Bohol Trip: Manila

Assalamualaikum!

Hai, 

Illa tahu tak ramai yang tahu pasal Bohol. Awal-awal sebelum pergi pun langsung illa tak pernah dengar nama Bohol ni. Terima kasih AirAsia Berhad sebab jemput kami untuk Media Trip ke Bohol kali ni.

Bohol ni sebenarnya setanding dengan pulau-pulau adik beradik dia dekat Filipina tu. Yup. Boleh dikatakan setanding sebab laut dia pun cantikk sangat. 

Jadi, kalau korang dah pernah ke Palawan, Cebu ataupun Boracay, bolehlah pergi ke Bohol pulak. Sebabnya, ada benda yang dekat Bohol ni tak ada dekat tempat lain.

Contohnya....(nanti illa cerita dekat lain entry) kehkehkeh

Oke, sebenarnya ramai yang tanya macam mana nak pergi Bohol ni. Oleh sebab sekarang ni belum lagi ada flight direct pergi Bohol, korang boleh naik flight pergi Manila lepas tu ke Tagbilaran (bandar dekat Bohol)

Dengan tak buang sikit masa pun, illa dengan beberapa media lain terus ke Manila demi menjayakan media trip kalini. kehkehkeh. Naik apa? Semestinya AirAsia Zest. Now everyone can fly gitu..



Ini jadual flight dari KL ke Manila



Dan ni pulak kekerapan flight dari Manila ke Tagbilaran



Macam biasa, kalau nak booking, terus je pergi dekat www.airasia.com 

Okey, lebih kurang 3 jam lebih jugak perjalanan untuk ke Manila. Perbezaan masa pun tak ada. Cumanya, dekat Manila, matahari terbenam seawal 6 petang. Dan, pukul 5.30 pagi dah cerah.



Dah nak mendarat dah...

Kitaorang tidur satu malam dekat Manila, sebab dah alang-alang sampai sana, kan. Dekat Manila ni, illa tidur dekat F1 Manila Hotel. Hotel ni sangatlah osem dan dekat dengan Bonifacio Global City, Taguig. Tempat orang ramai beli belah,jalan-jalan bersiar-siar dan jugak sebagainya.



Kawasan lobi dan bilik hotel


F1 Hotel Manila
32nd Street (Lane Q),
Bonifacion Global City,
Taguig, Manila,
1630, Philippines, ‎
1-800-814652 (Malaysia Toll Free)


Dekat kawasan ni, waktu malam pun tak sunyi langsung. Pukul 9-10 malam macam tu boleh lagi nampak beberapa orang dekat sana jogging atau main sukan. Walaupun bukan malam minggu!




Dekat Manila itu hari, illa sempatlah makan dekat restoran Hossein, restoran arab yang halal dekat sini. Itu aje yang illa tahu sebab tak sempat nak terjah banyak kedai.



Harga dia memang agak mahal jugaklah sebab memang tak banyak restoran halal dekat sini. Lepas makan, kitorang balik hotel dan tido. Sebab esok pukul 5 lagi dah kena pegi airport untuk ke Tagbilaran.


Tapi yang paling best, malam dekat hotel tu, waktu tengah sibuk ambil gambar sana sini kamera tersnap ini =)



MasyaAllah!

Sekejap je awal tu berkumpul. Lima minit macam tu dah hilang.

Okey, Cerita dekat pulau nanti illa cerita dekat next entry. Jom naik AirAsia Zest pergi Tagbilaran!




Dan jangan lupa beli Nasi Lemak Pak Nasser . Sedap!! =)

(Makan kenyang-kenyang sebab dekat Bohol susah nak jumpa restoran halal T_T)



Oke bai!


Comments