Saturday 1 June 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 27]

27


PANJANG.
            Hari ni terasa sungguh panjang. Entah berapa ratus perlian aku dengar. Entah berapa ribu jelingan aku dapat. Tapi aku cuba kuatkan telinga untuk bertahan. Aku tebalkan juga muka untuk berhadapan.
            Mesej Nick tidak aku endah sejak pagi tadi (bukan banyak sangat pun dia mesej).
            Satu tanya pasal semalam (sekali lagi), kedua ajak pergi makan (macamlah aku ada selera nak makan lagi selepas kejadian semalam) dan ketiga, (boleh dia tanya?) ‘Tak ada kredit ke?’. Sikitpun aku tak ada rasa nak membalas ketiga-tiganya. Dan akhirnya, Nick juga diam.
            “Diorang tu ada penyakit ke apa? Mulut potpet-potpet tak berhenti…”
            Aku mengeluh perlahan. Mata perlahan-lahan dialihkan dari skrin komputer ke arah Raey. “Naturally born.” Mata beralih pula pada Julia di mejanya. “Tak boleh nak buat apa dah.”
            “Wanda…kau tak nak jumpa Nick?”
            Laju kepala aku berpaling menghadap wajah Raey. Dia nak suruh aku jumpa Nick? Dia sendiri dengar apa yang Nick cakap semalam. Dia sendiri tengok macam mana aku dimalukan hidup-hidup depan Tan Sri Aminudin, Julia dan Miss Fina (Fahim pun).
            “Maksud aku, kau tanyalah dia betul-betul apa sebenarnya niat dia cakap macam tu. Kan?” perlahan suara Raey memujuk.
            Sungguhlah Raey, takkan sikit pun kau tak rasa hancurnya jiwa aku bila dengar Nick cakap macam tu semalam?
            “Wanda…?”
            “Kau nak aku duduk, enjoy the show dan Nick bangun kenalkan aku depan Tan Sri, inilah dia, Wanda The Loser? Macam tu?” suara aku sedikit meninggi, Menahan hati.
            “Aku tak rasa dia kejam sangat...” Raey menarik nafas dalam-dalam. Dia meletakkan pen hitam yang dipegangnya dari tadi ke atas meja dan memandang aku lama. “Kalau tak, dia takkan tolong kau deal dengan Dato’ Mohsin dulu.”
            “Dia jugak yang untung bila syarikat ni untung. Bukan pasal aku pun.” Aku memotong.
            “Kan dia pernah datang sini, ajak kau makan. Tak pernah dia buat dekat siapa-siapa pun sebelum ni, Wanda.”
            Automatik mulut aku mencebik lebar. “Kau pun dengar, kan? Dia dah bosan dengan segala jenis model dalam Malaysia ni, dia nak cuba macam mana keluar dengan orang biasa macam aku ni pulak. Experiment. Kau tahu? Experiment!”
            Aku mendengar Raey mengeluh kuat. Dia dah hilang idea agaknya macam mana lagi nak pujuk aku. akhirnya dia hanya mampu menggeleng perlahan sambil menyambung kerja yang tertangguh tadi.
            Jam sudahpun melangkaui angka lima petang. Masing-masing mula mengangkat kaki dari meja. Raey turut sama berkemas, bersedia untuk balik. Aku masih lagi memaku punggung di atas kerusi. Kalau aku balik sekarang, mesti ramai manusia dekat bawah tu. Confirm aku akan bertembung dengan ramai orang. Tak boleh.
            Aku tak boleh balik sekarang…
            “Aku balik dulu,” Raey menegur perlahan sebelum menyangkut handbag ke bahu kiri. Aku mengangguk tanpa memandang. Nafas dihela kuat setelah langkah Raey melepasi pintu kaca.
            Perfect, Wanda. Sekarang kau tak boleh pun nak jumpa orang.
            Lebih-lebih lagi orang ni…
            Jantung hampir terjatuh ke lantai bila retina mata menangkap susuk tubuh yang bersandar dengan berpeluk tubuh di sebelah pintu kaca. Matanya tajam memandang wajah aku yang masih tidak bergerak dari meja. Nick!
            Dah terlambat, Nick. Kalaulah awak muncul pagi tadi, mungkin semua benda ni akan berhenti…berakhir…mungkin.


“TELL ME, WHY?”
            Aku diam. Memberi ruang untuk menenangkan hati sendiri. Kalau nak dikira dengan kudrat hati aku sekarang, nak aje aku menangis teresak-esak sambil mengetuk kepala dia laju-laju dengan kasut aku. Biar dia rasa sakit hati aku. Biar dia rasa peritnya kena perli dengan budak-budak dekat pejabat tu.
            “Wanda…?”
            “Jangan buat suara macam tu, nanti saya percaya dekat awak lagi.” aku memotong laju.
            Wajah Nick berubah tiba-tiba.  Aku boleh nampak tanda soalan yang berlegar-legar dekat kepala dia. Jelas.
            “Kenapa ni?” ulang dia lagi. Soalan yang sama, bahasa yang berbeza. Orang memang selalu macam tu. Baling batu, sembunyi tangan. Dah menipu, buat-buat lupa. The Great Nick Rayyan pun tak ketinggalan.
            “Sudahlah, saya dah dengar semuanya semalam.” aku memalingkan muka dari wajahnya. “Puas hati dah? Nak kenal dengan orang biasa-biasa?”
            “Dengar apa ni?” dahi dia berkerut lebat. Mata sepetnya masih lagi tidak beralih dari wajah aku.
            Aku mengeluh kuat tanpa sedar. Tangan kanan mula menekan tetikus tanpa tujuan. Wajah Nick dihadapan dipandang dengan hujung mata. “Semalam, dekat lobi…”
            “So, awak turun?” dia bersandar  ke belakang sambil melipat kedua-dua tangannya ke dada.
            “Ya, saya turun? Kenapa? Takut rahsia awak selama ni terbongkar? Stop it la Nick. Awak dah try orang loser macam saya, kan? Now, go. Cari another model.” Aku menarik nafas dalam. “Jangan buang masa saya.” Aku menyambung perlahan. sungguh. Hati sendiri pun terasa sakit bila ayat terakhir tu keluar dari mulut.
            “Awak cakap apa ni? Rahsia apa?”
            Aku mengeluh kuat sambil memandang wajah dia di hadapan. Honestly, Nick! awak masih lagi nak menipu?!
            Komputer terus aku letakkan ke dalam mode Shut Down. Tak terasa nak dibiarkan Sleep. Handbag di dalam laci aku capai sambil mengemas meja ala kadar. “Awak dah malukan saya. Depan semua orang.” Aku berkata perlahan. tipulah kalau aku tak terasa pedih dengan setiap perlian diorang tadi. Bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa bila dijeling sepanjang masa hari ni.
Tangan masih menyusun beberapa kertas yang berselerakan di atas meja. “Puas hati?” aku memandang dia sesaat sebelum meletakkan helaian terakhir di atas rak yang bertulis ‘Out’.
            “Awak dah salah faham ni…”
            Aku berdiri, menghadap dia yang masih lagi duduk di atas kerusi Raey, memandang aku. “No, I don’t think so.”
            “Kalau betul awak dengar semuanya, awak takkan buat perangai macam ni.” Nick turut sama bangun, mengekori langkah aku keluar dari pejabat.
            “Buat perangai macam mana!?” suara aku meninggi tanpa sedar. Perlahan-lahan aku menarik nafas, mengambil oksigen. Oksigen. Aku perlukan oksigen. Karang aku mula bercakap pakai tangan, lain pulak cerita dia. Awak tahu tak Nick, sebab awaklah saya kena hina sepanjang hari? Sebab awaklah saya jadi manusia paling bodoh dalam syarikat ni…
            “Look,” Nick bersuara tenang. Anak matanya mencari mata aku yang dah mula berkaca. “Cuba cerita satu persatu. Saya tak faham.”
            “Dahlah Nick, awak dah hina saya depan tan sri. Awak dah malukan saya depan semua orang. Awak dah buka semua rahsia saya…” aku terhenti sesaat. Laju aku berpaling ke arah pintu lif sebelum empangan air mata pecah. Butang ‘Turun’ aku tekan sekali. Dada mula berombak kuat. Geram dan sedih mula bersatu.
            “Saya hina awak?” nada suaranya seaakan-akan terkejut. Terkejutlah tu aku dapat tahu. terkejut lah tu bila aku dah dengar semua. Heh.
            “Wanda, if you STAY a little longer…” Nick mengeluh perlahan.    
            “Untuk apa?” sekali lagi nada suara aku meninggi. “Cukuplah Nick. Saya dah cukup terhina dengan kata-kata awak semalam.”
            “Wanda…dengar ni,”
            “No, awak yang dengar saya.” Aku memotong laju. “Perempuan yang serang saya dulu, sepupu awak kan?”
            Nick terdiam tiba-tiba. Air wajahnya yang keruh tadi bertambah kerutan.
            “Perempuan tu, Safiyya, kan?” soal aku lagi. Nick masih lagi kelu memandang wajah aku. Kan. Dah terbukti dia tipu aku. Dah terbukti kenapa dia tiba-tiba baik dengan aku. Dah terbukti kenapa dia selalu muncul depan aku.
            “Betul, kan?” aku memberanikan diri merenung anak mata dia. Busted! “Saya nak balik.”
            “Wanda...” Nick terhenti sesaat setelah pintu lif terbuka luas tiba-tiba.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk ke dalam perut lif. Nick masih lagi disitu. Memandang aku. “Saya sayang nyawa saya. Baik awak jaga tunang awak tu betul-betul. Jangan risau, dia takkan jumpa saya lagi lepas ni.” habis perkataan terakhir, aku terus menekan butang ‘Tutup’.
            Betul, dia takkan jumpa aku lagi. Nick pun. Semua orang pun. Aku nak berhenti kerja!

SELESAI SOLAT MAGHRIB, aku terus melemparkan tubuh ke atas katil. Penat! Penat telinga, penat kepala dan penat hati (ada ke?). Balik dari kerja tadi, aku terus menguncikan diri di dalam bilik. Lili dan Hani pun tak berani nak ketuk pintu.
            Aku tahu diorang bersabar. Aku tahu diorang nak sangat tahu apa yang jadi. Tapi, percayalah. Semua tu pahit untuk aku buka. Semuanya kelat untuk aku cerita.
            Aku meletakkan belakang tangan ke dahi. Panas!
            Bila masa pulak antibodi kau jadi selembik agar-agar ni Wanda? Ada masalah kecil pun nak demam bagai (bukan masalah kecil. BESAR). Aku mengeluh lagi. ya, aku tahu tak elok mengeluh, tapi…
            Bunyi getaran dari bawah bantal mengejutkan jantung yang baru sahaja ingin tenang melelapkan mata.
            Kak Qila.
            “Kau ni kenapa, susah sangat nak call sekarang.” suaranya terus menyapa telinga setelah talian bersambung.           
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab, “Kenapa kak?”
            “Suara kau kenapa?”
            “Entah. Demam kot. Kenapa kak?”
            “Tak adalah. Aku nak kau temankan aku pergi jumpa Nick nanti.”
            Kening aku terangkat tinggi. Serta merta aku terduduk di atas katil bercadar merah hati tu. “Kenapa?”
            “Minggu depan aku dah mula kerja dengan dialah.”
            Oooo… “Malaslah. Kau pergi soranglah.”
            Kak Qila terdiam sesaat. “Kau dah kenapa?”
            “Aku dah tak ada apa-apa dengan dia. Kau pergi jumpa dia soranglah nanti kak. Aku tak nak.”
            “Kejap-kejap.” Aku boleh dengar Kak Qila menarik nafas kuat dari hujung talian. “Apa dah jadi ni?”
            Aku terdiam lama. Menarik nafas, mencari kekuatan. Silap gaya aku boleh teresak-esak depan Kak Qila.
            “Wan? Kenapa?” suara Kak Qila berubah rupa. Kalau tadi suaranya seperti kawan-kawan, sekarang dah berubah masuk mode adik-kakak.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut. “Semalam…” segala cerita tentang semalam, pagi tadi, petang tadi, tentang Miss Fina, Julia, dan juga perempuan yang serang aku dulu terkeluar dari mulut. Kak Qila hanya diam mendengar (kena marah sesaat bila aku cerita pasal perempuan yang serang aku tu.  Kak Qila tanya kenapa lambat bagitahu).
            “Kau biar betul Wan?”
            Tengok. Tengok. Aku dah cerita semua, tak percaya pulak. “Betullah kak.”
            Aku mendengar Kak Qila menghela nafas berat. “Aku tak percaya Nick macam tu…”
            Aku pun tak percaya kak. Tapi benda tu jadi depan mata aku. Benda tu aku sendiri yang dengar. Bukan orang ketiga, keempat atau ke sepuluh!
            “Habistu, kau okay tak ni?”
            “Entah…” Aku menjawab pendek walaupun nak je aku cakap ‘Aku dah serik kak, aku nak berhenti kerja. Aku nak balik kampung, duduk dengan mak.’
            Tapi tak boleh. Kes berhenti kerja tu kira kes sensitif. Bukan senang nak cari kerja lain. Aku tahu…aku tahu…
            “Kalau dah demam macam tu, kau MC jelah esok.” Kak Qila menyambung.
            “Hmm,” bukan setakat MC kak, aku nak kasi notis 24 jam.
            Handphone terus diletakkan ke bawah bantal setelah talian diputuskan. Aku kembali merebahkan kepala yang dah terasa berdenyut kuat bahana segala benda yang jadi harini ke atas bantal.
            Aku tak kuat nak tempoh hari esok. Sungguh.


AKU BERDIRI PEGUN sambil memandang tajam ke arah kedua-dua manusia yang melutut, meminta ampun. Pedang berkilat yang bercahaya biru muda aku keluarkan dari sisi pinggang.
            Berkali-kali mereka merangkak, mencapai lutut aku, meminta belas kasihan. Kaki kanan terus menendang kedua-duanya jauh ke hadapan Aku ketawa kuat. Puas. PUAS!
            “Wanda!”
            Tak, jangan nak pujuk aku lagi. Hukuman tetap hukuman. Perlahan-lahan aku melibas pedang biru tadi ke kiri dan ke kanan. Tamatlah riwayat korang harini. TAMAT. Aku tak akan izinkan muka korang wujud dalam bumi yang permai ni lagi.
            Tak akan!
            “Wanda!”
            Kening aku terangkat seinci. Kenapa suara salah seorang daripada mereka dan bertukar jadi suara Lili?
            “Wanda, ada orang cari kau.”
            Eh?
            Kedua-dua mata aku terbuka luas. Wajah Miss Fina dan Julia yang melutut meminta belas tadi hilang terus dari pandangan. Perlahan-lahan aku menghadam keadaan yang terlakar pada pandangan mata.
            Aku dekat bilik. Bukan dekat medan tempur.
            …dan pedang bercahaya biru tadi tak wujud pun. Heh.
            “Wanda, ada orang cari ni. Dekat luar.” Sekali lagi Lili mengetuk kuat pintu bilik aku.
            “Ya…” aku melaung malas. Jam di dinding aku pandang sesaat sebelum menjenguk keluar dari tingkap bilik. Siapa pulak yang datang rumah aku waktu-waktu macam ni? Dah dekat 12 tengah malam pun.
            Aku menarik nafas berat setelah melihat kereta yang amat aku kenali. Perlahan-lahan aku mencapai tudung di hujung katil dan terus disarungkan ke kepala. Kaki digagahkan juga untuk keluar ke pintu pagar. Nasib baik set baju tidur aku ni lengan panjang. Tak payah nak kalut-kalut tukar baju.
            “Buat apa dekat sini, baliklah.” aku bersuara tanpa salam (juga tanpa membuka kunci mangga).
            Nick memandang aku tajam. Tanpa suara, dia menyelongkar plastik kecil yang dibimbitnya dari tadi dan mengeluarkan satu kotak kecil (macam Koolfever, tapi jenama lain). “Nah.” Dia mengeluarkan sekeping cooling patch ke arah aku.
            “Buat apa?” aku mengerutkan dahi. Tiba-tiba datang sini hulur benda sejuk ni, ingat aku nak maafkan dia?
            “Kan demam tu. Tampal benda ni. Kasi sejuk sikit.”
            Spontan aku mencebik. Aku demam sebab kau, wahai Nick Dollah. Kalau aku letak benda alah ni dekat dahi pun, entah-entah makin menjadi-jadi panasnya.
            “Kut-kutlah boleh sejukkan sikit hati tu.” dia menyambung lagi, perlahan.
            Aku hanya memandang hulurannya dengan hujung mata. Kedua-dua tangan dilipat ke dada. “Mana tahu saya demam?”
            “Kak Qila.” Dia menjawab pendek. Rasa macam pelik pulak dia panggil Kak Qila ‘kakak’ dengan umur dia yang dah melebihi angka 30 tu. Hey, Kak Qila tu lima tahun muda dari awak, tahu?
            Kak Qila ni pun, tak payahlah nak jadi reporter tak berbayar. Bukannya dia tak tahu tahap geram+kecewa aku pada Nick Dollah ni dah sampai level berapa.
            Aku masih lagi diam memandang Nick yang masih menyua sekeping cooling patch tu kepada aku. “Ambil ni, tampal.”
            Elleh. Dia yang menyebabkan aku jadi macam ni, ada jiwa pulak nak marah-marah beri arahan bagai? Dengan masam muka, aku menyambut juga huluran dari dia.
            “Tampal sekarang.”
            Aku mencebik lebar. Macam tahu-tahu je aku nak lempar benda ni ke dalam tong sampah laju-laju bila dia balik nanti. Heh.
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil mengoyak plastik yang membungkus cooling patch tadi. Tanpa menunggu sesaat pun, aku menampal benda alah tu terus  ke dahi. Tak sejuk pun…
            Pap!
            Dua pasang mata menunduk ke bawah, memandang cooling patch yang terjatuh dari dahi aku.
            Perlahan-lahan aku membongkok, mengutip kepingan itu dari lantai. “Tak lekat pun. Jenama apa awak beli ni?” hiiii dia ni. Tengok. Nak beli benda ni pun tak ikhlas. Entah jenama murah apa yang dia beli. Belilah KOOLFEVER, elok la sikit. Ini tak, nak murah punya pasal, melekat pun tidak.
            Dah tu ada hati nak sejukkan demam aku.
            Ada hati nak sejukkan hati aku. Heh.
            “Bak sini!”
            Eh eh. Dia pulak nak marah aku? Hey, saya ni demam disebabkan awak. Benda ni tak lekat pun sebab awak. Beli sangat benda murah. Kata kaya sangat. Heh.
            Sebelah tangan diluruskan sambil mengangkat kepingan penyejuk itu tinggi, hampir terkena hidung dia yang tak berapa mancung itu. Tahu nak mengarah je. Aku masuk rumah balik, baru tahu.
            “Benda ni, kena buka dulu.” dia kemudiannya mengopek lapisan plastik yang melindungi bahagian lembab cooling patch tadi. “Sini!”
            Dahi aku berkerut sejuta lapis. Sini? Maksud dia?
            Nick menggeleng laju setelah melihat aku yang masih kaku tidak bergerak. Dia melangkah setapak ke hadapan sambil melekatkan cooling patch tadi tepat ke dahi aku.
            Sejuk!
            …dan melekat. (Mana aku tahu ada plastik lain dekat situ).
            “Benda ni pun tak reti pakai?” dia mengangkat kotak baki cooling patch tadi.
            “Manalah saya tahu. tak pernah pakai.” Aku membela diri. Betullah, tak pernah pun aku pakai benda tu sepanjang 25 tahun aku hidup. Waktu kecil-kecil dulu pun mak selalu letak tuala basah je. Dah besar-besar macam ni pun aku masih letak tuala basah.
            “Lain kali, cuba fikir positif sikit.”
            Aku mengangkat muka. Dahi yang terasa sejuk dek cooling patch tadi berkerut nipis. Apa kaitan dengan positif dengan negatif pulak ni?
            “Jangan asyik cari salah orang aje…” dia menyambung lagi.
            Automatik aku mencebik. Aku tak cari salah orang. Orang yang kantoi buat salah depan aku.
            “Wanda, tolong? Dengar cerita saya pulak?” suaranya berubah tenang tiba-tiba sambil memandang tepat ke arah kedua-dua anak mata aku.
            Walaupun hati yang beku hampir cair, walaupun kaki ingin bertahan, namun kepala kuat menghalang. Tak boleh. Aku tak nak terpedaya lagi. Aku tahu aku boleh lupakan segala salah dia dengan sekelip mata.
            Aku tahu aku boleh hilangkan rasa curiga dengan sesaat masa.
            Aku tahu. Sebab hati ni dah ada rasa sayang untuk dia.
            “Awak dah tampal. Awak baliklah.” aku bersuara perlahan.
            “Wanda…”
            “Baliklah. Saya nak masuk tidur.” Kaki kanan mula mengatur langkah ke pintu. Nick masih lagi kaku disitu, tidak bergerak hatta seinci. “Baliklah Nick. Kalau awak fikir benda ni boleh sejukkan hati saya, awak silap. Tak secepat tu.”
            Dia masih lagi disitu. Memandang aku tanpa jemu.
            “Baliklah.” Pintu ditutup rapat. Kemas. Pergilah Nick. Pergilah, jangan cari aku lagi.

           

***
Ni second last dekat blog, tau.. >__< Thanks 

33 comments:

kak na said...

tq illa,cepat jd mss pls

Cik Miza said...

ala kenapa 2nd last post ?? please nak nick clearkan segalanya. nak diorg tunjukkan yg diorg bercinta dpn miss fina n julia tu uwaaa xmo la sekerat je cite ni. pleaseeeeeeee.

Zakiah Halim said...

alahai wanda... dgr la dulu apa nick nak ckp... aduiii.. keras hati jugak minah ni...

Anonymous said...

warrrggghhh... masih tak puas dgn cerita ni, dah nak jadi 2nd last episode.... sob..sob...sob....

Cepat2ler novel ni ada di pasaran.... amin....

Anonymous said...

terubat rindu kat nick dolah^_^
illa, tolong cepat jadi buku...huhu serabut ni tunggu lama2...huwaaaa
publish sekali ngan SPKS plisss....
pasni sambung RYTHM plak yer.hihi^^

anissa said...

Ala...janganlah .....sayang kat nick dollah and wanda senah ni

Plzzz

Plzz

Yazreina said...

Alaaaaa cepatla kluar buku nyerrrrr

zoora said...

aduhai, klakar tul cik senah...siap nak main pancung2 gitu...wakakakakaka...tak pa...biar en dollah keja keras ckit tuk pulihkan keadaan...terbaek

Anonymous said...

apa2 pun please clear the misunderstanding first sebelum habis kat blog..ye dik.

aisyah said...

Alahai..dh mrajuk abis wanda dh...

*2nd last?ala..

Anonymous said...

Alah x puas ar bace...

lee jee joong said...

Ala nape 2nd last?? Nape tak 5 yg last ke?? Hehehe hr2 rindu jenguk blog . Btl2 dah gila kt nick dah ni. Youtube nick gambo nick ades parah

Unknown said...

second last//(cara terkejut tahap cipan)..huhu ingatkan abes di blog..hopefully kuar buku cpt la..

Anonymous said...

Alaaaaaaaaaa

inochi said...

2nd last..ala tensi nye..msti lama nk tgu buku kuar..waaaawaaawaa..

Unknown said...

Apa... 2nd last.... ada bukunya ke akan kuar..l alah byk tak clear lg ni... nick..... wanda....

Unknown said...

Apa... 2nd last.... ada bukunya ke akan kuar..l alah byk tak clear lg ni... nick..... wanda....

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Cerita ni betul2 sedih atau sy yg terlebih emo?? Wanda.. seriusly sedihh.. tapi, tak adil kan kalau nick tak explain perkara sbenar.
Illa, tak kan dah ni 2nd last?? cepatnyee.. :( lepas ni Rindu kat Nick n Wanda..

fara said...

Cpt nye dh nak stop...x puas lg baca. Harap2 cpt dipublish

Unknown said...

Laaa nak stop dah? Huhuhu hiks hiks :'(

R'hanida said...

Uwaaaaaa tragisnya dgr 2nd last kt blog...
Kompem akn merindui nick lps ni....adusssss

Anonymous said...

mne boleh short noice.....huhuhu, atleast 5 lg ok la,,,
at least smpai dorg dah btol2 bertunang ke, huhuhuhu
pleas pleas pleassssssssssssss
*tgh buat muka pling comel ni*

Kak Sue said...

Wanda dengar dulu apa yang Nick nak cakap....
Nick kena bersihkan nama Wanda ditempat kerja dulu... bila Wanda MC Nick ambil lah peluang bersihkan nama Wanda ya...
Bila naik keje Wanda tentu puas hati.....

kak ida said...

hati yg terluka dan rasa dipermainkan oleh jejaka pengarang hati..1st time jatuh hati dan hati dah mula sayang giler..bila mana jejaka itu menyatakan terang terangan mengenai d other side kekurnagan you pada org lain dan boleh pulak menjadi gosip untuk menjatuhkan diri you dimata musuh you ..sudah tentu hati you akan bengkak...apa sebenarnya yg hendak diterangkan oleh Nick..tapi Wanda kendalah berfikir balik..kalau tak ada rasa pada Wanda akan Nick datang utk menjelaskan apa yg terbuku dihati dan cuba clearkan keadaan kan...

Anonymous said...

Tak pe nik dollah Kalau Wanda Jual mahal saya ada he...he

strawberry.chocolate81 said...

tahniah....

Nana Mohd Yasin said...

homai....homai....
makin lama makin menarik
marah2 sayang..
soo sweet....
saya suka saya suka.....

yg x best....
ayat last kat blog
apakah?????

zaharah said...

ala br jatuh cinta ngan nick dollah dah 2nd last ker?? adoiii sob.sob.sob

Yazreina said...

Cik Senah nk jd Jedi Master... Siap lightsaber.. hahahaha tp cool fever pun xpnh pakai... Comel betul!!!

preety sung said...

dah second last ? alaa tak puas lagi . bagi nick clearkan semua . please sis :D

Unknown said...

serius ckp, walaupun gaya tulisan selamba tp kita sedih smpi meleleh air mata bila smpi kat ujung2 tu.. & lg sedih dah nak tmt kat blog... pls publisher, tlg kuarkan cepat2 ye...

jumelia said...

buat sampai bab 30 la...nick mmg kayu bab pujuk2 ni.but i like cara tersendiri nick tu...

Anonymous said...

sy sokong jumelia buatlah smpai bab30 lambatnya nak tggu buku keluar boleh ya illa.....