Friday, 28 November 2014

Krabi Trip Part 4 (Island Hopping)

Assalamualaikum!

Sebelum ni illa dah cerita cemana nak pergi Krabi, lepas tu dah cerita pasal Aonang, tempat tinggal dekat Krabi dan jugak aktiviti pertama iaitu River Tour.

Oke. Sekarang ni illa nak cerita pulak pasal aktiviti kedua yakni, Island Hopping! Boleh kata semua pencinta laut semua suka island hopping. Dekat Krabi ni memang sangattttt banyak pulau. Tapi bagi island hopping, semua pakej yang ada diorang buat pecahan. Contohnya ada trip ke 4 islands, ada trip Hong Island ada trip Phi Phi Island dan macam macam lagi.

Dan harga untuk semua pakej tu berbeza. Kalau nak yang murah, kena rajin buat survey. Jangan malas sebab harga yang diorang kasi kadang-kadang memang mahal.

Untuk trip illa kali ni, kitaorang pergi yang pakej 4 island (Chicken Island / Tup Island / Poda Island / Phra Nang Cave @ Railay Beach) . Sebelum tu, kitaorag dibawa ke Noparathara Beach dimana terletaknya jeti untuk island hopping.



Dekat sini banyak longtail bot yang macam kami naik tadi dan jugak speed bot. Oleh sebab kami pun dah sampai sini tengah hari (Sebab selalunya island hopping pagi pagi alam), kitaorang naik speedboat terus.




Speed boat ni memang laju. Kalau tak silap 200km/j laju dia. Wanita mengandung memang langsung tak boleh naik.


Ini dia speedboat nya. Memang speed dia kebaboom laju. 



Untuk pakej 4 islands, kitaorang singgah dulu dekat Phra Nang Cave atau diorang panggil jugak Railay Beach. Dekat sini memang ramai je yang mandi, berjemur, masuk gua yang dikatakan ada misteri di sebaiknya dan jugak wall climbing.


Cantik, kan air dia? Emerald green gitu.



Tapi illa tak buat semua tu. Duk mengadap laut je. Tu pun dah puas. Heh he. Oh, dalam gambar tu obviously bukan illa. Hahaha.

Sejam jugak dekat sana, lepas tu kitaorang pergi pulak ke Tup Island. pulau ni best sebab kalau low season, air dia boleh surut sampai kita boleh jalan dekat tengah tengah yang menghubungkan dua pulau. Memang cantik!




Lepas habis lepak dekat sini, masa yang ditunggu, tunggu, snorkeling!

Jangan risau kalau takut kena bayo mahal pinjam barang semua ni sebab selalunya dalam pakej yang kita ambik tu memang siap-siap ada aktiviti snorkeling. Jadi memang harga yang kita bayo tu termasuk dengan aktiviti ni.

Kitaorang snorkeling dekat pulau ketiga, yakni Chicken Island. Sebab apa nama ayam? Sebab bentuk pulau ni dah rupa ayam belanda, Tak caya, Ce tengok.



See Tho Holidays tu nama kitaorang punya Tour Guide.

Kat sini lama sikit la berenti sebab semua tak nak naik. Masing-masing tak puas tengok abenda dalam laut tuh. Tapi kena hati hati sikit dekat sini sebab landak laut banyak dan sangatlah beso.




Okeh, dah habis berendam, semua kena naik bot balik sebab nak pergi pulau terakhir. Dekat pulau terakhir ni rilek-rilek sikit. Jalan-jalan sambil keringkan baju. Memang kejap je kering bila kena angin yang bertiup lembut itu. Heh heh heh.

Puau terakhir ni nama dia Poda Island. Dan, bukit tu lah jadi trade mark pulau ni.




Okeh, dah habis island hopping hari ni. Rugi esok dah balik. Kalau tak, boleh ambik lagi satu pakej pergi Phi Phi Island ke, pergi Hong Island ke... Tapi tak apalah. Itu makna dia illa kna pergi lagi, kan?

Keh keh keh.

Oke, kata mereka, tak lengkap kalau pergi pulau tapi tak lompat. Jadi, nah!






Kejap, belom habis lagi pasal Krabi ni. Nak cerita pasal night market pulak. Tapi dekat entry lepas nih. Jadi buat masa ni, tata!

=)

1 comment:

Unknown said...

nak book speedboat tu book terus kat pantai tu la ye?