TUNGGU.
Dia cakap dia nak tunggu. Dan entah sampai bila dia akan
tunggu. Berkali-kali aku memandang nombor telefon Ben yang disimpan dalam phonebook tanpa pengetahuan itu.
Tangan masih teragak-agak untuk menekan icon ‘call’
ataupun ‘Message’ ataupun ‘Whatsapp’.
Akhir sekali, aku
WhatsApp Ain aje.
‘Beb, aku ada story ni.’
Tak
lama pun menunggu, WhatApp aku berbalas.
Apa dia?
Jari
jemari mula laju menaip.
‘Dekat majlis Wanda haritu, I met
someone.’
‘Wahhh!’
‘Siapa? Siapa?’
‘Kawan abg Wanda.’
‘Dia bagi no telefon dia ni’
Tapi aku tak tahu nak buat apa’
Oh my! Love at the
first sight?
Wow!
Jangan nak wow sangat. Aku tengah
blur ni.
Nak blur kenapa pulak?
Dah ada no telefon tu, call ajelah.
Takkan nak bawak pergi
toto pulak nombor tu.
Kalau aku nak telefon dia, aku nak
cakap apa?
‘Hi, Norah ni, remember me?’
Ataupun, ‘Hi Ben, miss me already?’
Atau… ‘Jom keluar?’
Gilalah kau ni.
HAHAHA
Aku
mencebik. Ain ni pun. Dia gelakkan aku pulak.
‘Call dia. Lepas tu
follow the flow.
Tak rugi pun.
Aku segan.
Call je.
Duh!
Hmmm
Dah. Dah.
Nanti bila dah call
tell me the story ye.
=)
Aku mengeluh sendiri.
whatsApp Ain aku biarkan tak berbalas.
Apa yang susah sangat nak contact kenalan baru ni? Bukannya nak ajak dia kahwin pun, kan?
“Norah!”
Aku tersentak dari angan-angan. Lenovo yang dipegang
hampir terlucut dari genggaman.
“Amboi mengelamun…”
Aku mencipta senyum nipis. Skrin komputer yang aku buka
dari tadi sudahpun memaparkan animasi screen
saver. “Ada apa bang? Barang hilang lagi?”
“Kau ni… asal aku panggil aje, barang hilang.” Abang
Bidin merungut perlahan. Dia yang baru melepasi meja Kak Melati aku pandang
lama. Hari ni Abang Bidin kemas berbaju T kolar dan jeans hitam. Baju hijau
pucuk pisang itu nampak sesuai dengan kulitnya yang sawo matang.
“Manalah tahu…” aku sengaja menggantungkan ayat. Kisah
tentang Benjamin aku tolak tepi.
Monday blues.
Banyak kerja yang menunggu aku.
Artikel Expo Doraemon perlu disiapkan.
Report untuk
lawatan Rakan Alam Sekitar minggu lepas pun.
Esok kena cover
satu program di KLCC, and that’s it!
Aku akan minta cuti!
“Abang panggil saya tadi kenapa?”
Abang Bidin mengangkat muka dari segala kertas kerja di
atas mejanya. Berterabur! Laju aje aku menggeleng.
“Jom makan. Lapar.” Dia sengih lebar.
Jam pada dinding pejabat aku pandang lama. Dah dekat
pukul satu rupanya. Tak sedar langsung masa berlalu. “Kita dua aje?”
“Kenapa? Tak sudi
dating dengan aku?”
Spontan aku mencebik. Bukanlah tak sudi…tapi kalau berdua
aje dengan Abang Bidin, apa sangatlah yang aku nak jadikan modal berbual pun.
Takkan nak cerita pasal Benjamin kot?
“Kak Melati kau pun ikut jugak tu…” dia menjeling ke arah
Kak Melati yang masih fokus memandang ke arah komputernya. Aku tergelak kecil.
Cermin matanya yang bulat membuatkan wajah Kak Melati makin bulat.
“Kak oi, jomlah kita makan dulu. Tenung komputer tu macam
nak makan.”
“Kejap. Aku nak selesaikan Che Faisal ni punya iklan.”
Kak Melati menjawab tanpa memandang. “Seminit ye adik-adik.” Aku nampak Kak
Melati sengih di hujung kata.
Che Faisal.
Sejak dari minggu lepas nama tu disebut-sebut Kak Melati.
Ada appointment dengan Che Faisal la.
Che Faisal handsome bergaya la. Che
Faisal cakap lemah lembut la.
Jangan cakap yang Kak Melati dah sangkut dengan client seorang tu. Nanti aku dengan
suka citanya report dekat Abang
Hisyam.
Jangan nak sibuk
hal rumahtangga oranglah Naurah oi.
Sementara menunggu Kak Melati, aku sempat menaip beberapa
perenggan ayat dalam microsoft word.
Setelah membaca ayat yang ditulis beberapa kali, akhirnya aku meletakkan
komputer ke sleep mode.
Lenovo yang gelap gelita aku pandang sesaat sebelum
mencapainya dari atas meja.
Aku melepas nafas perlahan.
Kali terakhir aku jumpa Benjamin, petang Sabtu. Sewaktu
ramai manusia kalut dengan kerja masing-masing dek tetamu yang hadir tak
putus-putus.
Hari Ahad, aku masih sibuk menolong keluarga makcik
mengemas. Maklumlah, guna catering keluarga
sendiri, pinggan mangkuk semua terpaksalah sendiri yang basuh. Tak sempat
langsung nak sentuh handphone.
Sehinggalah hari ini.
Adakah Ben masih menunggu? Adakah?
“Jom. Perut akak dah berbunyi ni…”
Aku mengalihkan pandangan dari Lenovo ke arah Kak Melati
yang sudah pun bingkas berdiri.
“Korang tak jumpa lagi Che Faisal, kan? Hah, kejap lagi
boleh tengok dia.” sambung Kak Melati lagi.
Aku turut sama bangun sebelum mencapai dompet dari laci. “Akak
ada appointment dengan dia ke?”
“Taklah. Tapi dia nak jumpa sekejap, bincang pasal design
untuk ruangan dia tu.”
Oh, macam tu…
Aku mengangkat kening ke arah Abang Bidin di meja
sebelah. Abang Bidin sengih penuh makna. Akhirnya dapatlah kami jumpa jejaka
yang bernama Che Faisal ni.
Belum sempat aku meninggalkan meja kerja, Lenovo aku
berbunyi lantang tanda mesej baru diterima. Jari mula pantas menekan itu dan ini
sebelum peti mesej di buka.
Benjamin
You sengaja biar I’m dying
menunggu, kan?
Aku tergelak sendiri.
Bila melihat Kak Melati dan Abang Bidin yang menjeling, aku terus menutup mulut. Aiseh, macam mana boleh tergelak sorang-sorang ni?
Belum sempat aku membalas, sekali lagi Lenovo berbunyi
lantang. Sekali lagi Kak Melati dan Abang Bidin menoleh. Aku senyum segaris
sebelum menyambungkan talian.
“Sampai hati you…”
Aku menutup mulut, menahan ketawa. Langkah Kak Melati dan
Abang Bidin keluar dari pejabat aku ikut perlahan. sengaja membina jarak.
Mencari ruang untuk bersembang. Mati aku kena bahan kalau
dia orang tahu.
“Assalamualaikum.” aku memberi salam setelah ketawa reda.
“Sorry. I memang sibuk sangat.” aku
senyum sendiri. Kalaulah Ben tahu macam mana berdebarnya aku setiap kali
melihat nombor telefon dia di dalam handphone…
“Tak kira. Esok you kena belanja I lunch, baru I maafkan.” Ben bersuara sebaik sahaja salam aku
disambut. “Office you dekat mana?”
Aku menelan air liur beberapa kali. Serius ke Ben serius?
Tapi… dia ajak makan aje kan? Bukannya ajak kahwin pun.
“Esok I ada kerja luar. Lusa boleh?”
“Norah…Norah. Susahnya nak keluar dengan you.” Aku
mendengar dia mengeluh dari hujung talian. Senyuman aku masih lagi belum mati.
Kalau dekat kampung, cakap main satu nada aje. Sekarang ni bukan main lagi.
“Kenapa nak keluar dengan I?” soal aku. Langkah Abang
Bidin dan Kak Melati di hadapan aku pandang dari hujung mata. Dah nak sampai
pun depan kedai makan.
“Serius you nak tahu?”
“Yup,”
“I nak serius dengan you. I tahu ni cepat sangat. But you see, dua hari dekat kampung
dengan you, I dah dapat baca you macam mana.
Love at the first sight, mungkin…”
Oh my! Come again?
Cinta pandang pertama?
“Norah, I tahu you masih single. Qila yang bagitau. Tapi andaikata you tak sudi, I tak nak
paksa.”
Aku terus terdiam. Qila ni la…
Nafas
dihela tanpa sedar. Tak tahu nak balas apa sebenarnya. Tak pernah lagi aku
jumpa lelaki straight to the point
macam ni. Tak ada kias-kias langsung.
Tapi
senyuman terukir juga pada bibir mendengar perkataan ‘andaikata’ dari mulutnya.
Andaikata.
Aku yang melayu tulen ni pun jarang guna perkataan tu.
Berbalik pada topik tadi, apa yang perlu aku buat ni? Sungguh.
Memang cepat sangat. Tanpa amaran, tanpa angin bertiup kencang, tup-tup dia nak
serius dengan aku?
Serius?
“Hey, kenapa diam? Tak senang?”
Aku senyum lagi. Senang mendengar loghat Sabahnya yang
jarang-jarang terkeluar.
“Kita jumpa lusa, ya? Nanti I text tempat.” Akhirnya aku memberi jawapan.
“Okay.”
Aku melepas nafas lega. “Okay.”
“Norah,”
“Ya?” aku sempat menjeling ke arah Abang Bidin yang sudah
pun menarik kerusi untuk duduk. Kak Melati pun sama.
“Thanks.”
Spontan aku mencipta senyuman. “See you.”
Talian
diputuskan. Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja dan memandang Kak Melati
dan Abang Bidin bersilih ganti.
“Alah, tak jadi pulak…” Kak Melati bersuara tiba-tiba.
“Kenapa kak?”
“Che Faisal. Tiba-tiba ada kerja pulak.”
Aku senyum lebar. Tak ada peluang lagi nampaknya. “Banyak
kerja la tu. orang bisnes sendiri ni lain kak.” Aku membela. “Sekarang ni, abang
dengan akak pilih aje nak makan apa. Saya belanja.”
Tepat jangkaan aku, mereka terus melopong, tak percaya.
Ya, memang aku jarang sangat keluarkan duit untuk belanja makan budak-budak
pejabat. sangat jarang.
“Kau menang loteri ke apa ni Naurah?”
Aku pandang Abang Bidin dengan senyuman penuh makna.
“Lebih kuranglah…”
HARI RABU. Hari ini ada
dua benda yang boleh menggembirakan aku. Satu, cuti aku dah pun selamat
diluluskan, dan dua…
Temujanji bersama Benjamin!
Semalam, selepas event
di KLCC, aku terus tetapkan masa dan tempat untuk berjumpa.
Dan
sekarang ni, aku perlukan ruang. Aku perlu mencari ruang yang luas. Bukan sebab
nafas sedang sesak, ataupun kehabisan oksigen ataupun tersepit dalam orang
ramai. Tapi aku perlu ruang untuk menjerit.
Menjerit
keriangan!
Kalau
nak diikutkan hati, nak aje aku melompat tinggi-tinggi capai siling ofis sambil
menjerit dekat semua orang kuat-kuat.
Biar
serak suara, aku tak kisah.
Apa
yang penting sekarang, aku dapat cuti yang paling aku tunggu dan juga calon
pengantin lelaki yang menanti untuk janjitemu!
Keluar
sahaja dari bilik bos tadi, bibir masih tidak gagal dari tersenyum. Pandang
wajah Fara, setiausaha bos, aku senyum. Fara yang bertudung empat segi jenis
satin tersenyum membalas walaupun dia sendiri tak tahu apa makna senyuman aku.
Nak
dikatakan cuti ini adalah satu hadiah yang paling besar sepanjang aku bekerja,
macam melampau pulak.
Tapi
itulah.
Cuti
inilah penyelamat aku dari menjadi gila sebelum masanya.
Ya,
aku hampir gila menghadap segala kerja dan program sejak tiga bulan lepas.
Aku
masih tersenyum panjang. Borang permohonan cuti ditangan digenggam erat.
Berjaya! Akhirnya berjaya jugak pujuk Encik Danny untuk membenarkan aku cuti.
Akhirnya!
Terbayang-bayang tiket kapal terbang yang akan ditempah
sekejap lagi. Terbayang-bayang bandar Kota Kinabalu yang sibuk dengan manusia.
Terbayang-bayang pulau-pulau di Sabah yang menenangkan jiwa.
Rantai dan gelang mutiara di Pasar Filipina, Tanjung Aru
yang sentiasa penuh dengan manusia menanti tenggelamnya matahari.
Sungguh
aku tak sabar!
Aku
menarik nafas dalam-dalam.
Sabar.
Jangan
gelojoh. Orang kata, kalau gembira,
jangan gembira sangat. Kalau tak jadi nanti merana jiwa.
Tapi,
boleh ke tak jadi? Aku dah dapat cuti! Kapal terbang dan hotel pun aku akan
tempah kejap lagi. Sekarang ni bukan musim cuti sekolah. Jadi rasanya hotel tak
akan penuh, kan?
Sekali
lagi aku tersenyum tanpa sedar. Sampai di meja kerja, borang cuti terus
diletakkan dalam tray yang bertanda ‘out’. Nak balik nanti aku akan serahkan
terus kepada admin. Kalau kirim dekat
siapa-siapa, takut lain pulak jadinya.
Punggung
dihenyakkan di atas kerusi separa lembut. Meja yang sedikit bersepah dikemas
ala kadar. Segala Post-it notes yang
sudah tamat tempoh dicabut dari softboard.
Artikel
yang sudah disiapkan semalam sudahpun dihantar ke editor untuk kerja editing.
Dah,
selesai kerja untuk hari ni.
‘Sabah, kau tunggu aku datang!’
“Amboi Norah, sengih sakan…” wanita bertudung syria hitam
hijau tiba-tiba muncul di hadapan meja. Aku hampir terlompat dari kerusi,
terkejut.
“Akak
ni…” tangan kanan mengurut perlahan dada yang berdegup kencang. Langkah tak
berbunyi mana tak terperanjat.
“Happy
sangat nampak.” Kak Melati menarik sebuah kerusi yang berdekatan dan terus
duduk disitu. Kaki kiri disilangkan ke atas kaki kanan sambil memandang ke arah
aku lama. “Dapat cuti?” sambungnya sambil mengangkat kening beberapa kali.
Aku
mengangguk laju . “Dapat, maunya tak happy
kak…” sengaja aku mengantungkan ayat. Aku tahu Kak Melati faham.
Lebih tiga bulan mereka habiskan projek mega
syarikat tanpa henti. Itu tak termasuk dengan program dan majlis yang perlu di cover. Kadang-kadang hari sabtu pun
mereka tercongok dalam ofis, menaip itu dan ini. Kerja buat majalah ni memang
tak mengira masa sibuk dia.
Dan
sekarang, bebas!
“Akak tak apply
cuti ke?” tray yang bertanda ‘in’ dan ‘out’ dikemaskan beberapa kali. Dua minggu nak tinggalkan pejabat,
aku harap tak bertambahlah yang ‘in’ tu.
Kak
Melati menggeleng beberapa kali sebelum mencapai borang cuti dari atas tray. “Akak banyak lagi artikel yang
kena buat. Lagipun, kalau akak cuti akak duduk rumah je la kot. Abang Hisyam kamu
tu bukannya boleh minta cuti suka-suka.” Terang dia panjang lebar. “Dua
minggu?” keningnya terangkat tinggi bila membaca jumlah hari yang ditanda.
Aku
mengangguk dengan sengihan. Ya, aku sengaja minta cuti panjang. Selama aku
bekerja dekat sini pun, mana pernah aku
ambil cuti lama-lama. Paling lama pun dua hari. Baki cuti yang tertinggal
memang banyak. Rugi kalau tak guna.
“Nak
tenangkan hati kak.”
“Nak
tenangkan hati ke, nak cari calon suami?” dia bingkas bangun dari kerusi
sebelum kembali ke meja kerja.
“Ada
ke… orang nak berehat la kak.” Aku bingkas dari kerusi. Jam di tangan aku
jeling sesaat sebelum kembali menatap wajah Kak Melati yang semakin ayu
berbadan dua. “Okay kak. Saya ada lunch
appointment ni. Keluar dulu ya…”
“Naurah,
kau ada nampak…”
“Abang
tanya Kak Melati. Saya nak keluar ni.” belum sempat Abang Bidin menghabiskan
ayatnya, aku terus memotong.
Sempat aku mengangkat tangan, tanda minta maaf sebelum
mencapai beg tangan dari atas meja dah terus berlalu dari situ.
“Kalut sangat nak kemana tu?”
“Entah. Katanya ada lunch
appointment.”
“Gaya macam nak pergi dating
je…”
Aku senyum segaris. Suara Abang Bidin dan Kak Melati
semakin hilang. Aku melangkah keluar dari pejabat tanpa berpaling ke belakang. Imej
yang terlakar pada cermin di luar pejabat membuatkan aku tersenyum lebar.
Rasanya ini kali kedua aku pakai skirt ke
pejabat setelah majlis sambutan hari raya tempoh hari.
Baju ini pun baru lagi.
Rambut hitam berkilat aku biarkan lepas bebas.
Aku
tersenyum penuh makna.
Bahagia! Aku tahu inilah waktunya.
Kalau
betullah Benjamin nak serius, aku pun sama. Lagipula umur kami masing-masing
bukannya muda lagi untuk main-main.
Aku tahu penantian aku akan berakhir kejap
lagi. Wahai orang kampung, tunggulah! Aku bawa pengantin lelaki aku balik!
Aku
terus mempercepatkan langkah ke arah kereta Viva putih yang diparkir di bawah
pokok. Jam di tangan dikerling lagi buat kesekian kalinya.
Tepat
jam satu tengah hari.
Setengah
jam lagi aku akan bertemu kembar Alex Yoong tu. Setengah jam lagi, nasib aku akan
berubah.
Setengah
jam lagi… “Arghhh!” aku mendengar suara sendiri menjerit lantang sebelum aku
dapat mencerna apa yang terjadi. Kepala aku ditutup dengan kain hitam dan aku
ditarik kuat masuk ke dalam sebuah kereta.
Mulut
dan hidung aku ditekup kemas dengan kain yang berbau aneh dan aku terus
terfikirkan sesuatu.
Oh
my! Aku kena culik?
9 comments:
ohmai illa..what akak berdebar je...dh la byk sgt heronye..bermula dari abg bidin..kemudian ben then now che faisal pula..mane satu akk ank pilih ni..hahaha
~noriatul asimah~
kak,
kata misi mencari pengantin lelaki. kenalah ramai calon-calonnya. hehehe
jgn byk sgt calon..nnti x tepilih last2 jadi andalusia plak si naurah tu hahaha
~noriatul asimah~
Rambang mata eh nanti? @_@ hohoho
dah baca dr mula tapi sorry i malas nk komen...:p. Best...apsal la norah kena culik ni pakai kloroform plak tu. jangan jadi mangsa pemerdagangan manusia la plak.
Eh?? Asal kene culik? Norah ada buat artikel yg gempar ke? Doraemon kot yg kidnap Norah hehe
Sapa pulak nak dajal nih? Baru nak hepi2. Aiyorkkkk!!!!
Ramainya calon yg dah muncullll
Bestt
Post a Comment