24
“NANTI NAK DATANG
berapa ramai?”
“Huh?” Nick berpaling sekilas
sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah jalan raya. Raey tiba-tiba ada
hal. Dia cakap Mike datang ambil dari pejabat Dato’ Mohsin. Jadi, hanya aku
dengan Nick aje yang balik ke pejabat.
Bukan. Aku seorang. Mana boleh orang
lain tahu Nick ikut meeting hari ni.
“Cakap nak datang rumah, jumpa mak.”
“Ouh.” Dia menggaru kepala sesaat.
“Tiga je kut. Mak, pakcik dengan saya.”
Aku mengangguk faham. “Awak punya
cousin…tak ikut?”
“Nope.
Dia ada kerja dia la kut. entah. Saya tak ajak pun.”
Dahi aku automatik berkelut sejuta.
Satu-satunya sepupu. Dan dia tak ajak pun ikut sama pergi kampung aku. rugilah.
Orang lain boleh buat sepupu macam adik-beradik dia nak buat macam orang asing
pulak.
“O…kay.” Tapi aku malas nak tanya banyak-banyak.
Belum apa-apa lagi, kan? Takkan aku dah nak sibuk-sibuk pasal keluarga dia.
“Kenapa?”
“Huh?”
“Kenapa tanya.” Nick mengulang
soalan.
“Saja, senang sikit nak cakap dekat
mak, nak masak banyak mana.”
Nick tiba-tiba ketawa perlahan
sambil menggeleng. “Nak cakap dekat mak? Kenapa awak sendiri tak masak?”
Er…alamak, terlepas. Alamak. Aku tak
pandai masak. Tak apa ke kalau dia tahu yang aku tak pandai masak? Agak-agak
dia reject aku tak?
Hadui.
“Saya mana pandai masak untuk orang
ramai…” aku melarikan wajah dari pandangan Nick. bibir bawah digigit perlahan.
Okay. Aku dah tipu. Masak untuk seorang pun aku tak reti. Logiklah kalau aku
tak boleh masak untuk orang ramai, kan?
“Wanda. Kami tiga je. Apa yang
ramai?” I knew it! Dari nada suara dia aku boleh tahu yang Nick tahu.
Nick tahu aku tipu.
“Lebih dari satu, kira ramailah,
kan?”
Nick menggeleng lagi. Bibirnya masih
lagi ditarik ke pipi. Senyum. “Okay then.
Nanti awak boleh masak untuk saya seorang, kan?”
Aku menelan air liur. Habislah aku.
patut ke aku pergi kelas memasak selepas kami bertunang nanti?
Patutkah?
“Macamlah Nick ada cakap yang dia
nak datang meminang, kan? Heh.
“Okay,
Nick. Let me say this.” Aku menelan air liur yang terasa pahit, payau masin
dan manis (bila dia cakap ‘masak untuk saya seorang’ tu). “Saya tak reti masak.
I am a loser. Betul. Saya tak pernah
pun berjaya dalam apa-apa benda sekalipun dalam dunia ni. Paling berjaya pun…”
“…time
dapat 5A dalam UPSR.” Nick memotong. Ceh. Itu je yang dia ingat. Bila entah aku
bagitahu dia. Ada eh?
“Saya tak kisah pun.”
Homai…
Hidung aku tiba-tiba kembang.
Bunga-bunga mula tumbuh di dalam hati. Musik kompang mula berlagu di dalam
kepala.
“Bagi
nombor Kak Qila.”
Huh? Tiba-tiba masuk nama Kak Qila
ni kenapa? “Nak buat apa?”
“Nak call dia lah. Kalau nak senyum, Tak payahlah saya call.”
Aku mencebik geram. Ada je benda dia
nak smash aku. Ada je. Aku rajinkan
juga jari jemari yang tak berapa runcing ini memindahkan nombor telefon Kak
Qila ke nombor Nick.
Send.
…dan bunyi beep dari Sonynya (yang
masih menjadi tempat phone charm aku
digantung) memecah suasana.
“Kejap.” Musik kompang berhenti
tiba-tiba bila aku teringatkan akan sesuatu.
Nick mengangkat kening tanda ‘apa?’
“Dekat stesen KTM dulu. Waktu kali
ke tiga (kot) kita jumpa. Awak ada cakap yang awak tak berminat dengan saya,
kan?”
Aku boleh nampak dahi Nick berkerut
lebat. Berfikir. Entah dia ingat lagi ke tidak. Entah-entah aku aje yang kecoh
nak ingat setiap benda yang jadi pada waktu awal-awal perkenalan kami (yang tak
berapa nak cun tu).
“Ingat tak?”
Nick memandang wajah aku sesaat.
“Waktu tu awak sakit, kan?”
Aku mengangguk dalam senyuman. Dia
ingat…dia ingat!
“Saya sebenarnya tahan diri sendiri
waktu tu.”
Hah?
“Saya takut saya tersuka dengan
isteri orang ke, tunang orang ke. Payah jugak.” Dia menyambung.
“Dan, apa yang membuatkan awak rasa
saya bukan one of that?” aku memandang wajah tenangnya yang mula ditumbuhi
kumis. Dah mula nak serabut balik, macam dulu.
Tapi aku sikitpun tak kisah. Aku
suka…
“Awak bukan tunang orang sebab awak tak
pakai cincin…”
Aku terus menundukkan wajah,
memandang jari sendiri. Memang pun kosong dari sebarang perhiasan. Rimas
sebenarnya.
“Kalau mak orang, saya tak rasa dia
beli benda-benda comel macam ni.” dia mengangkat telefon bimbit Sony yang dari
tadi berada di sebelah gear. Aku menarik senyum lebar.
“….dan saya tak rasa mak orang akan
berlari macam awak bila nak kejar tren.” Sambung dia lagi.
Ceh. Ceh. Tak boleh ke dia skip part tu. Itu dah kira rahsia
kerajaan. Manalah aku tahu ada orang yang kenal aku waktu tu. (Itu pasallah
sesuka jiwa je aku buat marathon
kejar tren).
“Berapa umur awak?”
Hah? Honestly, Nick, awak tak tahu umur saya? Tak. Tahu? “25 tahun.
Kenapa?”
“Budak-budak…kalau dekat sekolah
boleh kena buli beli air dekat kantin.” Dia sengih senget.
Elleh. Macamlah dia tu tua sangat
nak panggil aku budak-budak bagai. “Awak?”
“Huh?”
“Umur?” kata orang, kau sendiri pun
tak tahu umur dia. Heh.
“Tiga puluh dua.” Dia menjawab tanpa
memandang.
Tiga puluh dua? Thirty two? Tuanya! Aku
baru darjah satu waktu dia masuk sekolah menengah!
“Orang tua.” Aku berkata perlahan
tanpa sempat ditahan.
“Apa dia?”
“Kalau saya budak-budak, awak tu,
orang tua.”
Nick ketawa perlahan. “Wanda…Wanda.
Awak tahu tak yang men life begins at
40?”
Elleh. “Dah tu, nak tunggu umur 40
tahun baru nak kahwin?” aku mendengar suara sendiri menyebut. Alamak. Apahal
tiba-tiba keluar cerita kahwin ni Wanda oi?
“Sanggup tunggu ke?” aku dapat
mengesan nada suara dia yang berubah tiba-tiba. Perli ke tu? ataupun…mengusik?
Hadui.
“Cik Senah, awak sanggup tunggu ke?”
sekali lagi dia mengulang soalan yang sama. Sungguh, aku rasa nak buka pintu
kereta ni dan lompat keluar laju-laju. Malu!
“Encik Nick Dollah, bawak kereta tu pandang
depan.” Aku menjawab tanpa memandang.
…dan Nick hanya ketawa lepas.
“RAIMAH,
YOU PERGI fotostat brochure ni sepuluh
copy. Jangan lambat. By 10 pagi I nak
semua siap dalam bilik mesyuarat.”
Miss Fina. Balik ofis je, mengarah.
Balik dari bercuti aje, nak semakkan jiwa orang. Padahal awal-awal Fayad dengan
aku sediakan brochure berwarna untuk
perbentangan kejap lagi.
Nak kena fotostat banyak-banyak
lagi, kenapa?
“Wanda,”
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum berpaling memandang wajahnya yang tegang.
“I nak you sediakan kopi dan snacks dalam tu nanti.”
Hah?
Adakah aku, marketing assistant dekat deparment ni (yang juga satu team
dengan dia dalam perbentangan proposal
ni) nampak macam rupa tea lady?
“Okay?”
Lambat-lambat aku mengangguk. Nak
protes banyak-banyak karang, free je
kena sound. Baik aku diam aje.
Aku yang dapatkan persetujuan Dato’
Mohsin tu, tahu?
Ya, memang technicallynya bukan aku. Tapi, pokok pangkalnya, aku yang
membuatkan Nick dapatkan persetujuan tu. Itupun dia nak berlagak jugak?
Bukannya nak cakap terima kasih. Aku
terus jadi marah. Rasa nak langgar je dia laju-laju. (Eh, itu bukan ke iklan
dekat Tv?)
Stop
it, Wanda. Kau ada meeting
penting lagi setengah jam. Tan Sri dengan Nick pun ada sekali. Please take it seriously.
Tapi kalau kerja aku dalam tu hanya
sebagai tea lady, apa sangatlah yang
aku boleh buat?
Buat kopi dengan serius?
Heh.
Setengah jam kemudian, semua dah
berkumpul dalam bilik mesyuarat. Aku, Raey, Jimi dan Fayad mengambil tempat,
melakukan tugas masing-masing. Miss Fina yang mengetuai projek ini bangun dan
terus memperkenalkan diri.
Aku memandang Nick yang berada
disebelah Tan Sri Aminudin sekilas. Tak tahu apa mimpi dia hari ni. Bukannya
dia selalu ikut meeting pun.
“Saya sangat berbesar hati bila
dapat tahu Encik Nick Rayyan turut sama dalam perbentangan proposal hari ni.” dia senyum simpul memandang ke hadapan.
Aku menggeleng dalam hati. Manis
sungguh raut wajah Miss Fina pagi ni. Baju yang dia pakai pun dah rupa lain
macam. Dah rupa pereka fesyen dekat Paris dah. (Perlu ke ribbon dekat kepala dia tu?) Heh.
Nick
dan Tan Sri yang berada di hujung meja aku pandang sesaat. Berlakonlah Miss
Fina, selagi kau mampu…
Aku terus meletakkan cawan yang
berisi kopi pekat kepada semua pengarah yang hadir. Juga kepada Nick yang tekun
mendengar butir bicara dari Miss Fina di hadapan.
Kerja aku hari ni adalah menjadi
gadis teh (kopi). Thanks to Miss
Fina. Heh.
“I’m
sorry,”
Aku mengangkat muka dari cawan kopi
ke lima kepada wajah Nick yang tiba-tiba mengangkat tangan, menyampuk.
“Yes?”
Miss Fina menghadiahkan senyuman paling manis (yang pernah aku nampak. Ada gigi
rupanya dia ni. Selalu tak pernah pulak aku nampak dia senyum lebar macam ni).
“You
said that pemilik tanah tu setuju last
minute, kan?”
Miss Fina mengangguk laju.
Senyumannya masih lagi belum padam. “Yes,
Mr. Nick. Encik Mohsin merayu-rayu untuk kekalkan supermarket yang ada dekat lot tanah tu. I was think that itu idea yang bagus dimana kita boleh memudahkan
pelanggan kita nanti. Lagipun jarak supermarket
lain jauh dari situ. Jadi, I buat keputusan, kita kekalkan supermarket tu.
Untuk dia uruskan.”
Aku hampir pitam mendengar jawapan
dari Miss Fina. Pantas kepala dipusing memandang Nick yang berada di hujung
meja.
“I see.”
Dia mengangguk perlahan dengan kedua-dua keningnya terangkat. “So, owner dia Encik Mohsin?”
Miss
Fina mengangguk laju.
Aku
nampak Nick sengih senget di kerusinya.
Haish.
Kalau itu pun dia tak boleh nak ambil tahu, sungguhlah aku tak boleh nak tolong
cover kau lagi wahai Miss Fina.
It’s Dato’ Mohsin. Bukan Encik.
“Tapi,
as far that I’m concerned, you
bercuti sebulan sebelum ni, kan?”
“Yes.”
Dia senyum lagi.
“Bila
you habis cuti?”
“Err..
last two days.” Kening Miss Fina
terangkat seinci walaupun senyumannya masih menghiasi wajah. Pelik kot bila
Nick tanya banyak-banyak.
“O..kay.”
Nick bersandar malas di kerusi. Tan Sri Aminudin memandangnya sekilas. Pelik
agaknya. “Tarikh persetujuan kontrak ni minggu lepas. Dan you balik dari bercuti
last two days…” Nick seolah-olah
bercakap sendiri.
Aku
nampak wajah Miss Fina dah kelat+payau+masin dalam satu rupa.
“Macam
mana ya YOU boleh deal dengan dia?”
“Er…
I…”
“Through phone, maybe?” Nick mengangkat
kening, memandang wajah Miss Fina di hadapan. Tan Sri Aminudin dan Encik Razni
turut sama memandang.
“Ah…yes.”
“Okay then. You can proceed.” Nick
menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada. Dia menjeling aku sekilas
dengan senyuman yang ditahan di pinggir bibir dan aku tak dapat menahan dari
ketawa. Nasib baik aku ada dalam bilik mesyuarat. Kalau dekat rumah sendiri
mahunya aku terguling-guling ketawa.
Kelakar,
weh!
Ini
baru namanya dia nak tegakkan benang yang dah lencun basah. Heh.
NICK, TAN SRI dan
Encik Razni melangkah keluar dari bilik mensyuarat sambil bercerita tentang
sesuatu yang sikit pun aku tak tahu hujung pangkalnya. Nick mengangkat kening
sebelum hilang di sebalik pintu.
Aku
senyum menggeleng. Tak sangka Nick boleh jadi sesinis tu dengan orang lain. Aku
ingat dia main letak perisa perli tu bila cakap dengan aku je.
Miss
Fina dan Jimi sibuk mengemas kertas-kertas (yang digunakan dalam perbentangan
tadi) yang bertaburan di atas meja.
Raey dan aku sama-sama mengemas
cawan kopi yang dihidang ketika mesyuarat tadi.
Sungguhlah, selain bakat berlakon,
Miss Fina juga ada bakat untuk buat aku jadi tea lady dekat sini. Haish.
“How
was it?” Julia tiba-tiba datang entah dari mana dan terus mendekati Miss
Fina yang masih berada di penghujung meja berbentuk oval, berhampiran dengan komputer
riba.
“You
can’t belive this, Nick Rayyan is
totally awesome!” aku mendengar Miss Fina hampir menjerit.
Raey memandang aku sekilas bila
mendengar nama Nick disebut-sebut. Dia kemudiannya memandang aku yang mengutip
cawan ketiga. Kedua-dua bahu diangkat tinggi tanda biarkan. Biarkan.
Julia senyum lebar mendengar pujian
dari Miss Fina, teruja. “I knew it! I
boleh agak dia tu drop dead handsome!” suaranya
juga turut menyaingi nada suara Miss Fina. Jimi di sebelah hanya menggeleng
perlahan.
“Even though dia ada komen macam-macam
tadi, but still, dia punya karisma…”
Miss Fina berhenti sesaat, mengumpul nafas. “I hampir cair!” dia menyambung.
Julia
ketawa lepas. “Biasalah tu, Nick Rayyan
The Great. Mestilah dia ada komen apa-apa. I nampak dia keluar dari bilik
meeting tadi. Nasib baik you cakap dia join
perbentangan proposal you hari ni. Kalau
tak, kempunanlah I nak kenal dia.”
Miss
Fina senyum lebar. Buat muka bangga. “I
think dia bangga bila I dapat selesaikan kes dekat Penang tu. You tau la
kan, Encik Mohsin tu macam mana.
Aku
geleng kepala. Dato’ Mohsin dah tukar title
pun dia tak tahu. ada hati pulak nak cakap dia yang selesaikan? Tak cukup-cukup
lagi ke kena perli dengan Nick tadi?
Ke,
dia tak tahu itu perlian.
“Tapi
kan, I rasa I pernah jumpa dia somewhere…”
suara Julia pula memecah suasana.
Sebiji lagi cawan aku capai dan
terus membawanya ke atas dulang. Raey turut sama menggeleng kepala sambil
mengelap sisa kopi di atas meja. Kalau dah dua orang diva (berlagak diva)
bersembang, habis orang sekeliling dilupakan.
Nampak sangat perangai gedik dia tu.
Diorang lupa ke yang Jimi (lelaki) masih lagi tercegat dekat depan tu?
Diorang tak nampak je Fayad (juga
lelaki) masih lagi tercongok dekat atas kerusi tu?
Tak ada rasa segan ke? (Geleng
kepala).
“Really?
You jumpa dekat mana?” kening Miss Fina terangkat tinggi.
Aku mencuri pandang ke arah Julia
dan Miss Fina dengan sengihan. Julia…Julia. Kalau kau tahu lelaki yang kau
pernah hina dulu tu Nick, mahunya kau berhenti kerja terus sebab malu.
“I
don’t know…maybe dia pernah tegur I somewhere?”
Julia tersenyum lebar.
Sikit lagi…sikit lagi aku nak muntah
hijau, kuning, biru bila mendengar jawapan dia. Aduhai. Kalau aku tiba-tiba
ketawa kuat logik tak?
Tapi, kelakar weh!
Kau dah kutuk dia macam-macam waktu
dia serabai, lepas tu nak teruja pulak bila nampak dia handsome, bila tahu dia tu Nick Rayyan. Boleh pergi masuk lif tekan
sendiri la Julia oi.
Aku pun pernah kata Nick kurang
siuman. Tapi, ini lain. Aku tak adalah nak menyenget, menggedik bila tahu dia
tu Nick Rayyan.
Tak ada pun.
Ke ada?
“Wah! Untunglah you dia ada tegur!”
suara Miss Fina naik dua tangga. Teruja.
“Patutlah you dressing habis hari ni. Pandai ye?”
Miss Fina ketawa lepas. “Bila lagi
nak tangkap ikan paus, kan?”
“Kesian, kan?” Raey memandang aku
yang menatang dulang cawan sambil menahan ketawa.
Aku turut sama menyimpan senyum.
Biarlah dia. Malas aku nak campur. Dah rupa dua budak sekolah menengah yang
bercerita pasal ketua pengawas (ataupun presiden pelajar) yang kacak+bijak+perfect kemain.
“Aku tak boleh bayangkan kalau
diorang tahu yang Nick Rayyan tu suka kau. Mahunya dua-dua minah tu terjun
lombong sebab rasa rendah diri tahap negative!”
“Excuse
me?”
Hish, Raey ni pun, nak kutuk pun
pakailah volume paling rendah.
“Korang cakap apa?” mata Miss Fina
mencerun memandang aku dan Raey yang berdiri di sudut bilik. Masing-masing
masih dengan dulang yang berisi cawan dan kain lap meja di tangan.
“Nothing.”
Aku menjawab malas. Kenapalah kau balik sini wahai Miss Fina. Kau nak pindah
Australia terus pun dengan besar hati aku terima.
Tapi, tak ke Fahim yang akan ganti
dia nanti kalau dia tak balik. Lagilah haru biru jiwa aku.
Hadui.
“I
heard that.” Julia pula menyampuk. “Nick Rayyan minat you?” nada suara dia
macam…macam kelakar sangat. Macam apa yang dia dengar tu tak masuk dek akal
langsung.
Apa? Ingat tak logik ke kalau Nick
suka aku?
“You jangan nak bermimpi la Wanda,”
Julia ketawa sinis. Miss Fina mencebik memandang aku. matanya masih tajam
memandang anak mata aku. Apa? ingat aku takut? Nak marah sangat apa hal?
Bukannya aku curi laki dia pun. Bakal laki pun tak. Nak sibuk marah orang
pulak.
“You fikir la, takkanlah Nick suka
dekat orang selekeh macam you.” Julia menyambung. “Baju pun beli dekat pasar
malam je, ada hati nak cakap Nick suka dia.”
Mata terus turun ke arah baju yang
aku pakai hari ini. Blouse kuning berbunga putih kecil yang dipadankan dengan
skirt lycra hitam. Hello, aku tak beli ni dekat pasar malamlah!
Aku beli dekat Jalan TAR… Ya, memang
ada pasar malam hari tu. Tapi aku beli waktu siang. Bukannya malam.
Okay. apa-apalah.
…dan apa masalah dia pun kalau aku
beli baju ni dekat pasar malam? Sekurang-kurangnya aku tutup apa yang patut
ditutup.
“Nick Rayyan memang suka dia.” Raey
menyampuk tenang tanpa memandang kedua-dua makhluk itu bila melihat wajah aku
dah kelam biru merah.
“Stop
it la.” Julia memotong dengan nada bosan. Miss Fina di sebelahnya
menyilangkan tangan di dada. Masih lagi dengan muka tak puas hati dia. “By the way, bukan ke teman lelaki you tu
serabut plus eyesore, Wanda? I pernah
jumpa dia dekat office, kan?”
That
eyesore man yang kau cakap tu, nama dia Nick Rayyan Julia oi! Sikit lagi
aku nak menjerit. Sikit lagi. Sabar Wanda, sabar.
“Miss Fina, Cik Julia, perempuan
yang beli baju dekat pasar malam ni lah yang Nick Rayyan nak pinang, tahu?” aku
bersuara sepatah-sepatah. Menahan geram. Orang yang hidup dalam dunia sendiri
ni kena ajar sikit. Apa, dia ingat dalam Malaysia ni semua benda hanya untuk
dia dan dia.
Hey, aku, Wanda Nurhannah pun wujud
jugak dalam negara ni, okay!?
Aku nampak Raey mengekek ketawa bila
melihat wajah kedua-duanya cemberut. Gaya baru aje nampak aku bertukar jadi
Cinderella.
…dan
merekalah dua orang kakak tiri yang menyakitkan jiwa tu.
Ya, tak salah dah.
“Prove
it.” Miss Fina bersuara tiba-tiba. “Jangan-jangan you aje yang berangan
lebih-lebih. Entah Nick kenal you ke tidak.”
Julia tersenyum sinis.
“Fine,
lunch nanti jom turun ikut saya.”
Semua mata memandang aku. Tak
percaya. Apa? Ingat aku main-main?
“Nick tunggu saya dekat lobi. Boleh
tengok sendiri nanti.” Aku terus membawa dulang keluar dari bilik mesyuarat. Boleh
terbakar telinga aku duduk lama-lama dalam ni. Raey menurut dari belakang
dengan sengihan.
Dah terasa macam budak-budak sekolah
dah. Gaduh pasal lelaki. Haish, tak pasal-pasal aku kena rendahkan IQ sendiri
sebab nak layan dua orang makhluk yang tak cukup IQ tu.
Hadui.
Tunggulah. Waktu lunch nanti kita
tengok mulut siapa yang terbuka. Mata siapa yang tak boleh pejam.
Kita tengok.
****
40 comments:
yes wanda fight for your happiness.jgn bagi chance dua minah gedik tu sambar si nick dollah awak
Uwaaa... takut nick xjumper wanda nanti huhuhj
Jgnla tiba² Nick x jd lunch dgn Wanda pulak...
-k ha fiza-
Tapi, knpa lah wanda layan duaorang tu. Diam2 sudahlah, nanti kalau dah naik pelamin bru boleh busung dada. Biar mereka tau, langit tggi k rendah. Hehe
kalau Nick tak dtg sian Wanda..
Tak sabar nak tgk wanda show off nick depan dua perempuan gedik tu!
tiba-tiba Nick x leh lunch sama
tiba-tiba Wanda kena buli kat opis.
tiba-tiba Wanda ngajuk ngan Nick
tiba-tiba Nick nak cepat tarikh nikah.
hahahahahaa.. i like tiba-tiba
>>k<<
Yelah... Cik Senah kenapa bukak mulut, berilah surprise pd 2 pompuan gebik tu bila Nick Dollah dah betul2 jadi your other half... aniaya kang nanti kalau Dollah tak ada nanti...
Best..best, thank you...nak lagi boleh?!
errkk. awat wanda ckp cpt sgt kat minah senget dua org tu...
okeyyy....kita tengok :D
alamak wanda..buatnya nick tak jd nk lunch nnt..cemane?..aduh..malu nnt..hopefully nick dtg tolong wanda nnt..
Aku patut dah agak benda ni akan jadi. Aku patut tahu yang aku ni tak berhak pun nak capai apa-apa. Aku tak layak pun.
Penat aku mengarang angan-angan.
Rupanya ini cerita disebaliknya.
…dan aku tak kuat. Ya ALLAH...
nk tau ape jd part ni....huhuhu
ouh,part tu x sempat nk smbung,pnjang sgt dah bab ni. hehe..tngu nxt bab ye..
ala..awat ckp cpt sgt kt minah 2 ekor yg gedik tu cik senah!!!!
buatnye nick dollah x dtg camne???
btw,n3 ni mmg best dan nk n3 seterusnye.....(haha..ayt org yg tamak)
Syahira_Ira
awatlah siwanda tu nak melayan dua minah yg tak cukup akal tu..diam diam sajalah..bila nak kawen ..kasi je kad jemputan kawen kat minah 2 ekor tu..mesti terkezut king kong..adakah Nick akan keluaq ngan wanda utk lunch atau ada hal yg menyebabkan Nick tak jadi keluaq ..mcm klise kalau mamat tu tak jadi keluaq berdua lunch ngan wanda kan..
Lemah je rasanya nak tunggu next entry...dah rindu kat nick dollah dgn wan senah
Tetiba dapat rase nick tak dapat lunch dengan Wanda.. lepas tu, mesti 2 orang prempuan tu kena kan Wanda cukup2.. hmmm.. sedihnye.
Illa, sambung entry cepat.. :(
Encik Nik jangan ko tak datang.... ku tikam jugak kamu.... ini sesi nak menunjuk ok... jangan buat hal ...hehehehe
homai...homai..
sungguhlah,
mmg terlalu suka sgt ngan cite ni..
mmg frust, tiap kali
sampai perkataan...sambung tu...
pe jadik ?....
jgn si dolah buat hal udahle
sian senah....
boleh tak sambung cepat ckit
excited terover ni...
saya suka...saya suka...
I pun agak cam Shaiidah S. Then dek sebab malu kena perli si minah sengal 2 org tu(sebab no nick that lunch hr) senah boikot nick- x angkat call n x nak jumpa. N nick wl cal kalk qila for help...i x sabar nak tengok how nick handles tis conflict...kak timi
Nick x tnggu di libi tapi dia terus jumpa Wanda di pejabat. Depan2 Fina & Julia Nick cari Wanda. Masa tu Fina terbuntang mata. Dia fikir Nick cari dia.
i like your way maya,
baru rasa lain sikit..hehe
jgn nick tiba2 bt hal pergi cancel sudh. kan maunya malu besat wanda.
Ei..prasan abis mss fina tu..konon dia yg deal dgn dato' mohsin tu..
Ha..tayang skit wanda..yg nick tu mmg nk pinang ko...br diaorg tau
go wanda go!
Saya pun rasa camtu gak
suspen..huhuhu
jgn la nick dollah x datang.. cian wanda.. patutnya si wanda ckp "Miss Fina, sebenarnya Dato' Mohsin, bukan EN. Mohsin & Rayyan kenal Dato' Mohsin tu" baru hijau muka dia.. hihihi
err nape rasa mcam nick takkan jumpa wanda nanti???huhu T_T macam konflik akan bermula...pastu mesti fahim datang balik..adehhh
plisss2 cik illa sayam, tamaooo jadik camni...hihi
Illa...... jahat!!!!!
Kesian cik senah
Me pun sama nak tengok nik tergolek pujuk wan.... bengong nik!!!! Kasi dera sama nik heeeee geram....
Nick tolonglah selamatkan Wanda dari mak cik 2 ekor ni..... X payah tunggu rehat keluar dari bilik msyrt ja Abang Nick Rayyan dah tunggu kt tempat duduk Wanda .... mahu pengsan mak cik berdua tu... Ingat Nick nak bagi orang lain sakitkan hati Wanda ke?... Nick takut Wanda buat muka jeruk lagi.... hehehe... sayang betul Nick kt Wanda kan...
ish ish ish ... illa dah delete komen akak...knaperrr.... x kisah nak komen juga.....x puas hati nie...kena minta next n3...
-sj-
eh,, tak adalah kak.. illa tak pernah delete komen sapa2 ni,, komen yang mana kak?
lelaki luar biasa cenderung pada perempuan biasa-biasa sebenarnya.. heh
aku suka baca songsang.. bab 25 dulu then baru 24...
pls2....n3.....adoi....hai
Yes...da 2ari xjengok blog...ade new n3..i loike⊙﹏⊙
Post a Comment