Sunday, 16 March 2014

Cuti-Cuti Malaysia- Pulau Perhentian


Assalamualaikum!

Sebelum ni dah dapat info cemana nak ke Pulau Perhentian, kan? Sekarang ni illa nak cerita apa yang korang boleh buat dekat sana. Apa yang penting, segala benda dekat sana best! Hohoho.

Pulau Perhentian ada dua bahagian sebenarnya, Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Chalet illa dekat Pulau Perhentian Besar. 

Pulau Perhentian Resort

Chalet bertentangan dengan laut <3
Aktiviti yang popular dekat sini adalah snorkeling. Dekat sini segala jenis terumbu karang, ikan atau coral memang dijaga oleh Jabatan Taman Laut Negara, jadi memang terjaga la. Bila datang sini baru illa tahu yang coral ni ada dekat garisan khatulistiwa aje. Hohoho

Nak snorkeling kena pakai ni. Kalau tak, bahaya sebab kita tak sedar kita dah ada tengah laut pasal asyik sangat tengok ikan (panjang gila caption gambar)
Kalau tak silap, nak sewa google dengan life jacket ni RM30 aje untuk satu hari. 

Kami-kami gumbira hilangkan stress

Jumpa Nemo dengan bapak dia 

Kalau nak ikan datang serbu macam ni,bawa roti sesiap.


Kalau nak snorkeling, staff dekat sana cadangkan pergi tengah hari. Bunyi macam giler je nak pegi mandi tengah-tengah panas, kan? Tapi tak. Waktu tengah hari adalah waktu laut paling clear. Lagi jelas nak tengok isi dalam laut tu. Jadi bersedialah pakai sunblock ya! Tapi jangan pakai banyak-banyak, boleh bagi effect pada coral kat dalam tu. Tercemar nanti. Huhu. Jagalah coral kita. Chewwwah.

Dannn, kalau korang bertuah, korang boleh jumpa penyu naik ke permukaan. Memang excited sangat waktu tu. Waktu kami nak gerak ke pulau kecil, tiba-tiba ada penyu naik ke permukaan!

Nampak tak itu penyu?
Dekat sini, boleh juga jungle trekking. Memang ada trek siap untuk sapa-sapa nak naik atas sana. Memang best sebab dari atas, boleh nampak laut dan sekitarnya. Wuwwuwu

Terasa macam ada dekat istanbul giteww



Kalau dah rasa bosan tak tau nak buat aktiviti apa jugak, boleh naik 'water taxi' pegi ke pulau-pulau yang berdekatan. Rasanya tambang RM12 lebih kurang. Boleh singgah dekat kampung dekat pulau ni. Ada 1000 lebih aje yang tinggal dekat pulau tu. Tapi lengkap dengan hospital, balai polis, masjid, sekolah.

Kalau terasa nak makan lain dari makanan hotel, bolehlah ke kampung ni

Yang suka lagi extreme, boleh try scuba diving. Yang ni illa tak sure berapa sewa dia. Tapi mesti akan puas hati punyalah. Siapa nak kayak dekat sini pun ada. Kalau duduk dua hari memang tak cukup masalah nak try semua. Hohoho

Yang penting, bila dah balik, singgah dekat kedai cenderamata dekat jeti Kuala Besut ye. Ingat-ingatlah orang yang tersayang.=)




Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dibuat dekat pulau ni. Nak jalan-jalan tepi pantai sambil menari-nari pon apa ada hal. Nak hilangkan stress punya pasal. Tak pun, duduk je dekat kerusi, tunggu sunset. Cantik! 




Argh! Tak nak balik KL!

Tapi kena balik jugak T_T


Bai! =)

5 comments:

Anonymous said...

Salam illa,

sana still pakai generator set utk dptkan elektrik ke atau direct dr tiang letrik terus? Sbb masa akak gi sana dlm thn 99-2000 dulu diorg pakai gen set utk dptkn letrik.. heheheh soalan luar syllabus akak bg ko ni...

-novelaholic-

Illa Shanahila said...

Pergh, terkedu sy dibuatnya Kak. Gahaha. Tak silap sy diorang guna solar. Ada aatas bukit. Hehehe

Miera Nadhirah said...

Tak... ada kincir angin dan juga solar.. haissh, Ila tak ingat ke.. kan kita kena tulis pasal tu... hahaha.. ;-P

Illa Shanahila said...

Kak miera- ahahaha.lupa.kena belek nota balik. Hehehe

missone hazel said...

Mcm best. nak pegi jugakkk