Wednesday 29 May 2013

Dalam Hati Ada Dia [Bab 26]

26


AKU DAH BELAJAR satu benda.
            Bukan satu, banyak.
            Salah satunya, sesuatu yang tak pasti jangan nak kecoh-kecoh syok sendiri. Macam apa yang dah selalu dengar sebelum ni, kita manusia biasa ni hanya mampu merancang. ALLAH yang tentukan segala-galanya.
            Dah takdirnya aku malu sendiri waktu nak berlagak depan Miss Fina dan Julia (walaupun dari kecil dah diingatkan, kerja berlagak, riak tu tak elok, buat jugak).
            Dah jadi takdirnya aku terdengar perbualan Nick dengan Ayah Amin dia.
            …dan dah jadi takdirnya aku tahu semuanya. Ya, aku tak layak pun untuk semua benda yang aku angankan selama ni.
            Keduanya, kalau isi minyak motosikal seringgit, jangan berangan nak pergi angkasa lepas. Aku siapa, Nick siapa. Kesimpulannya, macamtulah.
Jangan berangan.
            Ketiganya, riak, berlagak tu memang tak patut. Aku dah sah-sah tahu Julia, Miss Fina tu spesis macam tu, yang aku nak masuk kelab diorang kenapa?
            Sekali kena setempek dekat muka macam tadi, dah padan dengan muka sendiri. Ya, padan…
            Sekali lagi aku mengeluh (masuk ni rasanya dah sepuluh juta kali dah aku mengeluh).
            Tapi still, Nick tak patut buat aku macam ni…bukan Nick aje. Sesiapa pun tak patut buat orang lain macam ni. Buat baik dekat depan. Cakap macam-macam dekat belakang. Itu dah kira menjatuhkan air muka aku. Aku tak kisahlah serapat mana pun dia dengan Ayah Amin dia tu. Tapi tak payahlah nak cerita segala sisi gelap aku.
            Itu rahsia aku. Itu perkara yang aku sendiri perlu usahakan.
…dan, it was supposed to be a secret!
            Akhirnya aku mengeluh lagi. Entah berapa lama aku berada di dalam tren, sikitpun aku tak ambil tahu. Perlahan-lahan aku membuang pandang ke luar, menembusi tingkap kaca. Rintik-rintik hujan mula menempuh tingkap, menimbulkan titisan-titisan halus dari luar.
            Gerimis.
            Sejujurnya aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang. Geram, kecewa, sakit jiwa bercampur gaul dengan rasa sayang. Ingat senang ke nak benci orang yang dah aku copkan rasa sayang dalam hati? Ingat senang ke aku nak cantas bunga-bunga yang dah mekar dalam jiwa?
            Ingat senang ke nak slowkan irama kompang yang berlagu setiap kali aku jumpa dia?
            Susah.
            Walaupun hati terasa dipijak lumat sewaktu mendengar kata-kata Nick tadi, tapi hati ni susah sangat nak letak perisa benci. Kenapa dalam hati aku ada dia?
           
‘Stesen berikutnya, Tiroi…’

            Aku tersedar sesaat bila mendengar pengunguman dari speaker. TIROI? Negeri Sembilan? Dah berapa lama aku duduk dalam ni? Homai! Aku dah lambat nak masuk ofis! Aku dah terlebih waktu lunch!
           
‘No one la Ayah Amin, perempuan biasa je…’

            Mata terasa panas tiba-tiba. Kata-kata Nick tadi menerawang masuk ke kotak ingata. Suaranya berlari-lari di telinga seperti lagu tanpa irama yang diulang-ulang lirik yang sama.
Kalau aku tak nak balik ofis, boleh?


 “LAMBATNYA KAU BALIK! Dating eh?”
Muka Lili tejengul di muka pintu sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku memandang wajahnya yang dihiasi dengan mekap nipis itu lama.
“Nak keluar?” soal aku setelah menjeling jam dinding yang menunjukkan angka 10 malam. Lili mengangguk laju dengan senyuman.
“Kau dating dekat mana ni? Pandai lewat balik sekarang…” Lili senyum lebar. Sebelah tangannya membetulkan letak tudung yang sedikit senget.
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menggeleng perlahan, menjawab soalan Lili. Tak boleh nak salahkan Lili jugak. Dia tak tahu.
 “Wanda, aku nak mintak tangguh bayar duit kau, boleh?”
“Huh?”
“Duit yang aku pinjam dulu.”
Oh. Ya. Lili ada pinjam duit aku dulu…lupa. “Okay.” Walaupun aku sendiri sempit, tapi takkanlah aku nak paksa Lili bayar jugak.
            “Hey, kenapa ni?”
            Sekali lagi aku menggeleng. “Kau keluarlah dulu.”
            “Oh no…jangan cakap yang…” Baru aje Lili hendak menyambung, sebuah kereta MyVi berhenti tepat dihadapan pintu pagar. Lili menarik nafas perlahan sebelum memandang aku lama. “Wanda, sorry. Aku keluar dulu, ya? Balik nanti kita cerita.”
            Aku hanya mampu mengangguk. Lili sempat menggenggam tangan aku erat beberapa saat sebelum melangkah keluar mendapatkan temannya yang menunggu, budak yang pakai jam oren tu.
            Aku menutup pintu rapat dan terus ke bilik. Hani dah pergi kerja rasanya, kereta dia pun dah tak ada dekat luar tu. Kosong. Isi rumah yang terasa kosong sekosong hati aku sekarang. Sampai sahaja di bilik, aku terus melempar handbag ke atas katil dan mencapai tuala terus ke bilik air.
            Lili tak ada, Hani pun tak ada. Aku nak menangis kuat-kuat, boleh?


BERKALI-KALI AKU pandang cermin di meja solek. Padan muka, mata dah sembab. Kalau diikutkan sejarah, esok pun tak akan hilang sembab mata aku ni (tak tahu kenapa susah sangat nak hilang. Itulah salah satu sebab kenapa aku tak suka menangis. Tak suka).
Dengan tuala yang basah di atas kepala, aku membawa kaki ke dapur, membuka pintu peti ais. Again. Aku tak tahu dah berapa kali aku melenguhkan tangan sendiri malam ni buka dan tutup peti ais satu pintu tu. Bosan, lapar. Tak pernah aku rasa waktu malam berlalu sangat panjang macam malam ni. Tak pernah.
            Setiap pelusuk peti ais aku sapu dengan pandangan mata. Tetap benda yang sama. Tetap barang yang sama yang aku lihat dua minit yang lalu. Lima mimit lalu, mahupun setengah jam yang lalu.
            Aku tahu tu.
            Aku tahu peti tu tak akan keluarkan satu set kek aiskrim Baskin Robin yang bertulis Chill Up, Wanda!
            Tak akan.
            Aku mengeluh lagi. kaki dibawa pula ke dalam bilik. Perlahan-lahan aku menekan butang on handphone. Walaupun hati masih lagi tak bersedia. Walaupun jiwa terasa tak nak baca segala benda yang akan terpapar dekat skrin nanti.
            Satu dari Raey.

‘Kau dekat mana? Taknak masuk ofis?’
           
            Aku lupa nak mesej Raey, ataupun Munie, ataupun Encik Razni yang aku tak masuk balik lepas lunch tadi. aku dah buat syarikat tu macam aku punya keturunan punya. Haih.
            Sekali lagi bunyi beep kedengaran. Nick.

‘Wanda, where are you? Kenapa tak turun tadi?’

            Oh perfect. Dia tak tahu pun yang aku turun. Dia tak tahu pun yang aku dengar segala benda yang dia cakap siang tadi. Eloklah tu, boleh dia berlakon lagi depan aku nanti, kan?
            Jari terus berlari-lari di dada skrin. Beberapa dari Kak Qila juga.

‘Mana kau? Aku call tak dapat?’

‘Wan, apahal tiba-tiba tak boleh dihubungi ni?’

            …dan beberapa mesej dari Celcom. Missed callsvoice mails… ecetra… ecetra…
            Dah, aku taknak dengar apa-apa dah. Nick sendiri pun tak tahu apa salah dia. elok sangatlah tu.
            Tidur Wanda, tidur. Dengan harapan semua benda yang jadi hari ini sebenarnya mimpi je. Mimpi. Dan aku boleh senyum macam biasa waktu melangkah masuk ke dalam pejabat esok sambil menjerit dekat Raey, ‘Aku dapat mimpi ngeri semalam.’
            Harapnyalah.


AKU BANGUN KEESOKAN harinya dengan perasaan berbaur. Bau nescafe yang menusuk hidung membuatkan hati aku berdebar lama. Lili. Lili memang suka buat nescafe, tapi…kenapa pagi ni? Sekali lagi aku terasa bagai anak kecil yang malas nak ke sekolah. Walaupun setelah dipaksa oleh mak. Walaupun dah disogok dengan coklat.
            Malas.
            Aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang (aku yakin Julia dan buat keja dia, internet bergerak) dekat sana.
            Aku bangun dari katil dan terus melangkah ke dapur. Tangan kanan automatik menarik pintu peti ais keluar dari tempatnya.
            “Eh, tak bersiap lagi?”
            Aku menoleh ke belakang sambil menutup kembali pintu peti ais (ya, masih tak ada kek Baskin Robin)
            Lili memandang aku lama. “Tak kerja ke?”
            Aku memandang jam di dinding sesaat. Pukul 6.30 pagi. kalau nak diikutkan, memang awal lagi, tapi memang aku selalunya dah mula bersiap waktu ni. Aku mengangkat bahu, menjawb soalan Lili. Sungguh, aku sendiri pun tak tahu. nak pergi ke, tidak.
            Lili mengeluh perlahan. “Tak nak cerita?”
            Dia membawa kaki kembali ke dalam bilik. Duduk. Lili menurut dari belakang. Bunyi pintu dibuka dari luar membantutkan permulaan cerita aku. Hani masuk dengan membimbit beberapa beg kertas bersamanya. Awal pulak dia balik dari kerja.
            “Eh? Tak kerja ke?” Hani pun dah tanya soalan sama. Cliché.
            Lili memandang Hani sesaat sebelum kembali menatap wajah aku yang dah tak ada rupa asal aku dah (sembab+baru bangun+hilang nikmat senyum).
“Wanda, ceritalah dekat kitaorang. Kau buat muka macam ni dari semalam sebab bos kau tu, kan?” Lili membuat serkap jarang. Hani yang baru sahaja meletakkan segala jadah benda yang dia bawa balik tadi kembali ke bilik aku. mengambil tempat disebelah Lili.
“Kau menangis?”
Janganlah tanya soalan tu…aku dah rasa nak menangis lagi ni…
“Wanda…?”
            “Aku nak berhenti kerja boleh tak?”
            Mata Lili dan Hani bulat memandang wajah aku, tak percaya. Bukannya diorang tak tahu yang aku sayang sangat dengan kerja aku tu (walaupun kerja macam kuli). Ingat senang ke nak cari kerja lain sekarang ni?
            Aku tahu diorang terkejut. Sebab waktu aku dah kena teruk dengan Miss Fina dulu pun, aku masih bertahan lagi. Waktu aku komplen pasal kerja awal-awal dulu pun, aku gagahkan hati jugak untuk bertahan. Bukannya aku tak tahu nasib Kak Qila dulu selepas dia berhenti kerja. Payah sungguh nak dapat kerja baru. Siksa sungguh nak hadap apa kata orang kampung. Tapi sekarang ni…aku tak mampu dah…
            “Kenapa ni?”
            Aku menarik nafas panjang sebelum memandang wajah Lili dan Hani di hadapan. Segala cerita yang berlaku sepanjang minggu ni, aku luahkan. Semua. Sehinggalah kejadian semalam.
            “Look, Wanda,” Hani bersuara setelah suasana di bilik aku sunyi lama (lepas habis cerita aku tadi). “Aku rasa kau tak boleh berterus-terusan sembunyi macam ni,”
            Aku mengangkat muka, memandang wajah Hani yang tenang. Jarang aku nampak Hani serius macam ni.
            “Kau kena lawan. Mana boleh kau biar je diorang buat kau macam tu.” sambung Hani lagi.
            “Aku dah malu, Hani.” Siapa yang tak malu bila segala cerita gelap dah didengari oleh orang yang tak sepatutnya tahu. nak-nak lagi dua orang yang bernama Miss Fina dengan Julia tu.
            “Aku tahu. Tapi sorry to say, itu salah kau jugak…” Hani menjawab perlahan. ya, memang pun salah aku. memang pun salah aku bila nak menunjuk-nunjuk dekat diorang. Tapi Nick pun…dia tak patut cakap macam tu…
            “…dan, Nick kau tu memang tak patut cakap macam tu. Dia pun salah.” Sambung Hani lagi. dia menarik nafas dalam-dalam seolah-olah masalah yang aku hadapi sekarang ni juga masalah dia. Lili masih lagi diam membisu. Hanya mengangguk, dan menggeleng.
Kalau nak dikira, memang Hani lah yang patut bagi nasihat. Dia yang paling matang. Dia yang paling banyak pengalaman. Dialah yang paling banyak makan garam di antara kami semua.
“Sekarang, kau pergi kerja, tunjuk dekat diorang yang kau tak apa-apa. Kau kuat.”
Aku membawa kedua-dua tangan meraup muka. Memang aku nak tunjuk yang aku ni kuat, tapi…
“Go. Bersiap. Aku hantar.” Lili pula mencelah. “Dah lambat ni. Aku pun ada kerja area pejabat kau hari ni. Boleh aku hantar kau sekali.”
            …aku tak tahu macam mana nak jumpa Nick nanti… aku tak tahu macam mana nak berdepan dengan semua orang.
            “Wanda…” suara Lili lembut memujuk. Akhirnya aku menarik nafas panjang. Bangun daN mencapai tuala.
            Jom. Kerja Wanda. Tak nak kerja kau nak makan apa?
            Hadui.


SENYUMAN YANG AKU sendiri terasa kekurangan gula aku lemparkan kepada pakcik jaga yang setia menjaga pintu sejak dari hari pertama aku bekerja disini. Pakcik tadi mengangguk sambil membalas dengan senyuman. Manis.
            Hati aku tiba-tiba rawan bila terlihat set sofa yang masih kekal disudut lobi. Sama letaknya. Sama tempatnya. Sekali lagi aku menarik nafas dalam-dalam, mengumpul tenaga.
            Kaki terasa nak pusing keluar dari bangunan. Tapi aku tahankan juga hati. Jangan jadi budak-budak, Wanda. Takkan pasal semua ni kau taknak kerja?
            “Wanda,”
            Aku berpusing ke belakang, mencari tuan punya suara yang memanggil.
            “Lambat hari ni?” Huda. Dia yang kemas dengan sut hitam memandang wajah aku dengan senyuman. “Eh, aku tak tahu pun kau pakai cermin mata sebelum ni?”
            Tangan automatik menyentuh cermin mata yang diberikan poleh Lili pagi tadi. Buat tutup mata aku yang sembab.
            “Oh. Ya…” aku memaksa bibir untuk senyum. Janganlah dia perasan yang benda alah ni tak ada power. Janganlah dia perasan.
            Kami sama-sama berhenti di pintu lif dan Huda terus menekan butang untuk ke tingkat atas. Aku menarik nafas lagi. Terasa seluruh bangunan ni kekurangan oksigen untuk aku. Sungguh!
            Tak lama pun menunggu, pintu lif terbuka beberapa saat kemudian. Aku terus meloloskan diri kedalamnya, diikuti dengan Huda dan dua orang yang lain. Budak HR Department rasanya.
            “Wanda, aku dengar kau dengan Nick Rayyan. Betul ke?”
            Kening aku terangkat tinggi bila mendengar soalan yang sama sekali tak terjangka dalam kepala. Huda? Budak yang paling tak ada kawan dalam bangunan ni…tahu?
            “Aku tanya je. Sebab aku ada dengar.” Dia menyambung perlahan setelah melihat wajah aku dah lain macam. “Tapi dah tak ada apa-apa kan? Sayangnya…”
            Aku mengeluh berat. Kalau dah itu cerita dari Huda, dalam masa SEHARI, aku tak tahulah apa lagi yang Julia dan Miss Fina cerita dekat semua. Nasib aku baik bila lif terbuka sebelum aku sempat menjawab soalan Huda. Aku terus melangkah keluar sambil menghadiahkan senyuman (tawar) kepada Huda.
            Okay, Wanda. There you go. Persetankan semua benda yang tak penting (tak penting ke?) tu. Buat kerja.
            “Eh, puan besar dah sampai!”
            Aku memekakkan telinga, terus ke meja kerja. Tak payah nak pusing kepala, tak payah nak pandang dengan mata. Aku dah tahu siapa punya suara. Julia.
            “Eh, boleh ke jadi Puan Besar? Bukan ke you paling berjaya pun waktu UPSR?” aku dapat mendengar beberapa suara yang mengekek ketawa.
            …dan aku masih, memekakkan telinga.
            “Kesian, you.”
            Aku menarik nafas dalam-dalam sambil memandang wajah Julia yang memandang sinis ke arah aku. tenang Wanda. Tenang. Walaupun dalam kepala nak je aku jerit shut your mouth la Julia!
            Aku teringat kembali kata-kata yang pernah aku baca dulu. Kadang-kadang kita hanya perlu diam, swallow your pride and accept that you’re wrong. It’s not giving up. It’s called growing up. Kan?
              “Wanda, betul ke kau selalu failed waktu uni dulu?” Fayad berbisik perlahan sewaktu dia melepasi meja aku. Aku nampak Raey membulatkan mata, memberi amaran.
              “Buat kerja kaulah!”
              “Aku tanya je.” Fayad mencebik sesaat sebelum kembali ke mejanya.
              Perlahan-lahan aku berpaling memandang wajah Raey di meja sebelah. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan simpati. Aku pun malu dengan Raey sebenarnya.
              Aku menggagahkan tangan untuk membuka komputer dan menunggunya loading.    Miss Fina tiba-tiba keluar dari biliknya, memandang aku lama sebelum bersuara, “Wanda, you dah siapkan apa yang I bagi semalam? The latest one?”
              Itu memang hobi dia, menjerit dari jauh. Hobi.
              Bukannya dia tak boleh call aku, suruh aku masuk bilik dia ke apa. Nak jugak buat suara soprano.
              “Oh, I lupa. You kan dah nak TUNANG dengan orang kaya. Apa kelas buat kerja macam ni, kan? Duduk rumah goyang kaki lagi best.” Aku boleh nampak Miss Fina ketawa sinis dihadapan. Julia juga turut sama mengekek dari mejanya.
              Oh perfect! Pagi-pagi lagi dah macam ni. macam mana aku nak hadap tengah hari nanti? Petang nanti? Esok? Lusa?
              “Pleaselah Wanda…” Miss Fina berjalan perlahan-lahan menuju ke meja aku. “Dah tahu diri tu tak menarik, loser… ada hati nak cakap Nick nak pinang dia.”
              Hati aku terasa menggelegak tiba-tiba. Sungguh. Kalau aku fikir pendek, ringan aje tangan kanan ni nak mendarat dekat pipi dia yang dah disapu blusher 3 inci. Sungguh, rasa ringan je.
              Tapi tak berbaloi. Langsung, tak berbaloi.
              “Mana you punya bakal TUNANG? Harini ada lunch sama eh? Ke, tak jadi? Ouch! Kesian…” Walaupun suaranya perlahan, tapi cukup membuatkan hati aku hancur lumat. Hani suruh aku kuat. Lili suruh aku lawan. Tapi tak boleh.
              Aku pandang Raey di sebelah, wajah dia merah menahan marah. Mata aku beralih pula pada Munie, Jimi, Fayad, Din dan beberapa orang lagi yang memandang. Sikitpun aku tak dapat baca apa reaksi diorang.
              Pandangan beralih pula pada Julia yang menjeling dari meja di hadapan. Wajahnya tergambar kemenangan.

              Mak, Wanda nak berhenti kerja. Sekarang jugak!


*****

55 comments:

Anonymous said...

Kesian nyer wanda kena kutuk... Huwaaaaa... Sabar yer wanda...

Zakiah Halim said...

Kesian sgt kat wanda... Huwaaaaa

Anonymous said...

kesian kau dik.

Anonymous said...

sian wanda...hmmm sbb itulh kta dlrng riak...

Unknown said...

Tak tahu nak cakap macam mana.... tapi malam ni memang n3 yg membunuh.... rasa macam nak bako jeeee blog ni.... huhuhu nangis tak leh tido akak dek ooooiiii.....

aisyah said...

Mmg kesian wanda...ms ni rs nk luku2 je kpala nick..mn dia?
***emo...hahaha

Unknown said...

menangis dkat sni boleh x? Sob sob :'( siaaaan wanda. #hug wanda kuat2. Be strong girl wanda ! U can do it. Go wanda go !!

Anonymous said...

Ohhh tidak sian wanda. Nick... cpt dtg clearkan segalanya. Jgn wat wanda kena sindir,hina dgn bebudak ofis tu. Sian wanda plssss

lee jee joong said...

wah ...... wanda kuat ... ignore semua org buat je kejeko .. sian wanda....perkara yg nak di bangga pun jd paling teruk kat dia :(

LIFE said...

ahhh.. tolong kak Illa jgn dera kami... next entry please...Nik Dollah correct the wrong pleassssee :'(

Yazreina said...

Iskkk kesian Wanda... Belasah je nik dolah tu

Anonymous said...

Mana hero Malaya??

strawberry.chocolate81 said...

hahhhhh 2 dia Wan senah dah x tahan....angkat bendera putihh tinggi2....nak benti keje dahhh....ni kalo nick dolah x muncul2 gak mau betul2 wan senah ni beti neh...yg dak sengal 2 owang 2 mmg sj je 2 cati pasal hish3...x patutttttt....

Anonymous said...

Kesian wanda... Tak puas ah n3 ni. Wanda, cheer up... Silver lining coming up soon. Nick Dollah oh nick, where are you?

Anonymous said...

thats it, i hate u nick,
forever!

Anonymous said...

wanda, berenti je kerja, cari keja baru, abaikan nick.

anissa said...

Siannya Wanda! Mesti frust gila + malu bila Nick memperkotak katikkan perasaan dia depan officemates walaupun tanpa disedari!

Chaiyok Wanda !!!

eifa said...

kesian kat Wanda. sekeh sikit Dollah tu. eeiiii....

Anonymous said...

Adussss..nape jd camni..sian wanda..
Nick where are u??

Anonymous said...

Wanda, my heart bleeds for you. And pls hammer dollah for making those hurtful statement.

Wanda berhenti jer la kerja, byk lagi kerja2 lain kat luar tu. wz experience, u will be able to find another job... Eh cam real jer...

Pegi menghilang diri sekejap, kejap jer tau, jgn lama2 sgt. Bagi so dollah tu meroyan cam nak menopause... Hihihi...

Unknown said...

aku rasa mcm nk terajang je minah 2 ekor 2. x guna berjuang wanda klu maruah kita dh di injak2kn sebegitu...cari keje lain then bina kerjaya baru yg membolehkn org lain bukak mata bila nmpk u...
lgpn klu raey x terlepas ckp aritu bnda ni xkn jd...bkn sbb wanda nk riak pn sbnrnya...

cyah said...

Wah siannyer wanda.. rasa cam diri ni plak yg kena hadapi mulut2 longkang tu... sakitnyer hati...

Anonymous said...

x de Nick kat sni...how come

>>k<<

kak ida said...

pergh..dugaan apa kah ini..kalau tak kuat dan mendapat kekuatan minda mmg nak diamukkan pada minah 2 ekor tu..tapi wanda stay cool..dan chill..Akak ingat dia belajar dari kesilapannya dahulu yg melarikan diri tidak akan meyelesaikan semua masalah..terlajak kata tidak boleh diundur so lambat laun org akan melupakannya.. sambil tu akak rasa wanda akan cuba mencari kerja lain dan adakah kemungkinan Nick yg sengal tu akan datang dan clearkan nama wanda dan status mereka dan perhubungan mereka..dan akak agak terkilan kenapa Nick sengal tu tidak mencari Wanda..sedangkan Wanda telah menghilangkan diri dan adakah kemungkinan Nick perasan kesilapan dia dan mempercepatkan proses untuk memiliki Wanda dengan berjumpa ibu Wanda tanpa pengetahuan Wanda sebab itu dia tidak datang memujuk atau mencari Wanda..Apa yg akan dilakukan Nick untuk mendapat kembali kepercayaan Wanda.. Tidak kah Wanda lulusan Degree holder dan kenapa mereka memperkecilkan keupayaannya..tidak kah semua projek paper dibuat oleh Wanda dan bukannya minah yg perasan bagus tu..

Anonymous said...

kali ni memang tak sanggup baca n3 ni..tak sanggup tgk drg malukan wanda.huhu
saya duk scroll down cepat2 je.rasa nak nanges,kesian kat wanda.
adakah nick dolah maksudkan dengan 'no one' tu merujuk yang wanda bukanla spesis anak datuk,modelling n watsoever?? tapi special dhati nick kan??oh,plssss3 illa,cepat2 up next entry..
tau tak pagi ni rasa lega n gembira sgt bila tengok ada entry baru.tapi penuh dgn sindiran plak..nick mana??sampai hati buat wanda nanges..huwaaaa...wanda pun silap,sama naik pegi layan minah senget 2org tu nape?! ape tujuan nick kalau semata nak mainkan wanda,dah tau dia takde apa yg istimewa???kijammmmm T_T
emo pepagi nih..heheheh

Nur Shaiidah Syaripuddin said...

Nick Rayyan Lee!!!!! eeee.. geramnya.
Waaa.. kalau jadi sy jadi Wanda memang dah xsanggup nak datang kerja. :( Wanda, please strong..

Anonymous said...

Ooooo....mcm pedek sngt cete ni tak puas....sb perasaan geram tu...mana Nick Rayyan Lee!!!!ni...cpt smbg n3....

R'hanida said...

iskkkkk kalau jd wanda i cabut blk kmpg terus huhuu

Anonymous said...

nick sure akan datang pujuk with her own style... kan cik writer kan hehehe

inochi said...

i hate nick dollah..jgn kawan dia ok wanda..

cari keje lain je la wanda..tunjukkan kat dorg yg u sebenarnye wayyyyy better than them.

Unknown said...

kesiannya wanda..sabar yer..pasti ada hikmah disebalik semua ni

Aminah said...

Kesian sgt kat Senah, bawak bersabar byk2 ye dik....aishh! mmg sedih la kan baca hal Senah dlm n3 ni...

Dollah plak bila nk sampai ni & putihkan keadaan...tp kalau mai awai, cepat benor citer ni abes ye dak cik penulis? Tp cepat la masuk Dollah dlm ini gambar..terbayang2 rupe Senah masa para last tu...

Terimakaseh utk n3 ini, sudi-sudikanlah sambung lagi...

Anonymous said...

Uwaaa.....sian nye wanda...
sngal pnye minah 2 eko tu!!!!
sekeh kang br tau!!!!
cmne la keadaan wanda kang eik....
aduhhhh,mmg xsbr nk tau sgt ni....
~~ZQ~~

Nana Mohd Yasin said...

homai.....homai....
sedey pedeh, terhirisnya hati
baca n3 kali ni.....
hati ni rasa,
mcm kaca pecah berderai aje...

sakit ati ngan nick dolah ni...

kali ni nick tak cari wanda
smpi rumah plak??????

adoyai....
please lah...
rasa mcm putus cinta ni....
someone please...
cipta pelangi for wanda....

hatiku kau guris luka....

Aomori Sakura said...

Hai idA! Lama x tegur u. IdA, as usually your long analytical comments make me think. Oh the writer is so fortunate having u as her ardent reader.

Anonymous said...

Pity Wanda..Sabar Wanda Sabarrrrrrr....

Anonymous said...

Boleh x nak tolong Wanda kasi dua tiga dush dush kat Miss Fina & Julia ni...cian Wanda

zaharah said...

cian nyer .....xder superman sebagai penyelamat ker..aduss

Anonymous said...

kenapa tak cari kat umah nick dollah hoi.....ciannya wanda...mmg tak boleh nak keja mana hero....ni

Kak Sue said...

Kasihannya Wanda .... Banyakkan bersabar ya Wanda macam Hani cakap.... Orang yang sabar tu kekasih ALLAH... NIck where are you? ...

Unknown said...

Oooo please...sgt sakit ati hokeiii

Anonymous said...

eh..eh..kan selalu Nick dollah mesti cari Wanda kat rumah.. ni dah call tak dapat..janji nak turun..dia tak nampak pun dah turun.. kenapa tak pegi cari kat rumah Wanda.. peliknya nick dollah ni.. kesian cik Wanda kita..

kak na said...

wanda kena kuat utk sengal dolah tu

kak na said...

bc sekali rasa mmg sgt sedeh
bc lagi mungkin pak dollah tu ada alasan sendiri,tp mmg tak patut
bc tiga kali....illa jawab ler nape pak dollah tu cm2!

Anonymous said...

Wanda jgn hilang dulu..kasi tau dulu sama itu dolah ape dia punye salah..pastu baru u hilang...hihi... X sangka begini jadinya...
~liyahuma~

وافية الزهرأ said...

Saya suka tulisan akak... Detail...
Tapi boleh tak kalau keluh something... Sebagai warga Indonesia saya macam tersinggung sikit bila akak kata "serabai macam budak indon"... Mohon maaf sebalumnya...
TQ akak... Baarakallah...

illa Shanahila said...

alamak,sorry.really.my mistake.thanx sebab tegur..

Anonymous said...

Adess....tragis...nick o nick..cian wanda..wanda be strong..fight 4 your own..dnt give up..tnjuk awk kuat jgn nmpk down nt org akn jatuh kan kita...ee ayam betoi julia n fina tu..sekeh laju2 br taw...geram doh....huh

ezza mysara said...

wehhhhhh... kesian gila wanda...ohmaiiii... hati aku y mcm kena siat..

wanda.. kita samalh.. dapt ngis je... mata sure bengkak... heh..

Anonymous said...

Cik Senah jgn sedeh2 ya. Nanti nick dollah mai pujuk. nick dollah tak maksudkan mcm yg cik senah ingat.

Anonymous said...

Tak tau berapa kali asik buka blog ni kot2 ada entry baru huhuhuhu dah addicted dgn dollah and senah

Anonymous said...

Mmg betul...jgn kecoh awl pd bnda yg x psti,boleh mmbwa pd ria....Sy hrp illa cpt smbung, imaginasi sy dh meleret2....
1st scenario, nick susah ati,awl pg tgk wanda,trdgr ckp miss f, trus tarik wanda tuk bersemuka, melopong smua org esp 2 ekor tu...
2nd scenario, nick still clueless, tunggu wanda tuk lunch mcm biasa, nmpk wanda jln dgn fahim, dia jeles n mrh tp wanda buat x knl.,,,rs trbls dndam....
Aduhhh illa pls smbung.....

Anonymous said...

illa pls sambg kalau boleh setiap hari hehe....n3

Anonymous said...

Cik Illa.. Bl nk smbung bab 27 ni.. X sabar dh nk tau apa jd kt Wanda yg amat mnyedihkn sgt ni... Pleasee new entry..

nurilsuhaila said...

mood jd merudum baca n3 ni..sedih,geram mana nick ni..tolong la selamatkan wanda..