Oke, kita sambung apa yang ada dekat Krabi tu. Tapi sebelum tu, jom tengok Krabi La Playa Resort yang jadi tempat tido illa selama 2 malam dekat sana.
Sangat selesa dan strategik. Nak ke pasar Ao Nang, senang. Nak ke pantai pun boleh jalan kaki je. Paling best, dekat luar hotel pun boleh jumpa makanan halal yang dijual dekat gerai-gerai kecil. Jadi, konklusinya, memang bestlah.
Disebabkan kitaorang sampai pun dah malam, jadi aktiviti malam tu hanya berjalan-jalan dekat pasar sekitar bandar Ao Nang sambil cari makan.
Dekat sini pun memang banyakkkkk sangat kedai cenderamata sampai mata dah rambang. Tapi gelojohlah kan kalau baru aje jejakkan kaki dekat sana, tak sampai pun sehari lagi dah nak beli keychain... Hah ha.
Jadi, kami semua jamu mata sambil tengok-tengok kut la boleh jumpa barang yang boleh guna untuk island hopping esok.
Oke, dah balik, tido. Esok bangun pagi-pagi pergi terjah Ao Nang waktu siang pulak.
Pantai Ao Nang. Pagi-pagi memang best duk tepi pantai ni. Berangin dia lain macam.
Memang senang nak cari makanan halal sebab penduduk dekat Krabi lebih 50 peratus beragama Islam. Kalau dah sampai sini, jangan lupa cuba pancake nutela ni. Memang best!
Aktiviti hari kedua dekat Krabi, kitaorang pergi jenguk Sungai Krabi yang tak ramai yang tahu kewujudan dia. Heh he. Jom, next entry nanti illa cerita apa yang ada dekat Sungai Krabi.
Tata and thanks!
2 comments:
Tetiba rasa nk jd mcm wanda...x keje tp ade duit byk...hahaha
Mood jeles nk bercuti ke krabi jugak..
~noriatul~
Alah, pergi je kak. Sekali sekalaa. hehe
Post a Comment