27
PANJANG.
Hari ni terasa sungguh panjang.
Entah berapa ratus perlian aku dengar. Entah berapa ribu jelingan aku dapat.
Tapi aku cuba kuatkan telinga untuk bertahan. Aku tebalkan juga muka untuk
berhadapan.
Mesej Nick tidak aku endah sejak
pagi tadi (bukan banyak sangat pun dia mesej).
Satu tanya pasal semalam (sekali
lagi), kedua ajak pergi makan (macamlah aku ada selera nak makan lagi selepas
kejadian semalam) dan ketiga, (boleh dia tanya?) ‘Tak ada kredit ke?’. Sikitpun
aku tak ada rasa nak membalas ketiga-tiganya. Dan akhirnya, Nick juga diam.
“Diorang tu ada penyakit ke apa?
Mulut potpet-potpet tak berhenti…”
Aku mengeluh perlahan. Mata
perlahan-lahan dialihkan dari skrin komputer ke arah Raey. “Naturally born.” Mata beralih pula pada
Julia di mejanya. “Tak boleh nak buat apa dah.”
“Wanda…kau tak nak jumpa Nick?”
Laju kepala aku berpaling menghadap
wajah Raey. Dia nak suruh aku jumpa Nick? Dia sendiri dengar apa yang Nick
cakap semalam. Dia sendiri tengok macam mana aku dimalukan hidup-hidup depan
Tan Sri Aminudin, Julia dan Miss Fina (Fahim pun).
“Maksud aku, kau tanyalah dia
betul-betul apa sebenarnya niat dia cakap macam tu. Kan?” perlahan suara Raey
memujuk.
Sungguhlah Raey, takkan sikit pun
kau tak rasa hancurnya jiwa aku bila dengar Nick cakap macam tu semalam?
“Wanda…?”
“Kau nak aku duduk, enjoy the show dan Nick bangun kenalkan
aku depan Tan Sri, inilah dia, Wanda The
Loser? Macam tu?” suara aku sedikit meninggi, Menahan hati.
“Aku tak rasa dia kejam sangat...”
Raey menarik nafas dalam-dalam. Dia meletakkan pen hitam yang dipegangnya dari
tadi ke atas meja dan memandang aku lama. “Kalau tak, dia takkan tolong kau deal dengan Dato’ Mohsin dulu.”
“Dia jugak yang untung bila syarikat
ni untung. Bukan pasal aku pun.” Aku memotong.
“Kan dia pernah datang sini, ajak
kau makan. Tak pernah dia buat dekat siapa-siapa pun sebelum ni, Wanda.”
Automatik mulut aku mencebik lebar.
“Kau pun dengar, kan? Dia dah bosan dengan segala jenis model dalam Malaysia ni,
dia nak cuba macam mana keluar dengan orang biasa macam aku ni pulak. Experiment. Kau tahu? Experiment!”
Aku mendengar Raey mengeluh kuat.
Dia dah hilang idea agaknya macam mana lagi nak pujuk aku. akhirnya dia hanya
mampu menggeleng perlahan sambil menyambung kerja yang tertangguh tadi.
Jam sudahpun melangkaui angka lima
petang. Masing-masing mula mengangkat kaki dari meja. Raey turut sama berkemas,
bersedia untuk balik. Aku masih lagi memaku punggung di atas kerusi. Kalau aku
balik sekarang, mesti ramai manusia dekat bawah tu. Confirm aku akan bertembung dengan ramai orang. Tak boleh.
Aku tak boleh balik sekarang…
“Aku balik dulu,” Raey menegur
perlahan sebelum menyangkut handbag ke
bahu kiri. Aku mengangguk tanpa memandang. Nafas dihela kuat setelah langkah
Raey melepasi pintu kaca.
Perfect,
Wanda. Sekarang kau tak boleh pun nak jumpa orang.
Lebih-lebih lagi orang ni…
Jantung hampir terjatuh ke lantai
bila retina mata menangkap susuk tubuh yang bersandar dengan berpeluk tubuh di
sebelah pintu kaca. Matanya tajam memandang wajah aku yang masih tidak bergerak
dari meja. Nick!
Dah terlambat, Nick. Kalaulah awak
muncul pagi tadi, mungkin semua benda ni akan berhenti…berakhir…mungkin.
“TELL ME, WHY?”
Aku diam. Memberi ruang untuk
menenangkan hati sendiri. Kalau nak dikira dengan kudrat hati aku sekarang, nak
aje aku menangis teresak-esak sambil mengetuk kepala dia laju-laju dengan kasut
aku. Biar dia rasa sakit hati aku. Biar dia rasa peritnya kena perli dengan
budak-budak dekat pejabat tu.
“Wanda…?”
“Jangan buat suara macam tu, nanti
saya percaya dekat awak lagi.” aku memotong laju.
Wajah Nick berubah tiba-tiba. Aku boleh nampak tanda soalan yang
berlegar-legar dekat kepala dia. Jelas.
“Kenapa ni?” ulang dia lagi. Soalan
yang sama, bahasa yang berbeza. Orang memang selalu macam tu. Baling batu,
sembunyi tangan. Dah menipu, buat-buat lupa. The Great Nick Rayyan pun tak ketinggalan.
“Sudahlah, saya dah dengar semuanya
semalam.” aku memalingkan muka dari wajahnya. “Puas hati dah? Nak kenal dengan orang
biasa-biasa?”
“Dengar apa ni?” dahi dia berkerut
lebat. Mata sepetnya masih lagi tidak beralih dari wajah aku.
Aku mengeluh kuat tanpa sedar.
Tangan kanan mula menekan tetikus tanpa tujuan. Wajah Nick dihadapan dipandang
dengan hujung mata. “Semalam, dekat lobi…”
“So,
awak turun?” dia bersandar ke belakang
sambil melipat kedua-dua tangannya ke dada.
“Ya, saya turun? Kenapa? Takut
rahsia awak selama ni terbongkar? Stop it
la Nick. Awak dah try orang loser macam saya, kan? Now, go. Cari another model.” Aku menarik nafas dalam. “Jangan buang masa saya.”
Aku menyambung perlahan. sungguh. Hati sendiri pun terasa sakit bila ayat
terakhir tu keluar dari mulut.
“Awak cakap apa ni? Rahsia apa?”
Aku mengeluh kuat sambil memandang
wajah dia di hadapan. Honestly, Nick!
awak masih lagi nak menipu?!
Komputer terus aku letakkan ke dalam
mode Shut Down. Tak terasa nak
dibiarkan Sleep. Handbag di dalam
laci aku capai sambil mengemas meja ala kadar. “Awak dah malukan saya. Depan
semua orang.” Aku berkata perlahan. tipulah kalau aku tak terasa pedih dengan
setiap perlian diorang tadi. Bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa bila dijeling
sepanjang masa hari ni.
Tangan
masih menyusun beberapa kertas yang berselerakan di atas meja. “Puas hati?” aku
memandang dia sesaat sebelum meletakkan helaian terakhir di atas rak yang
bertulis ‘Out’.
“Awak dah salah faham ni…”
Aku berdiri, menghadap dia yang
masih lagi duduk di atas kerusi Raey, memandang aku. “No, I don’t think so.”
“Kalau betul awak dengar semuanya,
awak takkan buat perangai macam ni.” Nick turut sama bangun, mengekori langkah
aku keluar dari pejabat.
“Buat perangai macam mana!?” suara
aku meninggi tanpa sedar. Perlahan-lahan aku menarik nafas, mengambil oksigen.
Oksigen. Aku perlukan oksigen. Karang aku mula bercakap pakai tangan, lain
pulak cerita dia. Awak tahu tak Nick, sebab awaklah saya kena hina sepanjang
hari? Sebab awaklah saya jadi manusia paling bodoh dalam syarikat ni…
“Look,”
Nick bersuara tenang. Anak matanya mencari mata aku yang dah mula berkaca.
“Cuba cerita satu persatu. Saya tak faham.”
“Dahlah Nick, awak dah hina saya
depan tan sri. Awak dah malukan saya depan semua orang. Awak dah buka semua
rahsia saya…” aku terhenti sesaat. Laju aku berpaling ke arah pintu lif sebelum
empangan air mata pecah. Butang ‘Turun’ aku tekan sekali. Dada mula berombak
kuat. Geram dan sedih mula bersatu.
“Saya hina awak?” nada suaranya
seaakan-akan terkejut. Terkejutlah tu aku dapat tahu. terkejut lah tu bila aku
dah dengar semua. Heh.
“Wanda, if you STAY a little longer…” Nick mengeluh perlahan.
“Untuk apa?” sekali lagi nada suara
aku meninggi. “Cukuplah Nick. Saya dah cukup terhina dengan kata-kata awak
semalam.”
“Wanda…dengar ni,”
“No, awak yang dengar saya.” Aku
memotong laju. “Perempuan yang serang saya dulu, sepupu awak kan?”
Nick terdiam tiba-tiba. Air wajahnya
yang keruh tadi bertambah kerutan.
“Perempuan tu, Safiyya, kan?” soal
aku lagi. Nick masih lagi kelu memandang wajah aku. Kan. Dah terbukti dia tipu
aku. Dah terbukti kenapa dia tiba-tiba baik dengan aku. Dah terbukti kenapa dia
selalu muncul depan aku.
“Betul, kan?” aku memberanikan diri
merenung anak mata dia. Busted! “Saya
nak balik.”
“Wanda...” Nick terhenti sesaat
setelah pintu lif terbuka luas tiba-tiba.
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum melangkah masuk ke dalam perut lif. Nick masih lagi disitu. Memandang
aku. “Saya sayang nyawa saya. Baik awak jaga tunang awak tu betul-betul. Jangan
risau, dia takkan jumpa saya lagi lepas ni.” habis perkataan terakhir, aku
terus menekan butang ‘Tutup’.
Betul, dia takkan jumpa aku lagi.
Nick pun. Semua orang pun. Aku nak berhenti kerja!
SELESAI
SOLAT MAGHRIB, aku terus melemparkan tubuh ke atas katil. Penat! Penat telinga,
penat kepala dan penat hati (ada ke?). Balik dari kerja tadi, aku terus
menguncikan diri di dalam bilik. Lili dan Hani pun tak berani nak ketuk pintu.
Aku tahu diorang bersabar. Aku tahu
diorang nak sangat tahu apa yang jadi. Tapi, percayalah. Semua tu pahit untuk
aku buka. Semuanya kelat untuk aku cerita.
Aku meletakkan belakang tangan ke
dahi. Panas!
Bila masa pulak antibodi kau jadi
selembik agar-agar ni Wanda? Ada masalah kecil pun nak demam bagai (bukan
masalah kecil. BESAR). Aku mengeluh lagi. ya, aku tahu tak elok mengeluh, tapi…
Bunyi getaran dari bawah bantal
mengejutkan jantung yang baru sahaja ingin tenang melelapkan mata.
Kak Qila.
“Kau ni kenapa, susah sangat nak call sekarang.” suaranya terus menyapa
telinga setelah talian bersambung.
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum menjawab, “Kenapa kak?”
“Suara kau kenapa?”
“Entah. Demam kot. Kenapa kak?”
“Tak adalah. Aku nak kau temankan
aku pergi jumpa Nick nanti.”
Kening aku terangkat tinggi. Serta
merta aku terduduk di atas katil bercadar merah hati tu. “Kenapa?”
“Minggu depan aku dah mula kerja
dengan dialah.”
Oooo… “Malaslah. Kau pergi
soranglah.”
Kak Qila terdiam sesaat. “Kau dah
kenapa?”
“Aku dah tak ada apa-apa dengan dia.
Kau pergi jumpa dia soranglah nanti kak. Aku tak nak.”
“Kejap-kejap.” Aku boleh dengar Kak
Qila menarik nafas kuat dari hujung talian. “Apa dah jadi ni?”
Aku terdiam lama. Menarik nafas,
mencari kekuatan. Silap gaya aku boleh teresak-esak depan Kak Qila.
“Wan? Kenapa?” suara Kak Qila
berubah rupa. Kalau tadi suaranya seperti kawan-kawan, sekarang dah berubah
masuk mode adik-kakak.
Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum membuka mulut. “Semalam…” segala cerita tentang semalam, pagi tadi,
petang tadi, tentang Miss Fina, Julia, dan juga perempuan yang serang aku dulu
terkeluar dari mulut. Kak Qila hanya diam mendengar (kena marah sesaat bila aku
cerita pasal perempuan yang serang aku tu.
Kak Qila tanya kenapa lambat bagitahu).
“Kau biar betul Wan?”
Tengok. Tengok. Aku dah cerita
semua, tak percaya pulak. “Betullah kak.”
Aku mendengar Kak Qila menghela
nafas berat. “Aku tak percaya Nick macam tu…”
Aku pun tak percaya kak. Tapi benda
tu jadi depan mata aku. Benda tu aku sendiri yang dengar. Bukan orang ketiga,
keempat atau ke sepuluh!
“Habistu, kau okay tak ni?”
“Entah…” Aku menjawab pendek
walaupun nak je aku cakap ‘Aku dah serik kak, aku nak berhenti kerja. Aku nak
balik kampung, duduk dengan mak.’
Tapi tak boleh. Kes berhenti kerja
tu kira kes sensitif. Bukan senang nak cari kerja lain. Aku tahu…aku tahu…
“Kalau dah demam macam tu, kau MC
jelah esok.” Kak Qila menyambung.
“Hmm,” bukan setakat MC kak, aku nak
kasi notis 24 jam.
Handphone
terus diletakkan ke bawah bantal setelah talian diputuskan. Aku kembali
merebahkan kepala yang dah terasa berdenyut kuat bahana segala benda yang jadi
harini ke atas bantal.
Aku tak kuat nak tempoh hari esok.
Sungguh.
AKU
BERDIRI PEGUN sambil memandang tajam ke arah kedua-dua manusia yang melutut,
meminta ampun. Pedang berkilat yang bercahaya biru muda aku keluarkan dari sisi
pinggang.
Berkali-kali mereka merangkak,
mencapai lutut aku, meminta belas kasihan. Kaki kanan terus menendang
kedua-duanya jauh ke hadapan Aku ketawa kuat. Puas. PUAS!
“Wanda!”
Tak, jangan nak pujuk aku lagi. Hukuman
tetap hukuman. Perlahan-lahan aku melibas pedang biru tadi ke kiri dan ke
kanan. Tamatlah riwayat korang harini. TAMAT. Aku tak akan izinkan muka korang
wujud dalam bumi yang permai ni lagi.
Tak akan!
“Wanda!”
Kening aku terangkat seinci. Kenapa
suara salah seorang daripada mereka dan bertukar jadi suara Lili?
“Wanda, ada orang cari kau.”
Eh?
Kedua-dua mata aku terbuka luas.
Wajah Miss Fina dan Julia yang melutut meminta belas tadi hilang terus dari
pandangan. Perlahan-lahan aku menghadam keadaan yang terlakar pada pandangan
mata.
Aku dekat bilik. Bukan dekat medan
tempur.
…dan pedang bercahaya biru tadi tak
wujud pun. Heh.
“Wanda, ada orang cari ni. Dekat
luar.” Sekali lagi Lili mengetuk kuat pintu bilik aku.
“Ya…” aku melaung malas. Jam di
dinding aku pandang sesaat sebelum menjenguk keluar dari tingkap bilik. Siapa
pulak yang datang rumah aku waktu-waktu macam ni? Dah dekat 12 tengah malam
pun.
Aku menarik nafas berat setelah
melihat kereta yang amat aku kenali. Perlahan-lahan aku mencapai tudung di
hujung katil dan terus disarungkan ke kepala. Kaki digagahkan juga untuk keluar
ke pintu pagar. Nasib baik set baju tidur aku ni lengan panjang. Tak payah nak
kalut-kalut tukar baju.
“Buat apa dekat sini, baliklah.” aku
bersuara tanpa salam (juga tanpa membuka kunci mangga).
Nick memandang aku tajam. Tanpa
suara, dia menyelongkar plastik kecil yang dibimbitnya dari tadi dan
mengeluarkan satu kotak kecil (macam Koolfever,
tapi jenama lain). “Nah.” Dia mengeluarkan sekeping cooling patch ke arah aku.
“Buat apa?” aku mengerutkan dahi.
Tiba-tiba datang sini hulur benda sejuk ni, ingat aku nak maafkan dia?
“Kan demam tu. Tampal benda ni. Kasi
sejuk sikit.”
Spontan aku mencebik. Aku demam sebab
kau, wahai Nick Dollah. Kalau aku letak benda alah ni dekat dahi pun,
entah-entah makin menjadi-jadi panasnya.
“Kut-kutlah boleh sejukkan sikit
hati tu.” dia menyambung lagi, perlahan.
Aku hanya memandang hulurannya dengan
hujung mata. Kedua-dua tangan dilipat ke dada. “Mana tahu saya demam?”
“Kak Qila.” Dia menjawab pendek. Rasa
macam pelik pulak dia panggil Kak Qila ‘kakak’ dengan umur dia yang dah
melebihi angka 30 tu. Hey, Kak Qila tu lima tahun muda dari awak, tahu?
Kak Qila ni pun, tak payahlah nak
jadi reporter tak berbayar. Bukannya
dia tak tahu tahap geram+kecewa aku pada Nick Dollah ni dah sampai level
berapa.
Aku masih lagi diam memandang Nick
yang masih menyua sekeping cooling patch
tu kepada aku. “Ambil ni, tampal.”
Elleh. Dia yang menyebabkan aku jadi
macam ni, ada jiwa pulak nak marah-marah beri arahan bagai? Dengan masam muka,
aku menyambut juga huluran dari dia.
“Tampal sekarang.”
Aku mencebik lebar. Macam tahu-tahu
je aku nak lempar benda ni ke dalam tong sampah laju-laju bila dia balik nanti.
Heh.
Aku menarik nafas dalam-dalam sambil
mengoyak plastik yang membungkus cooling patch
tadi. Tanpa menunggu sesaat pun, aku menampal benda alah tu terus ke dahi. Tak sejuk pun…
Pap!
Dua pasang mata menunduk ke bawah,
memandang cooling patch yang terjatuh
dari dahi aku.
Perlahan-lahan aku membongkok,
mengutip kepingan itu dari lantai. “Tak lekat pun. Jenama apa awak beli ni?” hiiii
dia ni. Tengok. Nak beli benda ni pun tak ikhlas. Entah jenama murah apa yang
dia beli. Belilah KOOLFEVER, elok la sikit. Ini tak, nak murah punya pasal,
melekat pun tidak.
Dah tu ada hati nak sejukkan demam
aku.
Ada hati nak sejukkan hati aku. Heh.
“Bak sini!”
Eh eh. Dia pulak nak marah aku? Hey,
saya ni demam disebabkan awak. Benda ni tak lekat pun sebab awak. Beli sangat
benda murah. Kata kaya sangat. Heh.
Sebelah tangan diluruskan sambil
mengangkat kepingan penyejuk itu tinggi, hampir terkena hidung dia yang tak
berapa mancung itu. Tahu nak mengarah je. Aku masuk rumah balik, baru tahu.
“Benda ni, kena buka dulu.” dia kemudiannya
mengopek lapisan plastik yang melindungi bahagian lembab cooling patch tadi. “Sini!”
Dahi aku berkerut sejuta lapis.
Sini? Maksud dia?
Nick menggeleng laju setelah melihat
aku yang masih kaku tidak bergerak. Dia melangkah setapak ke hadapan sambil
melekatkan cooling patch tadi tepat
ke dahi aku.
Sejuk!
…dan melekat. (Mana aku tahu ada
plastik lain dekat situ).
“Benda ni pun tak reti pakai?” dia
mengangkat kotak baki cooling patch
tadi.
“Manalah saya tahu. tak pernah
pakai.” Aku membela diri. Betullah, tak pernah pun aku pakai benda tu sepanjang
25 tahun aku hidup. Waktu kecil-kecil dulu pun mak selalu letak tuala basah je.
Dah besar-besar macam ni pun aku masih letak tuala basah.
“Lain kali, cuba fikir positif
sikit.”
Aku mengangkat muka. Dahi yang
terasa sejuk dek cooling patch tadi
berkerut nipis. Apa kaitan dengan positif dengan negatif pulak ni?
“Jangan asyik cari salah orang aje…”
dia menyambung lagi.
Automatik aku mencebik. Aku tak cari
salah orang. Orang yang kantoi buat salah depan aku.
“Wanda, tolong? Dengar cerita saya
pulak?” suaranya berubah tenang tiba-tiba sambil memandang tepat ke arah
kedua-dua anak mata aku.
Walaupun hati yang beku hampir cair,
walaupun kaki ingin bertahan, namun kepala kuat menghalang. Tak boleh. Aku tak
nak terpedaya lagi. Aku tahu aku boleh lupakan segala salah dia dengan sekelip
mata.
Aku tahu aku boleh hilangkan rasa
curiga dengan sesaat masa.
Aku tahu. Sebab hati ni dah ada rasa
sayang untuk dia.
“Awak dah tampal. Awak baliklah.”
aku bersuara perlahan.
“Wanda…”
“Baliklah. Saya nak masuk tidur.”
Kaki kanan mula mengatur langkah ke pintu. Nick masih lagi kaku disitu, tidak
bergerak hatta seinci. “Baliklah Nick. Kalau awak fikir benda ni boleh sejukkan
hati saya, awak silap. Tak secepat tu.”
Dia masih lagi disitu. Memandang aku
tanpa jemu.
“Baliklah.” Pintu ditutup rapat.
Kemas. Pergilah Nick. Pergilah, jangan cari aku lagi.
***
Ni second last dekat blog, tau.. >__< Thanks
33 comments:
tq illa,cepat jd mss pls
ala kenapa 2nd last post ?? please nak nick clearkan segalanya. nak diorg tunjukkan yg diorg bercinta dpn miss fina n julia tu uwaaa xmo la sekerat je cite ni. pleaseeeeeeee.
alahai wanda... dgr la dulu apa nick nak ckp... aduiii.. keras hati jugak minah ni...
warrrggghhh... masih tak puas dgn cerita ni, dah nak jadi 2nd last episode.... sob..sob...sob....
Cepat2ler novel ni ada di pasaran.... amin....
terubat rindu kat nick dolah^_^
illa, tolong cepat jadi buku...huhu serabut ni tunggu lama2...huwaaaa
publish sekali ngan SPKS plisss....
pasni sambung RYTHM plak yer.hihi^^
Ala...janganlah .....sayang kat nick dollah and wanda senah ni
Plzzz
Plzz
Alaaaaa cepatla kluar buku nyerrrrr
aduhai, klakar tul cik senah...siap nak main pancung2 gitu...wakakakakaka...tak pa...biar en dollah keja keras ckit tuk pulihkan keadaan...terbaek
apa2 pun please clear the misunderstanding first sebelum habis kat blog..ye dik.
Alahai..dh mrajuk abis wanda dh...
*2nd last?ala..
Alah x puas ar bace...
Ala nape 2nd last?? Nape tak 5 yg last ke?? Hehehe hr2 rindu jenguk blog . Btl2 dah gila kt nick dah ni. Youtube nick gambo nick ades parah
second last//(cara terkejut tahap cipan)..huhu ingatkan abes di blog..hopefully kuar buku cpt la..
Alaaaaaaaaaa
2nd last..ala tensi nye..msti lama nk tgu buku kuar..waaaawaaawaa..
Apa... 2nd last.... ada bukunya ke akan kuar..l alah byk tak clear lg ni... nick..... wanda....
Apa... 2nd last.... ada bukunya ke akan kuar..l alah byk tak clear lg ni... nick..... wanda....
Cerita ni betul2 sedih atau sy yg terlebih emo?? Wanda.. seriusly sedihh.. tapi, tak adil kan kalau nick tak explain perkara sbenar.
Illa, tak kan dah ni 2nd last?? cepatnyee.. :( lepas ni Rindu kat Nick n Wanda..
Cpt nye dh nak stop...x puas lg baca. Harap2 cpt dipublish
Laaa nak stop dah? Huhuhu hiks hiks :'(
Uwaaaaaa tragisnya dgr 2nd last kt blog...
Kompem akn merindui nick lps ni....adusssss
mne boleh short noice.....huhuhu, atleast 5 lg ok la,,,
at least smpai dorg dah btol2 bertunang ke, huhuhuhu
pleas pleas pleassssssssssssss
*tgh buat muka pling comel ni*
Wanda dengar dulu apa yang Nick nak cakap....
Nick kena bersihkan nama Wanda ditempat kerja dulu... bila Wanda MC Nick ambil lah peluang bersihkan nama Wanda ya...
Bila naik keje Wanda tentu puas hati.....
hati yg terluka dan rasa dipermainkan oleh jejaka pengarang hati..1st time jatuh hati dan hati dah mula sayang giler..bila mana jejaka itu menyatakan terang terangan mengenai d other side kekurnagan you pada org lain dan boleh pulak menjadi gosip untuk menjatuhkan diri you dimata musuh you ..sudah tentu hati you akan bengkak...apa sebenarnya yg hendak diterangkan oleh Nick..tapi Wanda kendalah berfikir balik..kalau tak ada rasa pada Wanda akan Nick datang utk menjelaskan apa yg terbuku dihati dan cuba clearkan keadaan kan...
Tak pe nik dollah Kalau Wanda Jual mahal saya ada he...he
tahniah....
homai....homai....
makin lama makin menarik
marah2 sayang..
soo sweet....
saya suka saya suka.....
yg x best....
ayat last kat blog
apakah?????
ala br jatuh cinta ngan nick dollah dah 2nd last ker?? adoiii sob.sob.sob
Cik Senah nk jd Jedi Master... Siap lightsaber.. hahahaha tp cool fever pun xpnh pakai... Comel betul!!!
dah second last ? alaa tak puas lagi . bagi nick clearkan semua . please sis :D
serius ckp, walaupun gaya tulisan selamba tp kita sedih smpi meleleh air mata bila smpi kat ujung2 tu.. & lg sedih dah nak tmt kat blog... pls publisher, tlg kuarkan cepat2 ye...
buat sampai bab 30 la...nick mmg kayu bab pujuk2 ni.but i like cara tersendiri nick tu...
sy sokong jumelia buatlah smpai bab30 lambatnya nak tggu buku keluar boleh ya illa.....
Post a Comment