Thursday, 17 March 2016

Memori Tri + Nani [Bab 2]





[Bab 2]

AKU PANDANG DIA, dia pandang aku. Entah berapa lama mata aku dan dia berbalas aura. Masing-masing keluarkan laser. Aku laser merah. Dia laser biru. Dan, sekarang rasanya masing-masing berimaginasi memancung kepala sesama sendiri.
Seteru. Seteru.
Piring kek serupa brownies tadi akhirnya selamat mendarat juga di meja aku. Dia pula kembali ke meja paling depan tadi. Beberapa helai kertas yang aku agak report jualan hari ini disentuh dengan sebelah tangan.
Sekali sekala mata dia mencuri pandang ke arah aku.
Masih tak puas hati.
Nampak muda lagi. Kalau tua pun, hanya beberapa tahun dari aku. Muka berlagak gaya ‘ini kedai aku yang punya’ dia tu aku pandang lama.
Selain mata sepet dia, sikit pun aku tak rasa yang dia tu mirip Kak Hasya. Dahlah Kak Hasya tu putih melepak. Dia pulak kulit sawo matang macam aku je.
Tinggi melangit pulak tu.
Lain sungguh dari Kak Hasya yang kecil molek.
Lagi satu, kalau wajah Kak Hasya tu macam Chinese look, dia ni pulak macam... er... communist look!
Padan sangatlah tu. Muka pun garang nak mati.
Aku melepas nafas perlahan sambil memandang jam pada skrin laptop. Dah hampir pukul lapan empat puluh lima malam. Iris Cake House memang selalu tutup awal. Sebabnya, kalau malam-malam mana ada orang nak cari kek dengan kopi sangat. Semua cari nasi.
Lagipun kedai ni pukul 7.30 pagi dah buka. Sesuai la untuk orang macam aku yang suka minum kopi pagi-pagi gaya orang putih pegang cawan kopi sambil jalan pergi kelas.
Tumpuan aku kembali pada adik Kak Hasya tadi. Tanpa menghiraukan jelingan dia, aku mencapai garfu dan mula merasa kek di dalam piring tadi dengan muka ‘aku tak curi pun, okey?’
“Ajim kejap.”
Aku memamdang Ajim yang kalut menghampiri Encik Suka-Suka Tukar Password tadi.
“Bos?”
“Siapa budak tu?”
Walaupun perlahan, tapi bisikan dia jelas pada telinga aku. Nak berbisik pun tak reti. Dia tak tahu ke cafe ni sunyi tak ada orang? Cicak menguap pun boleh dengar, tahu?
“Er, kawan Kak Hasya, bisness partner lebih kurang.”
Kembang hidung aku bila Ajim menyebut perkataan bisness partner. Haa... baru kau tahu kuasa aku dekat sini.
“Aku tak tahu pulak kakak aku ada bisness partner masa bukak kedai ni.” Dengan suara yang sedingin freezer peti ais, dia menjeling ke arah aku beberapa saat.
Dan apa lagi, ingat aku tak ada jelingan maut jugak? Dengan senang hati aku membalas jelingan dia tadi.
“Bukan bisness partner tu bos. Er... macam...” Ajim pandang aku, minta pertolongan agaknya. Garfu kecil tadi sekali lagi merobek isi kek di dalam piring. Sedap pulak benda ni. Tak manis macam brownies.
“Saya yang tolong kedai ni buat promosi online. Kadang-kadang buka booth dekat kolej. Dan kadang-kadang delivery.” Aku menambah sambil mengunyah kek sedap tadi.
“Saya tak tahu pun?” Kali ni soalan dia ditujukan kepada aku. Dengan hanya jarak satu meja, sekali lagi kami berbalas pandang. Kali ini dia betul-betul memusingkan kerusi menghadap aku.
“Awak tu baru berapa hari dekat sini...”
“Dan awak tu, BUKAN pemilik kedai ni.” Dia memotong. “Ajim, saya tak suka orang luar masuk sampai kaunter. Had pelanggan dekat luar ni je.” Sambung dia lagi.
Oh mak ai. Sombongnya kau. Ini kalau betul-betul aku kutuk dalam Facebook ni karang...
“Lagi satu, congo bars yang kau makan tu, jangan lupa bayar. Aku buat benda tu bukan sebab nak bagi free.”
Congo bars? Benda apa tu?
Mata aku jatuh pada kek di dalam piring yang hampir licin aku makan. Ini ke maksud dia? Aku dah agak bukan brownies! Tapi tak tahu pulak nama dia congo bars. Tak pernah dengar pun nama tu.
Tapi apa-apa pun, Kak Iqa yang bagi aku, bukannya aku curi.
“Er, bos. Itu nanti saya bayar.” Muka Kak Iqa terjengul dari pintu dapur tiba-tiba. Aku buat muka menyampah. Dah lah sombong, kedekut pulak tu.
Bukannya aku tak biasa rasa resepi baru kedai ni. Selalunya, Kak Hasya pun pernah je bagi aku sepotong dua kek kalau kami jumpa.
Ini...
Haram!
“Tak apalah kak. Saya boleh bayar. Tak luak pun dompet saya nak bayar benda yang saya makan.” Sengaja aku kuatkan suara. Bukan nak marah Kak Iqa sebab suruh aku cuba kek ni tadi. Tapi sebab nak mengajar sikit orang dekat meja depan tu.
Ingat aku tak tahu ke makan benda tak bayar tu haram? Ingat aku tak tahu ke benda haram tu berdosa?
Menyesal pulak aku habiskan kek tadi. Eh bukan kek, congo bars.
Congo bars konon. Kalau aku tahu dia yang buat, jangan haraplah aku nak rasa tadi.

Huh!


*****

Memori Tri + Nani [Bab 1]


[Bab 1]


PINTU KACA YANG bertanda open aku tolak perlahan. Automatik bunyi ‘ting’ dari loceng pintu kedengaran. Aku sempat pejamkan mata sesaat sambil menghidu bau manis kek dan kopi yang tak pernah gagal buat aku senyum.
Iris Cake House.
Kedai kek dan kopi milik Kak Hasya ni memang jadi tempat aku bila aku ada masa lapang. Cake house ni tak adalah besar mana. Meja makan yang boleh memuatkan empat orang pelanggan pun cuma ada enam buah. Kesemuanya kayu yang dicat coklat tua.
Dihujung sudut ada kaunter yang menempatkan mesin duit dan display chiller yang menyimpan pelbagai jenis kek manis yang jarang-jarang aku cuba.
Bukan sebab tak sedap, tapi aku kurang sikit dengan benda manis.
Taknak kena potong kaki muda-muda.
Satu sudut lagi, ada kaunter kopi. Segala jenis kopi yang ada dekat negeri orang putih yang payah nak sebut tu, dekat sini pun ada. Siap bercorak gaya latte art lagi.
Dinding cafe pula dihiasi dengan pelbagai jenis frame gambar kopi dan kek berkonsepkan vintage yang mampu menggugat selera siapa sahaja yang tengok.
Termasuklah aku.
“Sengih je hari ni?”
Aku angkat kening seinci sambil melempar senyum ke arah tuan punya badan yang menegur. Ajim, barista ‘si pembancuh kopi’ yang paling berseni yang pernah aku kenal.
Muka gangster, hati ada ladang ros. Memang langsung aku tak percaya yang Ajim boleh buat segala corak dekat kopi gaya lukis dekat kertas A4 je.
Hebat.
“Hati manyak gumbira.” Beg sandang coklat tua aku letakkan di atas meja. Laptop Acer yang baru saja aku beli menggantikan Lenovo yang dah pun uzur itu aku keluarkan dari perut beg. “Khalisha mana?”          
Selalunya Khalisha akan tersengih menyambut aku depan kaunter. Hari ni tak ada pulak.
“Cuti. Emergency apa entah.”
Aku sekadar mengangguk bila dengar jawapan Ajim. Tangan menyapu habuk nipis yang sempat melekat pada papan kekunci Acer sebelum butang ‘On’ ditekan.
“Kau tak nak ambil order aku ke?”
“Tak payah. Aku tak tahu isi hati perut kau. Iced Americano, kan?”
“Oh Ajim, what can I do without you?”
“Poyolah tu.”
Kami sama-sama ketawa. Itulah hidup aku. Pagi sampai petang dekat fakulti. Habis kerja universiti, aku datang sini, lepak sambil update stok baru dekat Instagram dan Facebook.
“Wei, aku tak boleh log in ni. WiFi korang dah kena potong ke apa?” Aku melaung dari meja dua. Tempat yang paling aku suka kalau jejakkan kaki dekat sini. Tempat paling tersorok dan paling tak ada gangguan.
“Lupa nak cakap. Dah tukar password. Jap, nanti aku kasi.” Ajim menjawab tanpa memandang. Tangannya masih cekap membuat campuran kopi yang aku suka.
“Dengki la tu nak tukar-tukar password bagai.” Aku mencebik. Bukan baru sehari dua aku kenal Ajim. Dah dekat dua tahun pun.
Sejak aku jadi agen yang tolong jual kek dekat kolej dan bazaar universiti, aku dah jadi macam keluarga dekat Iris Cake House ni.
Lagipun, tak ramai pun pekerja Kak Hasya ni. Ajim, barista, Abang Nas dan Kak Iqa dekat dapur dan Khalisha budak lepas SPM yang buat part time jaga kaunter.
Kak Hasya jarang-jarang ada dekat kedai. Lagipun sejak dia mengandung ni memang dia asyik duduk rumah aje.
Ajim berjalan mendekati meja. Iced Americano diletakkan di tengah meja. “Adik bos yang tukar. Dia cakap password sebelum ni senang sangat orang nak hafal.”
Niat untuk mencapai kopi yang mampu menggugat selera aku itu terbantut. Adik Kak Hasya? Kak Hasya ada adik ke? Tak pernah tahu pun?
“Kedekutnya!” Kopi buatan Ajim aku capai dengan tangan kanan. Spontan aku membawa gelas kopi ke hidung. Terbiasa.
Wangi!
Ajim ketawa lepas. Dia terus menulis password baru dengan pen aku. Sempat aku menjeling di sebalik gelas kopi yang tengah aku hidu. Pergh, panjang kemain! Berbelit-belit pulak tu. Ni memang tak bagi orang pakai ke apa?
“Nah!” Tisu yang bertulis password ditolak mendekati laptop aku. “Sekarang ni kalau nak guna WiFi kau bagitahu aku.”
Aku angkat kening.
“Kenapa pulak?” Aku sebenarnya dah dapat lampu hijau dan pass besar dari bos Iris Cake House ni. Bila-bila masa aje aku boleh datang guna WiFi untuk buat kerja jualan online aku ni. Untuk kerja-kerja lain pun boleh. Tapi kenapa sekarang kena bagitahu pulak?
“Sebab adik bos tu akan tukar password tiap-tiap hari. Jadi, kalau kau nak guna esok, kau tanya aku dulu. Nanti aku kasi yang baru.”
Aku hampir tepuk dahi. Sungguhlah adik Kak Hasya ni kedekut. Sekarang ni semua kedai ada WiFi sebab nak tarik pelanggan, tau. Ini tidak, makin menyusahkkan pelanggan adalah.
“Mana dia? Kau tunjuk sikit muka orang kedekut tu?” Aku angkat kepala dan menjenguk ke arah kaunter dan dapur, mencari wajah adik Kak Hasya tu.
Ajim gelak lagi. “Perlahan sikit. Karang dia datang tiba-tiba...”
“Ada aku kisah? Aku ni pelanggan, tau. Buatlah jahat dekat aku, aku update blog bagi semua orang jangan datang sini.” Aku buat muka bangga.
Sekarang ni senang aje kalau nak hebahkan keburukan. Letak je dekat Facebook, tak sampai sehari dah jadi viral.
Tapi aku tak adalah sekejam tu. Takkanlah aku nak lingkupkan kedai Kak Hasya ni pulak.
“Bos dah bersalin dua hari lepas. Itu sebab adik dia datang tengok-tengokkan kedai.” Ajim tarik kerusi dan terus duduk di hadapan aku.
“Kak Hasya dah bersalin?” Sikit lagi nak tersembur kopi yang aku minum. Sungguh aku lupa yang kandungan Kak Hasya dah sarat.
Aduhai.
Festival Makan-Makan tu dah dekat. Booth pun dah tempah. Macam mana nak uruskan nanti?
 Kalau ada Kak Hasya senang la sikit.
“Sekarang ni Kak Hasya dekat mana? Aku ada bisness yang tengah jalan dengan dia ni...” Aku dah garu kepala.
Sayangnya nak cancel. Dahlah festival tu selalunya ramai pengunjung.
“Ada dekat kampung mertua dia tak silap. Dekat Kelantan.”
Aku tepuk dahi. Jauhnya!
“Kau call la dia nanti. Bincang sendiri.” Ajim bangun dari kerusi bila melihat beberapa orang pelanggan masuk. Laju aje dia mengambil tempat di kaunter.
Aku melepas nafas perlahan. Kak Hasya tak ada. Siapa pulak yang nak jaga booth nanti? Takkan aku sorang je?
Atau...aku pinjam je Kak Iqa sehari?
Heh, macam Iris Cake House ni aku punya.
Skrin laptop yang memaparkan halaman Facebook aku pandang lama. Keluhan terlepas tanpa dipaksa. Tak kira, bisness kena teruskan jugak.
Susah belakang kira.


AKU TAK TAHU berapa lama aku habiskan masa di dalam cafe sehinggalah Kak Iqa datang tepuk bahu dengan sengihan. Aku menggeliat kecil sambil membetulkan urat leher beberapa kali.
Sempat aku menarik senyum, membalas. “Kak Iqa...”
Bila dah mengadap laptop, segala benda yang jadi depan mata langsung aku tak perasan.
“Nah, try. Resepi baru ni. Satu piring yang berisi kek yang aku tak tahu perasa apa diletakkan betul-betul di sebelah gelas americano yang dah habis licin aku minum. “Maghrib dah nak habis ni. Dah solat belum?”
Laju aku berpaling ke belakan dan tengok keadaan luar cafe. Dah gelap gelita!
Bahaya sungguh bila tak dengar bunyi dunia luar. Azan dari surau belakang rumah kedai ni pun aku tak perasan.
“Belum.” Aku pandang kek tadi sekilas. “Kek apa tu kak? Macam brownie je saya tengok. Simpan la dulu. Saya nak tumpang surau cafe kejap.”
Cepat aje aku bangun dari kerusi. “Ajim, tolong tengokkan barang aku kejap!”
Ajim hanya mengangguk dari kaunter kopi.
“Resepi baru. Akak simpan dekat chiller, ya. Dah siap solat nanti kau ambik aje dekat sana.” Kak Iqa mengambil piring kek tadi dan terus dibawanya ke tempat pameran kek di kaunter depan.
Aku cuma mengangguk faham.
Jam tangan di tangan kiri aku pandang sekilas. Dah lapan lebih. Harap-haraplah sempat lagi.
Satu benda yang aku suka dekat Iris Cake House ni adalah tempat ni ada toilet dan surau. Jarang kedai makan yang sediakan surau dan tandas yang selesa macam ni.
Surau pulak, diasingkan untuk lelaki dan wanita. Walaupun kecil aje, tapi cukup selesa.
Siap dengan tempat wudhuk lagi.
Hebat sungguh Kak Hasya. Semua benda dia ambil berat.
Selesai solat, aku kembali ke ruangan cafe. Suasana masih seperti tadi, kecuali ada seorang pelanggan yang baru duduk di meja paling depan. Sibuk membelek handphone sendiri.
Meja yang menempatkan laptop dan barang-barang aku masih dalam keadaan yang sama. Ajim ni pun, aku dah cakap tolong tengokkan, dia pulak yang hilang.
Kalau ada orang curi Acer aku tu, siapa nak ganti?
Aku mengeluh perlahan. Sempat aku menggeleng beberapa kali mengenangkan janji-janji palsu Ajim.
Tumpuan aku beralih pada kaunter depan. Langkah mula dipesongkan ke arah sasaran. Aku membetulkan lipatan selendang pada muka sambil melangkah ke chiller.
Kek yang berwarna coklat muda tadi aku capai cari isi perut chiller.
Macam brownie. Tapi macam tak jugak. Siap ada chocolate chips lagi. Warna dia pun tak gelap macam brownie...
“Hei!”
Piring hampir terlepas dari tangan. Dada aku berdebar laju bila disergah kuat. What the...
“Kau nak mencuri eh?!”
Pelanggan yang aku nampak tadi mula bangun masuk ke bahagian kaunter. Ini siapa yang nak mencuri siapa ni? Dia tu yang suka-suka masuk kaunter cafe ni!
“Letak balik!”
Aku ternganga. Otak masih tak dapat nak hadam tindakan dia sekarang.
“Kau ni apahal?” Haa... ingat aku tak ada suara petir ke? Nak pakej sekali dengan hilai pontianak pun boleh, tahu?
“Kau siapa? Suka-suka je masuk dalam kaunter. Suka-suka je ambil kek dari chiller?!” Dia merampas piring yang berisi kek tadi dari tangan aku.
Sikit lagi aku nak buka langkah silat, tapi terbantut bila Kak Iqa meluru keluar dengan topi chef dan apron putih dia. Ajim pulak terkocoh-kocoh keluar dari tandas.
Kak Iqa dan Ajim memandang aku dan pelanggan tadi bersilih ganti.
“Dia ni ha, masuk dalam kaunter, ambil kek saya!” Aku mengadu pada Kak Iqa yang ternganga. Ajim masih lagi terlopong, tak cakap apa. Jari telunjuk tepat pada muka si penceroboh di depan.
Kalau dah pelanggan tu, buat la cara pelanggan. Duduk diam-diam dekat meja, tunggu orang hantar order.
Ini tak. Nak buat gaya Superman membanteras jenayah pulak.
Apa dia ingat aku kemaruk sangat ke nak curi kek dalam kedai ni? Aku nak rasa kek ni pun sebab Kak Iqa, tahu tak?
Dia yang menceroboh...
“Bos...”
“Nani...”
Suara Kak Iqa dan Ajim terkeluar serentak. Aku ternganga bila mendengaar perkataan ‘bos’ daripada mulut Ajim.
Bos?
Siapa bos dekat sini selain Kak Hasya?
Automatik aku menelan air liur bila teringatkan sesuatu. Wajah lelaki yang mencuka dengan kerutan seribu itu aku pandang lama. Sawo matang. Hidung mancung. Mata sepet.
Oookay.
Jadi dialah encik suka-suka hati tukar password tiap-tiap hari tu?


 ***


Sunday, 28 February 2016

Perth Trip Hari Kelima

Hi!!! (Lambai2 tangan)

Siang malam siang malam, dah masuk hari kelima... Sedih bila ingatkan esok dah nak balik tapi berkobar kobar jugak nak balik sebab nak makan nasik! Lapau asyik makan megi je lima hari :’)

Makanan selama lima hari T_T

Dah check out dan bersedia untuk ke utagha Perth!


Okay. Hari ke lima, kami gerak ke utara Perth pulak. Dalam pukul tujuh lebih macam tu kitorang dan Emilie, roomate daku dekat dorm gerak ke Pinnacles untuk tengok batu-batu yang jadi sebutan tu. Emilie ni dari Cannes, France dan datang sesorang, jadi dia mintak nak tumpang ke sana sebab dekat Perth ni tak ada bas mini ke sana (setahu daku la. kot ada, aku tak pasti. Tapi rasanya memang tak de sebab kena pergi dengan kereta sendiri jugak).

Sebelum sampai pinnacles, kami lalu kawasan Lancelin, tempat main sand boarding tu. Tapi skip kejap sebab nak jejak Pinnacles dulu. Nanti balik baru singgah. Jarak The Pinnacles dari Perth City lebih kurang 100++ km tau. Jadi bertabahlah dalam kereta.

Nak ke sini korang kena hati-hati-hati sebab sepanjang laluan akan ada kanggaroo yang melintas dan bangkai kangaroo yang dah mati pun banyak. Sedih gila kot. Kat Malaysia takde kanggaru tau, sini senang-senang je dilanggar T_T.





Okey. Masuk ke tempat Pinnacles ni, kena bayar AUD12 untuk satu kereta. Korang boleh pilih nak jejalan kaki atau naik kereta. Mana-mana boleh. Oleh sebab dekat sini panas gila dan banyak lalat, kitorang pilih naik kereta je.



Kereta putih itulah kereta yang bawa kitorang jejalan kat sini


Pinnacles desert ni sebelah laut, jadi kalau tengah hari panas dia memang tak bergurau dah. panas sungguh. Tapi nasib baik angin dia sejuk, kira tahan sikitla. Lalat pulak memang degil nak mati, halau banyak kali pun datang jugak. Ye, lalat memang akan hurung korang walaupun korang dah mandi wangi-wangi. Tu memang hobi lalat dekat Pinnacles nih.


Tapi oleh sebab view cantik, daku dan yang lelain gagahkan jugak keluar dari kereta ambik gambar posing sana-sini. Serius cantik weh! Bukan hari-hari dapat view macam ni, takkan tak nak keluar dari kereta, kan?


Pinnacles Desert

Ye.. belakang tu laut! 




Habis jelajah The Pinnacles Desert, kami patah balik ke bawah ke Lancelin untuk sand boarding. Sampai sini korang kena cari kedai Lucky 7 untuk sewa board kedai lain pun boleh, tapi kena pusing-pusing dalam bandar Lancelin tu dulu.




Sewa board di kedai Lucky 7 AUD10 je tapi deposit dia sampai AUD50! Yang nih bila korang hantar board nanti dia bagi balik, jadi takde hal lah.





Parking dekat luar, kena jalan sikit untuk sampai kat bukit-bukit pasir tu


Sewa board dah, apa lagi, kita henjoyyy!



Dua tiga kali je larat panjat bukit dan turun. Panjat turun. Penat weh! Tinggi betul bukit pasir ni T_T. panjat lambat, turun seminit pun tak sampai. Hahaha. Tiga kali meluncur, dah. semua penat. Tapi serius, tempat ni memang lawa gila.
Semua tempat lawalah!

Ni la Emilie


Tinggi oi




Hantar board, makan kejap. Pastu balik Perth balik.

Sampai di bandar Perth, kami hantar Emilie dekat hostel dan kitorang gerak ke Masjid Perth. Dikatakan masjid ni masjid tertua dekat sini. Sebenarnya masjid ni belakang hostel kami je, tapi sebabkan sibuk pergi sana sini, hari ni baru sempat datang.

Majid Perth


Selesai solat asar, kami gerak ke Malaga, nak sambung shopping dekat Megabes Store. Brother tu memang sporting sebab ada beberapa barang nak tukar pun dia okay. Pergi Megabes, sambung shopping cenderahati dan tukar barang, kami stop makan dekat Mc Donals halal dekat area situ.

Nama McD ni adalah Ballajura, Malaga. Korang boleh nampak tanda halal dekat pintu.
Makan. Sembang. Makan. Tapau, dekat pukul satu pagi barulah kitorang gerak ke airport. Malam ni plan tidur kat airport je sebab pepagi alam dah kena boarding. Jadi kitorang bungkus burger MC D yang paling murah, (Chicken Burger AUD2.50) banyak-banyak dan gerak ke airport.



Takde la banyak mana pun, tiga bijik je. kehkehkeh. Sebab kat airport nanti memang susahlah nak dapat makanan halal.

Kebetulan waktu kami pergi itu hari airport tengah renovate. Bilik mandi takde (Atau tak jumpa), kami mandi dekat toilet je.

Tempat tidur pun terhad, jadi kami duduk-duduk je sampailah dekat pukul 5 pagi, diorang panggil boarding. Rabak gak lah mata masa tu. Tapi takpe, demi pengalaman. Heh.

Habislah perjalanan kami di Perth. Kalau boleh ulang lagi, daku nak sangat pergi bermalam dekat Margaret River dan lalu Caves Road dan Yallingup Beach Road lagik. Lawa wehhh. Rugi tak lama-lama dekat situ.... T_T

Oke takpe. Nanti InsyaAllah boleh pergi lagi. Janji kena ada kawan yang pandai drive sebab daku tak reti. Hohoho.


Untuk hari kelima

Pinnacles = AUD12 (satu kereta)
Rent a board for SandBoarding (deposit AUD50 akan dipulang balik lepas hantar) = AUD10
Minyak AUD40/3orang = 13.33
Shopping Megabes = 30+-
MC donalds halal di Malaga 25/3orang = 8.33
=AUD 73.66

Total yang penting = AUD 407.27
Plus minus makanan, jajan, air yang beli. Dah lupa sebab share.
Kalau ikut currency sekarang, AUD 407.27 = MYR 1224.73

Tambah flight ticket, total semua dalam RM 1700 plus minus. Jimat, kan? Selamat melancong!

Bye!

Monday, 22 February 2016

Perth Trip Hari Keempat

Assalamualaikum dan hai!

Berbulan-bulan tak sambung apa aktiviti dekat Perth haritu, sekarang daku nak sambung. Hohoho.

Okay, post lepas daku dah cerita pasal sewa kereta. Jadi lepas sewa kereta mestilah kena ambik serius pasal tempat parking ye dok? Sebab katanya parking dekat dalam town memang mahal.

Yes.             

Memang mahal. Tapi... bila dah tahu cemana cara baca signboard parking yang ada merata-rata dekat bandar Perth ni, korang akan tahu yang tak semua masa parking adalah mahal.



Contohnya, kalau ikut signboard yang ini, sepanjang bahagian kiri signboard, Monday-Friday lepas pukul 4 petang  adalah FREE!

Saturday pulak Free parking bermula pukul 6 petang.

(MON-FRI hanya berbayar pada pukul 8am-4pm)
(SAT hanya berbayar pada pukul 8am-6pm)
(Yang SUN tu daku tak faham T_T)

Jadi nak selamat, korang parking malam je kat bandar sebab waktu malam selalunya memang tak kena bayar sampailah pukul 7 atau 8 pagi, bergantung pada signboard dekat situ.

Okeh?

So, hari keempat pepagi lagi bangun breakfast megi dan terus pecut ke Margaret River. Kami singgah beli topup internet sebab dah habis kuota (kongsi tiga orang, guna google maps lagik, memangla cepat habis. Tak tambah lagi dengan gambar insta ngan FB sepanjang masa! :’)

Sepanjang roadtrip ke margaret River, kita orang singgah di Busselton Jetty untuk lunch. Lunch tuh bukannya singgah kedai makan halal ke apa, singgah tepi pantai and makan roti tuna tu . huhuhu. Roti beli kat sini, tuna pulak bawak dari Malaysia. Kira kenyang jugaklah.

Lunch!

Busselton Jetty

Busselton Jetty

Busselton Jetty
Busselton Jetty


Lepas Busselton Jetty, korang kena ambik jalan caves road untuk lalu tempat lawa-lawa macam Leeuwin Naturaliste National park ni. Memang puas hati!

Caves Road


Laluan kami haritu adalah, Perth City – Busselton Jetty – Dunsborough – Yallingup – Margaret River – Hamelin Bay – Perth City



Laluan pergi kami ikut caves road (laluan bersebelahan laut dan dalam hutan. Korang kena lalu caves road ni siang sebab kalau malam akan gelap dan tak nampak apa) dan balik kami ikut highway (banyak kereta dan terang sikit plus ada stesen minyak dan kedai.)

Singgah bergambar, makan-makan, lepas ambik gambar lagi memang dekat sini permandangan dia MasyaAllah, cantik!

Leeuwin Naturaliste National & Yallingup






Driver sepanjang perjalanan kami, Niena & Maya. Kalau tak ada korang memang mereput la daku di bandar Perth





Sebelum sampai di bandar Margaret River, kami singgah dekat gua-gua yang ada tapi tak masuk sebab dah lewat. Nak masuk tak berbaloi sebab harga dekat seratus jugak, tapi kitorang ada dalam satu dua jam je. Jadi, cancel. Terus pergi bandar.




Sebenarnya, Margaret River adalah tempat winery, penanaman anggur untuk wine. Jadi kami tak singgah pun. Tengok dari dalam kereta je ladang anggur yang luas tu. Bukan satu, tapi banyakkkk. Memang sepanjang jalan di Margaret River tu penuh dengan ladang anggur yang cantik.

Tak puas berada di Margaret River, kami turun sikit ke Hamelin Bay, nak tengok dolphin dengan ikan pari besar katanya. Tapi takde! Makcik surf dekat sana siap cakap yang ikan pari tu ada ikut musim je. Bukan hari-hari dan dolphin memang jarang and almost tak ada! Kuciwaaaa daku.
 
Hamelin Bay

Kecewa tak dpat jumpa apa yang dicari di Hamelin Bay. Jom balik...

Hamelin Bay


Okay. Itu persinggahan terakhir dan kami terus ke stesen mintak berdekatan. jalan lebih 300km turun ke selatan baru isi minyak fulltank balik. Full tank AUD50 kongsi tiga tak de la tercekik sangat.

Sepanjang Highway balik ke Perth


Then, hampir maghrib, kami pecut balik naik ke Perth....

Bekal makanan dalam kereta? Kita orang beli buah, biskut Hup Seng, biskut Julie's peanut dan tuna. Itu je alas perut sepanjang jalan.

Nasihat di sini, baik korang bermalam satu malam di Margaret River sebab boleh turun lagi ke Albany. Situ banyak lagi tempat menarik.

Balik, tidur, kemas.
Esok nak check out dan pergi Pinnacles pulak. =)



Total Lost Hari Keempat

Minyak kereta fulltank AUD 50/3orang =16.67
Topup internet 3 gig AUD40/3orang = 13.33


= AUD 30