Thursday, 13 August 2015

Long Yun Leisure Farm, Taiwan

Assalamualaikum dan hai!

Nak tahu tak gambar yang dalam cerpen Yang Pernah Kita Miliki tu illa ambik dekat mana? Tak nak tahu pun, daku nak bagitahu jugak.

Gambar tu sebenarnya dekat hutan Alishan Mountain, Taiwan!

Cantik kan kan kan?

Waktu pergi Taiwan dulu, ada jugak perasaan dalam hati yang membisik-bisik apalah yang aku nak makan dekat sana nanti. Susah tak nak jumpa makanan halal nanti.

Tapi...

Bila sampai sana, rupanya bersepah makanan halal malah, dekat tempat penginapan pun boleh dapat! macam mana boleh dapat? Rupanya dekat Taiwan ni mereka dah lama amalkan konsep Muslim Friendly di mana Chinese Muslim Association akan datang untuk semak ke'halal'an kedai makan dan hotel berkenaan.

Tujuannya satu, untuk selesakan kesemua pelancong muslim yang datang. Bagus, kan?

Salah satu tempat yang illa sempat bermalam waktu dekat sana adalah di Long Yun Leisure Farm. Bagi yang sukakan keindahan semuladi dan ada jiwa-jiwa penyanyang kat alam sekitar, illa boleh kerat jari yakin yang korang akan suka bila dekat sini!




Memang sangat cantik! Nak-nak pulak, Long Yun Leisure Farm ni terletak lebih kurang 2000 meter atas paras laut. Sejuk!


Waktu illa sampai sana, ngam-ngam dengan waktu matahari terbenam dan dari bilik pun boleh nampak sunset nih! MasyaAllah, lawa!





Kiblat dan masa solat diletakkan di dalam setiap bilik

Jalan untuk naik ke bangunan bilik

Long Yun Leisure Farm berada di Chiayi County dan terletak di kawasan Alishan National Scenic Area. Disebabkan kawasan ni sejuk tenang dan aman, Alishan Mountain ni jugak sangat sesuai untuk penanaman teh, herba dan jugak pelbagai jenis bunga.





Yang paling penting dan semestinya paling best, menjadi salah satu penginapan yang diiktiraf sebagai Taiwan Muslim Friendly Leisure Farm, pengusaha leisure farm ini mengasingkan dapur halal dan tempat makan untuk muslim khas untuk pelancong yang beragama Islam.


Dapur di farm stay yang mengasingkan tempat memasak dan peralatan.

Antara makanan yang disediakan. Siap ada kari yuuu!




Keesokan harinya, kitorang semua gigih bangun pukul lima pagi, dan siap-siap untuk morning walk. Mana tak nya, sampai semalam dah gelap, tak sempat nak terjah kawasan ni. Jadi, seawal enam pagi, lagi kitorang dibawa melalui Cloud Trail di dalam hutan yang kebanyakan terdiri dari pokok cedar lama, pokok pine dan juga buluh oleh pemilik farm stay ini sendiri.

Terasa diriku amat berharga!

Suasana pagi di sini begitu segar dan mendamaikan dengan bunyi nyanyian unggas (nampak tak ayat novelis. kehkeh) yang bersahutan.




Laluan sepanjang 670 meter ini diberi nama Cloud Trail sebab kebanyakan masanya, terdapat kabus yang memenuhi hutan ini menjadikan suasana dramatik bila cahaya matahari bersinar melalui kabus yang menyelubungi pokok-pokok dekat sini. Tapi sayang waktu illa datang sini, tak ada pulak kabusnya.


Dari media Malaysia

Tenang dan mendamaikan. Itulah yang boleh illa gambarkan tentang destinasi Long Yun Leisure Farm ini. Bagi yang nak pergi honeymoon ke, yang dah bosan berpanas dekat laut ke, nak buat backpacking dengan bff sehidup semati ke, korang boleh try datang sini. Nak senang, ambik je pakej dari Apple Muslim Holiday ni. Berbaloi-baloi!


Kat tengah-tengah tu pemilik farm stay ni. Memang tersangatlah peramah dan baik.
Nak tahu apa lagi yang menarik dekat situ, korang boleh terjah atau tanya sendiri diorang melalui contact di bawah ;)

Long Yun Leisure Farm

No.1 ShiJhuao, Jhunghe Village
Jhuchi Township, Chiayi County
 00604, Taiwan
www.long-yun.com.tw
+886-5-2562216


Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com


Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
www.taiwanfarm.org.tw

Long Yun Leisure Farm

Kerja-kerja jugak, cuti jangan lupa!

Wednesday, 12 August 2015

Bangkok Trip

Hai dan Assalamualaikum!

Walaupun dah lebih dua bulan Bangkok ditinggalkan, pengalaman sepanjang dekat sana pastinya tak mungkin daku lupakan. Gituu~




Post yang lepas, illa hanya sempat cerita pasal salah satu tempat perlancongan di Bangkok iaitu Madame Tussauds, sekarang illa nak cerita apa lagi yang menarik dekat Bangkok yang sempat illa terjah sepanjang illa dekat sana.

Menginap di Hotel Courtyard by Marriot, Bangkok yang sangat awesome, kami mulakan hari di Bangkok dengan makan malam dekat Asiatique The Riverfront yang merupakan open-air mall di Bangkok yang terletak di persisiran Sungai Chao Phraya.



Bilik yang tersangatlah selesa. Sesuai untuk yang melancong sambil bekerja



Perasaan dinner dekat sini? Semestinya awesome sebab dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan dikelilingi dengan banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, satu malam dekat sini memang tak cukup!







Sebelum balik ke hotel, kami sempat menonton teater Muay Thai yang juga terletak di Asiatique. Teater ni sebenarnya menceritakan tentang asal usul seni mempertahankan diri Muay Thai ni dan banyak lagi aksi-aksi dan drama yang diceritakan melalui pelbagai gerak muay thai.



Dan teater disudahi dengan perlawanan muay thai. Sepanjang teater tu memang tak boleh ambik gambar atau rakam. Jadi, gambar waktu teater memang tak ada. T_T




Muay Thai Live: The Legend Lives

 ASIATIQUE THE RIVERFRONT
2194 Charoen Krung Rd, Bang Kho Laem, Bangkok 10120, Thailand
Phone:+66 2 108 5999


Hari kedua, selain ke muzium lilin Madame Tussauds, kami juga singgah ke Sea Life Bangkok Ocean World. Kalau nak tengok sendiri macam mana pekerja-pekerja dekat situ bagi makan dekat jerung (yang besar gila!) bolehlah datang ke sini. Tak jauh pun dari Madade Tussauds tu. Boleh jalan kaki je.

Jalan atas jerung 

Sesi bagi makan kat white shark

Terowong aquarium

SeaLife Bangkok Ocean World 

B1-B2 Floor, Siam Paragon, 991 Rama 1 Road, Pathumwan, Bangkok 10330, Thailand
Phone:+66 2 687 2000
http://www.sealifebangkok.com/


Habis menjenguk kehidupan laut, kami bergerak pulak ke Art In Paradise, Bangkok. Dekat sini terletaknya pelbagai lukisan 3D yang membolehkan korang bergambar habis-habisan di setiap pelusuk bangunan ni. Disebabkan ini kali pertama illa masuk muzium 3D macam ni, memang perasaan teruja tu tak boleh tutup. Semua lukisan illa nak tempek muka sendiri.

Best!



Art In Paradise Bangkok

Address: 99 Esplanade Shopping Mall, 4th Floor Ratchadapisek Road, Din Daeng, Din Daeng, Bangkok10400, Thailand
Phone: +66 2 660 9130


Hari ketiga, kami bergerak ke Ayutthaya, lebih kurang dua jam dari Bangkok untuk ke perkampungan muslim yang menetap di sini. Penduduk disini menjadikan kraf seni berbentuk ikan yang diperbuat dari daun kelapa sebagai produk cenderamata.

Salah seorang penduduk mengacar cara-cara menganyam

Dah jadi ikan!

Ikan yang dianyam tadi, diwarnakan dan dijual sebagai cenderahati



Ayutthaya juga memang banyak menyimpan sejarah dan struktur-struktur watt yang menarik contohnya di Historical Park ni.

Historical Park, Ayuthayya


Sebelum kembali ke Bangkok, kitorang sempat singgah di tempat pembuatan Roti Sai Mai yang femes dekat Thailand ni. Memang sedappp sampai menjilat jari.






Kami tiba di Bangkok tepat waktu untuk makan malam.Sesekali dapat peluang naik cruise menyusuri sungai Chao Phraya dan dinner dengan diiringi musik dari live band memang suatu pengalaman yang menakjubkan.



Satu lagi perkara yang korang tak boleh lepaskan bila berada di bangkok. Shopping!Bangkok memang terkenal dengan shopping mall yang banyak dan yang paling terbaru dan paling elegan di antaranya adalah EmQuartier Bangkok iaitu Luxury Shopping on Sukhumvit Road.

Menggunakan konsep 'All in One' di sini penduduk setempat dan pelancong boleh dapatkan apa sahaja termasuklah air terjun, taman permainan dan mini zoo! 

Mini zoo di pusat beli belah? percayalah!





Apalagi, nak shopping barangan berjenama dengan bijak, bolehlah ke Bangkok!


Terima Kasih Kak Noor Ashikin dan Apple from Tourism of Auhtority Thailand, Malaysia untuk trip kali ini.



Tourism Authority of Thailand, Malaysia

Suite 22.01, Level 22, Menara Citibank,
165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Tel: (603) 2162 3480 
Fax: (603) 2162 3486


Tuesday, 11 August 2015

AABC Penang Take Over!

Assalamualaikum!

Sebenarnya illa jarang ikut aktiviti bersama blogger. Tapi kalini, bila Ashman daripada AirAsia jemput untuk sertai geng AABC (AirAsia Bloggers Community) jelajah Penang, terus aje illa setuju.





Dan, ternyata, pilihan daku memang tepat!

Penang pernah jadi tempat illa belajar waktu habiskan diploma dulu selama tiga tahun.Tapi waktu itu, tak pernah pun nak jelajah Penang dari mata seorang pelancong. Kalau keluar pun, banyak pergi mall dan naik feri. Yela, masa tu student baru nak hidup. Kalau tak tengok wayang satu minggu tak boleh.

Dengan AABC Penang Take Over ni, barulah illa ada peluang nak terokai keunikan Pulau Pinang dari mata seorang pelancong dan hayati sendiri kehidupan rakyat di Penang.

Pengembaraan singkat illa hanya tertumpu di sekitar Georgetown. Walaupun dekat Bandar Georgetown aje, banyak sangat benda yang boleh dilakukan bermula dari pagi hingga matahari terbenam.



Diberi task yang boleh tahan mencabar, kami mulakan pencarian dengan merasai sarapan yang paling popular disini. Dengan bantuan @ck_lam dan @lingziedotcom iaitu blogger terkenal dari Penang, illa dan semua ahli kumpulan dapat merasai roti canai banjir, nasi dalca dan juga roti bakar telur separuh masak yang terkenal di Georgetown.







Habis sarapan, kami berjalan di sekitar bandar yang dipenuhi dengan bangunan lama yang penuh dengan sejarah masih terjaga strukturnya.

Kami sempat singgah di Teochew Puppet & Opera House di Armenian Street. Dekat sini, banyak giler puppet pelbagai bentuk dan korang boleh cuba sendiri macam mana nak gerakkan puppet. Selain tu jugak, nak pakai costume macam kitorang ni pun boleh.









Masuk RM5 aje untuk siapa yang ada MyCard. Berbaloi-baloi!

Apa lagi yang boleh dibuat dekat Penang? Makan! Oleh sebab Penang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa, semestinya pilihan makanan juga banyak.


Dari kiri, amirnawawi.com , ruby.my, qastury dan daku.


Macam-macam makanan yang korang boleh rasa termasuklah the famous pasembor, nasi kandar, nasi dalca, cendol, nasi lemak roti canai, laksa penang dan banyakkkk lagi. Bila lagi nak rasa Laksa Penang original dari Penang, kan? Memang ummph terbaik dari ladang! 




Satu lagi benda yang menarik dekat Georgetown ni adalah mural yang menjadi hiasan dinding-dinding di sekitar bandar. Street arts inilah yang banyak menarik penonton dengan mural yang penuh dengan makna dan memori yang tersembunyi.






Tak percaya street arts ni popular? Cuba tengok barisan yang tunggu turn untuk ambik gambar tu. Panjangggggg sungguh!



Sebenarnya, berjalan-jalan di sekitar Penang membangkitkan rasa memori zaman silap. Sebab apa? boleh dikatakan semua bangunan di Georgetown ini masih kekal dengan rekabentuk asal yang jarang-jarang boleh dilihat di bandar-bandar lain.








Kalau rasa malas nak naik bas Rapid atau drive, korang boleh naik aje Hop On Hop Off yang disediakan di sini. Nak pusing satu Penang sehingga ke Balik Pulau pun boleh dengan tiket yang berpatutan dan bas yang sangat selesa, pastinya pilihan untuk guna bas HOHO tersangatlah berbaloi-baloi!

Gambar kredit ruby.my



Kalau korang suka dengan bangunan-bangunan cantik macam ni, apa lagi? Cepat book tiket Air Asia ke Penang!

Sebenarnya, banyak lagi yang boleh diterokai dekat Penang ni. InsyaALLAH kalau ada kelapangan dan masa, illa nak jejak sini lagi dan explore satu Penang habis habisan!

Nak tahu info tempat-tempat perlancongan dan tempat bersejarah di Penang, korang boleh jugak hubungi 

Penang Global Tourism
8B First Floor, TheWhiteaways Arcade,
Lebuh Pantai,
10300 Pulau Pinang, Malaysia
Tel : (+604)2643456
Fax : (+604)2643455
Email: info@penangglobaltourism.com
 www.mypenang.gov.my 






Sunday, 26 July 2015

Koleksi Beg Wanita

Hai dan Assalamualaikum!

Sempena bulan raya ni, rasanya masih tak terlewat kalau saya nak kenalkan jenis-jenis beg tangan yang tersangatlah menjadi pilihan di Zalora. Selain kasut dan barang kemas, beg tangan juga merupakan aksesori penting kan, kan? Ye la, untuk bawak pergi shopping ke, pergi ofis ke, pergi kenduri kendara rumah ex boipren  ke, mestilah kena ada beg tangan yang sesuai untuk meyakinkan lagi langkah kita, kan?

Siapa yang bernama wanita, pasti akan mengakuinya. Kehkehkeh.

Oleh sebab beg tangan ni penting dalam kehidupan kita sehari hari, jom tengok beberapa koleksi beg wanita yang paling popular dan digemari.


Clutch



Selalunya clutch mempunyai saiz yang kecil dan dibawa ke majlis-majlis formal yang disesuaikan dengan pakaian formal macam annual dinner ke, ball gowns ataupun evening dresses. Clutch jugak sesuai kalau nak bawa pergi kenduri. Nice and simple gitu.


Sling bag



Sling bag jugak selalunya bersaiz kecil Cuma ditambah dengan tali. Nama lain sling bag adalah beg silang. Remaja memang suka pakai sling bag ni sebab senang, kecil dan tak menonjol sangat. 

Tote Bag



Tote bag mempunyai rekaan pemegang yang tidak terlalu panjang dan mempunyai saiz yang agak besar. Bagi yang tak suka sangat nak sangkut tali beg pada bahu, tote bag sangatlah sesuai untuk sorang. 

Shoulder bag



Seterusnya adalah shoulder bag yang mempunyai saiz yang besar dan tali pemenang yang lebih panjang dari tote bag. Tali ini membolehkan si pemakai menyandang beg ini di bahagian bahu.


Kesimpulannya, setiap jenis beg mempunyai fungsi yang berbeza. Jadi, tak salah kalau kita ada semua jenis beg untuk disesuaikan dengan pelbagai acara, kan? Jadi, jom cari beg kegemaran anda sekarang!

Wednesday, 1 July 2015

Sinopsis Pencuri Cinta Kelas Satu

Assalamualaikum! 

Seperti yang sedia maklum, SPKS dah ditukar tajuk menjadi Pencuri Cinta Kelas Satu. Mula tulis tahun 2011 dan siap tahun 2012. Jauh perjalanan dia sehinggalah dapat rezeki untuk diterbitkan tahun ni. Alhamdulillah ;)

Oleh sebab ini novel pertama yang illa siap tulis, jadi segala kesalahan,cliche, tak matang dan lain lain haraplah dimaafkan. 

Terima kasih daun keladi ;)


Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu
Penulis: Illa Shanahila
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-78-5
Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak)

Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang.

Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya!

Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah.

Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.

“Jom kita kahwin? Mama saya ingat saya bercinta dengan isteri orang anak satu.” – Amar Firzal
Ini dikira proposal ke? Tanpa cincin belah rotan? Tanpa pantun lima enam kerat? Tak menarik langsung – Aira

Amar Firzal terpaksa lupakan crush di pejabat. Aisya Humaira nekad tinggalkan kekasih yang masih ragu tak bertempat. Kerana takdir mereka bertemu, kerana takdir juga mereka bersatu. Mampukah Firzal menjadi pencuri cinta kelas satu untuk isteri yang manja dan berhati batu?

"Malam ni jangan pergi mana-mana.”
“Kenapa?”
“Nanti awak tak ada dalam mimpi abang.”

Kalau hati dah mula terasa sesuatu, dapatkah crush dan cinta pertama dilupakan?

*****

Nak order dengan KS/p2u boleh, nak order dengan illa pun boleh ;)