Sunday, 26 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 24]

24


“NANTI NAK DATANG berapa ramai?”
            “Huh?” Nick berpaling sekilas sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah jalan raya. Raey tiba-tiba ada hal. Dia cakap Mike datang ambil dari pejabat Dato’ Mohsin. Jadi, hanya aku dengan Nick aje yang balik ke pejabat.
            Bukan. Aku seorang. Mana boleh orang lain tahu Nick ikut meeting hari ni.
            “Cakap nak datang rumah, jumpa mak.”
            “Ouh.” Dia menggaru kepala sesaat. “Tiga je kut. Mak, pakcik dengan saya.”
            Aku mengangguk faham. “Awak punya cousin…tak ikut?”
            “Nope. Dia ada kerja dia la kut. entah. Saya tak ajak pun.”
            Dahi aku automatik berkelut sejuta. Satu-satunya sepupu. Dan dia tak ajak pun ikut sama pergi kampung aku. rugilah. Orang lain boleh buat sepupu macam adik-beradik dia nak buat macam orang asing pulak.
            “O…kay.” Tapi aku malas nak tanya banyak-banyak. Belum apa-apa lagi, kan? Takkan aku dah nak sibuk-sibuk pasal keluarga dia.
            “Kenapa?”
            “Huh?”
            “Kenapa tanya.” Nick mengulang soalan.
            “Saja, senang sikit nak cakap dekat mak, nak masak banyak mana.”
            Nick tiba-tiba ketawa perlahan sambil menggeleng. “Nak cakap dekat mak? Kenapa awak sendiri tak masak?”
            Er…alamak, terlepas. Alamak. Aku tak pandai masak. Tak apa ke kalau dia tahu yang aku tak pandai masak? Agak-agak dia reject aku tak?
            Hadui.
            “Saya mana pandai masak untuk orang ramai…” aku melarikan wajah dari pandangan Nick. bibir bawah digigit perlahan. Okay. Aku dah tipu. Masak untuk seorang pun aku tak reti. Logiklah kalau aku tak boleh masak untuk orang ramai, kan?
            “Wanda. Kami tiga je. Apa yang ramai?” I knew it! Dari nada suara dia aku boleh tahu yang Nick tahu.
            Nick tahu aku tipu.
            “Lebih dari satu, kira ramailah, kan?”
            Nick menggeleng lagi. Bibirnya masih lagi ditarik ke pipi. Senyum. “Okay then. Nanti awak boleh masak untuk saya seorang, kan?”
            Aku menelan air liur. Habislah aku. patut ke aku pergi kelas memasak selepas kami bertunang nanti?
            Patutkah?
            “Macamlah Nick ada cakap yang dia nak datang meminang, kan? Heh.
            “Okay, Nick. Let me say this.” Aku menelan air liur yang terasa pahit, payau masin dan manis (bila dia cakap ‘masak untuk saya seorang’ tu). “Saya tak reti masak. I am a loser. Betul. Saya tak pernah pun berjaya dalam apa-apa benda sekalipun dalam dunia ni. Paling berjaya pun…”
            “…time dapat 5A dalam UPSR.” Nick memotong. Ceh. Itu je yang dia ingat. Bila entah aku bagitahu dia. Ada eh?
            “Saya tak kisah pun.”
            Homai…
            Hidung aku tiba-tiba kembang. Bunga-bunga mula tumbuh di dalam hati. Musik kompang mula berlagu di dalam kepala.
“Bagi nombor Kak Qila.”
            Huh? Tiba-tiba masuk nama Kak Qila ni kenapa? “Nak buat apa?”
            “Nak call dia lah. Kalau nak senyum, Tak payahlah saya call.”
            Aku mencebik geram. Ada je benda dia nak smash aku. Ada je. Aku rajinkan juga jari jemari yang tak berapa runcing ini memindahkan nombor telefon Kak Qila ke nombor Nick.
            Send.
            …dan bunyi beep dari Sonynya (yang masih menjadi tempat phone charm aku digantung) memecah suasana.
            “Kejap.” Musik kompang berhenti tiba-tiba bila aku teringatkan akan sesuatu.
            Nick mengangkat kening tanda ‘apa?’
            “Dekat stesen KTM dulu. Waktu kali ke tiga (kot) kita jumpa. Awak ada cakap yang awak tak berminat dengan saya, kan?”
            Aku boleh nampak dahi Nick berkerut lebat. Berfikir. Entah dia ingat lagi ke tidak. Entah-entah aku aje yang kecoh nak ingat setiap benda yang jadi pada waktu awal-awal perkenalan kami (yang tak berapa nak cun tu).
            “Ingat tak?”
            Nick memandang wajah aku sesaat. “Waktu tu awak sakit, kan?”
            Aku mengangguk dalam senyuman. Dia ingat…dia ingat!
            “Saya sebenarnya tahan diri sendiri waktu tu.”
            Hah?
            “Saya takut saya tersuka dengan isteri orang ke, tunang orang ke. Payah jugak.” Dia menyambung.
            “Dan, apa yang membuatkan awak rasa saya bukan one of that?” aku memandang wajah tenangnya yang mula ditumbuhi kumis. Dah mula nak serabut balik, macam dulu.
            Tapi aku sikitpun tak kisah. Aku suka…
            “Awak bukan tunang orang sebab awak tak pakai cincin…”
            Aku terus menundukkan wajah, memandang jari sendiri. Memang pun kosong dari sebarang perhiasan. Rimas sebenarnya.
            “Kalau mak orang, saya tak rasa dia beli benda-benda comel macam ni.” dia mengangkat telefon bimbit Sony yang dari tadi berada di sebelah gear. Aku menarik senyum lebar.
            “….dan saya tak rasa mak orang akan berlari macam awak bila nak kejar tren.” Sambung dia lagi.
            Ceh. Ceh. Tak boleh ke dia skip part tu. Itu dah kira rahsia kerajaan. Manalah aku tahu ada orang yang kenal aku waktu tu. (Itu pasallah sesuka jiwa je aku buat marathon kejar tren).
            “Berapa umur awak?”
            Hah? Honestly, Nick, awak tak tahu umur saya? Tak. Tahu? “25 tahun. Kenapa?”
            “Budak-budak…kalau dekat sekolah boleh kena buli beli air dekat kantin.” Dia sengih senget.
            Elleh. Macamlah dia tu tua sangat nak panggil aku budak-budak bagai. “Awak?”
            “Huh?”
            “Umur?” kata orang, kau sendiri pun tak tahu umur dia. Heh.
            “Tiga puluh dua.” Dia menjawab tanpa memandang.
            Tiga puluh dua? Thirty two? Tuanya! Aku baru darjah satu waktu dia masuk sekolah menengah!
            “Orang tua.” Aku berkata perlahan tanpa sempat ditahan.
            “Apa dia?”
            “Kalau saya budak-budak, awak tu, orang tua.”
            Nick ketawa perlahan. “Wanda…Wanda. Awak tahu tak yang men life begins at 40?”
            Elleh. “Dah tu, nak tunggu umur 40 tahun baru nak kahwin?” aku mendengar suara sendiri menyebut. Alamak. Apahal tiba-tiba keluar cerita kahwin ni Wanda oi?
            “Sanggup tunggu ke?” aku dapat mengesan nada suara dia yang berubah tiba-tiba. Perli ke tu? ataupun…mengusik?
            Hadui.
            “Cik Senah, awak sanggup tunggu ke?” sekali lagi dia mengulang soalan yang sama. Sungguh, aku rasa nak buka pintu kereta ni dan lompat keluar laju-laju. Malu!
            “Encik Nick Dollah, bawak kereta tu pandang depan.” Aku menjawab tanpa memandang.
            …dan Nick hanya ketawa lepas.


“RAIMAH, YOU PERGI fotostat brochure ni sepuluh copy. Jangan lambat. By 10 pagi I nak semua siap dalam bilik mesyuarat.”
            Miss Fina. Balik ofis je, mengarah. Balik dari bercuti aje, nak semakkan jiwa orang. Padahal awal-awal Fayad dengan aku sediakan brochure berwarna untuk perbentangan kejap lagi.
            Nak kena fotostat banyak-banyak lagi, kenapa?
            “Wanda,”
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum berpaling memandang wajahnya yang tegang.
            “I nak you sediakan kopi dan snacks dalam tu nanti.”
            Hah?
            Adakah aku, marketing assistant dekat deparment ni (yang juga satu team dengan dia dalam perbentangan proposal ni) nampak macam rupa tea lady?
            “Okay?”
            Lambat-lambat aku mengangguk. Nak protes banyak-banyak karang, free je kena sound. Baik aku diam aje.
            Aku yang dapatkan persetujuan Dato’ Mohsin tu, tahu?
            Ya, memang technicallynya bukan aku. Tapi, pokok pangkalnya, aku yang membuatkan Nick dapatkan persetujuan tu. Itupun dia nak berlagak jugak?
            Bukannya nak cakap terima kasih. Aku terus jadi marah. Rasa nak langgar je dia laju-laju. (Eh, itu bukan ke iklan dekat Tv?)
            Stop it, Wanda. Kau ada meeting penting lagi setengah jam. Tan Sri dengan Nick pun ada sekali. Please take it seriously.
            Tapi kalau kerja aku dalam tu hanya sebagai tea lady, apa sangatlah yang aku boleh buat?
            Buat kopi dengan serius?
            Heh.
            Setengah jam kemudian, semua dah berkumpul dalam bilik mesyuarat. Aku, Raey, Jimi dan Fayad mengambil tempat, melakukan tugas masing-masing. Miss Fina yang mengetuai projek ini bangun dan terus memperkenalkan diri.          
            Aku memandang Nick yang berada disebelah Tan Sri Aminudin sekilas. Tak tahu apa mimpi dia hari ni. Bukannya dia selalu ikut meeting pun.
            “Saya sangat berbesar hati bila dapat tahu Encik Nick Rayyan turut sama dalam perbentangan proposal hari ni.” dia senyum simpul memandang ke hadapan.
            Aku menggeleng dalam hati. Manis sungguh raut wajah Miss Fina pagi ni. Baju yang dia pakai pun dah rupa lain macam. Dah rupa pereka fesyen dekat Paris dah. (Perlu ke ribbon dekat kepala dia tu?) Heh.
Nick dan Tan Sri yang berada di hujung meja aku pandang sesaat. Berlakonlah Miss Fina, selagi kau mampu…
            Aku terus meletakkan cawan yang berisi kopi pekat kepada semua pengarah yang hadir. Juga kepada Nick yang tekun mendengar butir bicara dari Miss Fina di hadapan.
            Kerja aku hari ni adalah menjadi gadis teh (kopi). Thanks to Miss Fina. Heh.
            “I’m sorry,”
            Aku mengangkat muka dari cawan kopi ke lima kepada wajah Nick yang tiba-tiba mengangkat tangan, menyampuk.
            “Yes?” Miss Fina menghadiahkan senyuman paling manis (yang pernah aku nampak. Ada gigi rupanya dia ni. Selalu tak pernah pulak aku nampak dia senyum lebar macam ni).
            “You said that pemilik tanah tu setuju last minute, kan?”
            Miss Fina mengangguk laju. Senyumannya masih lagi belum padam. “Yes, Mr. Nick. Encik Mohsin merayu-rayu untuk kekalkan supermarket yang ada dekat lot tanah tu. I was think that itu idea yang bagus dimana kita boleh memudahkan pelanggan kita nanti. Lagipun jarak supermarket lain jauh dari situ. Jadi, I buat keputusan, kita kekalkan supermarket tu. Untuk dia uruskan.”
            Aku hampir pitam mendengar jawapan dari Miss Fina. Pantas kepala dipusing memandang Nick yang berada di hujung meja.
“I see.” Dia mengangguk perlahan dengan kedua-dua keningnya terangkat. “So, owner dia Encik Mohsin?”
Miss Fina mengangguk laju.
Aku nampak Nick sengih senget di kerusinya.
Haish. Kalau itu pun dia tak boleh nak ambil tahu, sungguhlah aku tak boleh nak tolong cover kau lagi wahai Miss Fina.
It’s Dato’ Mohsin. Bukan Encik.
“Tapi, as far that I’m concerned, you bercuti sebulan sebelum ni, kan?”
“Yes.” Dia senyum lagi.
“Bila you habis cuti?”
“Err.. last two days.” Kening Miss Fina terangkat seinci walaupun senyumannya masih menghiasi wajah. Pelik kot bila Nick tanya banyak-banyak.
“O..kay.” Nick bersandar malas di kerusi. Tan Sri Aminudin memandangnya sekilas. Pelik agaknya. “Tarikh persetujuan kontrak ni minggu lepas. Dan you balik dari bercuti last two days…” Nick seolah-olah bercakap sendiri.
Aku nampak wajah Miss Fina dah kelat+payau+masin dalam satu rupa.
“Macam mana ya YOU boleh deal dengan dia?”
“Er… I…”
Through phone, maybe?” Nick mengangkat kening, memandang wajah Miss Fina di hadapan. Tan Sri Aminudin dan Encik Razni turut sama memandang.
“Ah…yes.”
Okay then. You can proceed.” Nick menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Dia menjeling aku sekilas dengan senyuman yang ditahan di pinggir bibir dan aku tak dapat menahan dari ketawa. Nasib baik aku ada dalam bilik mesyuarat. Kalau dekat rumah sendiri mahunya aku terguling-guling ketawa.
Kelakar, weh!
Ini baru namanya dia nak tegakkan benang yang dah lencun basah. Heh.


NICK, TAN SRI dan Encik Razni melangkah keluar dari bilik mensyuarat sambil bercerita tentang sesuatu yang sikit pun aku tak tahu hujung pangkalnya. Nick mengangkat kening sebelum hilang di sebalik pintu.
Aku senyum menggeleng. Tak sangka Nick boleh jadi sesinis tu dengan orang lain. Aku ingat dia main letak perisa perli tu bila cakap dengan aku je.
Miss Fina dan Jimi sibuk mengemas kertas-kertas (yang digunakan dalam perbentangan tadi) yang bertaburan di atas meja.
            Raey dan aku sama-sama mengemas cawan kopi yang dihidang ketika mesyuarat tadi.
            Sungguhlah, selain bakat berlakon, Miss Fina juga ada bakat untuk buat aku jadi tea lady dekat sini. Haish.
            “How was it?” Julia tiba-tiba datang entah dari mana dan terus mendekati Miss Fina yang masih berada di penghujung meja berbentuk oval, berhampiran dengan komputer riba.
            “You can’t belive this, Nick Rayyan is totally awesome!” aku mendengar Miss Fina hampir menjerit.
            Raey memandang aku sekilas bila mendengar nama Nick disebut-sebut. Dia kemudiannya memandang aku yang mengutip cawan ketiga. Kedua-dua bahu diangkat tinggi tanda biarkan. Biarkan.
            Julia senyum lebar mendengar pujian dari Miss Fina, teruja. “I knew it! I boleh agak dia tu drop dead handsome!” suaranya juga turut menyaingi nada suara Miss Fina. Jimi di sebelah hanya menggeleng perlahan.
Even though dia ada komen macam-macam tadi, but still, dia punya karisma…” Miss Fina berhenti sesaat, mengumpul nafas. “I hampir cair!” dia menyambung.
Julia ketawa lepas. “Biasalah tu, Nick Rayyan The Great. Mestilah dia ada komen apa-apa. I nampak dia keluar dari bilik meeting tadi. Nasib baik you cakap dia join perbentangan proposal you hari ni. Kalau tak, kempunanlah I nak kenal dia.”
Miss Fina senyum lebar. Buat muka bangga. “I think dia bangga bila I dapat selesaikan kes dekat Penang tu. You tau la kan, Encik Mohsin tu macam mana.
Aku geleng kepala. Dato’ Mohsin dah tukar title pun dia tak tahu. ada hati pulak nak cakap dia yang selesaikan? Tak cukup-cukup lagi ke kena perli dengan Nick tadi?
Ke, dia tak tahu itu perlian.
“Tapi kan, I rasa I pernah jumpa dia somewhere…” suara Julia pula memecah suasana.
            Sebiji lagi cawan aku capai dan terus membawanya ke atas dulang. Raey turut sama menggeleng kepala sambil mengelap sisa kopi di atas meja. Kalau dah dua orang diva (berlagak diva) bersembang, habis orang sekeliling dilupakan.
            Nampak sangat perangai gedik dia tu. Diorang lupa ke yang Jimi (lelaki) masih lagi tercegat dekat depan tu?
            Diorang tak nampak je Fayad (juga lelaki) masih lagi tercongok dekat atas kerusi tu?
            Tak ada rasa segan ke? (Geleng kepala).
            “Really? You jumpa dekat mana?” kening Miss Fina terangkat tinggi.
            Aku mencuri pandang ke arah Julia dan Miss Fina dengan sengihan. Julia…Julia. Kalau kau tahu lelaki yang kau pernah hina dulu tu Nick, mahunya kau berhenti kerja terus sebab malu.
            “I don’t know…maybe dia pernah tegur I somewhere?” Julia tersenyum lebar.
            Sikit lagi…sikit lagi aku nak muntah hijau, kuning, biru bila mendengar jawapan dia. Aduhai. Kalau aku tiba-tiba ketawa kuat logik tak?
            Tapi, kelakar weh!
            Kau dah kutuk dia macam-macam waktu dia serabai, lepas tu nak teruja pulak bila nampak dia handsome, bila tahu dia tu Nick Rayyan. Boleh pergi masuk lif tekan sendiri la Julia oi.
            Aku pun pernah kata Nick kurang siuman. Tapi, ini lain. Aku tak adalah nak menyenget, menggedik bila tahu dia tu Nick Rayyan.
            Tak ada pun.
            Ke ada?
            “Wah! Untunglah you dia ada tegur!” suara Miss Fina naik dua tangga. Teruja.
            “Patutlah you dressing habis hari ni. Pandai ye?”
            Miss Fina ketawa lepas. “Bila lagi nak tangkap ikan paus, kan?”
            “Kesian, kan?” Raey memandang aku yang menatang dulang cawan sambil menahan ketawa.
            Aku turut sama menyimpan senyum. Biarlah dia. Malas aku nak campur. Dah rupa dua budak sekolah menengah yang bercerita pasal ketua pengawas (ataupun presiden pelajar) yang kacak+bijak+perfect kemain.
            “Aku tak boleh bayangkan kalau diorang tahu yang Nick Rayyan tu suka kau. Mahunya dua-dua minah tu terjun lombong sebab rasa rendah diri tahap negative!”
            “Excuse me?”
            Hish, Raey ni pun, nak kutuk pun pakailah volume paling rendah.
            “Korang cakap apa?” mata Miss Fina mencerun memandang aku dan Raey yang berdiri di sudut bilik. Masing-masing masih dengan dulang yang berisi cawan dan kain lap meja di tangan.
            “Nothing.” Aku menjawab malas. Kenapalah kau balik sini wahai Miss Fina. Kau nak pindah Australia terus pun dengan besar hati aku terima.
            Tapi, tak ke Fahim yang akan ganti dia nanti kalau dia tak balik. Lagilah haru biru jiwa aku.
            Hadui.
            “I heard that.” Julia pula menyampuk. “Nick Rayyan minat you?” nada suara dia macam…macam kelakar sangat. Macam apa yang dia dengar tu tak masuk dek akal langsung.
            Apa? Ingat tak logik ke kalau Nick suka aku?
            “You jangan nak bermimpi la Wanda,” Julia ketawa sinis. Miss Fina mencebik memandang aku. matanya masih tajam memandang anak mata aku. Apa? ingat aku takut? Nak marah sangat apa hal? Bukannya aku curi laki dia pun. Bakal laki pun tak. Nak sibuk marah orang pulak.
            “You fikir la, takkanlah Nick suka dekat orang selekeh macam you.” Julia menyambung. “Baju pun beli dekat pasar malam je, ada hati nak cakap Nick suka dia.”
            Mata terus turun ke arah baju yang aku pakai hari ini. Blouse kuning berbunga putih kecil yang dipadankan dengan skirt lycra hitam. Hello, aku tak beli ni dekat pasar malamlah!
            Aku beli dekat Jalan TAR… Ya, memang ada pasar malam hari tu. Tapi aku beli waktu siang. Bukannya malam.
            Okay. apa-apalah.
            …dan apa masalah dia pun kalau aku beli baju ni dekat pasar malam? Sekurang-kurangnya aku tutup apa yang patut ditutup.
            “Nick Rayyan memang suka dia.” Raey menyampuk tenang tanpa memandang kedua-dua makhluk itu bila melihat wajah aku dah kelam biru merah.
            “Stop it la.” Julia memotong dengan nada bosan. Miss Fina di sebelahnya menyilangkan tangan di dada. Masih lagi dengan muka tak puas hati dia. “By the way, bukan ke teman lelaki you tu serabut plus eyesore, Wanda? I pernah jumpa dia dekat office, kan?”
            That eyesore man yang kau cakap tu, nama dia Nick Rayyan Julia oi! Sikit lagi aku nak menjerit. Sikit lagi. Sabar Wanda, sabar.
            “Miss Fina, Cik Julia, perempuan yang beli baju dekat pasar malam ni lah yang Nick Rayyan nak pinang, tahu?” aku bersuara sepatah-sepatah. Menahan geram. Orang yang hidup dalam dunia sendiri ni kena ajar sikit. Apa, dia ingat dalam Malaysia ni semua benda hanya untuk dia dan dia.
            Hey, aku, Wanda Nurhannah pun wujud jugak dalam negara ni, okay!?
            Aku nampak Raey mengekek ketawa bila melihat wajah kedua-duanya cemberut. Gaya baru aje nampak aku bertukar jadi Cinderella.
…dan merekalah dua orang kakak tiri yang menyakitkan jiwa tu.
            Ya, tak salah dah.
            “Prove it.” Miss Fina bersuara tiba-tiba. “Jangan-jangan you aje yang berangan lebih-lebih. Entah Nick kenal you ke tidak.”
            Julia tersenyum sinis.
            “Fine, lunch nanti jom turun ikut saya.”
            Semua mata memandang aku. Tak percaya. Apa? Ingat aku main-main?
            “Nick tunggu saya dekat lobi. Boleh tengok sendiri nanti.” Aku terus membawa dulang keluar dari bilik mesyuarat. Boleh terbakar telinga aku duduk lama-lama dalam ni. Raey menurut dari belakang dengan sengihan.
            Dah terasa macam budak-budak sekolah dah. Gaduh pasal lelaki. Haish, tak pasal-pasal aku kena rendahkan IQ sendiri sebab nak layan dua orang makhluk yang tak cukup IQ tu.
            Hadui.
            Tunggulah. Waktu lunch nanti kita tengok mulut siapa yang terbuka. Mata siapa yang tak boleh pejam.

            Kita tengok.


****

Friday, 24 May 2013

Hai! (Ini bukan entry baru Dollah)

Kepada semua yang dah marathon Bab 1 sampailah Bab 23 untuk DHAD dan Bab 1 hingga Bab 27 untuk SPKS, sila tepuk bahu sendiri kuat-kuat ucap TAHNIAH! sebab berjaya tahan mata =)

Nah,hadiah! (Boleh claim dekat kedai aiskrim berdekatan) <3


#

Tuesday, 21 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 23]


23




AKU MEMEGANG ERAT kotak kecil merah jambu yang baru sahaja bertukar milik beberapa minit tadi. Dalam masa yang sama, bunga sakura, bunga matahari dan bunga ros merah hati hidup subur di dalam taman hati tanpa cela. Matahari pagi mula memancar ke muka. panas, tapi menenangkan.
Terasa segala beban yang menghimpit sepanjang minggu ni hilang. Terasa batu yang menghempap hancur berderai.
Aku membuang pandang ke arah orang depan yang bersandar di kerusi hadapan, sebelah pemandu. Aku tak boleh menolak bila dia pelawa untuk hantar pergi pejabat tadi. (Kenapa nak tolak bila aku boleh jimatkan tenaga untuk jalan kaki ke stesen. Kenapa nak tolak bila aku boleh jimatkan duit tambang tren. Kenapa nak tolak bila aku boleh jimatkan masa?)
Kan?
Terasa semua masalah selesai. Terasa semua kerja yang datang boleh diselesaikan.
Erk. kerja?
Miss Fina dah nak habis cuti. Aku dengan budak-budak lain belum dapat lagi persetujuan Dato’! Hadui!
Macam mana ni? Dato’ dah taka da ciri-ciri nak setuju dah. Matilah kami. Matilah aku.
 “Kenapa muka macam tu?”
            Huh? Aku memandang bias wajah dia dari cermin pandang belakang. “Macam mana?”
            “Gaya tertelan jeruk satu balang.” Aku nampak dia tersengih senget. Hadui. Lama sungguh tak nampak senyum tu. “Tak suka saya datang?”
            Aku geleng perlahan.
            “Tak suka hadiah tu?”
            Sekali lagi aku menggeleng. “Suka” gila tak suka? Itu lah satu-satunya bukti yang Nick tu ada hati jugak sebenarnya. Bukan beku je macam robot. Ha ha.
            “Dah tu?”
            “Esok Miss Fina dah balik, saya tak dapat lagi sign persetujuan Dato’ Mohsin tu. Matila kalau tak dapat.”
            Aku cepat-cepat menutup mulut. Alamak, tak apa ke aku cerita ni?
            “Project mana ni?” kening Nick terangkat tinggi.
            Sudah…yang aku nak buka cerita sangat ni kenapa? “Er…Penang.”
            “Eh? Bukan ke proposal tu sepatutnya dah 90 percent siap. Sebab tu ketua project dapat cuti, kan?” Nick berpusing ke belakang. “Tak siap lagi ke?”
            Aku menelan air liur. Gila betul Miss Fina ni. benda yang baru siap 50 percent dia boleh cakap dah nak selesai? Patutlah syarikat luluskan cuti dia.
Tak patut betul.
“Belum. Tuan punya tanah dan supermarket dekat situ tak setuju pun nak jual,” aku menelan air liur. “Tapi, da suruh kami semua dapatkan jugak by hook or by crook sebelum dia balik cuti.”
            “Kalau macam tu, memang tak sampai 90 percent lagi la siap, kan?”
Aku mengangguk perlahan. rasa bersalah tiba-tiba. Aku tak patut mengadu pun. Aku tak patut complain pun. Ni kerja aku.
“Siapa nama ketua project tu?”
            Air liur terasa masin. “Miss Fina.”
            “Full name.”
Alamak, aku dah tercakap, tercerita. Mati laaa…
Ini kira bodek bos ke? Ataupun, mengadu? Adoi
“Cik senah, give me a name.”
“Cik Syafina Syafie” telan air liur lagi. kali ni terasa payau. “Awak nak buat apa?”
Nick menggeleng perlahan. “Tak ada apa-apa.” dia kembali bersandar malas di tempat duduk. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada.
“Tolong jangan buat apa-apa. Saya tak patut cerita semua ni, dah memang kerja saya. Kerja kami,”
“Kenapa dato tu tak setuju?” Nick mengubah topik tiba-tiba. Matilah aku, jangan cakap dia nak buang Miss Fina atau apa. Matilah aku kalau Miss Fina aku akulah penyebab dia kena buang nanti. Matilah…matilah…
Aku mengangkat bahu menjawab soalan Nick. “Entah. Harta turun temurun kot.”
            “Buat temujanji lagi sekali. Kali ni saya ikut.”
            Hah? Apasal nak ikut pulak? Kenapa dia pulak nak tolong Miss Fina selesaikan kerja dia?
            “Tak payahlah, biar kami yang buat.”
            “What if Dato’ tak setuju jugak?”
Aku terdiam lama..“Entah. Kami mesti dapatkan jugak.”aku menjawab perlahan walaupun nak je aku menjawab ‘kalau Dato’ tak setuju jugak, alamatnya cairlah tahi telinga kami kena maki, wahai Encik Nick Rayyan.’
            “Dah tu awak nak buat macam mana?’
Aku menggeleng laju. “No idea.”
            “Dah set tarikh appointment nanti, let me know.”
            “Kenapa nak ikut jugak?”
            “Selagi tak dapat sign persetujuan tu, selagi tu la awak buat muka jeruk macam ni. I can’t stand seeing you like this.” Dia menarik nafas panjang. Mtanya kembali pada jalan rasa yang sesak dengan kereta. “...and i don’t like jeruk.”
Hidung tiba-tiba terasa kembang. Wahai encik Dollah, I love you la!        
            “Kampung awak dekat mana?”
            Huh?Ini Lagi tiba-tiba. Keluar topik langsung. “Batu Pahat.” Tiba-tiba je tanya ni, dah kenapa?
            “Minggu depan awak balik kampung.”
            Aku memandang dia yang masih bersandar malas di tempat duduk hadapan. Itu ayat pertanyaan ke, pernyataan?
            “Dengar tak?”
            “Hah?”
            “Minggu depan balik kampung.” ulang dia lagi. okay, Aku dah tahu. Itu ayat pernyataan. Ayat yang nak suruh aku balik kampung minggu depan. Arahan.
Dah kenapa nak suruh aku balik kampung tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Suruh balik kampung pun, tak boleh?”
Aku mencebik dari belakang. Baru aje tadi aku rasa macam duduk dekat taman bunga-bunga sebab dia nak tolong aku cakap dengan Dato’ Mohsin. Sekarang ni pulak aku terasa nak bertukar jadi gorilla. Nak penyek-penyek dia macam Play-doh!
“Iyalah, kenapa tiba-tiba.”
Nick dia tidak menjawab. Kereta sudahpun tiba di lobi bangunan pejabat. homai, aku dah rasa macam CEO masuk pejabat. siap dengan kereta datang hantar. Pemandu lagi. duduk dekat tempat duduk belakang lagi. Homai…homai…
“Saya nak ajak mak pergi rumah awak nanti. Jumpa mak awak.”
Hah? Sorry? Boleh ulang lagi sekali tak? Aku tak salah dengar, kan?
Alamak, siapa suruh kau berangan Wanda, kan dah tak dengar apa yang dia cakap.
Dia nak ajak mak dia datang rumah aku, kan? Dia cakap tu kan?
Homai…! Tiba-tiba aku terasa diri dah terapung-apung.
“Boleh tak?”
…tapi terhantuk pada siling kereta. “Boleh apa?”
Nick menggeleng laju sambil berpaling ke belakang, memandang aku yang sedaya upaya menahan bibir dari tersengih lebar. Menahan kaki dari melompat. Siapa tak gembira weh!
“Saya nak bawa mak pergi jumpa mak awak minggu depan, boleh tak?”
Akhirnya senyuman aku tercipta juga. Betullah apa yang aku dengar tadi. Tak salah dah. Perlahan-lahan aku mengangguk (gaya perempuan melayu terakhir).
“Okay then.” Dia kembali berpaling ke hadapan. Aku dapat menangkap senyuman yang diukir dari bibirnya tadi. Tahu pun happy bila  orang bagi kebenaran, cubalah tunjuk sikit. Haish.
            Tangan yang baru sahaja ingin menolak pintu kereta untuk keluar terhenti tiba-tiba bila aku terfikirkan sesuatu.
            “Nick, kenapa saya? Saya bukannya stok model antarabangsa ke apa. Sekolah tak pandai mana. Kesimpulannya, memang tak ada apa-apa langsung pun yang menarik pasal saya ni. Tak ada. Kenapa awak pilih saya?”
            “Jangan tanya.” Dia menjawab pendek.
            Aku mengeluh berat. Payah betullah kalau nak buka topik, bersembang apa-apa. Punyalah panjang aku karang soalan, dia jawab sepatah je.
            “Saya tak ada jawapan untuk soalan awak tu.” dia menyambung lagi. “So, don’t ask.”
            Ya, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suka dia. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku lebih selesa dengan serabut dia berbanding dengan kekemasan Fahim.
            Tak tahu. Tak ada jawapan. Ya, everything happens for a reason, tapi tak semua benda perlu sebab. Kan?



AKU SERAHKAN bulat-bulat pada Julia untuk membuat janji temu dengan Dato’. Aku kena angkat ibu jari tinggi-tinggi tanda tahniah pada Julia sebab berjaya.
Itupun lepas dia cakap dengan Dato’ sendiri.
Sungguhlah, ilmu apa yang dia pakai? Boleh pulak dia cairkan hati Dato’ yang dah keras rupa berlian tu.
Tak kisahlah aku main kotor ke apa. Miss Fina jugak cakap by hook or by crook, kan?
Aku, raey dan juga Nick masih lagi menunggu ketibaan Dato’  walaupun sudah sepuluh minit masa berlalu. Aku tahu ni semua tanda protes dia. Aku tahu ini semua sengaja. Bagi kami bosan menunggu. Bagi kami putus asa dan berlalu.
            Bilik menunggu sunyi sepi dari sebarang bunyi. Aku dengan Raey (nasib baik Raey tak pengsan bila Nick tegur dia tadi. teruja punya pasal) hanya mampu memandang ke arah satu sama lain. Dah hilang idea untuk berbincang dengan Dato’ sebenarnya.
            Nick pula masih leka dengan gajet di tangan.
            Hampir setengah jam, membuang masa dan tenaga di atas sofa lembut di dalam bilik berhawa dingin (yang sangat dingin). Akhirnya dato muncul kan diri.
            Sedaya upaya aku memaniskan muka, Raey pun sama. Hanya Nick aje yang masih beku tiada riak. (Sungguhlah, muka dia macam kena iron. Tegang je 24 jam).
            “I thought I had made it clear.” Dia menegur sebelum sempat kami membuka mulut. Aku menarik  nafas berat sambil memandang Nick yang masih berdiri, menyambut dato tadi.
            “Macam ni dato’ maafkan saya, tapi benarkan saya jelaskan betul-betul apa situasi sekarang. Apa yang dato’ akan dapat, dan juga keuntungan yang bakal dato perolehi nanti.” Nick memulakan bicara, tenang. Aku ternganga seketika. Tak pernah aku nampak dia banyak cakap macam ni. 
            “Saya tak akan benarkan pihak kamu musnahkan satu-satunya peninggalan keluarga saya. Tak faham-faham lagi ke?”
            Nick senyum nipis sambil membetulkan kedudukan. Dia menarik nafas sebelum menyambung, “Saya rasa dato’ dah salah faham.”
            Mata aku masih tak berganjak melihat cara Nick berbincang dengan Dato. Berkali-kali dato meninggikan suara, mempertikaikan setiap hujah, dan Nick masih begitu. Tenang.
            Cara dia menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan. cara dia member hujah, mencantas kemusykilan dari Dato’ Mohsin. Cara dia menjawab soalan. Cara dia meyakinkan hujah-hujan dia.
            Aku terpana lama seolah-olah wayang gambar yang diputar perlahan si hadapan mata. Sikitpun suara perbincangan mereka tidak melalui telinga, hanya musik lagu ‘love Story’ yang kedengaran.
            Ya, lagu Andy Williams itu memenuhi ruang kepala, telinga, mata dan terus ke jiwa. Aku tak tahu berapa lama aku tersenyum sehinggalah Raey menepuk bahu aku kuat.
            Kacau sungguh budak Raimah ni.
            “Jom,”
            “Eh? Dah sudah ke?”
            Raey angguk perlahan. Aku membuang pandang ke arah Nick dan dato di hadapan. Bibir dato mencipta senyum yang selama ini tak pernah dia sedekah dekat aku mahupun yang lain.
            Nick juga tersenyum.
            Adakah perbincangan ini berjaya?
            Kertas putih (yang juga kontrak yang dibawa tadi) yang dipegang Nick aku pandang lama. Mencari bukti kejayaan.
            Berjaya!
            Yeay! Aku berjaya!
            Eh, bukan. Nick yang berjaya sebenarnya. Honestly, macam mana dia buat?
“Nick,” aku berbisik perlahan sewaktu kami sama-sama keluar dari lif ke tempat parking. Raey yang berlajan jauh di belakang masih leka dengan telefon bimbit dia. Mike call la tu. Dah masuk waktu lunch pun tak balik pejabat lagi.
Dia mengangkat kening, tanda ‘apa?’
“Macam mana awak buat?”
“Buat apa?” kening masih lagi tak turun-turun.
“Buat dato’ setuju?”
“La, awak kan ada sekali tadi. Tak dengar ke?”
            Aku menggeleng laju. Sengih. Mati aku kalau dia tahu sepanjang masa perbincangan tadi aku tengah berangan tengok dia?
“Awak dekat mana masa meeting dengan dato tadi?”
“Dekat dalam bilik meeting la. Mana ada pergi mana-mana pun.” Apa la dia ni. Aku duk pandang dia sepanjang masa dalam bilik tadi, dia boleh tak nampak aku ada sama? Merajuk lah macam ni…
“No, i mean, your mind. Ada dekat mana?” sengih senget. Tau dah nak perli.
In your heart. Minda aku ada dalam hati kau, wahai Nick dollah, puas hati? Heh.
            “Kita memang dapat tanah tu. Tanah tapak supermarket tu kita dapat, tapi kita biarkan dato uruskan supermarket dia sendiri. Itu masih hak dia. Lagipun, pusaka keluarga dia, kan?
            Itu perjanjian dia. Lagipun, rasanya tak ada masalah pun kalau kedai tu tetap dekat situ, kan? Senang untuk pelancong yang datang nanti jugak, kan?”
            Oooo. Macam tu. Sebab tu lah Dato’ setuju. Kenapalah aku tak terfikir pasal tu. Biar ajelah Dato’ dengan kedai dia, kan? Yang kami perlukan hanyalah tanah tapak kedai dan sekitar tu je.
            “Nick,”
            “Hm?”
            “Thanks. Really.”
            “Hmm.”
            Aku senyum nipis. Dan selesai satu kerja. Tinggal balik pejabat nanti, taip apa yang patut, buat kontrak baru dan bla...bla...
            “Jangan buat muka jeruk lagi.”
            Senyuman aku makin melebar. “Okay.”



****