Monday, 2 September 2019

Sungai Lembing Yang Ohsem!

Sebelum ni aku tak tahu pun kewujudan tempat yang bernama Sungai Lembing. Bila kawan aku cadangkan untuk kita orang ke Air Terjun Pelangi, barulah aku mula search pasal Sungai Lembing ni.


Pintu masuk Sungai Lembing

Bandar Sungai Lembing

Nama kedai ni menarik minat aku =)

Bandar Sungai Lembing

Sungai Lembing yang terletak di Pahang ni sebenarnya banyak simpan sesuatu yang dah hampir hilang di Malaysia. Ketenangan dan alam sekitar yang cantikkkk sangat.

Waktu sampai sini, aku sendiri terpegun dengan bandar kecil dia yang buat aku mengimbau zaman dulu-dulu. Dengan bangunan lamanya yang masih terjaga, dengan penduduk yang peramah dan juga suasana yang memang takkan dapat di tempat lain.

Terasa macam masuk zaman lain je bila dekat sini.

Di Sungai Lembing ni banyak penginapan yang korang boleh bermalam dan untuk kami, aku pilih Time Capsule Retreat. Ada tiga jenis bilik yang ada di sini iaitu Cottage Room, Capsule dan Parallel. 

Aku pilih bilik di dalam Cottage Room je sebab jimat, senang dan selesa untuk kita orang berdua.

Ruang Capsule sebenarnya kecil sangat dan terhad. Tandas disediakan di luar capsule jadi bila fikir balik memang leceh kalau nak pergi tandas atau nak solat. Jadi, kita orang pilih bilik cottage.

Bilik Parallel pula, sesuai kalau nak selesa gila. Sebab bilik ni besar berupa sebuah kontena yang dilengkapi dengan tandas.


Cottage Room

Rumah menempatkan Cottage Room




Capsule




The Parallel

Habis pasal bilik, jadi kitaorang teruskan dengan agenda asal iaitu, ke Air Terjun Pelangi!

First sekali, kena tempah guide yang akan bawa korang naik atas. Kenapa tak boleh pergi sendiri? Sebenarnya boleh. Tapi lebih senang kalau tempah dengan guide sebab perjalanan ke sana memakan masa satu jam lebih menaiki 4 wheel drive yang mana jalannya memang sangat mencabar.

Untuk tempah guide, banyak je iklan dalam website, Instagram dan juga Facebook. Korang search, dan pilih je mana-mana yang berkenan. Range harga pula antara RM 50-70 bergantung kepada driver korang. 

Aku dan kawan aku tempah dari Time Capsule Retreat je. Senang. Tepat jam 6 pagi, akan ada kenderaan yang ambil kami di tempat penginapan dan bawa kami terus ke bandar untuk breakfast dulu.



Jam 6.30 pagi, bila dah cukup semua orang, perjalanan bermula. 

Stop pertama, tengok matahari terbit dari atas bukit. 



Perjalanan diteruskan ke kaki bukit sebelum panjat naik ke atas. Sampai di kaki bukit, korang kena hiking pulak dalam setengah jam untuk sampai ke air terjun. 

Memang mencabar dan penat, tapi hasil dia memang menakjubkan! Kalau kena dengan rezeki, memang akan tersergamlah pelangi yang menghiasi air terjun tu. 

Cantik!!

Permulaan pendakian

Dari jauh dah nampak pelangi

Sementara pelangi masih ada, bergambarlah. Apalagiiii





Pelangi dah hilang. Tak sampai sejam pun dia muncul.





Guide sediakan megi dan milo panas sementara korang mandi dan bersantai dekat sana. Dalam dua jam lebih dan bila matahari mula terik, barulah semua turun ke kaki bukit tadi. 

Selain ke air terjun, bila dah sampai Sungai Lembing ni, korang boleh singgah juga ke Jambatan Gantung dan juga Tin Mines. Banyak benda juga yang boleh dipelajari dalam trip ke Sungai Lembing ni. Kawasan dia sendiri dah penuh dengan sejarah dan memang tenang!
















Dalam terowong
Kesimpulannya, kalau nak kelainan, jomlah singgah ke Sungai Lembing. Memang ohsem!





No comments: