Thursday, 17 September 2015

Superstars of Magic 4 - Genting Highland

Assalamualaikum dan hai!

Seperti yang dijanjikan, illa nak cerita pasal magic show yang sedang berlansung di Genting International Showroom bermula 10 Julai sehingga 25 October 2015.

Waktu show adalah; 

Isnin- Jumaat (8pm)
Sabtu (4pm dan 8pm)
Ahad (4pm)

Jadi, boleh pilih je mana-mana masa yang korang free >__<

Jom berkenalan dengan Ahli Silap Mata yang terlibat pulak. Yang paling illa suka, dan yang juga menjadi MC malam tu adalah


Jay Mattioli 




Dengan karenah Jay dalam showroom tu, memang boleh buat semua orang tak kering gusi. Memang sangat hebat mencuri tumpuan penonton dan illa terkesan dengan kisah hidup dia. Hampir-hampir menitik air mata mahal ni bila tiba-tiba anak dia keluar ke pentas. :')


One Gun





Hottest Magician in Korea. Tu la gelaran dia. Kehkehkeh. Ahli silap mata dari Korea ni mempunyai kepakaran dalam menukar baju dan seluar  dengan pantas. Sesaat je dah pakai baju lain!



Jeff Lee




Berasal dari Taiwan, Jeff Lee membuat silap mata bertemakan TV magic dan modern music dan juga boleh keluarkan cakera padat, CD dari TV. haa, macam mana tu. Nak tengok sendiri silap mata dari Jeff Lee? Korang kena saksikan sendiri di Genting Highland =)


Ted Kim



Juga dari Korea, Ted Kim mahir dalam silap mata projektor LED dan juga memasukkan pelbagai game dalam silap mata dia.



Joseph Gabriel




Dinobatkan sebagai the best dove act in the world.Yang paling menarik, dia boleh keluarkan angsa yang entah dari mana datangnya.



Shawn Farquhar




Mahir dalam pertunjukan silap mata kad.

Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan tiket dengan harga;

Adult
RM248 (VIP)
RM148 (PS1) 
RM98 (PS2) 

Children
RM98 (VIP)
RM68 (PS1)
RM48 (PS2)

Diskaun 20% untuk mereka yang membuat tempahan secara online di SINI =)



Enjoy!

Thursday, 10 September 2015

Transformasi Era Baru Genting Highland


Assalamualaikum dan hai!

Illa rasa semua orang tahu pasal Genting Highland, kan? Siapa pernah sampai sana tentunya dapat rasai sendiri keseronokan di kota keriangan yang terbesar di Malaysia ni. Kalau belum ke sana, apa tunggu lagi, jom jadikan Genting Highland sebagai weekend gateway korang!

Umum tahu yang outdoor park ditutup sementara waktu untuk proses transformasi yang bakal siap penghujung tahun 2016 nanti. Tapi jangan risau, banyak lagi perkara yang korang boleh buat dekat sini tau.

 Sebanyak RM 5 bilion telah diperuntukkan dalam Genting Integrated Tourism Plan untuk transform keseluruhan Resort World Genting menjadi sesuatu yang laaaagi best dan berwajah baru sepenuhnya termasuklah untuk pembinaan outdoor 20th Century Fox World Theme Park.



Yang ni memang sangat tak sabar nak tunggu!


Penginapan

Dah sampai genting, tak sah kalau korang tak bermalam di sini, kan? Jadi, demi keselesaan pengunjung, First World Hotel telah  menambah bangunan baru untuk menampung pelancong yang datang. Hebat, kan?




Untuk waktu sekarang, di bangunan baru sebanyak 412 bilik sudah dibuka kepada umum dan lagi 874 akan dibuka tidak lama lagi dan menjadikan keseluruhan bilik baru di bangunan baru ini adalah sebanyak1286 buah bilik kesemuanya.








Bilik di bangunan baru  yang diberi nama Tower 2 Annex ini lebih moden, dan sesuai dengan zaman sekarang dengan warna yang lebih ceria dan urban.

Kalau nak tahu, kesemua bilik di First World Hotel adalah sebanyak 7351 dan menjadikan FWH hotel terbesar di dunia!

Dari First World Hotel ini, pelancong boleh berjalan kaki sahaja untuk ke outdoor 20th Century Fox World Theme Park yang akan dibuka pada 2016 nanti.

Untuk info yang lebih lanjut, sila ke www.rwgenting.com atau telefon +60327181118



Aktiviti

Behind The Scenes Tour


Walaupun theme park ditutup untuk sementara, korang boleh cuba sesuatu yang baru di Genting Highlands iaitu tour disebalik tabir ataupun Behind The Scene Tour (BHD).

Oke.nak tahu tak apa benda yang akan ditunjukkan dekat BHD tour ni? Meh illa cerita. Bermula dari pukul 2.15 sehingga 5 petang, ada empat tempat yang sangat best yang dihidangkan dalam tour ni termasuklah


1-      Genting International Showroom



Genting International ni dah diubah menjadi tempat state-of-the-art entertainment pada tahun 1998 yang menggunakan sistem bunyi dan lighting yang terbaru dan tercanggih. Dekat sini korang boleh tengok macam mana lampu-lampu pentas berfungsi, sistem audio dan segala kerja di belakang tabir yang tak ramai yang tahu.








2-      First World Hotel Laundry


Pelancong akan dibawa ke kawasan mencuci tilam, tuala, selimut dan sebagainya di dobi hotel. Oleh sebab hotel ini menjadi hotel terbesar, dobinya juga merupakan dobi hotel terbesar di Malaysia. Memang teruja tengok setiap mesin dan alatan disini. Mesin lipat cadar pun ada!





3-      See, Do & Eat Workshop – Sushi bento Making & Doughnut DIY

Yang ini ila suka sangat sebab lepas je buat, korang boleh makan! Dekat sini, pengunjung akan ditunjukkan dengan cara-cara untuk membuat sushi dan donut oleh chef profesional dan lepas tu zasss, pengunjung pun boleh buat jugak. Lepas DIY  asing-masing dah ada rupa, apa lagi, makan!



Boleh hias sendiri donut anda!

Hasil seni daku =)


4-      Horizon 50

Horizon 50 ini diwujudkan sempena ulangtahun 50tahun Genting Highlands dibuka. Menceritakan detik-detik bermulanya impian yang dicipta, berakhir dengan salah satu Family Resort yang terkemuka di Malaysia.







Harga masuk untuk Behind The Scenes Tour: 
For Genting Rewards Member RM 25 and
For Non-Member RM28



Superstar Magic Show




Bagi sesiapa yang berminat dengan Magic Show, jangan terlepas untuk saksikan Superstar Of Magic 4 bermula 10 Julai sehingga 25 October ini. Illa jamin, korang pun akan tertipu dengan helah magic kesemua magician yang terlatih ni.

Sangat awesome!

(Post untuk superstar Magic Show akan bersambung.... =) )



Makan di mana?


Dah penat berjalan satu hari, korang boleh singgah ke Seafood Restaurant yang terletak di Level 1, Resort Hotel. Dibuka setiap hari untuk makan tengah hari (12.00pm- 2.30pm) dan makan malam (6.00pm – 10.00pm).



Restoran ini menawarkan menu set steamboat dari RM108nett sehingga RM638nett (2-8orang).

Makanan yang disediakan? Tentunya segar dan fresh dari ladang! Macam-macam jenis makanan laut, daging dan ayam yang disediakan. Sos pulak terdiri dari 20 jenis sos yang pelbagai rasa dan yang penting, sedap!


Antara makanan yang ada

***

Oke. cukup setakat ini, nanti illa sambung part Magic Show yang awesome tu. Apa tunggu lagi? Illa dah rasa, korang bila lagi  >__<




Tata~

Friday, 14 August 2015

David Foster Sebagai Duta Global Jenama AirAsia

Assalamualaikum dan hai!

Illa memang suka naik AirAsia sejak dari kali pertama terbang ke Langkawi dulu. Dengan nama pelajar, masa tu AirAsia membuktikan yang 'Now Everyone Can Fly' itu memang betul! 



Umum tahu yang dengan AirAsia, korang boleh dapat tiket untuk terbang dengan harga termurah dan paling berpatutan. Sebab itulah sekarang illa lebih suka belek airasia.com setiap kali nak balik kampung atau nak ke mana-mana. Memang berbaloi, jimat masa perjalanan dan senang!

Terbaru, AirAsia memperkenalkan David Foster sebagai Duta Global terbaru mewakili jenama AirAsia yang diumumkan sendiri oleh Group CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.




Pemilihan David Foster yang pernah memenangi 16-time Grammy Award merupakan pilihan yang tepat demi mengembangkan lagi jenama AirAsia ke peringkat premium.




Kerjasama ni akan meningkatkan product Premium Flex dan juga Premium Flatbed ke tahap seterusnya dan mewujudkan pasaran baru untuk AirAsia dan terus berkembang dari hanya menjadi penerbangan tambang rendah ke a true value-carrier.

Premium Flex menawarkan fleksibel kepada pengambara dan value-for-money dengan complimentary 20kg untuk bagasi, in-flight meal, up to 2 times flight changes dengan pilihan tempat duduk sendiri, keutamaan bagasi, keutamaan check-in dan perlepasan.

"AirAsia is a highly regarded brand that is nothing short of an amazing succes story. Im happy to represent their excellent premium product range and I look forward to a great relationship with AirAsia as we embark this partnership,'' kata David Foster waktu illa jumpa dia di Majestic Hotel. 




Tak pernah terbang dengan AirAsia? Apa kata cuti kali ni korang terjah laman web AirAsia dan rasai sendiri pengalaman bersama AirAsia!


Thursday, 13 August 2015

Warnakan Selendang Sendiri di Zhuo Ye Cottage, Taiwan

Assalamualaikum dan hai!

Korang pernah reka corak dan warnakan selendang atau baju sendiri tak? Nak lejen lagi, guna pewarna semulajadi dari daun-daun dan bahan dari pokok? 

Tak pernah?

Rugi! 

Sebab apa, pengalaman corakkan baju atau selendang sendiri ni memang best!

Pintu masuk Zhuo Ye Cottage
Di Zhuo Ye Cottage,Taiwan, selain sediakan penginapan yang bertemakan alam semulajadi, disini diorang sediakan jugak restoran halal dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung termasuklah DIY indigo dyeing. Dikatakan, pemilik Zhuo Ye Cottage ni memang dah jadi master bab-bab ye ni. Hebat betul.

Zhuo Ye Cottage juga termasuk dalam Taiwan Muslim- Friendly Leisure Farms yang dah berkali-kali illa cerita dekat post lepas-lepas. 

Tak tahu apa tu Muslim-Friendly Leisure Farm? Meh nak terangkan balik. Leisure farm ini dapat sijil dari The Chinese Muslim Associasion dalam menyediakan makanan halal untuk pelancong muslim. Jadi, untuk pelancong yang beragama islan, InsyaALLAH tak susah pun cari kedai makanan halal.





Antara makanan di restoran yang illa sempat cuba


Salah satu bilik air di dalam bilik



Lepas makan di restoran, kami sempat cuba aktiviti celup mencelup ni. Sebelum mula, salah seorang staf akan ajarkan macam mana nak buat corak dekat kain tu. Memang kreatif sungguh!




Selepas diberi kain untuk dicelupkan warna, kami pun mulalah  perah otak ingat balik apa yang diajar tadi demi menjadikan corak selendang kami itu terbaik dari ladang dan yang paling penting, ada satu je corang macam tu dekat dunia!

Menarik, kan?

Ini antara step untuk mewarnakan selendang:-

1. Kain, kayu dan getah  2. Ikat kayu ikut corak yang disukai 3.Basuh kain bagi basah 4.Celup dalam pewarna 5. Bilas 6. Celup lagi 7. Bilas lagi (Proses celup dan bilas berulang kali hingga warna kekal sepenuhnya) 8. Tara! dah siap.

Pelbagai bahan untuk warna berlaianan.

Proses dyeing ni sebenarnya perlukan kesabaran yang tinggi sebab nak pastikan warna itu kekal, korang kena celup basuh beberapa kali. Tapi, macam biasalah, susah-susah dahulu, boleh pakai kemudian, kan?

Lagi satu, apa yang illa suka sangat dengan tempat ni adalah, seluruh kawasan cottage ni dipenuhi dengan tumbuhan semulajadi yang menyejukkan mata memandang. Kalau jejak aje kaki masuk sini, terus hati rasa sejukkk je. 







Kalau ke Taiwan, jangan lupa cari tempat ni ya =)

Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com

Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
+886-3-9381269
www.taiwanfarm.org.tw

Zhuo Ye Cottage Farm

No. 1-5, Bengshanxia, 13th Neighbourhood,
Shuangtian Village, Sanyi Township, Miaoli County
www.joye.com.tw
+886-3-7879198

Long Yun Leisure Farm, Taiwan

Assalamualaikum dan hai!

Nak tahu tak gambar yang dalam cerpen Yang Pernah Kita Miliki tu illa ambik dekat mana? Tak nak tahu pun, daku nak bagitahu jugak.

Gambar tu sebenarnya dekat hutan Alishan Mountain, Taiwan!

Cantik kan kan kan?

Waktu pergi Taiwan dulu, ada jugak perasaan dalam hati yang membisik-bisik apalah yang aku nak makan dekat sana nanti. Susah tak nak jumpa makanan halal nanti.

Tapi...

Bila sampai sana, rupanya bersepah makanan halal malah, dekat tempat penginapan pun boleh dapat! macam mana boleh dapat? Rupanya dekat Taiwan ni mereka dah lama amalkan konsep Muslim Friendly di mana Chinese Muslim Association akan datang untuk semak ke'halal'an kedai makan dan hotel berkenaan.

Tujuannya satu, untuk selesakan kesemua pelancong muslim yang datang. Bagus, kan?

Salah satu tempat yang illa sempat bermalam waktu dekat sana adalah di Long Yun Leisure Farm. Bagi yang sukakan keindahan semuladi dan ada jiwa-jiwa penyanyang kat alam sekitar, illa boleh kerat jari yakin yang korang akan suka bila dekat sini!




Memang sangat cantik! Nak-nak pulak, Long Yun Leisure Farm ni terletak lebih kurang 2000 meter atas paras laut. Sejuk!


Waktu illa sampai sana, ngam-ngam dengan waktu matahari terbenam dan dari bilik pun boleh nampak sunset nih! MasyaAllah, lawa!





Kiblat dan masa solat diletakkan di dalam setiap bilik

Jalan untuk naik ke bangunan bilik

Long Yun Leisure Farm berada di Chiayi County dan terletak di kawasan Alishan National Scenic Area. Disebabkan kawasan ni sejuk tenang dan aman, Alishan Mountain ni jugak sangat sesuai untuk penanaman teh, herba dan jugak pelbagai jenis bunga.





Yang paling penting dan semestinya paling best, menjadi salah satu penginapan yang diiktiraf sebagai Taiwan Muslim Friendly Leisure Farm, pengusaha leisure farm ini mengasingkan dapur halal dan tempat makan untuk muslim khas untuk pelancong yang beragama Islam.


Dapur di farm stay yang mengasingkan tempat memasak dan peralatan.

Antara makanan yang disediakan. Siap ada kari yuuu!




Keesokan harinya, kitorang semua gigih bangun pukul lima pagi, dan siap-siap untuk morning walk. Mana tak nya, sampai semalam dah gelap, tak sempat nak terjah kawasan ni. Jadi, seawal enam pagi, lagi kitorang dibawa melalui Cloud Trail di dalam hutan yang kebanyakan terdiri dari pokok cedar lama, pokok pine dan juga buluh oleh pemilik farm stay ini sendiri.

Terasa diriku amat berharga!

Suasana pagi di sini begitu segar dan mendamaikan dengan bunyi nyanyian unggas (nampak tak ayat novelis. kehkeh) yang bersahutan.




Laluan sepanjang 670 meter ini diberi nama Cloud Trail sebab kebanyakan masanya, terdapat kabus yang memenuhi hutan ini menjadikan suasana dramatik bila cahaya matahari bersinar melalui kabus yang menyelubungi pokok-pokok dekat sini. Tapi sayang waktu illa datang sini, tak ada pulak kabusnya.


Dari media Malaysia

Tenang dan mendamaikan. Itulah yang boleh illa gambarkan tentang destinasi Long Yun Leisure Farm ini. Bagi yang nak pergi honeymoon ke, yang dah bosan berpanas dekat laut ke, nak buat backpacking dengan bff sehidup semati ke, korang boleh try datang sini. Nak senang, ambik je pakej dari Apple Muslim Holiday ni. Berbaloi-baloi!


Kat tengah-tengah tu pemilik farm stay ni. Memang tersangatlah peramah dan baik.
Nak tahu apa lagi yang menarik dekat situ, korang boleh terjah atau tanya sendiri diorang melalui contact di bawah ;)

Long Yun Leisure Farm

No.1 ShiJhuao, Jhunghe Village
Jhuchi Township, Chiayi County
 00604, Taiwan
www.long-yun.com.tw
+886-5-2562216


Thank you

Zues daripada Apple Muslim Holiday
+60123041020
(Tour Leader yang tersangat terbaik setakat ini)
www.appleholiday.com


Leo & Shinny
Taiwan Muslim Leisure Farms Development Association
www.taiwanfarm.org.tw

Long Yun Leisure Farm

Kerja-kerja jugak, cuti jangan lupa!