Misi
Mencari Pengantin Lelaki [Bab 21]
AKU MASIH LAGI
termenung di atas katil Qila memikirkan apa yang jadi tengah hari tadi. Dengan
hanya berkemban, aku memintal-mintal hujung rambut tanpa tujuan sambil
menjeling ke arah pintu bilik air.
Tunggu nak mandi.
Walaupun
separuh hati yakin yang kelibat yang aku nampak tadi kelibat dia, tapi separuh
hati lagi menolak. Kenapa dia nak ikut aku, kan? Dia tu ada banyak lagi kerja
lain. Nak culik orang tu la, nak culik
orang ni la…
Tak
boleh jadi ni. Aku kena balik rumah sendiri. Aku nak pastikan betul-betul yang
aku nampak tu bukan Zack.
Kepala
sedikit terangkat memandang Qila yang baru saja keluar dari bilik air dengan
hanya berbalut tuala. Bayangan Zack terus hilang.
Aku
pandang ke arah Qila lama. dia masih lagi khusyuk mengelap rambut dan mencapai
baju tidur dari almari. Spontan aku mengeluh. Entah bila aku nak susahkan dia
entah. Nasib baiklah Isnin depan dah kena pergi assignment, kira hari-hari aku tak adalah kosong sangat.
“Tak
nak mandi?” soal Qila bila nampak aku masih termenung.
“Nak!”
Aku bangun ke belakang pintu bilik mencapai tuala kecil yang tersangkut dan
terus melangkah ke bilik air.
“Angah,
kejap!”
Kaki terus terkaku. “Kenapa?” dahi aku berkerut lebat bila
melihat wajah terkejut dia. Siapa yang patut terkejut sebenarnya ni? Dia yang
menjerit, dia yang terkejut.
“Er, lengan tu…kenapa?” jari telunjuk Qila melurus pada
lengan kanan aku yang terdedah.
Aku hampir tepuk kepala. Lupa! Selama ni aku pakai baju
lengan panjang aje tiap-tiap malam. Aku berkemban tadi pun sebab nak mandi.
Serius
aku lupa!
“Jatuh.” aku menjawab sepatah. Tolonglah percaya.
Tolonglah.
“Takkan luka jatuh macam tu? jatuh kerja cermin ke?”
Perlahan-lahan aku mengangguk, mengiakan. Sungguh aku tak
tahu nak jawab apa.
“Macam teruk je tu ngah… tak sakit ke mandi nanti?”
kening Qila mula berkerut, membayangkan kesakitan bila luka bertemu air agaknya.
“Angah tak basahkan, should
be okay.” aku menampal senyum nipis, cuba meyakinkan. Nak tutup topik
sebenarnya.
Macam mana kalau topik luka dekat tangan aku ni merebak
sampai kampung sana?
“Sakitnya….” Matanya masih pada luka aku. Aku cuma
tersengih sambil meneruskan langkah ke bilik air. Sakit memang sakit, Qila.
Tapi sakit lagi bila fikir orang yang lukakan lengan angah ni…
“ANGAH, JOM LAYAN
movie!”
Aku
keluar dari bilik Qila sambil mengelap rambut basah. Kali ni aku menyarung baju
lengan pendek san semuat kapas. Tak payah pakai lengan panjang dah.
Tak
payah sorok-sorok dah.
Tuala
yang masih lembab aku lilit ke kepala sebelum duduk di sebelah Qila. Mata mula
melilau ke kiri dan kanan.
Hanya
Qila sahaja yang bersila di ruang tamu.
“Mana
semua orang?”
Sebenarnya
sejak balik dari rumah sewa aku tadi lagi aku tak nampak Lili dengan Hani.
Takkan keluar dari pagi pukul 9 tak balik lagi kot?
“Hani kerja. Lili dekat lab rasanya..” Qila menjawab
tanpa memandang.
Oh.. lupa yang Hani kerja shift dan Lili tengah sambung belajar. Aku mula bersila, ambil
kedudukan untuk tengok cerita yang Qila tengah khusyuk tengok. Kotak DVD yang diletakkan
di atas meja aku capai sambil membaca perlahan tajuk yang tertera. Maleficient.
Kalau dah
Angelina Jolie yang jadi pelakon dia, memang confirm best la cerita ni…
Qila
tiba-tiba bangun dari sofa.kening aku terangkat tinggi melihat dia melangkah ke
bilik tidur.
Eh,
takkan nak tidur dah? Rasanya cerita ni baru aje mula…
“Nak
pergi mana? Tadi ajak angah tengok cerita…”
Qila
berpaling ke belakang, “Angah tengok dulu. Orang nak solat kejap.” dia terus
hilang dari pandangan.
Aku
terdiam.
Solat.
Selama dekat rumah Qila ni, mana pernah aku solat. Dekat
rumah sendiri pun jarang. Seminggu dekat sini, Qila ingat aku period agaknya. Sebab itulah Qila buat
tak tahu je…
Lagipun semua dah besar.
Mesti Qila pun tak agak yang aku tak solat…
Dengan keluhan berat, aku kembali mengalihkan pandangan
ke arah skrin TV.
…dan apa yang aku pandang sekarang ni terasa kosong.
HARI ISNIN.
Hanya
dengan sejam masa penerbangan, aku sudahpun menjejakkan kaki di Kota Palembang.
Assignment kali ni, hanya aku seorang
yang jadi wakil, jadi kerja bertambah-tambah.
Mana nak ambil gambar lagi, mana nak cari isi pasal
Palembang lagi.
Tapi tak apa. benda-benda sibuk macam ni lah boleh buat
aku lupakan Zack, kan? (Tengok, baru sampai dah sebut pasal Zack).
Haih.
“Bentar ya mbak, kita tunggu lagi dua orang belum sampei.”
Aku senyum mengangguk. Jam di lengan kiri aku kerling
sekilas. Awal lagi. lagipun, malam ni tak ada aktiviti.
“Dari media mana dik?”
Laju aku berpaling ke belakang sebelum menjamah wajah
seorang wanita yang aku agak dah pun berumur 30-an yang tersenyum lebar. Dia pun sekali ke? Tak
perasan pun tadi.
“Majalah Rilaks. Akak dari mana?” aku melabuhkan punggung
di sebelahnya, mula menghulur salam. Kalau dulu masa universiti aku memang
payah nak bergaul, bila dah kerja macam ni, nak tak nak, aku memang kena jumpa
orang baru tiap-tiap kali buat assignment
luar.
Kawan aku sekarang pun dan berbilang bangsa dari mekap
artis hinggalah PR pivate company.
“Oh… anak buah Danny la ni ya? Akak dari Majalah Cuti.”
Aku angguk lagi. Majalah Cuti dan majalah aku memang
selalu je ada assignment sama. Aku pun ad jugak kenal beberapa orang staff
dekat sana. Tapi akak ni tak pernah nampak pulak.
“Saya Naurah, kak.”
“Panggil akak Kak Ina je.”
Belum sempat aku membalas, Mbak Rita, pemandu pelancong kami tadi mula mendekati dengan dua
orang lelaki di belakangnya.
Seorang
kemas dengan tshirt berkolar dan slack dan seorang lagi santai dengan jeans dan sweater.
Aku
dan Kak Ina automatik bangun, menyambut.
Dia orang ini la kot yang Mbak Rita suruh tunggu tadi.
“Kenalkan, ini Mas Faisal sama Mas Fadil dari travel agency di Malaysia.” Mbak Rita memperkenalkan kedua-duanya.
Kedua-dua lelaki tadi tersenyum mengangguk. “Bentar ya, saya lagian mahu
nelpon bus.” Dan dia terus melangkah
keluar dari tempat menunggu.
Lelaki yang memakai jeans mula melangkah, merapati. Dia
tersenyum nipis sebelum membuka mulut.
“Lama
ke tunggu?” dia menegur ramah. Kan dah cakap, kalau masuk dunia pekerjaan macam
ni, memang jarang sangat ada yang pendiam. Semua jenis peramah.
“Tak panas punggung pun lagi Encik Fadil…” Kak Ina
membalas.
Kami sama-sama ketawa. Dan pecah pun ais. Tak payah buat
sesi pengenalan dua tiga jam. Empat lima minit pun dah cukup.
“Dari mana semua ni?” yang bernama Faisal pula membuka
mulut.
“Akak dari Majalah Cuti. Ini Naurah dari Majalah Rilaks.”
Kak Ina menjawab bagi pihak aku. Aku cuma senyum mengangguk.
“Rilaks? Jadi kenal Melati la, kan?”
Mata aku jatuh pasal Faisal di hadapan. “Kenal sangat,”
aku tersengih nipis. “Kenal Kak Melati ke?”
“Rilaks banyak buat promosi saya punya travel agency. Dan saya selalu jumpa
Melati kalau ada apa-apa…”
Ooh…travel agency…
yang Kak Melati selalu jumpa tu ke?
Faisal… “Encik Che Faisal?” soalan itu keluar tanpa
sempat di tahan. Aku nampak Che Faisal mengangguk dengan sengihan nipis.
“Wah, tak sangka pulak saya popular dekat Rilaks tu..”
Aku menggigit bibir sendiri, tersengih. Sempat juga aku
berpaling ke arah Kak Ina yang berbual rancak dengan Fadil. Sesaat kemudian,
pandangan kembali pada Che Faisal di hadapan.
Kalaulah
Che Faisal tahu yang nama dia memang jadi bualan, apalah yang dia akan cakap
nanti.
Tapi betullah apa yang Kak Melati cakap. Che Faisal ni
handsome walaupun nampak dah berumur. Cakap pun sopan teratur dan lemah lembut.
Tapi kenapa aku rasa macam pernah jumpa dia…?
Oh em gee!
Bukan
dia ke yang aku jumpa dekat Jalan TAR dulu?
Yang
pulangkan beg plastik aku yang tertinggal…
Yang
aku ingat dia letak nombor telefon pada resit pembelian…
Kecilnya
dunia!
TEPAT JAM LAPAN malam,
semua berkumpul di lobi hotel, menunggu untuk makan malam. Ada lima orang lagi
media dari Jakarta yang turut sama dalam program kali ni.
Aku
hanya ringkas berbaju tee lengan
panjang dan jeans dengan menyangkut
kamera Sony Alpha ILCE-6000 putih ke leher.
Belum sempat aku membuka topik untuk berborak dengan Kak
Ina, Mbak Rita datang dan menjemput
semua ke dalam bas untuk ke restoran.
Lebih kurang lima belas minit di dalam bas, kami sampai
di sebuah restoran berhampiran dengan Jambatan Ampera. Melihatkan jambatan yang
penuh dengan kerlipan lampu, bibir aku spontan tersenyum.
Cantik!
Aku ni simple
je sebenarnya. Nak bagi aku senyum, tunjuk je benda-benda cantik macam ni.
Kalau sebelum ni aku pernah tengok dalam internet je,
kali ni Jambatan Ampera betul-betul depan mata!
“Amboi sengih dia…”
Sikit lagi aku nak melompat ke depan dek terkejut yang
amat. Entah bila Che Faisal berdiri dekat sebelah. Aku ingatkan Kak Ina…
“Teringat dekat orang rumah ke?”
Aku ketawa kecil mendengar ayat ‘orang rumah’ yang keluar
dari mulut dia. Bukan ke ‘orang rumah’ tu selalu orang cakap pada si isteri ke?
Apa lah…
“Mana ada orang rumah pun…” aku membalas selamba. Tahu
sangat dah itu cara dia nak tahu aku dah berpunya ke belum. Tahu sangat dah…
“Laa… solo lagi rupanya…”
Aku angkat bahu. Senyuman tadi masih belum mati. Mata
laju mencari Kak Ina, tapi hampa.
Kak Ina tengah melayan Aria dari radio Jakarta di hadapan
pintu bas. Tak ada can la aku nak
larikan diri dengan soalan-soalan yang bakal ditanya Che Faisal ni.
“Tapi kan, saya rasa macam pernah jumpa awak. Kita pernah
jumpa eh sebelum ni?”
Sekali lagi aku hampir tergelak. Kalau bukan aku
betul-betul pernah jumpa dia sebelum ni, confirm
Che Faisal ni pun termasuk dalam jenis-jenis yang ‘terlebih’ peramah.
“Depan Muaz, Jalan TAR.” aku menekan butang ‘on’ pada kamera. Tanpa menunggu hatta
sesaat, imej Jambatan Ampera disemadikan ke dalam Sony.
“Hah, betullah! Patutlah macam familiar sangat.”
Aku hanya senyum tanpa memandang.
Kami mula mengikut langkah yang lain masuk ke dalam
restoran.
“Macam ada jodoh je boleh jumpa lagi macam ni?”
Jari telunjuk yang baru sahaja ingin menekan butang off pada kamera terkaku sesaat. Jodoh.
Aku pantang dengar bab-bab jodoh ni.
Laju aje jantung mengepam darah.
Dia ni pun, baru aje jumpa aku dua kali. Takkan dah nak
cerita pasal jodoh. Kalau tiba-tiba dia jadi macam Ben, macam mana?
Ataupun…dia saja nak sedapkan ayat?
Haih, kau ni Naurah. Benda tu kan biasa. Macam ‘Ada jodoh, kita jumpa lagi…’ kan?
No heart feeling
pun.
“Naurah?”
Laju aku mengangkat kepala, memandangnya di sebelah. Aku
berkhayal lagi ke?
“Jauh betul mengelamun, teringat orang Malaysia ke?” Che
Faisal menyusun gigi, sengih.
Aku tahu dia harap aku jawab, ‘ya’. Atau ‘Taklah. Mana ada
teringat orang Malaysia…’ tapi aku ambil keputusan untuk senyum aje.
Aku baru aje kena tipu dengan Ben. Kena tinggal dengan
Zack lagi. Takkanlah senang-senang aku nak rapat dengan Che Faisal pulak, kan?
Kejap.
Dah kenapa mesti ada Zack jugak ni?
Kalau bukan sebab Kak Ina mencuit, sampai sekarang aku
tak akan perasan yang semua dah mengambil tempat duduk masing-masing
mengelilingi meja makan.
Sempat aku mencipta senyum nipis pada semua yang
memandang sebelum duduk di sebelah Kak Ina.
Haih, tak pasal-pasal orang ingat aku ‘gila’.
“Assalamualaikum,”
Belum sempat tangan menyentuh sudu dan garfu, suara Mbak Rita memecah ruang restoran. Aku
turut mencuri pandang ke arahnya yang sudah pun berdiri di atas pentas kecil di
sudut restoran. Tempat karaoke.
“Malam ini kita
ada tetamu dari Malaysia,” tangannya mula melurus kepada kami berempat yang
duduk di satu meja. “Jadi, saya ingin menjemput wakil dari Malaysia untuk
menyanyikan beberapa lagu.”
Mbak Rita.
Katanya dia pernah tinggal di Malaysia
dua tahun. Tadi memang tak hairanlah kalau dia fasih berbahasa Malaysia.
“Silakan mas, mbak,”
sekali lagi dia menjemput.
Aku pandang Kak Ina, Kak Ina pandang aku. sesaat
kemudian, pandangan kami beralih pula pada Che Faisal dan Fadil di kerusi
bertentangan.
Takkanlah dia orang nak suruh aku dengan Kak Ina yang
nyanyi kot?
“Lagu Bang Toyyib ada tak?”
Aku dan Kak Ina ternganga memandang Che Faisal yang
tiba-tiba bingkas dari kerusi.
Biar betul? Aku ingatkan Fadil dulu yang nak volunteer…
“Mas juga tahu
lagu Bang Toyyib?”
Aku mendengar Mbak Rita ketawa perlahan. Mungkin dia tak
sangka yang Wali Band popular dekat Malaysia.
Kalau setakat lagu Aku Bukan Bang Toyyib tu, aku pun
tahu. Tak lama kemudian, musik intro lagu Wali Band itu mula memecah malam. aku
mencapai sudu untuk makan.
Lapar!
Tak kisahlah Che Faisal nak nyanyi berapa lagu pun, yang
penting perut aku perlu di isi.
“Sayang, Aku Bukanlah Bang Toyib
Yang Tak Pulang-Pulang
Yang Tak Pasti Dia Datang
Sabar Sayang
Sabarlah Sebentar
Aku pasti Pulang
Karna aku bukan aku bukan bang Toyib…”
Tapi…kenapa
lagu ni membuatkan aku ingatkan seseorang?
15 comments:
okey new assignment CARI ZACK ye Naurah...heeee
ps: Cik Faisal, dok tepi sat naa jgn enteprem kat Naurah yg bru nk berubah nieh....(tolong kenang2 wife yg mningal br 1tahun tu...ngee)
pss: adakah Zack pon BERUBAHH???
psss: next n3 please....aiicewahh
alahai, igt zack td, dia dh brubah kot....
la mail ke beria je igt zack,tpkn mna zack hlg?che faisal tu cam mnat kt naurah je..pndeknya n3 ni..jd xsbr nk tggu next n3..eh bnyk lak komen hehe..-L-
che faisal tu mcm hensem je..hehehehe
ala mail ni..saje je buat kami x aman..jd x sabo plak tunggu next entry..
Zack hilang?...... Ala.... Takkan pasal lepaskan Naurah kot.......
alahai ingatkan zack,nak naurah ngan zack jga
alaa mail ke igt zack..xpe zack walau bnyk hero muncl zack ttp plhn hati..-lina-
-aniesue-
wah, tak tidur ye mlm tadi? hehehe. jom tunggu tgk apa jadi =)
kiki wafa
ha, mail. zack belum lagi. hehe
-L-
pendek lagi ke L? hahaha. jom tunggu mana perginya zack =)
anon
haaa.mmg hensem che faisal ni..hehe
Safiah Ahmad
iye, zack hilang! hihi
nani
saya pun nak naurah ngan zack jugak =)
lina
ye, mail. zack ttp pilihan hati sy juga ;)
da agk da msti mail..adoi,mane plak la zack nie ilang..sian naurah..huhuhu
Rupa2nye mail...hahahaa
Mail pn mail la...janji naurah dh kembali kpd fitrah manusia iaitu mendirikn solat...erk..ade kena mengena ke? Krik..krik..krik...abaikan hahaha
~noriatul~
Best..awat zack hilang...??
Nak Naurah dgn Zack.
Zack hilang or menghilangkan diri?
Sayang tul mail dkt Zack eh!
k noriatul
ada...ada. hehehe
anon
tq =)
eifa
nak naurah n zack jugak. hehehe.
Che faisal vs melati
Naurah vs zack
Mail n abang bidin sila vari jodoh lain
Hahaha... mail plak
igt kan zack.....
Post a Comment