23
AKU MEMEGANG ERAT kotak kecil merah jambu yang baru sahaja bertukar milik beberapa minit tadi. Dalam masa yang sama, bunga sakura, bunga matahari dan bunga ros merah hati hidup subur di dalam taman hati tanpa cela. Matahari pagi mula memancar ke muka. panas, tapi menenangkan.
Terasa segala beban yang
menghimpit sepanjang minggu ni hilang. Terasa batu yang menghempap hancur
berderai.
Aku membuang pandang ke arah
orang depan yang bersandar di kerusi hadapan, sebelah pemandu. Aku tak boleh
menolak bila dia pelawa untuk hantar pergi pejabat tadi. (Kenapa nak tolak bila
aku boleh jimatkan tenaga untuk jalan kaki ke stesen. Kenapa nak tolak bila aku
boleh jimatkan duit tambang tren. Kenapa nak tolak bila aku boleh jimatkan
masa?)
Kan?
Terasa semua masalah selesai. Terasa
semua kerja yang datang boleh diselesaikan.
Erk. kerja?
Miss Fina dah nak habis cuti. Aku
dengan budak-budak lain belum dapat lagi persetujuan Dato’! Hadui!
Macam mana ni? Dato’ dah taka
da ciri-ciri nak setuju dah. Matilah kami. Matilah aku.
“Kenapa muka macam tu?”
Huh?
Aku memandang bias wajah dia dari cermin pandang belakang. “Macam mana?”
“Gaya
tertelan jeruk satu balang.” Aku nampak dia tersengih senget. Hadui. Lama sungguh
tak nampak senyum tu. “Tak suka saya datang?”
Aku
geleng perlahan.
“Tak
suka hadiah tu?”
Sekali
lagi aku menggeleng. “Suka” gila tak suka? Itu lah satu-satunya bukti yang Nick
tu ada hati jugak sebenarnya. Bukan beku je macam robot. Ha ha.
“Dah
tu?”
“Esok
Miss Fina dah balik, saya tak dapat lagi sign persetujuan Dato’ Mohsin tu.
Matila kalau tak dapat.”
Aku
cepat-cepat menutup mulut. Alamak, tak apa ke aku cerita ni?
“Project
mana ni?” kening Nick terangkat tinggi.
Sudah…yang
aku nak buka cerita sangat ni kenapa? “Er…Penang.”
“Eh?
Bukan ke proposal tu sepatutnya dah 90 percent siap. Sebab tu ketua project
dapat cuti, kan?” Nick berpusing ke belakang. “Tak siap lagi ke?”
Aku
menelan air liur. Gila betul Miss Fina ni. benda yang baru siap 50 percent dia
boleh cakap dah nak selesai? Patutlah syarikat luluskan cuti dia.
Tak patut betul.
“Belum. Tuan punya tanah dan
supermarket dekat situ tak setuju pun nak jual,” aku menelan air liur. “Tapi, da
suruh kami semua dapatkan jugak by hook
or by crook sebelum dia balik cuti.”
“Kalau
macam tu, memang tak sampai 90 percent lagi la siap, kan?”
Aku mengangguk perlahan. rasa
bersalah tiba-tiba. Aku tak patut mengadu pun. Aku tak patut complain pun. Ni kerja
aku.
“Siapa nama ketua project tu?”
Air
liur terasa masin. “Miss Fina.”
“Full name.”
Alamak, aku dah tercakap, tercerita.
Mati laaa…
Ini kira bodek bos ke? Ataupun,
mengadu? Adoi
“Cik
senah, give me a name.”
“Cik Syafina Syafie” telan air
liur lagi. kali ni terasa payau. “Awak nak buat apa?”
Nick menggeleng perlahan. “Tak
ada apa-apa.” dia kembali bersandar malas di tempat duduk. Kedua-dua belah
tangannya disilangkan ke dada.
“Tolong jangan buat apa-apa.
Saya tak patut cerita semua ni, dah memang kerja saya. Kerja kami,”
“Kenapa dato tu tak setuju?”
Nick mengubah topik tiba-tiba. Matilah aku, jangan cakap dia nak buang Miss
Fina atau apa. Matilah aku kalau Miss Fina aku akulah penyebab dia kena buang
nanti. Matilah…matilah…
Aku mengangkat bahu menjawab
soalan Nick. “Entah. Harta turun temurun kot.”
“Buat temujanji lagi sekali. Kali ni saya ikut.”
Hah? Apasal nak ikut pulak? Kenapa dia pulak nak tolong
Miss Fina selesaikan kerja dia?
“Tak payahlah, biar kami yang buat.”
“What if Dato’ tak setuju jugak?”
Aku terdiam lama..“Entah. Kami
mesti dapatkan jugak.”aku menjawab perlahan walaupun nak je aku menjawab ‘kalau
Dato’ tak setuju jugak, alamatnya cairlah tahi telinga kami kena maki, wahai
Encik Nick Rayyan.’
“Dah tu awak nak buat macam mana?’
Aku menggeleng laju. “No idea.”
“Dah set tarikh appointment nanti, let me know.”
“Kenapa nak ikut jugak?”
“Selagi tak dapat sign persetujuan tu, selagi tu la awak
buat muka jeruk macam ni. I can’t stand
seeing you like this.” Dia menarik nafas panjang. Mtanya kembali pada jalan
rasa yang sesak dengan kereta. “...and i
don’t like jeruk.”
Hidung tiba-tiba terasa
kembang. Wahai encik Dollah, I love you
la!
“Kampung
awak dekat mana?”
Huh?Ini
Lagi tiba-tiba. Keluar topik langsung. “Batu Pahat.” Tiba-tiba je tanya ni, dah
kenapa?
“Minggu
depan awak balik kampung.”
Aku
memandang dia yang masih bersandar malas di tempat duduk hadapan. Itu ayat
pertanyaan ke, pernyataan?
“Dengar
tak?”
“Hah?”
“Minggu
depan balik kampung.” ulang dia lagi. okay, Aku dah tahu. Itu ayat pernyataan. Ayat
yang nak suruh aku balik kampung minggu depan. Arahan.
Dah kenapa nak suruh aku balik kampung
tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Suruh balik kampung pun, tak
boleh?”
Aku mencebik dari belakang. Baru
aje tadi aku rasa macam duduk dekat taman bunga-bunga sebab dia nak tolong aku
cakap dengan Dato’ Mohsin. Sekarang ni pulak aku terasa nak bertukar jadi
gorilla. Nak penyek-penyek dia macam Play-doh!
“Iyalah, kenapa tiba-tiba.”
Nick dia tidak menjawab. Kereta
sudahpun tiba di lobi bangunan pejabat. homai, aku dah rasa macam CEO masuk
pejabat. siap dengan kereta datang hantar. Pemandu lagi. duduk dekat tempat
duduk belakang lagi. Homai…homai…
“Saya nak ajak mak pergi rumah
awak nanti. Jumpa mak awak.”
Hah? Sorry? Boleh ulang lagi
sekali tak? Aku tak salah dengar, kan?
Alamak, siapa suruh kau
berangan Wanda, kan dah tak dengar apa yang dia cakap.
Dia nak ajak mak dia datang
rumah aku, kan? Dia cakap tu kan?
Homai…! Tiba-tiba aku terasa
diri dah terapung-apung.
“Boleh tak?”
…tapi terhantuk pada siling
kereta. “Boleh apa?”
Nick menggeleng laju sambil
berpaling ke belakang, memandang aku yang sedaya upaya menahan bibir dari
tersengih lebar. Menahan kaki dari melompat. Siapa tak gembira weh!
“Saya nak bawa mak pergi jumpa
mak awak minggu depan, boleh tak?”
Akhirnya senyuman aku tercipta
juga. Betullah apa yang aku dengar tadi. Tak salah dah. Perlahan-lahan aku
mengangguk (gaya perempuan melayu terakhir).
“Okay then.” Dia kembali
berpaling ke hadapan. Aku dapat menangkap senyuman yang diukir dari bibirnya
tadi. Tahu pun happy bila orang bagi kebenaran, cubalah tunjuk sikit. Haish.
Tangan
yang baru sahaja ingin menolak pintu kereta untuk keluar terhenti tiba-tiba
bila aku terfikirkan sesuatu.
“Nick, kenapa saya? Saya bukannya stok model
antarabangsa ke apa. Sekolah tak pandai mana. Kesimpulannya, memang tak ada
apa-apa langsung pun yang menarik pasal saya ni. Tak ada. Kenapa awak pilih
saya?”
“Jangan tanya.” Dia menjawab pendek.
Aku mengeluh berat. Payah betullah
kalau nak buka topik, bersembang apa-apa. Punyalah panjang aku karang soalan,
dia jawab sepatah je.
“Saya tak ada jawapan untuk soalan
awak tu.” dia menyambung lagi. “So, don’t ask.”
Ya, aku sendiri pun tak tahu kenapa
aku suka dia. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku lebih selesa dengan serabut
dia berbanding dengan kekemasan Fahim.
Tak tahu. Tak ada jawapan. Ya, everything happens for a reason, tapi
tak semua benda perlu sebab. Kan?
AKU SERAHKAN bulat-bulat pada Julia untuk
membuat janji temu dengan Dato’. Aku kena angkat ibu jari tinggi-tinggi tanda
tahniah pada Julia sebab berjaya.
Itupun lepas dia cakap dengan
Dato’ sendiri.
Sungguhlah, ilmu apa yang dia
pakai? Boleh pulak dia cairkan hati Dato’ yang dah keras rupa berlian tu.
Tak kisahlah aku main kotor ke
apa. Miss Fina jugak cakap by hook or by crook, kan?
Aku, raey dan juga Nick masih
lagi menunggu ketibaan Dato’ walaupun
sudah sepuluh minit masa berlalu. Aku tahu ni semua tanda protes dia. Aku tahu
ini semua sengaja. Bagi kami bosan menunggu. Bagi kami putus asa dan berlalu.
Bilik
menunggu sunyi sepi dari sebarang bunyi. Aku dengan Raey (nasib baik Raey tak
pengsan bila Nick tegur dia tadi. teruja punya pasal) hanya mampu memandang ke
arah satu sama lain. Dah hilang idea untuk berbincang dengan Dato’ sebenarnya.
Nick
pula masih leka dengan gajet di tangan.
Hampir
setengah jam, membuang masa dan tenaga di atas sofa lembut di dalam bilik
berhawa dingin (yang sangat dingin). Akhirnya dato muncul kan diri.
Sedaya
upaya aku memaniskan muka, Raey pun sama. Hanya Nick aje yang masih beku tiada
riak. (Sungguhlah, muka dia macam kena iron. Tegang je 24 jam).
“I thought I had made it clear.” Dia
menegur sebelum sempat kami membuka mulut. Aku menarik nafas berat sambil memandang Nick yang masih
berdiri, menyambut dato tadi.
“Macam
ni dato’ maafkan saya, tapi benarkan saya jelaskan betul-betul apa situasi
sekarang. Apa yang dato’ akan dapat, dan juga keuntungan yang bakal dato
perolehi nanti.” Nick memulakan bicara, tenang. Aku ternganga seketika. Tak
pernah aku nampak dia banyak cakap macam ni.
“Saya
tak akan benarkan pihak kamu musnahkan satu-satunya peninggalan keluarga saya.
Tak faham-faham lagi ke?”
Nick
senyum nipis sambil membetulkan kedudukan. Dia menarik nafas sebelum
menyambung, “Saya rasa dato’ dah salah faham.”
Mata
aku masih tak berganjak melihat cara Nick berbincang dengan Dato. Berkali-kali
dato meninggikan suara, mempertikaikan setiap hujah, dan Nick masih begitu.
Tenang.
Cara
dia menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan. cara dia member hujah, mencantas
kemusykilan dari Dato’ Mohsin. Cara dia menjawab soalan. Cara dia meyakinkan
hujah-hujan dia.
Aku
terpana lama seolah-olah wayang gambar yang diputar perlahan si hadapan mata.
Sikitpun suara perbincangan mereka tidak melalui telinga, hanya musik lagu
‘love Story’ yang kedengaran.
Ya, lagu Andy Williams itu memenuhi
ruang kepala, telinga, mata dan terus ke jiwa. Aku tak tahu berapa lama aku
tersenyum sehinggalah Raey menepuk bahu aku kuat.
Kacau sungguh budak Raimah ni.
“Jom,”
“Eh? Dah sudah ke?”
Raey angguk perlahan. Aku membuang
pandang ke arah Nick dan dato di hadapan. Bibir dato mencipta senyum yang
selama ini tak pernah dia sedekah dekat aku mahupun yang lain.
Nick juga tersenyum.
Adakah perbincangan ini berjaya?
Kertas putih (yang juga kontrak yang
dibawa tadi) yang dipegang Nick aku pandang lama. Mencari bukti kejayaan.
Berjaya!
Yeay! Aku berjaya!
Eh, bukan. Nick yang berjaya
sebenarnya. Honestly, macam mana dia buat?
“Nick,”
aku berbisik perlahan sewaktu kami sama-sama keluar dari lif ke tempat parking.
Raey yang berlajan jauh di belakang masih leka dengan telefon bimbit dia. Mike
call la tu. Dah masuk waktu lunch pun tak balik pejabat lagi.
Dia
mengangkat kening, tanda ‘apa?’
“Macam
mana awak buat?”
“Buat
apa?” kening masih lagi tak turun-turun.
“Buat dato’
setuju?”
“La,
awak kan ada sekali tadi. Tak dengar ke?”
Aku menggeleng laju. Sengih. Mati
aku kalau dia tahu sepanjang masa perbincangan tadi aku tengah berangan tengok
dia?
“Awak
dekat mana masa meeting dengan dato tadi?”
“Dekat
dalam bilik meeting la. Mana ada pergi mana-mana pun.” Apa la dia ni. Aku duk
pandang dia sepanjang masa dalam bilik tadi, dia boleh tak nampak aku ada sama?
Merajuk lah macam ni…
“No, i mean, your mind. Ada
dekat mana?” sengih senget. Tau dah nak perli.
In your heart. Minda
aku ada dalam hati kau, wahai Nick dollah, puas hati? Heh.
“Kita memang dapat tanah tu. Tanah
tapak supermarket tu kita dapat, tapi kita biarkan dato uruskan supermarket dia
sendiri. Itu masih hak dia. Lagipun, pusaka keluarga dia, kan?
Itu perjanjian dia. Lagipun, rasanya
tak ada masalah pun kalau kedai tu tetap dekat situ, kan? Senang untuk
pelancong yang datang nanti jugak, kan?”
Oooo. Macam tu. Sebab tu lah Dato’
setuju. Kenapalah aku tak terfikir pasal tu. Biar ajelah Dato’ dengan kedai
dia, kan? Yang kami perlukan hanyalah tanah tapak kedai dan sekitar tu je.
“Nick,”
“Hm?”
“Thanks.
Really.”
“Hmm.”
Aku senyum nipis. Dan selesai satu
kerja. Tinggal balik pejabat nanti, taip apa yang patut, buat kontrak baru dan
bla...bla...
“Jangan buat muka jeruk lagi.”
Senyuman aku makin melebar. “Okay.”
****
34 comments:
plan for a Novel tak? Bila lar blh dpt full copy. best. ringan, bahasa mudah. :)
I suka jerok..lebih2 lagi jerok pak ali.... nock dollah ni dlm beku2 dia skali keluar ayat meletop...
aura pak dollah yg superb, sampai cik senah hilang tah kemana...
Aww...so sweet abang Nick hahah! Thank you!
Homaiii Homaii..
Esok ade sambungan lagi kan?
abeh la cik fina....nick dolah the superman dah sampai owh hahhaha.....nick dolah i likeeeee jerukkkk!!!! muahahhahah
Gigih ikut g meeting smata2 tak tgk muka jeruk wanda..comel je mat beku ni..hehe
homai homai! Thanks sangat2 cik writer !yeaay dpt tdo dgn hati yg sungguh girang. Wahahaa. Kak! Esok nak bab 24 plak eh! Kikikii.dah addicted gila ni
tlong habiskan jugak citer ni..sbb da x than ngan Nick..lma ai dpt sakit jntung sbb bekerja lbih masa
>>k<<
love d way Nick handle things..cara dia..dan cara dia menackle makcik ni..mmg kelas..dan cara memujuk juga ada kelas yg tersendiri tidak mengedik tetapi cara yg sungguh telus dan polos..
adakah fina akan disoal siasat oleh ketua jabatan kerna menipu dan membuli org bawahan..dan adakah fina akan ditukarkan kejabatan lain..agar dia akan sedar diri..
Wh suker... hopefully dpt ke versi cetak... suamiku pencuri no satu dah published ker?
nak lg cepat2 bolehkah??? ;)
Wah...nk jmpe mak, cik senah plak....hehehe
si nick dollah ni mesti ceo tempat wanda kerja ni kalau tak mana dia tau macam2 hal dalaman syarikat nak explain kat dato tu...
Hamboii Nick Dollah tak suke muka jeruk masam eh...
I luv u ar illa....nak lg..
Dollah tak suka jeruk...bagus2..kak pun tak suka jeruk
:-)) Love Dollah + Senah!
Silalah sambung ye Cik Penulis, harap cepat ke versi cetak, suka gaya penceritaan yg byk diselit unsur2 kelakar tp bernas....
nik dollah meh cni cek gtau ek... ada jeruk xmasam tau. jeruk pak ali... cuba mesti nik suka nnt.
Ah tis N3 certainly made my day Ila. thanks beb.-kak timi
best sgt!!!! next entry please :)
sweettt... best nye si nick dollah ni... syg sgt. lau kita buat muka jeruk dia nak x pujuk..? hihi
So sweet abang nick dollah sanggup buat apa saja demi Senah.... x mahu buat senah susah hati dan muka jerukkk...
nak bagi senah cuti dengan hati yang gembira kan Dollah...
Siap lah Miss Fina naik cuti mesti kena basuh dengan Nick... dia bercuti sedap-sedap yang kena buat keje teruk-teruk orang bawahan juga.... sayang betul Dollah kt Senah ya....
ohmaiiiiii.. pengsan layan nick dollah niihh...
jangan buat muka jeruk lagi.. keh keh keh... walaupun beku, tp bikin hati cari dohh
Bestnya....nak e3 lagi
homai homai... so sweet lah en dolah n senah... x sabar nak tgu diorg balik kg senah jumpa mak...weeeeee
lagila kembang bunga ditaman hati tu bla nick tolong wanda..
oho.bestnya.sweettt..
Cik senah senyum lebar...
bestnyer...x sabar nkbaca sambungannya, sempoi je bahasa.suka suka suka..
homai....homai...
seyes la, bila baca cite ni,
dari bab 1 hingga la ni,
hati tu takut sangat kalau tetiba dh abis,
sbb bila baca cite ni,
mmg rasa best sangat....
hati tu rasa ringan sangat,
sweet, happy, dan mcm2 lg yg
boleh buat kita senyum...
tp ada ckit curious la,
nape ekk, writer x reply
kita org pnya komen?
tp pape pn illa,
u berada di kelas u yg tr sendiri,
mmg kelass....
tahniah...
next plsss....
Nana Nn-
Thanks untuk commentnya. Illa bukan tak nak reply, tapi sangat sibuk dengan final year project. I do read all comments. really do, dan illa hargai sangat segala komen yang ada sebab komen2 diataslah buat semangat nak jejak bab 24 nanti.
Jadi, jangan kecil hati, ya? <3 thanks
xpe la illa kite paham bila awak dah hup n3 baru tiap kali diminta n post gambor wan senah n nick dolah serta keychain2 yg kite2 mintak 2 kite tau sema yg dikomen di sini dibace oleh awak....GANBATTE!!!!
Serious sgt best:-)jalan cerita yg sangat sempoi dan santai.keep it up writer:-)nak ckp org putih gak.kikikiki
x pe, hati dh kembang balik
thanks illa...
Post a Comment