Friday, 8 November 2019

Game Over, Romeo!

Alhamdulillah, bertahun-tahun tertangguh untuk menyambung cerita Fatiya Adam dan Black ni, akhirnya tahun ni capai perkataan TAMAT juga.

=)

Terima kasih Karyaseni/Penulisan2u sebab sudi lagi bekerjasama walaupun lama betul daku tak ada novel umum baru.

So, bagi yang nak dapatkan novel ni, boleh ikut poster di bawah ya.





Dapat jimat banyak kalau beli dengan Karyaseni. So, jangan lupa order tau >__<


***

Game Over, Romeo!

Blurb


Fatiya Adam, gadis manja yang menetap bersama bapa saudaranya di UK setelah kematian ibu dan bapanya. Apabila Hany, sepupunya ditipu lelaki dari Malaysia, Hany nekad meminta bantuan Fatiya.


“Kau nak aku buat apa sebenarnya ni? Kenapa aku pula yang kena jumpa mamat tu?” - FATIYA


“Aku nak kau pikat dia, hancurkan hati dia!” - HANY


Gila. Sungguh kerja gila! Nak bercakap dengan orang asing pun dia tak berapa suka, inikan pula nak pikat hati dan buat-buat jatuh cinta?


Setelah berfikir panjang, akhirnya Fatiya bersetuju untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama Firdaus, satu-satunya abang yang dia ada. Rancangan untuk hancurkan hati lelaki yang hanya dikenali dengan nama ‘Black’ itu belum lagi bermula namun Fatiya bingung bila wajah PA Firdaus sama dengan gambar ‘Black’ yang ditunjukkan padanya!


Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.


“Kenapa abang suka sangat dengan you ni eh?” - FATIYA
“I don’t know. Tapi I yakin lama-lama nanti, cik pun akan suka saya juga. Mungkin terus jatuh cinta.” - BLACK


Rancangan untuk pikat dan hancurkan hati Black dah jadi tunggang terbalik. Kenapa sekarang ini seolah-olah Black pula yang mengawal rentaknya? Dan tanpa fikirkan akibatnya, dia nekad memulakan satu permainan.


“Okay, let’s play a game, then.” - FATIYA
“Game?” - BLACK
“Yeah. Whoever falls in love first, loses!”- FATIYA


Permainan cinta mereka bermula. Dan saat itu, Fatiya langsung tak sangka yang permainan kecil yang dimulakannya mengundang satu permainan yang lebih bahaya. Permainan hidup dan mati! Dalam permainan yang dicipta, antara Black dan Fatiya siapa yang akan jadi juara?

***

Friday, 11 October 2019

Apa Yang Menarik di Sepilok, Sandakan?

Hai! Masih post berkenaan Sabah, kali ni aku nak bawa korang jalan-jalan ke Sandakan.

Sandakan dikenali sebagai Bandaraya Alam Semulajadi yang  kaya dengan pelbagai tempat menarik. Bila dah sampai Sandakan, memang tak sah kalau tidak ke Sepilok. Apa yang menarik dekat Sepilok ni?

Banyakkkk sebenarnya, tapi kali ni aku nak highlightkan tiga tempat saja.

1. Orang Utan Rehabilitation Centre

Umum tahu, di Sepilok inilah terletaknya Orang Utan Rehabilitation Centre, iaitu tempat di mana pelancong boleh tengok orang utan secara dekat!

Melalui laluan kayu yang disediakan, kita akan terus ke platform tempat memberi makan orang utan dan juga ke outdoor nursery.


Pintu masuk

Dah dapat tiket!



Cuba teka diaorang snap gambar apa?



Inilah platform yang akan bawa korang terus ke platform beri makan orang utan. Waktu beri makan orang utan adalah setiap jam 10 pagi dan juga 3 petang.



Menunggu orang utan muncul


Selain platform beri makan orang utan, ada juga outdoor nursery yang terletak di dalam bangunan tak jauh dari platform tadi.

Di outdoor nursery ini, korang boleh tengok macam mana orang utan diasuh dan diajar tentang kehidupan luar sebelum dilepaskan ke hutan sebenar.












Disebalik cermin

Sekali lagi melalui jalan kayu ini untuk keluar



Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre ini juga ada sediakan tempat untuk solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang akan memaparkan video yang berkaitan, cafe dan juga tandas.


Waktu operasi Orang Utan Rehabilitation Centre

Sabtu - Khamis (9.00 Pagi - 12.00 Tengahari & 2.00 Petang - 4 Petang)
Jumaat (9.00 Pagi - 11 pagi & 2.00 Petang - 4.00 Petang

Waktu Orang Utan diberi makan 
10.00 pagi dan 3.00 petang


Harga Masuk: Dewasa - MyKad RM5 /  Pelancong RM30

                         18 tahun & kebawah - MyKad RM2 / Pelancong RM15



2. Bornean Sun Bear Conservation Centre


Setiap kali sebut sun bear, mesti rasa nak nyanyi je lagu iklan mentega kacang Sun Bear tu! Hah ha.. Okey, kalau nak tahu, sun bear ini sebenarnya spesis beruang yang paling kecil di dunia. Nama lain sun bear ni adalah beruang matahari ataupun dipanggil juga beruang madu. 

Sun bear semakin pupus dek pembalakan dan penerokaan hutan yang berleluasa jadi, pusat pemuliharaan ini bertujuan untuk menyelamatkan populasi sun bear yang masih ada. 

Bornean Sun Bear Conservation Centre ini terletak bersebelahan sahaja dengan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Jadi, selepas tengok orang utan, korang boleh terus jalan ke sini untuk tengok sun bear pula. 









Bayaran masuk

Tangga untuk naik ke platform

Kami Diberi Penerangan oleh Dr. Wong

Kami semua bertuah kerana Dr. Wong, pengasas Bornean Sun Bear Conservation Centre sudi luangkan masa untuk  bercerita tentang sun bear di dunia dan juga yang ada di sini. Banyak benda yang aku tak tahu pasal sun bear ni jadi waktu inilah waktu yang sesuai untuk berkenalan dengan beruang yang paling kecil di dunia ni.







Sun bear spotted!






Memang comel! 
Tapi harus ingat, secomel-comel sunbear ni, ia tak sesuai dijadikan haiwan peliharaan tau.



3. Rainforest Discovery Centre (RDC)





Rainforest Discovery Centre atau Pusat Penemuan Hutan Hujan ini adalah salah satu tempat perlancongan yang ada di Sepilok. Paling menarik dekat sini, korang boleh belajar lagi kepentingan dan keunikan hutan Borneo yang ada dekat sini.

RDC ini juga adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Kabili-Sepilok iaitu Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang terkenal dengan pusat pendidikan alam sekitar di Negeri Sabah.











Antara kemudahan yang boleh didapati di Rainforest Discovery Centre ini adalah kemudahan Exhibition Hall, di mana pengunjung akan diberikan maklumat tentang perbezaan dan keunikan hutan di Sabah dan juga haiwan-haiwan yang hidup di sini. 

Ada juga Plant Discovery Garden, iaitu salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh peminat tumbuhan kerana di sini terdapat lebih 250 spesis orkid, pitcher plants atau dengan mana lain, carnivorous plant iaitu periuk kera, tumbuhan yang hidup di gurun, tumbuhan yang hidup dalam air, dan banyak lagi. 

Rainforest Discovery Walk, berjalan sambil belajar tentang ekologi hutan hujan  dan biodiversiti dan paling terbaru, Canopy Walkway yang sepanjang 347 meter dan setinggil 25 meter dari bawah tanah. 

















Canopy Walkway ini juga tempat yang terbaik untuk pencinta burung untuk mendapatkan permandangan terbaik lebih 300 spesis burung yang ada di sini termasuklah burung enggang atau hornbill, pittas, kingfishers dan juga Bornean bristlehead atau burung tiong berkepala merah. 






Bagi aku, aku suka datang sini sebab suasana dia nyaman dan tenang gila. Boleh hilang segala stress bila tengok kehijauan dan landskap yang ada di sini.


Alamat:

Rainforest Discovery Centre, PO Box 1407, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia

Telefon: 

+6089-533 780/ 533781

Waktu operasi

Dibuka setiap hari : 8:00 pagi hingga 5:00 petang

Bayaran Masuk:

Warganegara - Dewasa RM 7.00
Kanak-Kanak RM 3.00

Bukan Warganegara - Dewasa RM 15.00
Kanak-Kanak RM7.00

Kanak-kanak di bawah 5 tahun, masuk percuma. 



Jadi, jika dah sampai Sandakan tu, jangan lupa untuk singgah ke tiga-tiga tempat ini. Hutan Borneo kita ini banyak menyimpan khazanah yang sangat berharga, jadi terokailah. =)


***

Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)

Thursday, 19 September 2019

Kenapa Mesti Pilih Hotel Sandakan?

Bagi yang ikut post aku tentang trip aku ke Sabah sebelum ni, pastinya dah tahu yang hari pertama dan hari kedua di Sabah aku menginap di Tabin Wildlife Resort dan juga Myne Resort. 

Untuk hari seterusnya di Sandakan, aku berpeluang menginap pula di Hotel Sandakan yang terletak di Town Centre, Sandakan. 






Waktu aku ke sana, Hotel Sandakan sedang dalam proses renovation, tapi yang bagusnya, masih selesa untuk diinap.Dan langsung tak ada bunyi bising yang mengganggu. Semua gambar bilik hotel ini adalah dari website Hotel Sandakan.







Ini bilik Superior Twin yang jadi tempat tidur aku selama dua malam selesa untuk dua orang.

Bagi aku, lokasi Hotel Sandakan ini sangatlah trategik. Kenapa strategik? Hotel ini ada di tengah-tengah bandar Sandakan, dan hanya 20 minit perjalanan dari Lapangan terbang Sandakan. 

Yang paling best, keluar sahaja dari hotel, korang boleh berjalan kaki ke Pasar Besar Sandakan dan ke bandar Sandakan yang jaraknya kurang 500 meter dari hotel. Serius, sangatlah strategik!

Nak ke Harbour Mall Sandakan juga boleh jalan kaki aje. Nak lepak di tepi laut pun boleh. Senang kata, tak perlu nak susah-susah booking grab atau naik teksi untuk ke bandar Sandakan. 


Jom aku bawa korang jalan-jalan sekitar bandar Sandakan!

Masjid Jamik

Hello there

Mini Hong Kong

Old but gold

Hi Ewen! =)


Sandakan Central Market





Ikan kering anyone?


Satu pusingan je tak cukup bila masuk Pasar Umum Sandakan atau Sandakan Central Market ni. Mesti nak dua tiga kali pusing. Nak-nak bila banyak barang yang nak dibawa balik semenanjung. Kejap nak ikan bilis la... kejap nak ikan kering la... gelang mutiara nak, brooch mutiara nak, t-shirt dari Sandakan pun nak!


See you again, Sandakan. 

Jadi pendek kata, kalau nak ke Sandakan, Hotel Sandakan memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Harga pun sangat berpatutan. Selesa memang selesa! . 

Untuk harga dan bilik-bilik lain yang ada di Hotel Sandakan ni, korang boleh terus ke website dia dekat sini.


HOTEL SANDAKAN

Block 83, Town Center, 4th Avenue, 90000 Sandakan, Sabah Malaysia
+60-89221122






***

Alhamdulillah. Perjalanan sangat bermakna dan terurus dengan kelolaan Encik Syafikh dari Tourism Malaysia dan Pn. Ena dari Tourism Malaysia Sabah. Tak kurang juga layanan daripada Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourist Association. 

Terima kasih beri peluang pada kami untuk teroka kecantikan dan keunikan Negeri Sabah =)