SEPASANG MATA COKLAT
cair masih pegun memandang, langsung tidak berkedip.
Dada aku mula berombak kencang tapi sedaya upaya aku
tahan dan pamerkan muka ‘tak ada apa-apa’. Bunyi Qila mengekek dari belakang
sikitpun tidak aku hiraukan.
“Dracula apa awak ni?” aku mendengar suara sendiri
menjawab. Aku terus melangkah ke ruang tamu. Meninggalkan Qila yang masih
terkedek-kedek membawa sepasang baju melayu satin putih mutiara yang sudah siap
digosok.
“I thought that I heard something
like…dracula?”
“You heard it wrong.”
Laju aku membalas. “Qila cepatlah!” kaki sudahpun menuruni anak tangga. Dah tak
ramai yang ada dekat luar rumah. Semua dah balik rumah masing-masing agaknya.
Yang tinggal orang-orang dekat dapur aje.
Aku
sudahpun berdiri di sebelah kereta Abang Mazlan yang berkunci. Ben yang turut
sama turun dari tangga aku pandang
sesaat. Rambutnya yang hitam berkilat dikuak ke belakang. Dah siap mandi
agaknya dia.
“Dah
siap?”
Aku
angguk perlahan. “Qila mana? Lamanya…”
“Ada
ni…”
Aku
nampak Qila yang sudah siap bertudung syria
yang membawa baju melayu siap dengan penyangkut turun dari tangga. Dia terus
mesuk ke tempat duduk belakang setelah Ben membuka kunci kereta.
Spontan
aku mengetap bibir. Sengaja. Sengaja.
“Er,
you tak bawa selendang?” Ben menyoal perlahan. terus menyirap darah aku naik ke
muka. panas!
Akhirnya
aku menggeleng perlahan sambil menghenyakkan punggung ke atas kerusi tempat
duduk sebelah pemandu. Aku tahu dia tanya ikhlas, tanpa perisa perli.
Tapi…
“Qila bagi direction,
I tak tahu jalan ke bandar.” Suara Ben memecah sunyi dalam kereta.
Aku hanya mendiamkan diri. Rambut yang dibiarkan lepas
tadi aku ikat satu dan terus memandang ke luar tingkap. Membiarkan Qila dan Ben
berbalas kata.
Hampir lima belas minit memandu, kami sampai juga di
hadapan Hotel Katerina. Nick sudahpun menunggu di lobi.
Aku membiarkan Qila dan Ben menyapa Nick yang santai
dengan hanya berbaju T putih dan jeans lusuh sementara aku masih memakukan diri
di dalam kereta.
Segak.
Memang tak dinafikan, Nick memang segak. Rasanya inilah
kali pertama aku jumpa Nick depan-depan. Selama ni pun tengok dari gambar yang
Qila bagi aje. Itupun sekali.
Tak sampai lima minit berborak, Qila dan Ben masuk semula
ke dalam kereta. Aku menjeling jam pada dashboard. Pukul 1.30 pagi!
“Qila, angah nak tidur je. Dah sampai nanti kejut.” Aku
bersuara sebaik sahaja Qila menutup pintu tempat duduk belakang.
“Ala, orang pun nak tidur ni…”
“Tak kira. Dah sampai nanti kejut angah.” Aku sengih
senget sambil mengenyitkan mata sebelum menurunkan seat kerusi. Kedua-dua
tangan dilipat ke dada.
Tidur. Tidur walaupun sekejap. Esok kena bangun awal.
AKU TAK TAHU berapa
lama kami berdua di situ. Dua minit…lima minit… atau lebih!
Aku tersedar bila mendengar suara yang memanggil nama
aku. Nama yang hanya dia sahaja yang panggil macam dengan pelat macam tu.
“Norah… dan sampai.”
Mata aku terbuka luas sebelum menangkap kelibat yang
tersenyum nipis di tempat duduk pemandu. Oh
my… jangan cakap yang…
Kepala automatik berpusing ke belakang. Melihatkan ruang
kosong di tempat duduk belakang, aku mengeluh kuat. Dah agak dah. Dah agak.
Ni mesti Qila saja nak kenakan aku.
Kurang asam keping sungguh sepupu aku yang seorang ni.
“Dah sampai…” sekali lagi Ben mengulang pernyataan yang
sama.
“Hmm.” aku membetulkan suara sambil mengurut leher
beberapa kali. Segan sebenarnya. Entah macam manalah gaya aku tidur tadi? Jangan
buat pasal terkeluar air liur basi sudah.
Tali
pinggang keledar aku buka dan terus keluar dari kereta.
Tanpa memandang, aku terus melencongkan kaki aku ke rumah
sendiri. Rasanya dah tak ada kerja kut dekat rumah makcik.
“Norah…”
Aku berpaling ke belakang sambil mengangkat kening tanda
‘apa?’
“Ini…” telefon pintar Lenovo diangkat tinggi.
Spontan aku meraba poket seluar tidur. Tak ada! Aiseh,
macam mana boleh terjatuh ni…
Nak tak nak, aku gagahkan juga kaki mendekatinya. Lenovo
bertukar tangan. belum sempat aku berpusing, suara Ben memenuhi telinga.
“Pipi belah kiri. Lap sikit…” aku nampak dia senyum
segaris dan terus memanjat tangga ke atas. laju aje aku membawa tangan ke pipi.
Air liur basi?!
Oh my, malu!
Kompang
dipalu
Pengantin
malu
Duduk
bersanding
Tersipu
malu
SENYUMAN
AKU MAKIN lebar melihat Wanda yang sudah siap bersolek. Tak tebal, tak nipis.
Sedang-sedang saja.
Nick
yang segak dengan berbaju melayu biru lembut melangkah masuk ke dalam rumah
dengan wajah yang sangat tenang. Sesekali dia tersenyum nipis bila diusik oleh
Ashu Hani dan Tok Ngah.
Berkali-kali
juga dia ditahan di pintu masuk oleh beberapa orang anak dara dan kanak-kanak.
Kena bayar tol.
Pagi tadi dengan dua kali lafaz, maka sahlah sepupu aku
itu menjadi isteri orang. Aku nampak makcik mengeluarkan air mata gembira. Aku
nampak Qila tersenyum lebar, tumpang bahagia.
Dan Abang Mazlan, dari tadi tidak pudar senyuman pada
wajah dia.
Aku hanya mampu memandang Wanda dan Nick di atas pelamin
dari jauh. Baru aku perasan yang wajah mereka hampir seiras terutamanya bab
mata tu. walaupun warna kulit tak berapa nak sama.
“Dah lepas pun budak Wan tu. Kamu tak ada calon lagi ke
Norah?”
Senyuman aku tadi terus mati. Laju aku berpaling ke
kanan, memandang wajah Asyu Hani yang cantik berbaju kurung merah menyala.
Wanita yang masih anggun walaupun sudah hampir mencecah lima puluh tahun itu
aku pandang sesaat sebelum mengalihkan pandangan kembali ke pelamin.
Asyu Hani, adik bongsu abah.
Waktu Iqa kahwin dulu, soalan ini juga yang dia tanyakan
kepada aku.
“Tak ada jodoh lagi Asyu…” aku menjawab tanpa memandang.
“Tak dicari, mana nak dapatnya…”
Aku diam. Tak tahu nak balas apa dah. Seriously, dia orang semua tahu apa yang
aku buat selama ni?
Dia orang semua tahu tak betapa susahnya nak cari lelaki
yang masih bujang dengan umur aku yang macam ni?
Tak cari…
“Norah, you tolong I kejap boleh?”
Belum sempat Asyu Hani membuka mulut, untuk bersuara
lagi, Ben yang entah dari mana datang menyampuk. Dua kepala mendongak ke atas,
memandang ke arah Benjamin yang siap dengan baju melayu jingga dan songkok di
kepala.
Sungguh!
Kalau dia tak pakai baju melayu tadi, memang aku tertukar dengan Alex Yoong!
“Tolong apa?” sedaya upaya aku mencipta nada suara
tenang. Asyu di sebelah hanya dia memerhati.
“I tak jumpa mana gift
untuk tetamu. Yang Lan punya bahagian.”
Aku bingkas bangun, meninggalkan Asyu Hani tanpa pamitan.
“Abang Lan mana?” aku mengikuti langkah Ben ke suatu sudut yang menempatkan
pelbagai buah tangan untuk tetamu.
“Layan guest
dekat bawah. Seriously I tak sangka
ramai betul yang datang.” Ben mengelap peluh jantan di dahi. Kesian dia. dari
malam tadi sama-sama sibuk menolong itu dan ini.
“Kampung. Biasalah. Satu kampung wajib dijemput.” Aku
berhenti sesaat. Melihat warna baju dia, barulah aku perasan yang baju kami
sedondon. Kalau orang tengok aku dan Ben jalan beriringan macam ni silap-silap
orang akan cakap kami ni pasangan.
“I
rasa Abang Lan dan separatekan dia
punya gift kan?”
“I think so.”
Jawab Ben pendek.
“Dalam bilik dia kot. You tak tanya Kak Diana?”
“I don’t see her anywhere.”
Aku tersenyum nipis. Kalau Abang Lan sibuk melayan
tetamu, Kak Diana, isteri Abang Lan tu pastinya sibuk dekat dapur. “I tengok
dalam bilik dia kejap. Abang Lan suruh keluarkan semua ke?”
“Satu kotak saja.”
Betul telahan aku. Kotak-kotak yang berisi hadiah untuk
para tetamu tersusun elok di dalam bilik Abang Lan. Aku mencapai satu kotak dan
terus memberikannya kepada Ben yang menunggu di muka pintu.
“Thanks.”
Aku sengih
lebar. Sebenarnya, Ben yang dah selamatkan aku dari soalan-soalan membunuh
tadi.“No, thanks to you.”
“Kenapa pulak?” keningnya terangkat tinggi.
Aku hanya mengangkat kedua-dua bahu.
“I balik KL petang ni.” matanya tepat pada anak mata aku.
“Kalau you tak keberatan, call la I bila you dah balik KL nanti.”
“Petang
ni?” soalan itu terkeluar tanpa sedar.
Ben
mengangguk dengan senyuman. “Can’t help
it. Banyak kerja.”
Oh…
“Okay…” kerja apa si Benjamin ni
sebenarnya… “Kejap, I mana ada nombor telefon you.”
Aku
nampak dia tersengih lebar sambil mengatur langkah ke luar rumah. Aku
mengikutnya dari belakang. Asyu Hani dan Tok Ngah yang duduk bertentangan
memandang kami dengan wajah yang penuh tanda tanya.
Aku
buat tak tahu. Ben yang sedang menuruni tangga untuk ke khemah bahagian lelaki
aku pandang tanpa gagal. Menunggu jawapan.
“Ada.”
Dia menyarung sebelah selipar ke kaki. “I dah simpankan nombor telefon I dalam
telefon you last night. Kalau you tak contact I jugak, I yang akan kacau
you.”
Ceh.
Laju aje…
“Tengoklah
macam mana.”
“I
tunggu…”
6 comments:
Hati bnyk gumbira....
nak lagi tpi tak nak la nak pressure cik adik penulis....
Ada plan nak intro buku baru during the PBAKL ke?
Ala kakak manis, tak ada buku baru la PBAKL ni. promote buku lama je. Hehehe.
Hehehe....baik punye benjamin....
Selalu datang tepat pada waktunye...
Bace dari eps 1 hingga 5 then baru drop komen..hahaha
Anyway dear minta perhatian ada sedikit kesalahan ejaan dalam setiap bab...
#X salah menegur kan...??? #^_^
Aduhai. Typo itu mmg payah nak diubah. He he. Thanks ya.
nk lg ... hehe
Benjamin la pulak. :)
Post a Comment