di tangan aku jeling sesaat sebelum kembali menatap wajah Kak Melati yang semakin ayu berbadan dua. “Okay kak. Saya ada lunch appointment ni. Keluar dulu ya…”
“Naurah, kau ada nampak…”
“Abang tanya Kak Melati. Saya nak keluar ni.” belum sempat Abang Bidin menghabiskan ayatnya, aku terus memotong.
            Sempat aku mengangkat tangan, tanda minta maaf sebelum mencapai beg tangan dari atas meja dah terus berlalu dari situ.
            “Kalut sangat nak kemana tu?”
            “Entah. Katanya ada lunch appointment.”
            “Gaya macam nak pergi dating je…”
            Aku senyum segaris. Suara Abang Bidin dan Kak Melati semakin hilang. Aku melangkah keluar dari pejabat tanpa berpaling ke belakang. Imej yang terlakar pada cermin di luar pejabat membuatkan aku tersenyum lebar. Rasanya ini kali kedua aku pakai skirt ke pejabat setelah majlis sambutan hari raya tempoh hari.
            Baju ini pun baru lagi.
            Rambut hitam berkilat aku biarkan lepas bebas.
Aku tersenyum penuh makna.
            Bahagia! Aku tahu inilah waktunya.
Kalau betullah Benjamin nak serius, aku pun sama. Lagipula umur kami masing-masing bukannya muda lagi untuk main-main.
 Aku tahu penantian aku akan berakhir kejap lagi. Wahai orang kampung, tunggulah! Aku bawa pengantin lelaki aku balik!
Aku terus mempercepatkan langkah ke arah kereta Viva putih yang diparkir di bawah pokok. Jam di tangan dikerling lagi buat kesekian kalinya.
Tepat jam satu tengah hari.
Setengah jam lagi aku akan bertemu kembar Alex Yoong tu. Setengah jam lagi, nasib aku akan berubah.
Setengah jam lagi… “Arghhh!” aku mendengar suara sendiri menjerit lantang sebelum aku dapat mencerna apa yang terjadi. Kepala aku ditutup dengan kain hitam dan aku ditarik kuat masuk ke dalam sebuah kereta.
Mulut dan hidung aku ditekup kemas dengan kain yang berbau aneh dan aku terus terfikirkan sesuatu.

Oh  my! Aku kena culik?

Wednesday, 9 April 2014

Misi Mencari Pengantin lelaki [Bab 5]



SEPASANG MATA COKLAT cair masih pegun memandang, langsung tidak berkedip.
            Dada aku mula berombak kencang tapi sedaya upaya aku tahan dan pamerkan muka ‘tak ada apa-apa’. Bunyi Qila mengekek dari belakang sikitpun tidak aku hiraukan.
            “Dracula apa awak ni?” aku mendengar suara sendiri menjawab. Aku terus melangkah ke ruang tamu. Meninggalkan Qila yang masih terkedek-kedek membawa sepasang baju melayu satin putih mutiara yang sudah siap digosok.
            “I thought that I heard something like…dracula?”
“You heard it wrong.” Laju aku membalas. “Qila cepatlah!” kaki sudahpun menuruni anak tangga. Dah tak ramai yang ada dekat luar rumah. Semua dah balik rumah masing-masing agaknya. Yang tinggal orang-orang dekat dapur aje.
Aku sudahpun berdiri di sebelah kereta Abang Mazlan yang berkunci. Ben yang turut sama turun dari tangga aku  pandang sesaat. Rambutnya yang hitam berkilat dikuak ke belakang. Dah siap mandi agaknya dia.
“Dah siap?”
Aku angguk perlahan. “Qila mana? Lamanya…”
“Ada ni…”
Aku nampak Qila yang sudah siap bertudung syria yang membawa baju melayu siap dengan penyangkut turun dari tangga. Dia terus mesuk ke tempat duduk belakang setelah Ben membuka kunci kereta.
Spontan aku mengetap bibir. Sengaja. Sengaja.
“Er, you tak bawa selendang?” Ben menyoal perlahan. terus menyirap darah aku naik ke muka. panas!
Akhirnya aku menggeleng perlahan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi tempat duduk sebelah pemandu. Aku tahu dia tanya ikhlas, tanpa perisa perli.
Tapi…
            “Qila bagi direction, I tak tahu jalan ke bandar.” Suara Ben memecah sunyi dalam kereta.
            Aku hanya mendiamkan diri. Rambut yang dibiarkan lepas tadi aku ikat satu dan terus memandang ke luar tingkap. Membiarkan Qila dan Ben berbalas kata.
            Hampir lima belas minit memandu, kami sampai juga di hadapan Hotel Katerina. Nick sudahpun menunggu di lobi.
            Aku membiarkan Qila dan Ben menyapa Nick yang santai dengan hanya berbaju T putih dan jeans lusuh sementara aku masih memakukan diri di dalam kereta.
            Segak.
            Memang tak dinafikan, Nick memang segak. Rasanya inilah kali pertama aku jumpa Nick depan-depan. Selama ni pun tengok dari gambar yang Qila bagi aje. Itupun sekali.
            Tak sampai lima minit berborak, Qila dan Ben masuk semula ke dalam kereta. Aku menjeling jam pada dashboard. Pukul 1.30 pagi!
            “Qila, angah nak tidur je. Dah sampai nanti kejut.” Aku bersuara sebaik sahaja Qila menutup pintu tempat duduk belakang.
            “Ala, orang pun nak tidur ni…”
            “Tak kira. Dah sampai nanti kejut angah.” Aku sengih senget sambil mengenyitkan mata sebelum menurunkan seat kerusi. Kedua-dua tangan dilipat ke dada.
            Tidur. Tidur walaupun sekejap. Esok kena bangun awal.


AKU TAK TAHU berapa lama kami berdua di situ. Dua minit…lima minit… atau lebih!
            Aku tersedar bila mendengar suara yang memanggil nama aku. Nama yang hanya dia sahaja yang panggil macam dengan pelat macam tu.
            “Norah… dan sampai.”
            Mata aku terbuka luas sebelum menangkap kelibat yang tersenyum nipis di tempat duduk pemandu. Oh my… jangan cakap yang…
            Kepala automatik berpusing ke belakang. Melihatkan ruang kosong di tempat duduk belakang, aku mengeluh kuat. Dah agak dah. Dah agak.
            Ni mesti Qila saja nak kenakan aku.
            Kurang asam keping sungguh sepupu aku yang seorang ni.
            “Dah sampai…” sekali lagi Ben mengulang pernyataan yang sama.
            “Hmm.” aku membetulkan suara sambil mengurut leher beberapa kali. Segan sebenarnya. Entah macam manalah gaya aku tidur tadi? Jangan buat pasal terkeluar air liur basi sudah.
Tali pinggang keledar aku buka dan terus keluar dari kereta.
            Tanpa memandang, aku terus melencongkan kaki aku ke rumah sendiri. Rasanya dah tak ada kerja kut dekat rumah makcik.
            “Norah…”
            Aku berpaling ke belakang sambil mengangkat kening tanda ‘apa?’
            “Ini…” telefon pintar Lenovo diangkat tinggi.
            Spontan aku meraba poket seluar tidur. Tak ada! Aiseh, macam mana boleh terjatuh ni…
            Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki mendekatinya. Lenovo bertukar tangan. belum sempat aku berpusing, suara Ben memenuhi telinga.
            “Pipi belah kiri. Lap sikit…” aku nampak dia senyum segaris dan terus memanjat tangga ke atas. laju aje aku membawa tangan ke pipi.
            Air liur basi?!
            Oh my, malu!


Kompang dipalu
Pengantin malu
Duduk bersanding
Tersipu malu

SENYUMAN AKU MAKIN lebar melihat Wanda yang sudah siap bersolek. Tak tebal, tak nipis. Sedang-sedang saja.
Nick yang segak dengan berbaju melayu biru lembut melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang sangat tenang. Sesekali dia tersenyum nipis bila diusik oleh Ashu Hani dan Tok Ngah.
            Berkali-kali juga dia ditahan di pintu masuk oleh beberapa orang anak dara dan kanak-kanak. Kena bayar tol.
            Pagi tadi dengan dua kali lafaz, maka sahlah sepupu aku itu menjadi isteri orang. Aku nampak makcik mengeluarkan air mata gembira. Aku nampak Qila tersenyum lebar, tumpang bahagia.
            Dan Abang Mazlan, dari tadi tidak pudar senyuman pada wajah dia.
            Aku hanya mampu memandang Wanda dan Nick di atas pelamin dari jauh. Baru aku perasan yang wajah mereka hampir seiras terutamanya bab mata tu. walaupun warna kulit tak berapa nak sama.
            “Dah lepas pun budak Wan tu. Kamu tak ada calon lagi ke Norah?”
            Senyuman aku tadi terus mati. Laju aku berpaling ke kanan, memandang wajah Asyu Hani yang cantik berbaju kurung merah menyala. Wanita yang masih anggun walaupun sudah hampir mencecah lima puluh tahun itu aku pandang sesaat sebelum mengalihkan pandangan kembali ke pelamin.
            Asyu Hani, adik bongsu abah.
            Waktu Iqa kahwin dulu, soalan ini juga yang dia tanyakan kepada aku.
            “Tak ada jodoh lagi Asyu…” aku menjawab tanpa memandang.
            “Tak dicari, mana nak dapatnya…”
            Aku diam. Tak tahu nak balas apa dah. Seriously, dia orang semua tahu apa yang aku buat selama ni?
            Dia orang semua tahu tak betapa susahnya nak cari lelaki yang masih bujang dengan umur aku yang macam ni?
            Tak cari…
            “Norah, you tolong I kejap boleh?”
            Belum sempat Asyu Hani membuka mulut, untuk bersuara lagi, Ben yang entah dari mana datang menyampuk. Dua kepala mendongak ke atas, memandang ke arah Benjamin yang siap dengan baju melayu jingga dan songkok di kepala.
            Sungguh!
            Kalau dia tak pakai baju melayu  tadi, memang aku tertukar dengan Alex Yoong!
            “Tolong apa?” sedaya upaya aku mencipta nada suara tenang. Asyu di sebelah hanya dia memerhati.
            “I tak jumpa mana gift untuk tetamu. Yang Lan punya bahagian.”
            Aku bingkas bangun, meninggalkan Asyu Hani tanpa pamitan. “Abang Lan mana?” aku mengikuti langkah Ben ke suatu sudut yang menempatkan pelbagai buah tangan untuk tetamu.
            “Layan guest dekat bawah. Seriously I tak sangka ramai betul yang datang.” Ben mengelap peluh jantan di dahi. Kesian dia. dari malam tadi sama-sama sibuk menolong itu dan ini.
            “Kampung. Biasalah. Satu kampung wajib dijemput.” Aku berhenti sesaat. Melihat warna baju dia, barulah aku perasan yang baju kami sedondon. Kalau orang tengok aku dan Ben jalan beriringan macam ni silap-silap orang akan cakap kami ni pasangan.
“I rasa Abang Lan dan separatekan dia punya gift kan?”
            “I think so.” Jawab Ben pendek.
            “Dalam bilik dia kot. You tak tanya Kak Diana?”
            “I don’t see her anywhere.”
            Aku tersenyum nipis. Kalau Abang Lan sibuk melayan tetamu, Kak Diana, isteri Abang Lan tu pastinya sibuk dekat dapur. “I tengok dalam bilik dia kejap. Abang Lan suruh keluarkan semua ke?”
            “Satu kotak saja.”
            Betul telahan aku. Kotak-kotak yang berisi hadiah untuk para tetamu tersusun elok di dalam bilik Abang Lan. Aku mencapai satu kotak dan terus memberikannya kepada Ben yang menunggu di muka pintu.
            “Thanks.”
            Aku sengih lebar. Sebenarnya, Ben yang dah selamatkan aku dari soalan-soalan membunuh tadi.“No, thanks to you.”
            “Kenapa pulak?” keningnya terangkat tinggi.
            Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu.
            “I balik KL petang ni.” matanya tepat pada anak mata aku. “Kalau you tak keberatan, call la I bila you dah balik KL nanti.”
“Petang ni?” soalan itu terkeluar tanpa sedar.
Ben mengangguk dengan senyuman. “Can’t help it. Banyak kerja.”
Oh… “Okay…” kerja apa si Benjamin ni sebenarnya… “Kejap, I mana ada nombor telefon you.”
Aku nampak dia tersengih lebar sambil mengatur langkah ke luar rumah. Aku mengikutnya dari belakang. Asyu Hani dan Tok Ngah yang duduk bertentangan memandang kami dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Aku buat tak tahu. Ben yang sedang menuruni tangga untuk ke khemah bahagian lelaki aku pandang tanpa gagal. Menunggu jawapan.
“Ada.” Dia menyarung sebelah selipar ke kaki. “I dah simpankan nombor telefon I dalam telefon you last night. Kalau you tak contact I jugak, I yang akan kacau you.”
Ceh. Laju aje…
“Tengoklah macam mana.”

“I tunggu…”

Saturday, 5 April 2014

Impiana Lista di RASTA TTDI

Assalamualaikum!

Hai, 

Esok, hari ahad, ada Glitz Bazaar dekat Rasta TTDI dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Memang banyak gila booth pelbagai barang yang dibuka termasuklah booth illa punya family. Harini ada pelakon cerita Apokalips X yang buat promosi, esok insyaALLAH akan ada Mark Adam dan Waris. Tapi illa tak sure pukul berapa diorang sampai.

Apa-apa pun, mehla borong dekat sana.

Oh, lagi satu. Dekat The Strand Kota Damansara pun ada. Kalau dekat The Strand, bazaar akan buka dari pukul 10pg-10malam.

<3

Meh meh meh. Cari kedai Impiana Lista ya . Hohohoi









Ni blog novel ke, blog meniaga? Heh heh heh
kbai =)

Tuesday, 1 April 2014

Misi Mencari Pengantin Lelaki [Bab 4]



AKU KELUAR DARI BILIK mandi dengan satu semangat baru. Segar dan bertenaga. Wajah kawan Abang Mazlan tadi terbayang-bayang di kepala. Kata Abang Mazlan tadi, Benjamin masih bujang dan baru memeluk Islam tahun lepas.
            Satu lagi fakta, Ben berasal dari Sabah rupanya. Patutlah pelat dia lain macam.
            Bibir aku mencipta senyum tanpa sedar.
            Sehelai t-shirt yang paling besar dan seluar panjang aku capai dari almari dan disarungkan ke badan. Sengaja aku pilih yang paling besar. Bagi nampak sopan sikit sebab ramai betul orang dekat rumah Makcik Rosnah malam ni.
Tuala yang sudah lembab dek rambut aku yang basah tadi dilemparkan ke atas katil. Aku senyum sendiri bila teringatkan Benjamin. Sebenrnya, bagi aku lelaki yang ada dialek ni nampak handsome. Tak kiralah dialek apa pun.
            Selesai menyikat rambut la kadar, aku terus keluar dari bilik untuk ke rumah Wanda. Mila dan Aiman, anak-anak Iqa masih lagi terpacak di hadapan TV.
Aku mencuit pipi Mila yang baru sahaja berusia 5 tahun. “Mama mana?”    
“Rumah Nek Ros.” Jawabnya pendek dan terus kembali menumpukan perhatian kepada cerita Upin-Ipin Pengembaraan Bermula.
Rasanya setiap kali aku balik kampung, cerita itulah yang empat lima kali diulang tanpa jemu.
Mila dan Aiman aku tinggalkan kepada abah yang berada di dapur. Mak dah lama hilang ke rumah sebelah, menolong apa yang patut. Abang Mazlan pula dari tadi ke hulu kehilir, sibuk menguruskan semua benda.
Sejak arwah pakcik meninggal, Abang Mazlan lah yang menggantikan tanggungjawab arwah pakcik.           
            Hanya beralaskan selipar jepun entah kepunyaan siapa, aku terus mengatur kaki ke rumah Wanda. Telefon bimbit yang aku bawa keluar dari bilik tadi dimasukkan ke dalam poket seluar tidur.
            “Norah, bila baik?”
            Baru sahaja sampai di bawah tangga batu, suara salah seorang makcik yang bersembang rancak tadi menegur.  Aku mencipta senyum segaris.
            “Maghrib tadi sampai.” aku menjawab sopan walaupun wajah makcik tadi samar-samar pada kotak ingatan.
            Mak Uda ke?
            Ataupun, Makcik Siti kampung sebelah?
            Tak pun, mak si Ain, kawan sekolah menengah dia dulu.
            “Lama tak nampak kamu,” tegur dia lagi.
            Aku hanya mampu tersenyum. Dah tak tahu nak balas apa sebenarnya. Memandangkan dah lebih sepuluh tahun aku jarang-jarang pulang ke kampung, jadi muka orang kampung aku tak cam sangat.
            Nak-nak yang kampung sebelah, kampung sebelah punya sebelah. Semua tak kenal.
“Saya masuk dulu makcik.” Aku terus memanjat tangga, sederhana besar itu dan terus ke ruang tamu. Ruang tamu yang luas itu kosong tanpa tuan. Rata-rata manusia kesana-kemari di halaman rumah dan dapur.
Lebar sengihan aku bila melihat pelamin yang terletak di sudut kiri ruang tamu.
Warna krim, merah jambu dan ungu. Simple and beauty.
Longgokkan bunga di dalam pasu-pasu hiasan yang yang tergantung membuatkan rumah kayu ini persis hotel lima bintang!
Belum pun kaki melangkah jauh, suara makcik tadi mula menyapa telinga.
            “Siapa tu Uda?”
Hah, betulla..Mak Uda…
            “Ala, anak perempuan Rohana yang sulung.”
            “La, Rohana ada anak perempuan lain?”
            “Iya, yang ni belum kahwin. Tinggal dekat kolumpo sana.”
            “Belum kahwin? Bukan si Iqa tu dah ada anak dua?”
            “Belum jodoh la tu…”
            Suara-suara itu makin hilang dari telinga. Aku melepas nafas perlahan sambil menahan hati. Sabar ajelah wahai hati.
            Sabar.
            “Nora, you tolong I pegang ni boleh?”
            Aku terlompat ke hadapan, refleks. Wajah putih melepak dengan cermin mata bingkai hitam tebal tersengih di atas tangga besi.
            Benjamin!
            “Naurah.” Aku membetulkan sepatah. Jauh sangat Nora tu. “Abang Mazlan mana?” soal aku sepatah, menghilangkan rasa gugup sambil menyambut tukul yang dihulurkannya.
            “Oh, sorry, Norah.” Dia senyum nipis. “Lan pergi ambil beli ais untuk esok. Tadi petang lupa.” Ben menjawab tanpa memandang. Aku hampir tepuk dahi sendiri. Norah pulak dah.
Aku mendongak ke atas, memandang ke arahnya yang masih tekun bekerja. Kedua-dua tangan cekap membetulkan letak langsir pada tingkap rumah.
            Gaya macam dah pro buat benda-benda ni semua.
            …dan, gaya dah rapat sangat dengan keluarga Wanda ni.
            Dan sekali pandang, dah rupa Alex Yoong zaman muda-muda bertukang. Alex Yong versi cerah.
            “Norah, tukul.”
            Spontan mata dikerdipkan beberapa kali, tersedar. Depan aku ni Benjamin. Bukan Alex. Tangan terus melurus ke atas, menghulurkan apa yang diminta. Berkali-kali aku menyumpah diri sendiri di dalam hati dek buat hal pergi ternganga perhatikan anak orang.
            Anak teruna pulak tu.
            Aduhai…
            “Angah!”
            Dua kepala berpusing ke arah suara yang memanggil. Aku tersenyum lebar melihat Wanda yang berbaju lengan panjang, selendang lilit ala kadar di kepala dan kain batik!
            Senyuman aku masih belum mati. Wanda dah besar...
            Kalau dulu nak nampak budak Wan ni macam ni, memang gaya tunggu kucing bertanduk la…
            “Derhaka la tu, sampai-sampai tak singgah sini dulu.” dia berjalan ke hujung ruang tamu yang menempatkan barang-barang cenderahati. “Eh Ben, abang mana?”
            Aku hanya diam memerhati. Nampaknya memang Benjamin dikenali oleh setiap isi rumah ni. Aku aje yang tak kenal.
            “Beli ais.” Ben menjawab tanpa memandang. “Norah, tolong pegangkan lagi.” Dia kemudiannya menunduk, menghulurkan tukul tadi.
            “Angah balik mandi dulula. Nak datang sini terus dengan badan melekit. Angah balik kerja, kemas barang terus balik, tau.”
            Wanda ketawa perlahan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, suara Qila dari dalam bilik memenuhi ruang.
            “Wan oi! Apa basuh tangan lama sangat!?”
            Wanda mengekek ketawa sambil menarik tangan kanan aku. “Jom angah.”
            Kening aku terangkat tinggi. “Nak kemana? Angah nak tolong Ben pegang ni…”
            Wanda mencapai tukul tadi dari tangan aku dan terus diletakkan di atas salah satu anak tangga besi tadi. “Ben, you buat sendiri eh. Ni kerja lelaki.” Wanda sengih lebar sebelum mengalihkan pandangannya ke arah aku. “Kita pakai inai.” Keningnya diangkat beberapa kali.
            “Nakal la you ni Wan.” Benjamin menggeleng beberapa kali.
            “Ala…takkan you nak suruh angah I temankan kot.”
            Darah merah terus menyerbu ke muka. Wanda ni la…
            Benjamin hanya senyum tidak membalas. Dia mengambil tukul yang diletakkan oleh Wanda tadi dan mula menyambung kerjanya yang tertunda.
            “Apa pulak angah yang kena pakai?” aku mengikut sahaja langkah Wanda ke biliknya, meninggalkan Ben di ruang tamu.
            “Sebab orang taknak pakai sebenarnya. Tapi Kak Qila paksa jugak. Lecehla… Kalau angah pakai, boleh jadi geng!”
            Aku mencubit lengannya yang tertutup dengan t-shirt, kuat. Ada ke… “Awak tu nak nikah esok. Pakai la. Naik seri nanti.”
            “Ala, bukannya wajib pun.” dia mencebik lebar. Tangan dilipat ke dada.
            Haah. memang tak wajib pun.  “Tak payah la buat corak bagai. Yang biasa je…”
            “Angah!” Qila menjerit sebaik sahaja daun pintu ditolak. Iqa yang sedang berbaring dengan majalah Pengantin di tangan tersengih.
            Laju aku menggeleng. Budak dua orang ni la… tak menjerit tak sah!
            “Jom angah, pakai ni. Sama-samalah kita menyerikan majlis.”
“Dah, korang pakai la benda tu. Angah nak buat hantaran ni.” aku duduk bersila, bertentangan dengan Qila dan Wanda. Bilik sederhana besar ini pun dah cantik bersolek. “Iqa, bagi aku majalah tu, nak cari ilham.”
Iqa bangkit dari baringan dan terus duduk di sebelah aku. majalah bertukar tangan. Barang-barang hantaran dan dulang yang terletak di hujung bilik aku capai satu-satu.
            Barangan yang aku beli dekat KL tadi pun aku tarik sekali.
            “Angah, bak sini resit. Lepas majlis orang ganti ya?”
            “Kau pakai ajelah inai tu dulu. resit semua ni kemudian.” Aku menjawab tanpa memandang. “Wan, kau ni dah kira langkah bendul, tau? Kalau angah mintak segala hantaran ni dikali dengan tiga, agak-agak Nick nak kasi tak?” aku mencipta sengih dihujung kata.
            “Adus, kenapalah aku tak terfikir!” Qila menepuk dahi sendiri. Inai tiub dikeluarkan dari kotak.  “Wan, apalagi…” keningnya diangkat beberapa kali sambil tersenyum meleret.
            “Ada ke…”
            Dan akhirnya kami berempat ketawa lepas.


AKU MEMEJAMKAN MATA beberapa kali, melawan rasa mengantuk. Wanda dah pun tertidur pulas di atas katil dengan tangan yang berbalut plastik. Qila pula tersengguk-sengguk dengan bunga di tangan. Aku tersengih tanpa paksaan.
            Iqa dah lama balik, nak tidurkan anak-anak dia. dah jadi mak orang, lain kisahnya.
Aku melepas nafas perlahan sambil membawa tangan ke belakang tengkuk. Mengurut perlahan.
Lenguh dek fokus pada dulang tanpa gagal sejak dua jam lepas.
Dulang yang terakhir. Mata semakin berat. Nampaknya kopi panas buatan makcik tadi tak terkesan langsung pada aku.
I need Nescafe. Nescafe…
“Homai!”
Dulang yang aku pegang tercampak ke depan. Pistol gam pun sama. Wanda yang tiba-tiba terduduk di atas katil aku pandang tak berkelip. Qila yang dari tadi tersengguk-sengguk turut sama memandang. Kerut pada dahinya jelas kelihatan.
Mimpi apa pulak budak Wanda ni?
“Kak, aku lupa nak bagi baju nikah Nick!” Wanda menjerit sebelum sempat aku dan Qila menyoal.
“Hah!?” suara aku dan Qila bergabung. Biar benar Wanda ni. Nikah esok pagi. Takkan baju melayu Nick masih ada dalam rumah ni.
Laju aku garu kepala. “Dah tu? Sempat ke nak ambil esok? Keluarga Nick bermalam dekat mana ni?” aku meletakkan dulang ke lantai. Tangan kanan sekali lagi dibawa ke tengkuk.
“Dekat Hotel Katerina.” Wanda menguap perlahan. “Sebenarnya ingat nak suruh Abang Lan pergi hantar tadi. Tapi lupa… Nick SMS ni baru teringat. Homai, macam mana ni?” dia mengangkat handphone tinggi.
Aku geleng kepala. Homai…Homai.. ketuk kepala baru tahu. Benda besar macam ni pun dia boleh lupa. Heh.
Kalut dia tak berubah!
“Angah hantarlah kejap lagi. Tapi tunggu angah siapkan dulang ni dulu.” aku mencapai kembali pistol gam yang aku lemparkan tadi. lima enam minit siap la ni. “Qila ikut angah.”
“Ala…” laju Qila mengeluh.
“Dahtu, nak suruh angah pergi sorang? Baik punya adik!” bulat mata aku merenung kedua-dua nya. Wanda ketawa lepas.
“Dah dekat pukul satu ni…” aku memandang ke arah jam dinding yang tergantung pada dinding bercat kuning muda itu. “Tak kira, kau kena teman angah jugak.”
“Baju dah hantar belum?”
Tiga kepala serentak berpaling. Wajah Abang Mazlan yang berpeluh-peluh terjengul di hadapan pintu.
“Belum…” Wanda mencipta senyum senget. “Lupa, tadi nak minta abang hantarkan.”
“Kau ni pun…” Abang Mazlan bersuara keras. Marah. Mana taknya, dia dari tadi sibuk selesaikan itu ini, si Wan ni pulak boleh lupa benda simple macam tu. “Aku mandi dulu. Lepas tu baru aku hantar.”
“Eh, tak apa bang. Nanti angah pergi dengan Qila.” Pantas aku memotong. Kesian pulak tengok Abang Mazlan buat semua kerja. Along la ni. dah tahu rumah mak saudara sendiri nak kenduri, boleh pulak dia lupa minta cuti.
Dahlah duduk nun jauh di utara Malaysia. Malam ni bertolak balik, esok pagi pun belum tentu sampai.
“Angah dengan Qila je?”
Laju aku mengangguk. Qila yang mencebik aku pandang sekilas. Nak tak nak, dia kena ikut jugak.
“Abang suruh Ben ikut sekali. Dah dekat pukul satu ni… Ben!” Abang Mazlan hilang ke ruang tamu, mencari Benjamin. Aku menelan air liur. Nak suruh Ben ikut?
“Angah, angah pergi ajelah dengan Ben eh? Orang nak kemas bilik ni sikit. lepas tu nak mandi kejap…penatla…”
Aku mengeluh berat. Budak dua orang ni memang la… saja nak dera aku yang baru balik ke kampung halaman ni. “Angah ni perempuan, Benjamin tu lelaki. Sekarang ni dah dekat pukul satu pagi. Korang  gila?”
Lambat-lambat aku menuturkan. Ketawa Wanda dan Qila pecah serentak. “Boringlah angah ni. Orang nak suruh Ben masuk line pun tak boleh.” Qila bingkas dari sila dan mencapai sweater dari dalam almari milik Wanda. Tudung syria disangkut pada bahu.
Wanda sengih nipis. Dia kembali meletakkan kepala ke atas bantal. Nak sambung tidur.
Dulang terakhir aku letakkan ke atas lantai. Perlahan-lahan aku bangun dari sila sambil membetulkan segala urat yang bersimpul.
Lenguh!
Nak kena pergi bandar pulak. Pukul berapa aku nak tidur ni? Haih. Aku membuka daun pintu seluas-luasnya sebelum tunduk membetulkan letak kaki seluar yang sedikit terangkat.
“Jangan nak jadi sepupu derhaka sangat. Dah malam-malam ni, dibuatnya si Ben tu bertukar jadi Dracula siapa nak jawab?”
Badan terus membeku saat kepala diangkat. Mulut ternganga luas tanpa sedar.
“Siapa dracula?”
Bunyi suara Qila mengekek dari belakang tidak aku hiraukan. Mata masih lagi melekat pada orang yang sedang memegang kunci kereta dengan wajah yang tidak beriak.
Mati aku.