Puding Milo Lapis Oreo!

Assalamualaikum.

Hai! Nama puding tu telus sangat sampaikan dah boleh bayang mcam mana rupa dia, kan? Heh heh heh. Okay-okay. Post novel baru tak ada. Tengah buat, peram sendiri. Agak-agak masa sesuai nanti Illa post terus sehari satu bab. InsyaALLAH. =)

Jadi, harini illa nak share resepi puding yang illa buat semalam. Niiii tengok gambar ni? Tak tertarik ke? heee.




Bagi peminat milo dan puding, nah. Ini resepi untuk korang!

Resepi ni pun illa ambik dari FB. Jadi mungkin dah ramaii yang dah cuba buat. =)

Bahan-bahan

10g Serbuk agar-agar (Dalam satu paket tu biasanya memang 10g)
750 mL air
5 sudu besar gula (illa tak suka manis sangat, jadi kalau nak manis lagi boleh tambah)
1 tin susu cair
3/4 cawan milo
Oreo

Cara-cara

Panaskan air seketika sebelum masukkan serbuk agar-agar dan gula. Kacau sehingga larut (ini penting sebab taknak agar-agar jadi ketul-ketul). Bila agak-agak dah larut, masukkan susu cair dan kacau sehingga mendidih.
Bahagikan puding kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan milo (Bahagian yang banyak).
Masukkan bahagian milo kedalam acuan, letakkan kepingan oreo di atas puding (illa tak suka krim putih tu, jadi illa letak biskut dia aje)
Bila dah keras (kalau leceh nak tunggu, letak dalam peti ais, bersedialah bayar bil api mahal bulan ni. Hehe), tuangkan puding yang putih tadi. Kalau nak, boleh letak lagi oreo dekat atas puding (Jangan bimbang sebab oreo akan terapung)



Sejukkan, dan tunggu puding mengeras. Bila dah keras, tuangkan lebihan yang dicampur milo. 
Sejukkan, dan dah boleh hidang! =)



Selamat mencuba!

*lain kali illa nak letak kepingan oreo banyak-banyak pasal lagi banyak oreo, lagi best! 


Comments

eyqa yushaiza said…
wuu.. nampak sedapp. nanti nak try. hehehe.. :DD